Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Tuesday, 12 October 2010

hati suci seorang abah

Salam peeps.

Terima kaseh banyak² atas sokongan and dorongan and kata² positive yang korang berikan ek. Happy to have such a caring and loving friends macam korang semua. Hari ini adalah hari yang paling membahagiakan dan menggembirakan hati sy - will tell you why, later ek? Tidak dinafikan since Sunday, mood sy sangat merundum, tiada mood langsung, bermurung, tak seceria dulu - for those who know me in person. Sy rasa hidup sy dah tidak bererti bile Abah taknak walikan sy. Allah maha mengetahui. Allah dah tentukan perjalanan hidup sy, have faith. Seperti yang korang semua cakap, ada hikmah di sebalik setiap kejadian.

Alhamdulillah, tadi petang sy dan sepupu sy (sebelah Abah - Kak Bib) berjumpa Abah di Nilai. Perasaan sy? Allah je yang tahu. Setelah hampir 15tahun tak jumpe Abah, semua perasaan ada, gembira, sedih, takot, seram, gementar, all in one. Sehinggakan sy tanya pada Kak Bib, "Kak Bib rase, Abah gembira tak bile jumpe Lynda?" "Eh, mestilah, u'r his only daughter"

dup..... dap..... dup..... dap.....

Setibanya di Nilai, tak terungkap sepatah kata pon dr mulot. Assalammualaikum Abah, teros sy capai tangan Abah dan cium. itulah perkara pertama yang ingin sy lakukan bile berjumpe dengan Abah. Abah kelihatan tenang. The night before, Abah ade bilang suruh bawa si dia bersama but then he's working, Abah bilang, "Abah nak jumpe bakal menantu Abah" Luruh jantung bile dengar Abah cakap tu. Untuk tidak menghampakan Abah, sy bawak gambor si dia dan tunjukkan pada Abah. Abah senyum.

Then Abah nasihatkan sy serta berpesan pada sy supaya menjadi isteri yang solehah. Abah mendoakan jodoh sy dan bakal suami bahagia hingga ke akhir hayat. Bile Abah menasihati sy, gugur airmata yang sudah lama bertakung. Teresak? Tak usah cakaplah, macam anak kecil tak dapat mainan! Abah memang Abah yang baek, i know. Abah tak pernah ungkit kisah lama, Abah tak pernah burukkan Mama, Abah tak pernah meninggikan suara, Abah kelihatan tenang. Abah memberitahu sy apa sebenarnya yang membuatkan dia tidak dapat mewalikan sy pada hari tersebut. Abah akan menunaikan rukun islam, mengerjakan haji pada 25hb Oktober dan pulang insyaAllah pada 7hb Disember. Semoga Allah melindungi Abah dan Abah selamat pergi dan pulang ke tanah air. Amin. Abah juga tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan sy nanti (sedih sgt) sebab Abah akan mengikuti program membantu faqir miskin di 3 buah negara - maaf sy lupe di mana.

Setelah mendapat penjelasan dan kata setuju dari tok kadi daerah sy, akhirnya Abah sudah pon menandatangani surat wali dan wakalah wali. Alhamdulillah. Semoga Allah mempermudahkan lagi urusan sy.


Sebelum kami pulang, sy mencapai lagi tangan Abah untuk bersalaman dan cium meminta restu dr Abah. Alhamdulillah, terasa tenang dan lapang sangat hati sy. Tak tahu macamane nak dijelaskan. Speechless. Takleh diungkap dengan kata². Sy faham ini adalah hal peribadi kehidupan sy dan tidak sepatutnya sy bercerita kepada orang laen tetapi sy hendak satu dunia tahu betapa bersyukurnya sy mempunyai Abah seperti En Kushairi. Betapa besarnya hati sy mendapat Abah yang selama ini juga merindui serta menyayangi anak perempuannya yg seorang ini. Tenang serta lapang rasa di dada bile mendapat restu dari Abah. Any man can be a father but it takes someone special to be my Abah. Sebelom pulang, Abah hadiahkan sy telekung, sweet berwarna soft pink - eh, Abah macam tahu je theme color sy :D Satu-satunya hadiah yang sy dapat dari seorang lelaki bergelar Abah but the greatest gift I ever had, came from Allah; I call him Abah!


