Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

0 komentar

Berangan itu Percuma

Assalammualaikum :)

Haaa kan tetibe rajin nak update blog. Sungguhpun takde org yang bace lagi blog ni, takpe, HK anggap ni macam therapy hahaha Hari ini HK nak cerita tentang outdoor dining yang mat salleh selalu ada kat backyard rumah mereka. HK suka tengok CH731 HGTV yang menceritakan dr renovation hinggalah ke detailing interior dan exterior. Rumah dorang senang tak perlu pakai batu bata utk partitions, dorang pakai pine woods je, material dorang murah, alatan mesin dorang lengkap, senangnya tgk renovation siap dalam masa kurang dari sebulan. Wow!

Kalau kat Malaysia, huh takyah cakap lah, dapat kontraktor yang ok memang cepat siapnya, dapat yg dpt duit lepas tu kerja gerak mcm kura-kura ----- setahun la rumah tu nak siap! Tembok tepi rumah yang HK buat ni, kontraktor dari Taman Universiti, Skudai, Abg Tamam. Siap dalam masa 4 hari, itu pun masa CNY hujan tak berhenti maka delay lah kerja. Kami amek untuk naikkan dan ratakan tembok sahaja. Lepas tu cat sendiri, lebih jimat. Eh, dulu satu rumah boleh cat, takkan lah tembok tepi tak boleh nak buat kan hahaha Sekarang ni dalam proses mengecat. Maklumlah, cuaca sekarang tak menentu, bile panas baru RI cat. Kalau hujan, tangguhlah projek kami...

Sebenarnya HK memang kuat berangan, dari dulu sebelum kahwin berangan nak majlis gini gitu, lepas tu ade rumah nak gini gitu. Disebabkan HK mudah terpengaruh dengan HGTV, HK berangan naka de outdoor dining macam dorang kt backyard. Tapi kite takde backyard, anggap je la patio ti backyard RH hahaha jadilah. Ni style sana,

 

Cantik kan? Mat salleh suka santai-santai kat backyard dorang. Macam best je sambil makan minum borak, dengan dikelilingi pokok, seronok je, nyama HK rasakan. Sumber lagi satu ni pun outdoor dining dorang dimana kawasan agak limited tapi masih nak jugak santai kat luor ----

 

Gambor atas ni menunjukkan saiz tanah sekangkang kera macam patio kami. Tak besar mana pun tanah tepi rumah tapi gila kuasa nak buat macam rumah mat salleh. Dasae kulit pan asia, semua nak hahaha Bior le, kite nak merasa jugak! Walaupun ruang dalam gambor nampak agak limited, tapi masih boleh muat 10 seaters. Maknanya ruang die lagi besor. Patio kami leh muat 6 orang je hahaha makan bergilirlah kalau ramai yang datang rumah.

Dulu, sebelum tembok naik, HK pasang bidai je, bidai buluh yang tahan matahari dan hujan, untuk memberi sedikit privasi pada kami. Malangnya bidai tu takde sound proof hahaha Teriakan orang sebelah dr tingkat atas boelh dengar sampai ke rumah, belum lagi kalau kami duk luor dia tutup grill sekuat hati dia, baik mak baik anak, pening jiran macam ni. Dulu outdoor dining kami begini,

 

Dah pasang bidai pun masih boleh nampak orang sebelah kan? Kalau orang sebelah jenis yang boleh tolerate takpe, dapat yang loud speaker, karaoke pepetang hahaha oh lebih baik naik tembok. Hati senang, mata dan hati pun tenang. 

Jadi misi seterusnya,

Tembok China here I come!
0 komentar

Wow! Tetibe muncul

Assalammualaikum 😱

Wow! Sejujurnya aku rase macam dah lama sangat tak menulis. Nak lak dalam blog. Rindu tu memang rindu. Idea tarak... nak cete pasal ape? Entah masih ade orang atau tidak yang bace blog aku ni. Aku masih aku yang sama seperti dulu cuma mungkin berat badan bertambah setelah gagal ke gym selama 3 bulan. Tahniah Hazlynda! Tahniah kerana gagal mengekalkan berat badan anda. Haih! 


