Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Thursday, 22 September 2011

Masalah kitaran

Assalammualaikum ;)

Terkejut sy apabila entri minggu sudah yang berjudul "Berbadan dua" mempunyai 26 komen. Tidak terbalas komen kalian semua. Terima kasih atas keprihatian dan kata-kata semangat daripada kalian. Senyum ;)

Berikutan dengan entri tersebut, sy mengambil petikan daripada penulisan tersebut iaitu;

Ya, haid tidak teratur.

Sy pernah berjumpa doktor mengenai ini, hal ini berlaku sebelum berkahwin cuma jaraknya tidak lama mungkin sebulan lewat sahaja tetapi apabila sudah berkahwin, jaraknya dua bulan pula, mahu tidak bergelora hati memikirkan?

Dulu, doktor pernah bilang pada sy,
"Kalau haid berterusan, itu yang membimbangkan, takut darah lain. Kalau haid lewat, mungkin awak ni stress ye? Cuba kurangkan berat badan (walhal berat ketika itu 55kg)"

Setelah itu sy merujuk kepada yang pakar mengenai hal ini, apa yang sy masih ingat adalah, terdapat 6 faktor yang menyebabkan kitaran haid kita tidak teratur. Diantaranya adalah;

1. Angkat berat
Melalui fahaman sy, kita tak boleh angkat barang² berat, wahhh... mengalahkan orang sedang mengandung! Kita pun tak boleh buat kerja berat, kalau begini berat tulang la jawabnya. Tetapi aktiviti sihat digalakkan seperti bersenam, jogging, berbasikal dan lain-lain. Ini memang benar, selain dapat melangsingkan badan kita yang melebar, dapat juga melancarkan peredaran darah.

2. Diet tidak seimbang
Dalam pada kita yang sedang ghairah hendak melangsingkan tubuh kepada bentuk anak dara yang dahulu, kita sanggup tidak makan nasi, melainkan kalau kita melakukan healthy diet, oh, sy sendiri sudah tidak mengamalkan healthy diet. Selepas sahaja selesai majlis, pada 02.01.2011, sy menikmati ayam goreng KFC, itu yang sy idamkan selepas beberapa bulan diet untuk berkahwin. Kini, berat sy 60kg. Siapa nak tanggung? Tanggung sendiri. Berbalik pada huraian, kalau kita tidak makan nasi tetapi apabila sesekali kita hendak makan nasi, kita akan muntah semula. Ini dipanggil bulimia. Apakah bulimia?

"Bulimia is an illness in which a person binges on food or has regular episodes of overeating and feels a loss of control. The affected person then uses various methods -- such as vomiting or laxative abuse -- to prevent weight..."
sumber dari : www.ncbi.nlm.nih.gov

Apabila kita terlalu obses untuk diet tetapi diet plan kita tidak betul, ini akan mengganggu kitaran haid kita.

3. Menyusu
Ini bagi mereka yang sudah berkahwinlah. Sy tidak mahu mengulas panjang kerana doktor pun tak mengulas panjang sbb masa tu sy belum berkahwin HEHE ;P

4. Berat badan
Ye, pada awal Doktor A bilang pada sy, sy ingat dia bergurau tetapi rupanya benar. Dulu, setelah badan sy mencecah 55kg, sy cuba kurangkan badan kepada berat sebelum itu isitu 53kg, iyalah, ketika itu umur baru 22 tahun, janganlah dibezakan dengan umur sekarang. Ada benarnya cakap Doktor A. Doktor B pun bilang perkara yang sama. Apabila badan kita senang naik bermakna hormon kita juga akan bertukar dan tidak stabil dimana ia akan mengganggu kitaran haid kita. Maka, darah kotor di dalam badan sukar dikeluarkan dan disinilah bermulanya healthy diet. Diet dengan gaya sihat. Sy percaya pada kenyataan ini. Eceh.