Thanks Abah for everything. Lynda doakan Abah selamat pergi dan pulang. Have faith, Allah loves me, you, mama and everyone. Sekarang baru sy tahu naluri seorang Abah. Abah didn't tell me how to live, he lived and just let me watch him do it. Abah, i love you. I'll forever be ur only daughter - dunia dan akhirat. Amin.

Syukur alhamdulillah diberi kesempatan untuk berjumpe Abah :D

28 komentar:

ceklala says:
at: 13 October 2010 at 09:20 said...

masuk ofis 1st thing aku buat is bc blog ko..terus berjuraian air mata...sedih aku yg membaca sedih lagi bahu ko yg menanggung segalanya...be strong babe..allah bg dugaan yg maha berat utk ko sbb allah nk hadiahkan kegembiraan yg xkan dpt org lain rasa tp hanye ko je dpt..sabar bebnyk n selalu ingat allah k...:)

♥ hazlynda kushairi ♥ says:
at: 13 October 2010 at 09:26 said...

LALA :
tengs babe. sekurang² ni aku rase lapang dada n senang hati aku dapat restu dr Abah aku :D hidup lebeh bermakna.

juneHalim says:
at: 13 October 2010 at 09:32 said...

tersekat2 aku nak baca entry ko ni...sakit tekak aku tahan air mata dari keluar... ;(

nYomeL says:
at: 13 October 2010 at 09:35 said...

Alhamdulillah, akhirnya lynda dpt jugak jumpe abah setelah bertahun-tahun tak jumpe. Rase sedih bace entry ni. Tapi I know lynda rase tersangat lega dpt berjumpa + mendapat restu dr abah. Bertuah lynda ada abah mcm tu sebenarnye. Ingat pesan abah yer.. :)

♥ balkidz_hunny ♥ says:
at: 13 October 2010 at 10:02 said...

lynda, siyes, aku pun nangs bace entry ko! tak tipu! syahdu & sayu je aku rase. aku paham perasaan ko, walaupun org selalu ckp, berat lagi bahu yg memikul.
Tabah lynda, aku tahu kau perempuan kuat!!

Xora says:
at: 13 October 2010 at 10:12 said...

Lynda, daripada apa yang kamu tulis, mmg kamu seorang yang tabah dan cekal!

farahfatihah says:
at: 13 October 2010 at 10:14 said...

syg..bertakung air mata aku baca entry kamu...semoga semuanya berjalan lancar dear....

♥ hazlynda kushairi ♥ says:
at: 13 October 2010 at 10:30 said...

JUNE :
takmo sedih dah. kalau boleh aku taknak berpisah ngan Abah aku, nak lak bile tgk keadaan die. korang sedih, sedih lagi aku yg menanggung :(

NYOMEL :
Alhamdulillah dapat jugak Lynda jumpe Abah. Rase bersyukur tak terungkap. Hanya Allah je yg tahu.

BH :
aku kuat untuk Abah, Mama dan Nenda aku. Aku kuat sbb dorang sentiasa ade dengan aku. Ntah la babe, ko pon tahu aku jenis mcmane, riang n ceria selalu, tapi bile masok hal ni, tersentuh jiwa aku :(

XORA :
tengs.kamu nampak di luor kite tabah tapi di dalam kite kalah ngan perasaan kite sendiri :(

FF :
mudah-mudahan babe. ko doakan utk aku sekali ek.

syanaim says:
at: 13 October 2010 at 10:31 said...

::babe..sedih baca semua ni..be strong k..btw x sbr nak dtg wedding ko..smile::

♥ hazlynda kushairi ♥ says:
at: 13 October 2010 at 10:41 said...

NASYA :
jangan bersedih sbb aku. korang sedih, aku tripple sedih tahu? eh, tak sabor? sabor mek, lambat lagi, 3 bulan lg.

fareezan says:
at: 13 October 2010 at 10:49 said...

aha mcm nk menangis.
tgk tu kan dh kate abah kau tetap abah kau. dah2 skrg buat en3 gumbira pulak :)

♥ hazlynda kushairi ♥ says:
at: 13 October 2010 at 10:52 said...

