Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Thursday, 29 October 2009

why henna?

Untuk entri kali ini, aku pon taktau mengapa aku bersemangat untuk persediaan perkahwinan padahal lambat lagi kot. tapi kak long aku dah bising, die suh start cari n start beli slow n steady from now supaya nanti tak kelam kabut. Dengan menurut perintah, aku pon buatlah research skit-skit, credit to anil & sue anna joe sbb aku byk dapat info for wedding preparation from their blogs! terimas! Aku pon bukak link sane sini, terjumpalah satu page mengenai soal jawab mengenai ukiran inai di tangan pengantin perempuan. Cuba baca selanjutnya...

(Nota : Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

Ustaz, saya nak tanya pendapat mengenai pandangan di bawah;
"Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan"

Jelas Dato Abu Hasan Din Al-Hafiz :
Inai berukir ala tatu tidak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu. Kalo nak pakai inai, pakailah dihujung jari.
*Dato Abu Hasan Din Al-Hafiz, bekas Pegamai Agama Islam di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Setelah aku membuat serba sedikit penyelidikan sendiri dan membace sane sini dan membuat sedikit research di http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/441/Kemusykilan_Agama_-_Melukis_inai_corak_bunga_dan_pohon_ala_I, ada yang berpendapat untuk menghasilkan hukum yang tepat, kite tidak seharusnya melihat pada aspek teks sahaja tapi juga memahmai dari segi budaya, antropologi dll (i.e apa yang dimaksudkan dengan bertatu di zaman nabi itu kerana sesuatu hukum itu tidak diberikan dalam vakum tetapi berdasarkan konteksnya) Apa dia budaya dan falsafah bertatu di zaman itu? Adakah ia hanya haram kerana aspek lukisannya atau kerana ia tidak mengesahkan wudu' atau kerana ada pemikiran khurafat disebaliknya atau kerana is menggunakan jarum yang menusuk kulit? Ada yang membuat kajian, beliau perhatikan ada banyak perbezaan dari segi falsafah dan teknik antara bertatu sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat asli i.e badwi Arab di zaman nabi, dayak di Amerika Selatan, iban dll dengan budaya berinai yang berukiran bunga-bunga seperti gambar di bawah popular dlm masyarakat Indo-Pakistan yang kini juga popular di kalangan orang melayu.

Namun ada juga kecenderungan hari ini yang mahu menggunakan inai sebagai alternatif bagi tatu konvensional iaitu melukis imej-imej tertentu tetapi dengan menggunakan inai atau bahan-bahan yang tidak kekal semata-mata kerana terpengaruh dengan budaya tatu konvensional. Sifat ketidakkekalan tatu itu dijadikan helah untuk bertatu tapi rupanya hampir sama dengan yang kekal. Yang ini memang wajarlah dilarang tetapi larangannya ialah kerana niat melakukannya tidak betul iaitu terpengaruh dengan satu budaya yang mempunyai unsur-unsur negatif, berbangga dengan sesuatu yang terdapat larangan oleh agama apatah lagi kalau imej-imej itu adalah imej yang memang Islam tidak suke seperti gambaran di bawah;


Barulah aku mengerti kini, tapi aku memang suke bangat ngan inai bercorak floral di tangan dan kaki ketika majlis resepsi nanti. Aku telah pon membuat research tentang design-design yang aku suke dan dengan harapan dapat digunekan dan dilakarkan diatas tangan dan kaki aku nanti. Aku memang suke bengat ngan floral illustration. Kalo lah aku mempunyai kreativiti sendiri dengan membuat dan menyediakan perkhidmatan henna ini, bestnye! Adakah itu hanya omong kosong atau boleh dijadikan sebagai satu pekerjaan part time? hurm............. how i wish i can! Ade beberape floral illustration yang kupetik dr istockphoto.com such as;

menggunakan dedaun begini? aku suke dengan corak middle from bottom.



or bebunga yang bercorak begini? digabungkan dengan dedaun
yang mempunyai concept sebegini juga. wah cantek!





aku memang TERSANGAT TERAMAT suke dengan corak
sebegini rupa! sangat halus dan tampak simple but nice.

haaaa...... corak bebunge sebegini ke? aduyai, ini sangat mendorong aku
untuk membuat kerja sambilan iaitu wedding henna (naaakkkk sgt!!!)



design ini sangat kusukai kalo leh dilukis dibahagian kaki.
aku suke sangat floral illustration!!!
..........................................dan akhir sekali.........................................


corak butterfly yang memang aku impikan utk wedding henna ku nanti.
tak kire la beso mane pon, aku nak jugak!
persoalannye, adakah ini digolong dlm rekaan tatu?

6 komentar:

anil lutaze says:
at: 29 October 2009 at 17:00 said...

wuutt...rama-rama tu adalah binatang...henna x bleh ada corak2 benda atau binatang...haram...jgn buat ye...hik...

hazlynda kushairi says:
at: 29 October 2009 at 21:40 said...

waaaaaaaaaaaaaaaaa
aku suke bangat rama2 tuh!
hurm.... baek puan anelan.
aku tak buat. thanks!

FareeZan says:
at: 30 October 2009 at 11:53 said...

buat corak tengkorak boleh x?

hazlynda kushairi says:
at: 30 October 2009 at 16:40 said...

nak kene sembelih?
tu dah tergolong dlm tatu
haram! dose ahh bejan~

dialicious says:
at: 2 November 2009 at 12:15 said...

butterfly tu cantikkan..huhu..baru nak buat jgk.xtaulak haram..hehe

hazlynda kushairi says:
at: 2 November 2009 at 21:59 said...

itu lah puah diah.
puan anelan bilang haram.
sayang kawan, takmo tersesat.
hehehe (=
tapi lawo... pendam je la (=

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011