Subhanallah, terima kasih atas sokongan dan dorongan serta kata-kata semangat yang kalian semua berikan didalam entri kelmarin. Sy pasti, ada yang dah bosan dengan blog caca marba penuh emosi dan kontroversi, eh, ada ke?
Hurm.
Tiba-tiba hari ini, sy hendak menulis tentang penggunaan bahasa ibunda kita dan dimana letaknya bahasa ibunda kita kalau disalahgunakan?
Maaf, ini bukan cerita kelakar, ini sebagai iktibar.
Memartabatkan bahasa.
Bahasa apa?
Bahasa Melayu?
Bahasa Inggeris?
Bahasa Cina?
Bahasa Tamil?
Bahasa Korea? uhuk.
Situasi bermula di Kedai Buku Sri Damansara
Minggu sudah, seperti biasa sy harus ke kedai buku untuk membeli stok kertas warna untuk CBL. Tiba di kedai tersebut, seorang lelaki telah menegur juruwang di kedai tersebut, dimana lelaki tersebut berumur (lebih kurang) 50-an, berbangsa bukan melayu dan juruwang tersebut linkungan umur 20-an, berbangsa melayu. Sedutan perbualan mereka;
Pakcik : How much is it? Can I get a box?
Juruwang : Satu RM1.20, kalau sekotak, sy kena tanya tokey dulu.
Pakcik : Why didn't u reply me in English?
Juruwang tersebut buat bodoh dan hanya mengomel seorang diri dalam loghat utagha, "Kami pun belajaq tinggi, bukannya kami ni lekeh sampai nak menjatuhkan maruah kami. Kami ada jugak degree bukannya SPM ja. Takyah la nak pandang kami hina sangat"
Sy? Pura-pura sibuk mencari kertas lagi ;)
Setelah itu, pakcik tersebut bercakap dan terus bercakap sehingga satu kedai terpaksa mendengar nasihatnya. Bagi sy, aada betulnya apa yang beliau ingin sampaikan.
"Kalau sekarang orang indonesia, bangladesh dan myammar bekerja sebagai kuli atau orang bawahan, tidak dijangka kalau suatu hari nanti, mereka akan menjadi ketua dan memberi arahan kepada anak malaysia yang pada ketika itu akan menjadi kuli kepada orang asing. Why? Sebab mereka ini boleh bertutur dalam bahasa inggeris dan jika pada ketika itu mereka dapat menguasai bahasa inggeris, kita akan duduk dibawah pemerintahan mereka"
Disini, dari segi pandangan sy sendiri, memang benar apa yang ingin disampaikan oleh Pakcik tersebut ada benarnya. Bangsa kita, khususnya BANGSA MELAYU, hanya me"layu" dan tidak mahu pembaharuan dan terus me"layu". Kita telah dididik dan diajar Bahasa Inggeris cuma tidak diterapkan dalam komunikasi seharian kita. Mengapa kita sendiri tidak mahu pratikkan Bahasa Kedua ini didalam kehidupan kita? Segan dan malu? Malu bertanya, sesat jalan dik.
Seperti sy sendiri, Bonda memasukkan sy ke sekolah swasta dari P1 hingga ke P6. Bila tanya Bonda, "Kenapa u masukkan i sekolah mahal?" Sy pernah ceritakan sebelum ini, sy masuk sekolah lewat seminggu kerana pendaftaran sy di SRK Convent tidak diterima. Bonda masukkan ke sekolah swasta, salah satu sebabnya adalah mereka lebih ke arah penggunaan Bahasa Inggeris. Tidak sy katakan bahawa bahasa inggeris sy sudah di tahap advance tetapi sekurangnya kita faham dan boleh berkomunikasi di dalam bahasa inggeris. Mengapa sy perlu malu apabila sesorang menegur kesalahan sy? Sy pernah ditegur oleh adik sepupu sy (bridemaid sy, Aila) yang kini menuntut di tingkatan 4, Sapura Smart School. Penguasaan beliau dalam bahasa inggeris telah diterap dan diamalkan sebagai bahasa komunikasi seharian di dalam rumah dan di luar. Beliau sering menegur sy jika ada salah sana dan sini. Walaupun bahasa ingerris beliau di tahap advance, tidak bermakna bahasa melayu beliau di tahap bawah, tidak disangka, bahasa melayu beliau A untuk PMR yang lalu dan A di dalam setiap peperiksaan. Beliau juga dari Sekolah Cina dari P1 hingga p6, jadi tidak hairanlah jika beliau fasih dan menguasai 3 bahasa - Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina. Itu kelebihan beliau.
