Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Wednesday, 30 September 2009

tentang dia

Salam Aidilfitri semua! Maaf Zahir dan Batin. Kali ini, aku hanya nak berkongsi dengan kalian tentang cinta hati ku. Bagaimana kami berkenalan dan terkenan. hakhakhak! nama si dia, Razmie bin Isa yang berasal dari Gemas, Negeri Sembilan, umor die bape ek.... 27thn, beza antara kami 2 tahun je. Saya suke! Si dia dilahirkan di Melaka tapi dibesarkan di Gemas. Cukop la ek takat tu je?
Sebenarnya pada awalnya si dia merupakan kawan kepada kawan kak long aku. Oleh kerana dia menanam anggur di Gemas dan kebetulan pula bonda mencari guru sementara di SK St John KL, kaak long pon mengofferkan si dia pada bonda. Pada mulanya dia berkhidmat sebagai guru sementara, bonda penah risikkan padaku tentang dia tapi oleh kerana cinta ku setia hingga ke hujung nyawa, aku bilang pada bonda "saya setia orangnya, mama" iyalah masa tu cinta kampus. hakhakhak!
Setelah si dia tamat tempoh kontrak dengan bonda, kebetulan abangku memerlukan engineer di empayarnya haha di Pasir Gudang. Since dia project manager, dia pon menawarkan kerja kepada si dia dan di situlah titik perkenalan dan bibik cinta bermula. Setelah aku kembali solo setelah menamatkan sesi pembelajaran, aku mula berpacaran dengan si dia. wah gitu! sewaktu mula berkawan maseh berkawan biasa, iyalah kan, aku taknak tersilap langkah dan aku tidak mahu terburu-buru mencari cinta baru. Setelah mengenali isi hatinya, alhamdulillah, hati aku dapat menerimanya. Kalo korang nak tau, die ni minat sangat cactus dan first menda yang aku belikan sebagai tanda kaseh sayangku, aku belikan si dia cactus 3 pots. hakhakhak! Maseh hidup cactus itu di bawah jagaan si dia.
Setelah cinta mula bersemi dan bertambah yakin dengan kewangan kami, disitulah si dia mula merancang dan kami merancang masa depan kami. Mudah-mudahan diredhaiNya. Dia meluahkan isi hati untuk bertunang dan sekaligus melamarku di yahoo messenger. Boleh tak??? Al-maklum lah.... sorang kat KL, sorang kat JB. Berhubung gune teknologi yang canggeh je lah! Kembalinya dia bercuti di KL, barulah si dia ajak mencari cincin untuk merisik. Pada 02 Mei 2009 keluarganya telah datang merisik aku dan aku telah disunting olehnya dan kedua-dua belah pihak telah menetapkan 02 Ogos 2009 tarikh bertunang tetapi malangnya 2 hari sebelum tarikh bertunang, aku admitted sebab denggi! Dugaan sunggoh! Dan majlis bertunang ditunda ke 16 Ogos 2009. Harap maklum, sila jangan bertikaikan, aku mempunyai sebab tersendiri memilih ke semua tarikh 02hb. Tapi tergelincir...
Dan kini, aku sudah menjadi tunangan orang! Walaupon ikatan pertunangan selama setahun, insyaAllah, ade jodoh tak kemana. Ikutkan hati memang nak tempoh 6 bulan je tapi apakan daya, si dia akan dihantar ke Vietnam untuk project di sana. hurm...... makin jaoh berkhidmat! teknologi menjadi teman setia kami. Apa-apa pon, doakan kebahagiaan kami berdua.


5 komentar:

yutat says:
at: 1 October 2009 at 08:02 said...

wah2...entry special ni haha

syanaim says:
at: 1 October 2009 at 10:05 said...

::so sweet babe..tetiba ingat masa knal ngan tunang dulu..kenangan kan..btw nak mintak tipslah..hadiah apa yg leh bg supaya my tunang rasa terharu sgt2..::

hazlynda kushairi says:
at: 1 October 2009 at 12:47 said...

//yutat
mesti la entri special
utk org yg special
hakhakhak!

//nasha
bile dikenang balek
kelakar + sonok
haha tips kasi hadiah?
taktau le babe...
aku ni jenis yang
kalo aku beli utk diri aku
aku mesti beli utk
mak n si dia
tiap bulan gitu~
fair and square

anil lutaze says:
at: 1 October 2009 at 14:25 said...

hurm...aku smpai skrg mcm x tahu apakah kisah sbnr ko kmbali solo slps tamat pembelajaran...

hazlynda kushairi says:
at: 1 October 2009 at 15:39 said...

//anil
silence is the best cure!
aku dok diam2 je kat umah
bercinta pon diam-diam
bile tibe mase.......
ade yg cakap
"aku ngat ngan chikod!"
"bukan chikod ke?"
"bile ko break ngan chikod?"

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011