Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Thursday, 21 April 2011

the hornymoon : Food in Samui

Assalammualaikum ;)

Baiklah, seperti yang dijanjikan, sy tidak akan membiarkan blog ini tidak dikemaskini walaupun selepas majlis dan entri bulan madu. InsyaAllah.

Entri hari ini pula tentang makanan yang boleh di dapati di Koh Samui. Secara jujurnya, Koh Samui tidak seperti Krabi. Krabi sudah banyak restoran atau kedai makan muslim di sekeliling Krabi. Koh Samui, sebuah pulau yang baru dalam bidang pelancongan dan masih belum banyak kedai makanan muslim yang terdapat di sekitar kawasan The Kala. Kami menginap di kawasan yang sangat hampir dengan pekan Koh Samui, dalam lima minit menaiki kenderaan.

Pada hari pertama kami di sana, perkara pertama yang kami lakukan adalah keliling pekan untuk lihat apa yang ada dan apa yang boleh dilakukan pada hari-hari berikutnya. Husben memang suka tengok peta, sungguh, sy tidak bohong, di entri akan datang, sy akan letak salah satu gambarnya bersama peta. Sudah dirancang ke mana destinasi kami pada keesokkan harinya tetapi tidak semua tempat yang kami pergi. Ok sudah, tunggu entri akan datang ya?

Sepanjang perjalanan kami di pekan, anjing umpama kucing di Malaysia ini. Di sana, anjing di merata tempat sehingga sy haros berjalan hingga melekat pada dinding kedai. Puas kami mencari kedai makanan dan akhirnya kami terjumpa satu kedai makanan muslim tetapi malangnya sudah tutup. Kami terjumpa pula restoran muslim. Pada malam tersebut, kami menikmati nasi pattaya dan sate ayam. Sedap memang sedap. Tidak seperti masakan orang kelantan di Malaysia, sedikit pedas tetapi selesa ditelan. Makan malam dinikmati.

Sate mereka sangat lazat, tidak seperti di Malaysia. oh ya, teh ais mereka pon betul-betul pekat dan menepati citarasa tekak sy kerana sy ini hantu teh ais ;)


Keesokkan harinya pula kami menikmati makan tengahari di Kedai Muslim Halal Food. Makanan di sini jauh lebih sedap dan murah tetapi waktu operasi adalah sehingga jam 1900. Perut husben tidak seperti sy yang sudah belajar erti diet. Jam 2200 nanti husben pasti lapar semula. Ini kisah benar. Di sini, kami telah makan tengahari dan makan malam di sini kerana di sini lebih dekat, murah dan sedap. Kari hijau adalah diantara menu seharian kami di sana. Apa yang membuatkan kami selesa makan di sini adalah kedainya yang bersih dan pekerja mereka yang boleh berbahasa melayu walaupun ada pelatnya seperti kelantan dan siam. Masih boleh difahami.


Pada malam kedua kami dihidangkan makan malam romantik seperti yang terdapat di dalam pakej bulan madu The Kala. Kami dihidangan makan malam di 26th Degrees Restaurant. Dengan angin laut yang sepoi-sepoi dan nyanyi dari kugiran mereka, sangat romantis dan sesuatu untuk dikenang. Al-maklumlah, selalunya kalau kami keluar dating bersama, tidak pernah makan malam seperti ini, biasanya di tempat yang riuh rendah dan haruk piruk. Berbeda di sini, suasana yang sangat romantik tetapi kami tidak romantik, berpakaian sangat kasual kerana selepas ini mahu ke night market Koh Samui. Makan sepantas kilat.

Kami sangat kagum dengan reka bentuk struktur bangunan restoran ini. Tidak percaya, sila lihat gambar di bawah ;)


Itu sahaja tentang kedai makan yang kami kunjungi. Seperti sy, kami akan makan tengahari dan makan malam di Muslim Halal Food atau 26th Degrees Restaurant kerana kami sudah tahu di sini halal. Bagaimana pun, jika kalian ke sana, harus berhati-hati, KFC tidak halal kerana kite tidak tahu cara penyembelihan ayam tersebut dan masyarakat islam di sana pon tidak makan KFC. Pelik kan? Terus-terang, dari segi pemakanan, di Koh Samui agak sukar, susah untuk mencari makanan halal. Berhati juga ya, di sana mereka makan katak. Ada yang bilang, sup katak sedap, seperti isi ikan. Tekak tersekat.