Seperti juga sy yang kini masih belajar di tahap pertama bahasa korea. Ada juga suara-suara dengki bilang, "Ala, saja nak bagitahu semua orang dia boleh cakap korean" atau "Kononnya dia banyak duitlah tu p kelas korean" atau "bahasa inggeris pun tak betul, nak ambil bahasa korean" Bagi sy, mempelajari bahasa asing itu adalah mengikut minat sy. Mengapa sy tidak belajar bahasa german, mengapa perlu bahasa korea? Ini adalah minat sy. Apa yang sy suka, pasti menanamkan semangat untuk terus belajar. Soal duit, duit keuntungan dari CBL itu yang membolehkan sy memasuki kelas korea. Bak kata Kak Fynn Jamal,
Peri Cenderawasih JGN dengar kata orang. pedulikan. pergi-mampos-kan. saya dulu sampai kena hina "makan belacan, tak malu cakap inggeris". saya pertama kali sungguh2 berkomunikasi dalam bahasa inggeris adalah ketika di universiti.
sekarang saya di russia. linguist.
pergimamposkan orang
sekarang saya di russia. linguist.
pergimamposkan orang
3 November at 14:51
Hazlynda Kushairi Betul Kak Fynn. Susahlah mentaliti "org melayu" kita ni. kalau belajar bahasa lain je, kategori "tak sedar diri" Kira oklah, kita ada inisiatif nak membangunkan diri, daripada mereka yang nak duduk makan belacan je?
3 November at 14:53
Peri Cenderawasih kita makan belacan, tapi kita tak bodoh nak makan je belacan. kita BAWAK belacan gi negara orang. buat duit lebih. tededenggg. ahahahaha
3 November at 14:54
Penuh makna. Tafsir sendiri, lagipun tulisan dalam bahasa ibunda kita ;)
Memartabatkan bahasa bukan sahaja dari segi percakapan, begitu juga dari segi penulisan. Sy tidak menafikan bahawa, sejak berkahwin, gaya penulisan di blog ini semakin formal dan menggunakan bahasa yang berkias dan sopan, tidak seperti sy menulis pesanan ringkas. Walaubagaimanapun, mengapa kita tidak menggunakan bahasa ibunda kita secara betul? Seperti contoh,
kita - kitew
mereka - korang / korunk
begitu - gitew
sekarang - skunk / srunk
bila - bilew
sayang - yunk
Mengapa sebutan dan ejaan diubah? Walhal, dulu, pernah berkata, "Mengapa kita agungkan bahasa asing?"
Mengapa kita sendiri tidak memartabatkan bahasa ibunda kita?
Mengapa?
Fikirlah sebelum bercakap dan menulis.
Maaf sekali lagi kalau ada yang terguris ;)
Selamat beramal.


8 komen dan pendapat:
Alhamdulillah...pandangan yg cukup baik dari saudari...menuntut ilmu untuk mempelajari bahasa lain adalah dituntut dalam Islam...kelebihan berkomunikasi dalam bahasa asing juga membolehkan usaha dakwah terus subur..jangan peduli kata orang
sengih je baca post ni.harap2 biar ade yg sedar.my english pun takdela hebat mana pun.so melalui penulisan di blog pun boleh tolong menguasai english.i penah je kene tegur dulu people and peoplessss. ahaha malu.tp sedar diri. yg aku gatal letak s dkt people tu apsal.malu tye sesar jalan.
annoying lah bahasa ewwww tu.tak cute lgsg.tolonglah.
Agreed.hehe..
sebab in my daily, I kene speaking selalu coz i deal with people from around the world.
Tapi apa yang sy malu adalah Some of the foreigner yang duduk malaysia bertahun2 tak reti nak cakap in malay. Sebabnye, Malay pun sendiri tak mahu berusaha memartabat kan bahasa kita.
So, I respect Japanese and korean. they are smart but they using their own language in their daily life kan. So that other people will master their language. haha..
ya Allah apa ini lundaaaaaaaaaaaaa. kalau aku tak faham ko ingat diorang paham, haha
Well explained,tp babe bg akula klu misalnya pakcik tu chinese or indian,I don't mind klu budak lelaki tu jwb bhs melayu..maybe pendapat aku berbeza...mmg bagus belajar bahasa asing tp xsalah klu praktikkn bhs kita kat tempat kita.kat sini,kat jepun,klu ko tanya dlm english,takde dia nk layan.even aku pernah kena tengking sbb ckp english walhal aku baru 3bln kat sini dan tak tahu bahasa diorang langsung.dan,wlu diorang ramai xtahu english tp still blh berjaya..klu aku,aku sound pakcik tu,pakcik duduk amerika ker?kihkih...my 2 cent.
Kak Lynda, blog kamu dah jadi aktiviti harian saya. Tak tahu kenapa, tapi terasa dekat & terkesan bila baca. Hehe semoga murah rezeki akak :)
sangat setuju, baru je melempiaskan marah dekat blog pasal benda ini. sangat marah sebab makin menjadi² lagi² dekat FB.
dalam islam pun ade cakap, tuntutlah ilmu sampai ke negeri cina.
maksudnya, betapa penting menuntut ilmu tu. ilmu bahasa pun ilmu jugak kan.
nabi tak pernah cakap, kalau makan belacan, tak perlu tuntut ilmu (bahasa)
selamat beramal! haha
Post a Comment