Menurut sumber,

Dalam keadaan ini, biasanya seseorang wanita itu akan mendapati beratnya bertam bah, diikuti dengan kitaran haid yang tidak menentu, iaitu haidnya mungkin datang beberapa bulan sekali.

Dalam keadaan sindrom ovari polisistik, telur tidak dikeluarkan setiap bulan dan ini menyebabkan kitaran haidnya terjejas dan sukar untuk mengandung. Hormon lelaki iaitu testosteron mungkin tinggi dan ini menyebabkan lebih jerawat dan rambut di bibir dan dagu.

Puan perlu menurunkan berat badan supaya hormon kembali seimbang. Sejenis ubat yang juga digunakan untuk kencing manis iaitu Glucophage (Metformin) boleh digunakan untuk merawat keadaan ini.

Saya nasihatkan agar puan berjumpa dengan doktor pakar. Ada beberapa pemeriksaan yang perlu puan jalani seperti ultrasound dan ujian darah untuk mengetahui tahap hormon-hormon tertentu yang mungkin tinggi dalam keadaan ini.

* Jawapan disediakan oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Fatima Najla KM Muhd Jaafar


Menurut satu lagi sumber,
Kegemukkan (obesiti) merupakan punca penting yang menyebabkab pusingan haid menjadi terlambat atau jaraknya berpanjangan, mungkin jarak 6-9 bulan atau lebih di antara satu sama lain. Keadaan ini sering dikaitkan dengan ketidaksuburan. Ada dikalangan mereka yang tumbuh rambut pada kaki atau misai. Apabila dilakukan vaginal ultrasound kedua ovari mereka didapati bengkak dan tidak menetas ke dalam rahim (polycystic ovary)

5. Stress
Stress juga merupakan salah satu faktor yang sy percaya menyebabkan kitaran haid terganggu. Doktor panel sy pun bilang hari tu, "You stress eh? Jangan stress tak dapat baby... Usaha lagi" Wah. Terima kasih Doktor panel. beliau memang memberi kata semangat untuk terus berjuang. Sejujurnya, sy tidak stress mengenai "kehamilan atau zuriat" Kami tidak merancang family plan, selebihnya kami serah pada Allah, rezeki itu datang dariNya. Cepat atau lambat itu dariNya, kami akan berusaha dan menunggu.No worry babe! Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Oleh kerana itu, selagi AA ada promo, selagi itu kita harus grab HEHE ;P Stress juga melibatkan hormon, apabila hormon tidak stabil, ia akan mengganggu kitaran haid. Hormon ini sangatlah penting untuk menstrual wahai kawan² semua.

6. Masalah kesihatan
Ini adalah faktor yang terakhir dan sy tidak akan mengulas lebih kerana sy sendiri kurang arif dan faham mengenai ini. Sy telah membuat sedikit kaji selidik supaya lebih jelas dan mudah difahami. Bimbang juga kalau sy tulis dengan penulisan sendiri mungkin ayat itu aakan membuatkan maklumat itu tidak benar.

Menurut sumber,

DR Fairuz Ashikin Abd Kadir, pakar perbidanan.

Sebenarnya wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu memang dikaitkan dengan keadaan ovulasinya yang tidak teratur atau ketiadaan ovulasi. Bagaimanapun, ada di kalangan wanita yang mengalami haid yang tidak teratur tetapi berupaya hamil dengan spontan tanpa bantuan perubatan.

Kebiasaannya, anggapan masalah ketidaksuburan terhadap seseorang wanita itu berlaku apabila dia sudah berkahwin dan melakukan hubungan seksual yang biasa (yakni sekurang-kurangnya empat atau empat kali seminggu tanpa halangan - kondom dan sebagainya) selama setahun tetapi tidak hamil.