Setelah hampir 8 bulan aku menjadi surirumah surihati Razmie Isa (RI), akhirnya aku tekad untuk menjadi guru semula. Tak kemane nye, masih cikgu sekolah swasta dan masih di JB lagi, tak kemana nye. Kalau diberi peluang balik KL, aku apply balik UTAR ku cinta. Memang susah aku nak lepaskan kerja kat sana. Dan hari ni dah 6 bulan aku mula bekerja. Harap takdelah #kulit kt sini hahahaha Sekolah baru dibuka 2017, facilities memang aku pun seronok tengok. Nak nak library and media room!


 
 
 

Perkembangan seterusnya, aku masih belum dikurniakan rezeki anak lagi, maka jangan maki aku, doakanlah untuk aku. Dulu masa berhenti mengajar, bahagianya rasa, siap dah plan setiap kali anniversary kita pergi jalan tak kira dalam johor atau kolompo atau malaysia atau luor, janji kita spend time bersama. Sempat sekali tu je la ke HK kemudian tiket tahun ni ke JOG terpaksa burn atas sebab sekolah dah mula! Takde rezeki. In shaa Allah ada lah rezeki lain ek.

RHsaranghae, pondok tercinta masih sama, tiada perubahan, yg berubah mungkin susun atur dan jugak warna cat yg semakin pudor. Oh perlu touch up tahun ni, maklum le tahun ayam, eh ape kaitan? Tahun ni alhamdulillah ada rezeki sikit untuk upgrade ape yang penting dan perlu. Maka, tahun 2017 ni ada projek outdoor utk RHsaranghae 😘



Inilah keadaan RHsaranghae masa CNY, kami tak kemana, menunggu hujan berhenti, tembok naik siap plaster. Susah kalau nak buat pembinaan kat sini n rules komuniti sini ni pun ketat, tak boleh masuk kerja pada cuti umum dan waktu bekerja 9 pagi hingga 6 petang sahaja. Hari untuk bekerja ahad hingga jumaat. Redha. Lagi-lagi bila ada yang sindir, 

"Taknak berjiran ke"
"Tembok China dah naik"

Mulut orang, mentaliti orang. Lagi kite layan lagi kite dosa hahaha Salah satu sebab RI suggest untuk naikkan tembok untuk privasi kami. Projek nya bukan tembok saja tapi benda lain, ade sebab lain sebenarnya naikkan tembok. Padahal tahun lepas baru pasang grill rapat-rapat untuk pagor tepi, depan dan gate. Takpelah, takde rezeki nak pakai lama. Faham ke istilah aku, "grill rapat-rapat"? Hahaha ni dia,

 

In shaa Allah esok kalau ade masa lagi aku update ya. Ade kelas yaw! Eh kemain free aku update blog kt sekolah. Taip sepantas kilat, harap maaf kalau ade typo error.

Ok sudah-sudah, bye! Aku nak pergi kelas 💨
0 komentar

#HKwayto55kg : Aku nak kurus! Pasti kurus? Akan Kurus? Ahhh Esoklah aku kurus!!!

Assalammualaikum :)

SELAMAT PAGI...!! Hahaha dah la satu entri je setiap bulan. Serious, aku memang nak sangat update blog selalu tapi sejak dah tak sekolah ni banyak sangat benda nak kene buat. Timing kat rumah macam tak cukup je masa nak siapkan kerja. Dulu sukanya dah tak payah kerja, work from home lah, buat art class sendiri, buat CBL kat rumah, rupanya masa tu lagi tak cukup bile kena buat kerja rumah lagi. Ini belum ade anak, kalau ade anak? Super Hazlynda!