BEJAN :
jap lagi baru buat entry gumbira. 80 days to go. belom hapdet gambo baru :D

nadeera says:
at: 13 October 2010 at 11:04 said...

oh sgt sedih :-( tak pasal2 rasa nak nangis..semoga abah kamu selamat pergi n blik k..

Cik NeyNa says:
at: 13 October 2010 at 11:16 said...

Waaaa...sedeynyer baca..
sangat terharu..huhuhu

nizabeba says:
at: 13 October 2010 at 11:26 said...

u are such a strong girl babe.. sayu sebak sgt bace this & previous entry..dont worry, ur father mmg sgt2 syg kan u..cuma susah nk tunjukkan kot.. take care babe!!
*more hugs*

♥ dak pink says:
at: 13 October 2010 at 15:10 said...

haishh, nanges depan pc kat ofis bace post ni.

awak anak yg baik lynda, so Tuhan kurniakan abah yg baik juga tok awak.

senyum dan terus senyum ye. tamo sedey2 dah. hari bahagia dah dekat, terus senyum selalu tok naik seri taw.

~Yun~ says:
at: 13 October 2010 at 16:27 said...

sebaknye baca...be strong girl!Allah know what is the best 4 u..

III bDkNaKaL III says:
at: 13 October 2010 at 17:47 said...

Lynda..awk sgt tabah...sgt cekal!da jd my routine bc blog lynda tau!

Zariza says:
at: 13 October 2010 at 17:54 said...

:( terharu, sebak baca entry nie..
sy pun syg abah sy..eheh

sk says:
at: 13 October 2010 at 19:50 said...

lynda.... nangis dh i bace entry nih... huwaaa...

*kesat air mata*

ederq says:
at: 15 October 2010 at 13:27 said...

sobs
sedih baca ni. tak apa lynda, ur abah pergi bantu org miskin. jihad tu. u redha, u pun dapat banyak pahala.
semoga allah permudahkan urusan u dear.
:)

Miss Inaza says:
at: 16 October 2010 at 19:43 said...

Lynda.. tesebak saya baca entry ne.. nasihat your abah you memang deep and masa baca terus saya nangis..

Anyhow lynda.. Jangan sedih2 lagi yer.. big day is coming =))

**hugss*

miera momo chan says:
at: 18 October 2010 at 21:13 said...

follow ur rentetan story...n again...sebak sgt bile bc luahan sis..semoga Allah sentiasa merahmati n melindungi sis sekeluarga termasuk bakal suami...may happiness be all around u...:)

e.t.t.y says:
at: 18 October 2010 at 21:22 said...

omg. im cried coz, i dah takde abah like u.

♥ hazlynda kushairi ♥ says:
at: 19 October 2010 at 18:13 said...

NADEERA :
amin. tengs babe. doakan yg terbaek utk Abah :)

NEYNA :
takmo sedih. doakan yg terbaek utk die. amin.

NIZA :
tu la, sy paham babe. Abah mane tak sayang darah daging die sendiri kan? Syukor sgt ade Abah mcm Abah sy :)

DAK PINK :
insyaAllah babe. mudah-mudahan sy dapat jd anak yang baik pd Abah sy. tengs babe *hugs*

♥ hazlynda kushairi ♥ says:
at: 19 October 2010 at 18:21 said...

BDK NAKAL :
tengs babe sudi bace blog sy :)

ZARIZA :
semua org sayang abah mereka kan?

SK :
takmo nangis dah. lumrah kehidupan kan babe.

EDERQ :
amin. semoga segalanya dipermudahkan. tengs babe.

INAZA :
hugs. tengs babe. Abah adalah yg terbaek.

MIERA :
amin. tengs dear.

ETTY :
sabor babe. tu la, i patot bersyukorkan sbb maseh ade Abah.

ms syaz says:
at: 20 October 2010 at 08:48 said...

lynda dear.. kamu sgt cekal & strong darling~

insyaAllah.. semoga Allah permudahkan urusan u.. n also semua urusan b2b.. mari kita berdoa bersama2 supaya segala urusan kita untuk membina sebuah masjid dipermudahkan-Nya.. ~amin~

Melati says:
at: 6 January 2011 at 10:19 said...

Lynda, kali ni i dah betul2 nanges...

I doakan Abah u tabah selalu, and same goes to u and ur mom...

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011