Oleh kerana kami tahu di sana sangat susah mencari makanan yang halal, kami telah membawa beberapa bekalan untuk empat hari kami di sana. Air coke di bawah dibeli di Tesco, jangan khuatir, itu halal. Kami bawa maggi hotcup, biskut (hup seng Lyn saja tiada), makanan ringan seperti pringles, twisties, chocolates dan berbagai lagi. Di Koh Samui, terdapat banyak Tesco dan family mart - seperti seven eleven, terdapat juga seven eleven tetapi tidak banyak seperti family mart. Eh, faham? Ada juga Makro tetapi kami lebih selesa ke Tesco. Tidak semua bahan makanan yang dijual halal. Jika ingin membeli, lihat pada cop halal. Bagi kami, kami membeli barang buatan malaysia, dijamin halal produk Malaysia ;)

Sekian sahaja tentang pemakanan di Koh Samui. Susah kan nak cari kedai makanan halal? Walaupun kalian ke perkampungan melayu, cuma adalah tiga-lima kedai muslim di sana tetapi semuanya tutup awal. Perkampungan melayu agak jauh dari The Kala. Mengambil masa ke sana berbanding dengan Kedai Muslim Halal Food.

InsyaAllah sy akan kemaskini tentang aktiviti kami di sana. Hari ini jadual sy agak padat dengan final presentation para pelajar. Tidak pasti masih berdaya untuk kemaskini pada keesokkan harinya.

Semoga informasi ini dapat membantu ;)

10 komentar:

0sh!Nz d' sen0r!ta says:
at: 21 April 2011 at 10:02 said...

nasib baik ade megi jadi penyelamat..

neeza says:
at: 21 April 2011 at 10:23 said...

murah tak pakej ke sane?
leh tolong advise me?

lovelyadibah says:
at: 21 April 2011 at 11:02 said...

owh..baik la:)bila la nk pg nie??hehe

hazlynda kushairi says:
at: 21 April 2011 at 12:08 said...

OSHINZ :
BAHAHA selamat. kalau tak, mlm taktau nak makan ape ;)

NEEZA :
pakej? tak tahu nak komen. try email mereka utk pakej thn 2011?

DIBA :
jom kite pergi jom! rase mcm nak pergi lagi tapi taktau bile. firefly tgh promotion.

yours truely of LoveFaithBelieve says:
at: 21 April 2011 at 13:05 said...

waaa.. nampak sedap sgt2 thai's food kan..
sweet nyr your honeymoon.. ^_^ boleh list koh samui into next visit/holiday laa.. hiii.. useful tips..

hazlynda kushairi says:
at: 21 April 2011 at 13:22 said...

LFB :
We thought of our 2nd trip to The Kala again tapi taktau bile. Its a nice place tapi tak sempat ronda satu island yg besor. List them in, u'll satisfied ;)

miss puteri says:
at: 21 April 2011 at 14:26 said...

best! good luck student!eh...hehe... semua sweet. tak tipu!hikhik

saya says:
at: 21 April 2011 at 17:12 said...

saya pernah ke Samui dgn officemate 2thn lepas. mmg best! rasa nak pergi lagi..

ohh, kami sewa motor & merempit satu pulau.. puaslah pusing 1 pulau.. stay kat Chaweng, tapi sempat spent time kat Lamai..

island hopping..SubhanaAllah.. cantik betul!

Girls Like Me says:
at: 21 April 2011 at 18:23 said...

Lynda, besttttnyeeee....hope dapat g sana jugak..

nurayunni says:
at: 25 April 2011 at 10:55 said...

mcm best je honeymoon kt sane...pakej brape nie ye?

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Hornymoon

RH Hornymoon
We love to travel and have fun together. For us, hornymoon is everyday, not only on special occasions *kisses*

Tabung Gajah

They blog on weddings

Nerdy Writer!

Nerdy Writer!
They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, Mya 4Weddingku!

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011