Every morning aku akan hantar cousin aku, Amin ke KYPJ di Larkin then balik rumah, breakfast and kemas rumah sikit. Rumah takdenye nak kene sapu dan mop hari² tapi asalkan cushion bantal katil tersusun rapi, sedap mata memandang. Then sebelum tengahari siapkan kerja design dan order CBL, itupun rasa macam eh dah nak jam 12? Why so fast??!! Then antara 12-1.30 adalah time aku masak. Masak main course je. Nasi dan yg lain masak bile balik nanti, just prepare the things dulu. Kalau tak nanti kelam kabut bila dah penat. Lepas zuhor, siapkan kerja CBL yg sebelum tu then kul 3.45 dah bersiap sedia nak ambil Amin lepas kelas. Lepas tu terus pergi makan dan ke gym atau hutan bandar untuk aktiviti sihat. Fuhhhhh tak rasa jadual padat? Syukur alhamdulillah, tution dah berhenti sebab tak berkesempatan. Art class? Jumaat dan sabtu sahaja. Phew!

So now, let's meet my cousin, Amin Ashraf :) 



Setiap tahun, azam aku memang nak kurus, maksud aku memang takkan kurus. Susah sangat aku ni nak kuruskan badan. Makin hari makin mengembang, mane taknye, asyik makan then bile nak ke gym je, mulalah rasa malulah, taktau nak start macamana lah, nak gune benda alah tu semua pun aku tak reti melainkan treadmill, entah, sebenarnya malas nak mencuba. Aku pernah cuba diet atkins tapi utk org jenis macam aku nih, iman tak kuat kot hahaha orang kampung, mane leh tak makan nasi hahaha *ikon monyet tutup mata*



Tapi.....................

Start tahun ni 2016 memang aku dah tekad nak kuruskan badan walau apa pun yang terjadi. Sebab last year dah plan ke HK early of the year, aku taknak diet bila kat sana, nak makan and enjoy our trip. kiranya cheat besar-besaran. Lantaklah, dah la kena banyak jalan, letih kalau aku tak makan. Setiap hari mesti makan nasi hahaha tipikal hazlynda, selera perut aku selera kampung. Chup, lari topik sikit, dah la memula nak cerita pasal kurus, tetibe cerita pasal trip HK, then nak sambung cerita tentang rumah, tapi excited nak cerita azam aku nak kuruskan badan. Maafkanlah ek.

Tapi.....................

Sebenarnya aku memang kuruskan badan. Ok pembetulan, AKU PERLU TURUNKAN BERAT BADAN. Esok in shaa Allah aku akan ceritakan kenapa. Eh, taknak janji, tapi aku akan ceritakan kenapa aku beriya sangat nak kuruskan badan. Bukan sebab nak menawan hati husband, bukan sebab nak muatkan baju seluar yg lama, tapi sebab lain. Ahhh nanti le cerita ek. Ok, bawah adalah kronologi badan aku yg tak sado diri ke sado diri.pakailah baju hitam yang kononnya sembunyikan diri yang gemuk, menipu semata, aku dah sedor yang memang aku gemuk! Damn.


Sejak balik daripada HK, aku tekadkan diri untuk ke gym, honestly aku memang tak reti nak pakai benda alah yang ada kt gym sebab aku takut salah guna nanti patah tulang ke salah urat ke, oh maiiii typical minded sangat kan? Aku pun start ke gym dengan trainer paling kacak dan sado, Adli Hafidz. Siapa yang dekat area KL nak personal trainer boleh lah contact dia, ig die adligoldenboyhafidz. Memang dia sekarang di KL under training untuk boxing wakil Malaysia. Selepas jarang berjumpa dengan Adli, aku start dengan kawan-kawan omega yang kebetulan memang dorang berdua pun ke gym, yelah, dorang memang cikgu P.E, maka aku pun nak menyelit bersama. Start bulan februari kiteorang ikut training kat gym, tabata nak mati namanya. Aku penat tapi nak taknak, nak kurus punya pasal, aku redah jugak. So, here's our trainer, Shan. 



