Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Saturday, 5 December 2009

gudbye Kamparians!

Macam sukar nak percaya bahawa aku adalah seorang pendidik dan kini sudah satu semester berlalu dan aku berjaya menempuh alam mengajar. Memang suatu pengalaman yang sangat mencabar dengan kerenah-kerenah pelajar-pelajar yang dikategorikan sebagai remaja. Aku sendiri tak menyangka bahawa aku akan berakhir menjadi seorang pendidik atau mungkin suatu hari nanti aku akan pulang ke industri? Itu aku tak pasti tapi yang aku pasti, aku sangat enjoy menjadi seorang pendidik dan aku akan menganggap ianya suatu kerjaya yang mulia.
.....bermulalah pengalaman pertama di Kampar
Seawal jam 0500 aku akan bangon dan bersiap sedia ke kampar pada setiap hari isnin selama 7minggu kerana semester kali ini adalah short semester, kebiasaannya 1 semester = 14minggu. Hurm.... memang tak dapat dinafikan betapa penatnya aku dengan perjalanan seharian dan keesokkan harinya pula kelas di PJ. Setiap kali nak ke kampar, aku haros ada di UTAR sebelum 0615 dan aku akan bertolak dari rumah jam 0550 (memanglah tidak sempat Suboh) dan tiba di kampar jam 0830. Kelas pertama aku bermula jam 0900 sehingga 1200 dan kelas kedua bermula 1400 sehingga 1700. Seharian di Kampar memang penat bangat! Aku ke sana menaiki van UTAR dan pemandunya sangatlah tepati masa. Jika jam 0630 tiada di PJ, selamat jalan pada yang tertinggal, begitu juga jam 1730.
.....pengalaman pertama mengajar
Pengalaman mematangkan hidup kita dan aku sangatlah setuju dengan ungkapan tersebut. Hari pertama aku mengajar, memang ZERO dan aku tidak tau bagaimana utk berinteraksi dengan students aku sehinggakan pada hari pertama, aku hanya berdiam selama hampir 10min, aku memandang mereka dan mereka memandang aku. Tapi, alhamdulillah selama 7minggu aku mengajar, aku akan memberi kesemua ilmu yang aku pelajari di UiTM. Tapi paling menghiburkan hati aku adalah, setiap seorang pelajar aku melambangkan kawan-kawan serta diri aku sendiri semasa zaman belajar dolu-dolu. Mana tidaknya, ade yang dtg lewat, ade yang bercakap. ade yang sain attendence utk kawan!! Sunggoh melambangkan aku dan kawan-kawan. Baru kini aku tau perasaan lecturer aku ketika itu. Karma. What goes around, comes around!
Pengalaman pertama aku sebagai seorang pendidik memang sukar dilupakan! Gudbye Kamparians.....


hugs and kisses from us!

3 komentar:

Zamrud says:
at: 10 December 2009 at 01:44 said...

It's nice pic and interest !

FareeZan says:
at: 11 December 2009 at 15:09 said...

dua2 gediks.hahaha.legelah ko xyh g kampo dh ek

hazlynda kushairi says:
at: 13 December 2009 at 17:06 said...

zamrud :
thanks! thanks for dropping by.

bejan :
gedix tu yg student suke!!
hahaha =p lege sesgt babe!

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011