Rawatan kesuburan harus dilakukan setelah pasangan menjalankan beberapa siasatan perubatan tertentu iaitu:

  • HSA (husband seminal analysis): analisis air mani suami - melihat kualiti dan kuantiti sperma suami secara mikroskopik
  • Ujian hormon wanita - FSH (follicle stimulating hormone), LH (luthenising hormone) dan Prolaktin. Keseimbangan hormon FSH:LH menunjukkan sama ada terdapat rangsangan atau tiada ovulasi terhadap ovari. Tahap Prolaktin tinggi menandakan rangsangan daripada kelenjar pituitari yang boleh menyebabkan kitaran haid tidak teratur.
  • Ujian hormon progresteron ini akan dirembeskan pada hari ke 21 yang menandakan sama ada wanita telah mengeluarkan telur.
  • Adakala dilakukan juga ujian hormon tiroid, MGTT (mod glucose tolerance test) untuk memastikan tiada masalah tiroid atau kencing manis.
Ubat kesuburan tidak harus diberi kepada pesakit tanpa rawatan susulan kerana pada hari kitaran haid ke 10 hingga 12, harus dilihat sama ada kilang ovari terangsang. Pengambilan ubatan jenis 'clomiphene' boleh menyebabkan rangsangan yang terlebih (hyperstimulation) sehingga boleh menyebabkan komplikasi kepada pesakit.

Pengambilan clomiphene tanpa pengawasan dalam jangka masa yang lama juga akan meninggikan risiko barah ovari terhadap pengambilan clomiphene. Oleh itu, dinasihatkan wanita yang baru berumahtangga supaya mencuba secara biasa terlebih dulu untuk hamil. Jika terdapat tanda-tanda awal mengandung seperti mual, muntah, kesakitan pada payu dara, berjumpalah doktor untuk ujian air kencing menentukan hamil (UPT - urine pregnancy test) dan imbasan ultrasound.



Entri ini adalah sekadar berkongsi. Sumber yang diperolehi adalah melalui pembacaan sy setelah berjumpa dengan yang pakar. Mengenai ubat yang disarankan oleh sumber dan apa sahaja yang disarankan hendaklah mendapat rujukan dari yang pakar dahulu. Jangan sukahati pergi ke farmasi dan beli ya!

Jika kalian mempunyai info yang hendak dikongsi, yuk, tulis di bahagian komen. Sharing is caring kan ;)

Sekian.

22 komentar:

Fiza Amran says:
at: 22 September 2011 08:45 said...

boleh x share mcmana u diet before nak kahwin dulu?

LisaLisut says:
at: 22 September 2011 08:45 said...

lisa lisut dh kawin.lisa suka baca entry ini.tp maaf ye lisa takde info nk share lg. baru berapa hari je kawin kak.

tp lisa rasa lisa stress psl lisa tkt pregnant dlm ms terdekat.hiks.k bye ;p

hazlynda kushairi says:
at: 22 September 2011 08:54 said...

FIZA :
here's the healthy diet yang "dulu" pernah Lynda buat.

http://hazlynda.blogspot.com/2011/03/crucial-healthy-diet.html

hazlynda kushairi says:
at: 22 September 2011 08:56 said...

LISA :
Maaf ye, Lynda tak hack blog Lisa semalam akibat terlalu ngantuk, terus tidor. InsyaAllah lewat mlm ni ke? HEHE Lisa, jangan takut bunting pelamin, rezeki tu. I'm happy for you in every way. Eceh.

Mimy Hamid says:
at: 22 September 2011 08:56 said...

jgn risau beb...sy dulu pun masalah kitaran haid...2 bulan sekali br la datang haid....puas cuba macam2...sy cuba makan berterusan EPO dan diperkenalkan oleh farmasi satu produk herba himalaya SHATAVARI on 9 May 2011 ..kuasa Allah taala...sy conceive a baby on 1 July dah 9 weeks...agak terkejut ..rezeki kan....cuba yang terbaik jgn putus asa....

hazlynda kushairi says:
at: 22 September 2011 09:02 said...

