Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


Friday, 4 January 2013

2 tahun sudah ;)

with 3 komentar
Assalammualaikum ;)

Entri pertama untuk tahun 2013.

Entri tahun lepas hanya 50 sahaja! Masha Allah.

Sungguh, sejak sudah bersekolah, masa itu tiada untuk bersosial - asyik paperwork je jah!

Pejam celik, sudah dua tahun ulangtahun perkahwinan kami (mengikut kalendar omputih)

Husben tanya,
"Mana hadiah anniversary sy?"

Sy jawab,
"Ini - pengorbanan isteri berpindah ke JB"

Husben balas,
"Itu jawapan masa hadiah birthday sy April tahun lepas!"

Sy tanya pula,
"Mana hadiah anniversary sy?"

Husben jawab,
"Tunggu tahun depan"

HUH?!

Husben sambung,
"Itu - rumah kita"




Buat kali pertama, kami tidak bercuti ke mana-mana untuk sambutan ulangtahun kami. Walaupun  tahun lepas hanya ke Samadhi KL dan 2 tiket percutian yang dibatalkan akibat Husben tidak mendapat cuti, akhirnya tahun ini kami tidak merancang ke mana pun. 

Pelan asal hendak ke Pulau Rawa lah Pulau Besar lah Pulau Sibu lah, semua Pulau dibatalkan. Husben tidak mendapat cuti. Maka sambutan hanya di rumah ;)

Apa yang lebih penting, sejak minggu kedua Disember, keluarga dari KL datang tidak putus-putus. Bonda pun cuti sekolah. Maka, 2 minggu Bonda ada di JB.

Seperti pernah sy katakan,

Ulangtahun perkahwinan tidak bererti percutian ke dalam mahupun luar negara. Bagi sy, cukup sekadar dikelilingi orang tersayang - Husben, Bonda dan keluarga serta sahabat handai. Ikatan kekeluargaan, hubungan silaturahim serta kasih sayang yang ada dan dikongsi itu lebih bermakna dan berharga buat sy ;)

3 minggu terakhir 2012 - semuanya indah. 

Terima kasih Husben!

Terima kasih Bonda!

Terima kasih keluarga!

Syukur alhamdulillah ;)

2 tahun sudah.


video

3 komentar:

  1. Balkidz Hunny said...

    Happy Anniversary beb!
    Nak wish kau private hari tu tapi lupa sebab dok serabut hp aku hilang.

    alahh, rileks tunggu rumah lagi berbaloi.
    dan, sambutan yg bermakna tak semestinya pergi bercuti kan?
    Aku doa kau dapat rezeki menambah ahli kelurga a.k.a chanteks junior. kbai!

  2. ♡ izzah ♡ said...

    happy anniversary lynda!

  3. paukacang said...

    happy 2nd anniversary lunda n suamu!
    semoga kekal bahagia sampai bila2.psst kalau free jgn lupa main game ps tembak2 kbai!