Assalammualaikum ;)
Sekejapnya masa berlalu. Pejam celik lagi dua hari, genap setahun kami disatukan. Syukur alhamdulillah.
Terlalu banyak kenangan dan pengalaman indah kami berdua selama setahun ini walaupun kami masih lagi melalui perkahwinan jarak jauh. Dimana memasak, mengemas baju, menggosok baju, membasuh baju husben hanya dua kali sebulan, itupun pada hujung minggu. Sy masih belum merasa tanggungjawab sebenar seorang isteri. InsyaAllah, suatu hari lagi.
Sudah setahun mendirikan masjid, kami belum dikurniakan anak. Tidak mengapa, rezeki kami belum ada dan sy percaya Allah pasti sudah merancang perjalanan hidup kami berdua, selebihnya kami hanya mampu bersabar, berdoa dan terus berdoa. Terima kasih kepada keluarga dan kawan-kawan yang mendoakan, tidak kiralah doa itu yang baik atau tidak, walaupun terdapat banyak kata-kata negatif yg sampai ke telinga ini. Alhamdulillah.
Azam baru sy untuk tahun 2012? Sy tidak mempunyai azam kerana sy tidak pernah berjaya melaksanakan atau merealisasikan azam baru setiap tahun. Apa yang pasti, sy ingin meneruskan perjalanan hidup sy, sama seperti orang lain, bak kata orang, go with the flow! Sebagai manusia, kita hanya layak untuk merancang tetapi Allah menentukan segala. Mungkin tahun 2011 sy masih ada di muka bumi ini, akan datang, esok lusa tulat, kita tidak tahu apa akan terjadi,.
Dahulu, blog ini dipenuhi dengan segala macam persediaan kahwin sy walhal pada awalnya sebelum bertunang, ini adalah blog tentang perjalanan hidup sy. Sy pasti ada yang sudah jemu dan masih ada yang membaca blog ini, terima kasih.
Dikesempatan ini, sy ingin meminta maaf seandainya sepanjang tahun 2011 atau sebelumnya, ada diantara penulisan sy yang telah mengguris perasaan kalian yang membaca. Maafkan sy seandainya ada yang tidak berpuas hati dengan Creative by LYNDA. Sememangnya sy manusia kerdil dan tidak sempurna. Sy memohon maaf.
Tahun 2011 ada pahit dan manisnya.
Selamat tinggal 2011!
Kami akan bercuti di sini ;)

HAPPY 1ST ANNIVERSARY HAZLYNDA & RAZMIE!
p/s : Kepada sahabat sy, Sarah Abdul Rahim & Sukhwinder, Happy 2nd Anniversary Doks! Pasti mereka sedang berjimba ketika ini, have fun! Love you guys >.<
p/s : I love you, husben! More and more!


8 komen dan pendapat:
Semoga terus tabah menghadapi PJJ. SEmoga rumahtangga kalian kekal bahagia...(masih juga suka mengikuti Blog kamu....)
FIEDA :
amin. terima kasih ek Fieda. semoga Allah perkenankan doa untuk pindah ke Selatan.
wahh nice view chalet nie ..
kat mna syg
slmt cuti2. review dimana tmpt ni nt ok. so no goodbye to blogging world yet? hehe.i pun mcm dh malassssssss nk update.boring laaa.nk bc blog org je bleh?hehe.happy new year!
Sekejap je masa berlalu.
Terasa macam baru semalam je baca review majlis perkahwinan awak yang sangat cantik tu.
Tapi realitinya dah nak masuk setahun pun.
Happy Anniversay ya!
happy anniversary!
semoga rumahtangga aman dan bahagia hingga ke akhir hayat. :)
lynda, jgn stop blogging...
nanti i rinduuu nk baca blog u..hehe..
semoga 2012 ni will bring lots of happy returns to u & me too!
hehe
Lynda.. happy 1st anniversary ;)
Love to read ur writing
Post a Comment