Assalammualaikum ;)
Entri yang ringkas.
Semoga di umur 28 tahun ini,
1. Sy dapat turunkan 5kg sebelum 30 June 2012
Ini adalah cabaran daripada husben, walaupun husben bilang dia bergurau tetapi sy mengambil cabaran ini dari sudut positif, memberi semangat supaya berat sy yang kini 59kg dapat diturunkan ke 54kg seperti waktu bernikah. Sy akan kemaskini tentang ini kemuadian hari.
2. Sy dapat berpindah ke Selatan
Kali ini sy mengambil tindakan serius dan melipatgandakan usaha sy dalam pencarian kerja di Johor Bahru. Walaupun baru CV sahaja yang berjaya dihasilkan dan dikemaskini, sekurangnya sy sudah mulakan langkah pertama. Seterusnya, moga sy mendapat kekuatan fizikal dan mental untuk mencari peluang pekerjaan di mana-mana institusi.
3. Sy dimurahkan rezeki dan "rezeki"
Duka di hati dengan bonus tahun ini lebih membakar semangat sy kerana sy percaya, mungkin rezeki itu Allah akan beri dengan cara lain pula. Sy terus berdoa dan bersikap positif. Mana tahu rezeki bekerja di Johor atau rezeki tinggal bersama husben atau rezeki anak. Itu semua kuasa Allah dan selebihnya kami berdoa.
4. Menggalas tanggungjawab isteri mithali
Di peringkat umor ini, sy sentiasa berdoa agar Allah memberi sy peluang untuk melihat keesokan harinya. Sy berdoa menjadi seorang anak yang patuh pada ajaran Islam, berdoa menjadi seorang isteri mithali, menjalankan tanggungjawab sy yang sudah setahun sy abaikan. Selama setahun kami LDM, sebulan sekali sy menyediakan makan minum, sebulan sekali sy menyiapkan pakai husben. Tanggungjawab sebenar seorang isteri belum digalas sepenuhnya. Semoga tahun ini masih diberi kesempatan untuk melakukan dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari.
5. Dikelilingi orang yang sy sayangi dan kasihi
Perginya Arwah Nenda buat selamanya memberi impak besar di dalam keluarga kami terutamanya sy dan Bonda. Walaupun keluarga lain sudah tidak menghiraukan kami, seperti kami dibuang daripada keluarga, sekurang-kurangnya sy masih bersyukur kerana mempunyai pakcik dan makcik yang masih lagi menganggap kami sebahagian daripada keluarga ini. Sy bersyukur kerana masih dikelilingi orang yang sy sayangi dan kasihi sama persis sepertimana mereka sayangkan kami.
Syukur Alhamdulillah. Sudah genap setahun sy bertudung ;)
Entri tentang mulanya sy bertudung disini - the blessings.
Gambar passport pertama yang sy ambil selepas sebulan berkahwin.
Sy hanya mampu berdoa agar Allah memudahkan urusan sy.
Amin YRA.














9 komen dan pendapat:
AMEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEENNNNNNNN (panjang skit). heheh
semakin cntik berseri!
Assalamualaikum. Hye sis. Jum join giveaway Nouveau Closet. Mungkin rezeki kamu ^_^
http://nouveaucloset.blogspot.com/2012/01/giveaway-by-nouveau-closet.htmlo
amin..semoga apa yang lynda hajati akan dimakbulkan, niatnya baik kan. Insya Allah.
Jan juga boleh berkongsi hajat yang sama ngan lynda. :D
Amin...
Lynda, sgt sweet the way u wearing the hijab...
insya allah, semoga rezeki u bertambah2 k 2012 ni...
chaiyo2 Linda...
Allah sentiasa akan beri reward to those yg berusaha,itu janji Allah! :)
mek gambar last tu, canteks gila tudung dan baju..i loike!
lynda jgn la kurus, nanti reen takde geng :p
amin...kamu kelihatan manis.
as.salam lynda.
bleh tutorial cr pkai tudung untuk last pic tu tak?
mcm ezani masterchef. sweet!
plz..plz..
Post a Comment