Start bulan March, ecececehhhhh konon macam dah pandai nak buat sendiri, kiteorg bertiga yg menggelarkan diri bersama hashtag #workoutbyASH. ASH tu, Angela Siti Hazlynda. Alaaaa comel sangat nak berhashtag hahaha pedulik. Lepas sekolah mereka dan aku berjumpa. Aku pulak lepas ambil Amin. Adakala Amin nak ikut, adakala dia nak duk rumah. Ikut mood. Maka, bermulalah kiteorg workout every weekdays, isnin hingga jumaat di Hutan Bandar Mutiara Rini, JB. Kalau hujan, baru kami ke gym, tapi ada satu gym ni memang kiteorg suka sangat pergi sbb macam kiteorg ada share pulak hahaha takde orang time kiteorg workout. Orang start datang lepas kerja.Maka, amannya rasa!


Maybe ada dianatara korang yang ada ikut ig aku, memang sekarang boleh dikatakan everyday ada gambar or video #workoutbyASH. Sejujurnya, niat aku upload tu semua bukannya nak menunjuk badan dah slim sikit, tapi aku nak motivate kawan-kawan aku untuk workout bersama. Aku seronok bila ada diantara kawan² kat fb dan ig yang message tanya tentang workout. Aku nak inspired orang, memang betul kata Abam Bocey, gemuk is awesome TAPI kalau badan fit lebih awesome. 

Akhir kata, 

Aku sertakan diantara gambar yang paling aku suka. Alhamdulillah hingga ke hari ini, berat aku dari 71.2kg sekarang 64.8kg.

Dengan niat yang betul, in shaa Allah kite semua boleh kurus :)


Esok sambung ek!
2 komentar

#RHsaranghae : Where to start?


Assalammualaikum :)

Damnnn!! Aku memang seorang yang suka mungkir janji.

Sebenarnya.....................................................

Aku tak tahu nak mula bercerita dari mana. Dulu excited cerita tentang dapur sbb tu bahagian kegemaran aku. Hari tu handphone buat hal, nak ambil gambor pun shaking. And we fix the camera, semangat kemas rumah ambil gambor but again bila nak start blog, tak tahu nak cerita ape hahaha

So, korang nak aku start bahagian mana?

Jap jap............. Ade ke orang baca blog aku lagi? HAHAHAHA confidence level kene tinggi!
0 komentar

#RHsaranghae : Dining (Details)

Assalammualaikum :)

Haaaaa...... Nampak tak semangat kesukanan? Tiba-tiba rajin sangat nak update blog. Padahal kerja CBL berderet tak siapkan lagi. Pagi ni update blog laju-laju sebab jap lagi ada hal nak melawat orang sakit. Gambar memang dah standby awal hahaha sejak camera dah betul ni..... Laju je nak ambil gambar n update tau!

Ok, shall we?

Untuk ruang makan rumah, aku taknak letak banyak sangat barangh, terlalu sarat hiasan ruang makan, makin sempit ruang tersebut. Honestly, aku tak tipu, ruang makan kami kecil, tak sebesar mana pun, kalau buka meja tu, dapat masuk 6 orang sahaja. Selebihnya antara take turns atau makan di patio haha sonang!

Maka, ruang makan aku cuma ada,
1) hiasan dinding - frame besar dan pinggan 6 keping
2) hiasan meja makan - lilin² dan stands
3) meja makan
4) kerusi utk 4 orang

Cukup ah tu.

Meja yang sama dari KL-Setia Tropika-RHsaranghae. Ala, meja IKEA yang boleh buka kiri kanan then taraaaaa 6 orang boleh makan kat meja tu. For now, takde yang baru. Pakai dulu. Ok, seawal kami pindah, dapur belum siap sepenuhnya (tingkap dan pintu belum pasang) yang hanya ada meja kerusi makan dan makanan (berkotak atau tapau sahaja, al-maklumlah, dapur pun takde hahahaha) Bersepah eh? Maafkanlah.