MIMY :
Lynda ada dengar jugak produk Himalaya ni. betul tu, rezeki kan, kite usaha. Lagipun Lynda baru 8 bulan kawen, cuma nak kan kira haid teratur je, rezeki anak kalau Allah bagi, kami terima, sapa taknak anak kan... hehe ;) Tapi alhamdulillah dah 2 bulan ni kitaran dah back to normal, lynda ambil produk 4Life.

Mimy Hamid says:
at: 22 September 2011 09:07 said...

betul rezeki anak Allah yang bagi...i pun tunggu 7 month baru Allah kurniakan rezeki...yang penting kitaran haid teratur kita tak stress kan??..nak mungkin boleh rujuk webiste ni untuk supplement himalaya Shatavari ..http://www.favorfinesse.com/hhshatavari.shtml

hazlynda kushairi says:
at: 22 September 2011 09:11 said...

MIMY :
Betul tu babe. bersabar, ada bahagian masing² kan. Ok, thanks babe for sharing ;)

izwahasnan says:
at: 22 September 2011 09:34 said...

hai lynda...saya ni silentreader awk...kite mempunyai masaalah yang sama juga tpi sebulan sahaja saya lewat...

Kemudian saya gi pakar di sunway medical central berjumpe ngan doktor noor aini ali kasim...katanye

Ultrasound dah dibuat dia tegok dlm perut telur tak keluar...disebabkan oleh hormor berat badan yang berlebihan..so dia mengganggu telur...

so saya dinasihatkan mengurangkan berat badan... n di beri ubat untuk mengeluarkan telur dan mengambil darah untuk mengetahui punca telur tidak keluar...

ubat itu dimakan masa 2nd day priad...so saya lakukan...2 bulan sahaja saya makan ubat itu...

dah sekarang mase puasa saya dah ok...dah...n tibe2 terus tak dtg priad...

doktor 2 siap bgi tau tarikh yg sesuai untuk bersama... dan hasilnye berjaya...

Tpi mungkin ini rezeki saya...

Saya akan doakan awk sihat dan mendapat ape yang awk nak ye...

Mungkin belum rezeki... dan mungkin ade khitmahnye...

cik senah says:
at: 22 September 2011 09:59 said...

:) seronok baca entri Pn. Lynda nihh.. almaklum.. chek pun tgh menghitung hari dah niee..

dgn usia yg dah pun mencecah 3 series.. maka..bimbang jugak bila bercerita berkenaan hal kehamilan ini..

apa2 pun.. terima kasih kerana berkongsi maklumat yg begitu berguna skali..

p.s : Pn. Mimy Hamid.. macih kerana berkongsi jenama produk EPO itu... ;)

A 'n' M says:
at: 22 September 2011 10:07 said...

tq for the info..bagus maklumat ni.byk membantu.keep it up! :)

~pzAEdy~ says:
at: 22 September 2011 10:10 said...

linda, i jugak mengalami ape yg u alami skrg. which is kitaran haid yg lama n x tentu. i pnah pg check up, doc kata sindrom biasa utk yg lepas kawen.tp mslhnye, kitaran haid i mmg cenggini sejak bertahun2 lepas. doc terdiam, sbb mgkin bukan bidang dia kot coz g klinik biasa jek. dia jus tekan2 perut and kata x de ape2 benjolan.and i pun mcm malas jek nk g klinik lg. tapikan kitaran haid u lama betol la smpai 2 bulan kan. u ade senggugut x?? cam i, x de n kitaran haid i paling lma pun 33 hari. **sigh...

