Phew. Seminggu sy mengambil masa untuk review setiap satu tentang majlis sy. Kalau begini, jawabnya hingga ke ulangtahun pertama pun belum tentu selesai review. Entri terakhir adalah tentang persalinan nikah dan hari ini pula, entri tentang persalinan malam resepsi sy. Tiada apa yang dapat sy katakan. Semuanya terpulang kepada orang ramai untuk menilai.
Buat persalinan malam resepsi, Cosry masih menjadi pereka gaun malam sy ;) Pada awalnya, secara jujur, memang ini yang terpantul dr mulut sy sendiri, "Abg Put, lynda nak macam Bunga Cinta Lestari tapi jangan sexy mcm tu sgt." Iya, sy sangat dan teramat meminati gaun pengantin BCL yang sangat sexaaaaaaaay itu ;) Setiap kali ke butik Cosry, pasti sy akan belek dan pegang baju BCL. Teruja! Sexay habes tapi kalau sy buat design begitu, sudah pasti Bonda bising, jangan kata Bonda sahaja, entah-entah Husben pon tolak rekaan begitu *haish* Misi terbantut.
*psst baju MOH sy sexay - i loike!
Seperti biase, seperti di dalam entri persalinan akad, fitting adalah perkara yang paling digeruni. Bagi gaun malam, dengan adanya korset, selesai masalah kebuncitan tetapi awas! Pada awalnya, shape badan sy tiada, maksud sy, tidak kelihatan ramping seperti kerengga. Sy perlu diet sedikit lagi untuk bentuk badan supaya persalinan nampak lebih WOW! Iya, baiklah, selepas entri persalinan, sy akan buat entri tentang pemakanan sihat ;) Bertenang.
Tanpa melihat abjad dan huruf², mari kite lihat gambarajah di bawah. Dari gambar pun sudah menceritakan yang selanjutnya, tidak begitu?
Waktu ini, Abg Put bilang, "Diet Lynda, diet...!" Baik Abg Put. Husben sudah boleh bawa pulang persalinan beliau. Ah, jeles!
Gambarajah di bawah pula adalah perincian persalinan gaun sy ;)
Perasan tak baju longgar di sini? Haros dikecilkan lagi. Fitting ini adalah seminggu sebelum majlis. Diet berhasil tapi kena yang kaw-kaw diet ;) Alhamdulillah.
Di bawah pula kasut yang direka khas oleh Abg Put. Sangat comfortable apabila berjalan tetapi apabila sudah 6 jam berdiri dan berjalan, longuh kaki den! Perincian manik berwarna kelabu dan disalut oleh lace ;) kegemaran!
Dan di bawah ini pula adalah veil dan trail . Perincian veil akan dapat dilihat dalam gambar seterusnya.
Tidak dilupa persalinan husben ;) Dua baju melayu berwarna putih, satu untuk akad dan satu untuk malam resepsi. Seperti yang sy bilang, sy suke baju melayu husben, terletak pada badannya, tidak menampakkan perut husben ;) Harap maaf, husben sy memang pemalu dan suke tersendih syok sendiri HAHAHA
Seterusnya menunjukkan persalinan kami berdua pada malam yang bersejarah. Sekali seumur hidup kami dapat memakai baju persalinan kami ini. Eh, iyalah, selepas ini, sy hendak ke mana dengan gaun pengantin ini? Post wedding photography pula?Tidak mungkin.Selamat hari rabu! Jumaat akan tiba.


13 komentar:
baju melayu razmie mmg nmpk elok je terletak kt badan...iye..bj ko lagiiiii cantik dari razmie! hahahha...impian sekali seumur hidup bg kite org pompuan nk pakai bj cantik mcm tu time kawen kan hehe
yang pakai sekali tu lah kena yang paling vogue. serius dah macam ratu. kalah BCL tau. ehehe.
baju ini sgt cantik.i rs hampir 90% perempuan semua suka baju BCL termasuk I.kihkihkih.
wallllahhhhhh! walau tak sesexay BCL punye baju, tapi ko tetap nampak sexay malam itu! :) coooooooool.
LALA :
HAHAHAHA haros aku lagi cantik dr razmie. Impian aku tercapai, alhamdulillah, baju tu elok je dlm bilik ;)
OSHINZ :
kalah BCL? eh tak sis. BCL lagi meletup ;) adore gile baju bCL yg sexay tuh!
LISA :
i mmg 168% jatuh cinta dgn baju BCL sexay tu. kalau lah dpt pakai....
KIDZ :
kalau lagi sexay mcm BCL, barulah org tengok terus gossip HAHAHAHA hangat dipasaran, kalah BCL mek ;P
sukeeeee..cantik!haha..betul..kalah BCL..CBL gak yg menang..ehe..tibe !
KINA :
HAHAHAHA baru perasan BCL n CBL kan, ala kiut, mcm jodoh lak.
SERIUS MMG CANTIK BAJU LYNDA
like entry ni sgt2! cosry mmg sentiasa mnjadi pujaan, tp tiada bajetnya hahaha..tgk baju ko pon jadi la lunda..mmg kebaboom!
p/s: MOH ko nye baju mmg sexxay!! =p
aku suka baju ko mek..lagi2 bab tangan tu..sexy yawww
Lynda-baju kamu sangat cantekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!love it!!!
MAMA RAINA :
terima kasih nurul ;)
NIZA :
aku tengok baju MOH aku, aku yg teruja. Eh, macam aku je yg nak pakai nanti. Baju die lagi hawt dari aku :(
FF :
Yawww tak dapat sexay depan, sexay kat tangan pon jadilah HAHAHA ;P
NADYA :
terima kasihhhhhh babe! i love it more ;)
Post a Comment