Beberapa minggu selepas dapur dah siap sepenuhnya baru kitchen cabinet masuk. Itu pun asyik duk bertengkar je last-last lambat jugak cabinet tu siap. Bukan aku yg banyak cekadak, tapi memang nampak sangat tak betul dari pihak kc. Ok, boleh baca entri kitchen faults kat sini, RHkitchen. Malas dah nak ungkit cerita orang kc. Menyakitkan hati. Bila kc dah siap, barulah sedap sikit nak makan di ruang yang disediakan. Tapi apa yg ada, itu je la yg kite letak. Selebihnya belum unpack habis, orchid luar dah berbunga bawak masuk dalam. Dinding masih kosong, budget belum ditetapkan. Gambar bawah apabila meja dibuka untuk enam orang tetapi ada 4 kerusi je dulu hahaha






Hari demi hari, bile dah unpack dan jumpa apa-apa dalam kotak berlabelkan "decor" terus keluarkan. Oh yaaaa.... Maafkanlah, rumah ni mmg suka pinggan. Dari rumah arwah Maktok kami dah start collecting the plates. Ok, dalam gambar bawah, kami baru start letak 3 plates on the wall. Plates were from SSF, RM10 per piece tak salah aku. Hanger kite pakai ape yang ada dulu. More details on plates decor nanti² la eh? Entrance to the dining, all we have is orchids and frame Allah swt & Muhammad saw were wedding gift from my ex classmate UiTM, thank you Nastasia!



Then di sudut sebelah kiri plates tu ada antique stand, tu bukan black vase sebab die takde based, beli masa jalan-jalan kat Melaka. Honestly lupa kedai mana tapi di deretan kedai lama warna merah. Harga rasanya RM50. So jangan fikir yang akar orchid tu panjang macam tu eh. Ngam-ngam pulak pasu tu boleh masuk hahaha So, for now, we have wall of plates and orchids (baru perasan, banyak tul orchids) for dining.





Then last year, ada budget lebih untuk rumah, we started to buy few things for home decor. We bought a big frame of digital painting. Digital tau bukan betul-betul oil painting. I simply took a bright colour painting sbb nak contrast kan dengan white kc and wall. Besar frame? 6ft x 6ft for RM320.



Then we started to hang more plates. Sbb hanger dah in stock hahaha Plates hanger beli kat KL, ok nanti kite cerita dalam tajuk "Wall of Plates" eh? Sabor.............. Ok, since SSF plates dah transfer up (later cerita) then we replaced with the painting. Opposite the wall, antique plates zaman dolu-dolu and at the toilet entrance pun we hung plates from India :) 





To enhance the dining area, belilah chandelier kat Tampoi wait wait aku lupa nama kedai. Ok nanti aku check semula resit. Chandelier ni dapat 50% after less RM599 tak salah aku lah. Pening dah banyak sangat buat kira-kira, nak lak bab-bab lampu ni. More details on lighting nanti la eh special entry utk lampu-lampu hahaha sebenarnye nak kene korek dulu resit untuk kesahihan tempat pembelian dan sebagainya.



Then we got a korean pigeon holes, biasalah bile dah dapat pigeon holes kat kitchen, tengok cantik pulak terus ambil satu. Beli kat mana? Ok, kebanyakkan barang dalam rumah dibeli dari KL. Few were from JB. Bukan ape, kat JB kami belum qhatam lagi, tapi bab makan, so far alhamdulillah dah pandai dah hehe bab makan je la, tu yg 70kg kau! Ok, korean furniture ni beli kat Bandar Sri Damansara. They opened the shop dekat deret SSf lama, nearby the Shell station. Wahhh laju cerita, maklumlah my territory! Hahahaha But, as I know, kedai akan ditutup dan dibuka di Ara Damansara (yet to confirm the address, nanti kite update) Korean furniture ni RM600 **update RM1200, sorry confused dengan harga lagi satu*. Aku tak tahu la kalau orang tengok maybe tak practical tapi bagi aku sangat practical. Segala kunci lepas balik masuk dalam tu. Ada 3 x 4 = 12 ruang letak. Gambar di bawah adalah susun atur terakhir sebelum Impiana datang.