Hunny Kitty says:
at: 22 September 2011 11:25 said...

usaha lagik linda! (bercakap ala-ala dokto jugak nih) ..hehehehhehee
kita doa sama2 ek (ni statment nak sedapkan hati sendiri jugak T_T)
ai kitaran haid on the dot tak penah miss even sehari....huu...tapi tu la belom ada rejeki kot...lagipun hubby dok jauh ..maybe tu yg oayah skit tu...

kita doa sama2 ekk

UyaRayza says:
at: 22 September 2011 13:53 said...

alaa skang tgh diet..tak makan ayam..just makan sayur n ikan..n stress jugak sbb nk kawen kn..tp period galak jer heheh..tkut gk kn ade prob period nie..mcm2 mslh pmpuan nie hehehe..bersyukur2 heheh

LisaLisut says:
at: 22 September 2011 14:14 said...

haha takpe kak. takyah susah2 kalau tak de masa.tak penting pun.tp kalau jemari tu dh gatal sgt tgh2 mlm smpai tatau nk buat apa silakan.aiman tak kisah.haha

choclairissa @ intan says:
at: 22 September 2011 22:53 said...

lynda..i pun period lari sejak kawen..tp xdela smp 2bulan larinye..3 hari adela..dulu bile lmbt terus check..skrg dh malas dh..krg sedih..hahaha..

Yanie says:
at: 23 September 2011 11:43 said...

Mek, aku pun mengalami benda yang sama siap dulu ingat ada ovarian cyst lagi. Bila check doktor cakap everything is normal. Tapi punca utama maybe sebab hormon problems, stress and diet tak seimbang. HUHU

Reen Tart Nenas says:
at: 23 September 2011 15:04 said...

yeah me too. nie reen tgh dok plan nak pegi paragliding kat KK nie.

[s.u.r.i.a] says:
at: 24 September 2011 19:19 said...

situasi kita hampir saya dan kebetulan pulak tarikh kawin kita sama yang berbezanya saya tak pernah nak jumpa pakar. nak ke klinik pun saya takut. saya memang takut. nak buat research pun saya takut sebab taknak baca atau tahu berita buruk. saya jenis follow the flow, memang tak bagus la. macam menunggu buah yang belum tentu jatuh.

harini saya tak sihat dan muntah-muntah dan beranggapan saya akan mengandung. harini saya jumpa belog awak dan bila baca entry awak ni nampaknya saya silap. saya kena lebih lebih berusaha, tak boleh anggap saya macam kawan-kawan saya yang lain.

gembira jumpa belog awak lynda! :D

Girls Like Me says:
at: 25 September 2011 13:27 said...

lynda :)

lama da tak stalk blog u..hehe, anyway, u sgt positif dgn life u :) congrats, wish to be like u honey!

i pun ade gak lari2 period..seminggu lewat skali, tp still negative, as my mom said, tuhan tu tau bila dia nk bg kita anak, so setiap bulan, i adalah pembeli tegar pregnancy test..smpai org guardian tu da kenal i kot...haha..

but who cares, i still happy w my life..lucky hubby jenis cool..

to all bride to be yg mempunyai condition yg mcm i..i doakan yg terbaik buat kita suma..jum kita try buat fertility plan, nk beli kat guardian, tp tak terbeli2..hehe..

to lynda, i doakan yg terbaik untuk u :) love u!!

♥ balkidz_hunny ♥ says:
at: 27 September 2011 09:19 said...

woot3. rindu blog kau mek! :)
Im back! HAHAHA. baru keluar dari tempurung nie ;p

aku sentiasa doakan ko join the club mek. whatever it is, just enjoy marriage life. dont worry Allah itu perancang terhebat, Dia tahu ape yg terbaik utk kite.

Take care meks. mmmuuuaahhh!

Mawar misswateva says:
at: 28 September 2011 09:03 said...

babe,yang penting ko sihat and period teratur.
allah tahu yg terbaik utk kita!

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Hornymoon

RH Hornymoon
We love to travel and have fun together. For us, hornymoon is everyday, not only on special occasions *kisses*

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

Nerdy Writer!

Nerdy Writer!
They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, Mya 4Weddingku!

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011