Last but not least, kami mengubah kopitiam set di serambi ke dalam dapur dan meja IKEA tu ke luar sana. Supaya nampak lebih oriental hehe sbb concept yang nak diambil oleh Impiana ialah Oriental (Asia Spirit). Kini, ruang makan kami adalah ringkas seperti di bawah.



Entri yang ringkas dan cepat sbb aku ade hal jam 10 ni. Tak boleh nak tulis banyak-banyak. In shaa Allah aku cuba rajinkan diri esok hari untuk update tentang entrance rumah. Kite skip guest room dan living hall sbb banyak nak kene tulis.

Ok, kite sambung esok eh?

Lupa, entri tentang rumah aku ni sekadar berkongsi idea untuk dekorasi. Aku mmg obses dengan interior exterior rumah ni. Mohon tiada yang bersangka negatif.
2 komentar

#RHsaranghae : Dining (Renovation)

Assalammualaikum :)

Biasalah kan, asyik tertunggak je entri rumah ni. Tah ade orang nak bace lagi ke tidak. Harap yang masih sudi membaca tak jemu la eh bace tentang seseorang yg sangat obses dengan rumah sendiri. Aku pun pelik. Obses nak hias cantik². Ramai orang cakap "Bolehlah kau rumah hias cantik² anak takde lagi" Oh yes, maybe aku belum ade rezeki anak, rezeki ke arah lain yang datang dulu.

Tapi perlu ingat aku ada anak² buah yg kecil datang ke rumah, walaupun waktu cuti sahaja, adakala 1-3 minggu di rumah. Ape yg perlu buat? Takkan aku nak kata kanak² umur 7 thn ke bawah tak dibenarkan masuk? Kau gila? Ape susah, train mereka, makan di dapur, then tgk tv kat atas takpun main game bilik atas (ini memang ayat paling manis), jangan dengar org tua borak kt bawah. Alaaaaaaaaa nak seribu daya weh. Jangan jadikan alasan. Eleh, ingat aku tak tahu, korang mesti ckp "Anak org boleh la kau train, anak sendiri nanti, nak ke kau train" Gila taknak, mudah-mudahan diberi peluang.

Ok. Taknak cerita lebih.

Cerita tentang dapur dah selesai. And now, nak cerita tentang dining kami yang tak berapa luas, cukup sekadar muat masuk 6 orang di meja makan. Ya, gambar bawah ni adalah struktur asas rumah di bahagian belakang. Tingkap di hujung tu menghubungkan bilik di bawah which is as big as master bedroom.




Pada mulanya kami nak pecah dan selarikan dinding di bilik bawah tetapi malangnya ade beam di tengah. Maka, bilik di bawah bertambah luas dengan extra space yg boleh digunakan sebagai wardrobe area. Maka selesailah pada bahagian itu. 





Bila beam tu menghalang, di hadapan tandas bawah ada singki di luar dan disebabkan menghalang laluan dimana laluan menjadi sempit utk masuk ke kawasan dapur, kami pecahkan area singki tu - senang cerita. Kalau beam tu takde, memang in shaa Allah laluan tu tidaklah sempit sangat, senang nak masuk tong gas nanti :)





Ini adalah pandangan dining area daripada dapur. Saluran air asal dikekalkan dan disitulah island tolak ketepi kami (tak faham eh? Ok-ok, boleh baca semula disini RHkitchen





Ini pulak pandangan dari dining area. Oh lubang bawah tu untuk tingkap, dan lubang diatas tu untuk ventilation tapi cancel tak jadi letak kat situ hahaha :) Wiring masih berselirat lagi, time ni drawing kc sedang dalam perbincangan sbb nak letak wiring di tempat yang betul. Susah jadi Hazlynda ni, semua nak conseal..... Maafkanlah perangai aku yg satu ni. 





Ok, selesai gambaran kedudukan dining area kami. Pada yang follow instagram mesti dah tahu macamana rupe dining kami tapi itu dahulu. Pada yang lihat di majalah Impiana, yaaaaa itulah wajah terbaru dining kami. Sabar................... Esok aku update lagi details on decor ok? 

Sambung esok.

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011