Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Monday, 11 October 2010

i'm your only daughter

Salam peeps.

Kekawan, maafkan sy ek? Bukan menulis untuk meraih simpati tapi meluahkan rasa hati yg sudah lame terpendam. Tak siapa yang tahu dugaan apa yang sy hadapi sepanjang tahun ni. Sesungguhnya sy sangat lemah dan serahkan segalanya pada takdir, ini sudah tertulis dalam perjalanan hidup sy. Redha. Kenapa sy diduga seberat ini? Allah maha mengetahui.

Ingat tak entry sy yang dulu? Tentang wali. Dulu mase pergi kursus kahwin, bile tibe bab wali je mesti concentrate dan catat segala apa yang ustaz cakap sbb sy tahu sy pasti akan mengalami masalah tentang wali. Tapi dalam pada tu, sy agak konfiden jugak sbb sy n Abah maseh contact walaupon sy sms sejuta, die hanya reply sepuloh. Untuk sedapkan hati, it's ok, Abah pasti sibok ngan urusan sehariannya. Sekurang-kurangnya sy tidak mahu menjadi anak derhaka. Biarlah sebanyak mana sms yang sy kirimkan, terpulang pada Abah untuk baca dan delete. Semoga satu hari nanti, Abah akan sejuk hati dan terbuka pintu hatinya untuk sedar bahawa sy ni anak dia juga.

Do you how i feel? Setiap kali tengok video orang kawen, nak lak bile Abah korang semua walikan, nikahkan, salam cium tangan minta restu, salam dahi tanda sayang dan mendakap Abah korang tanda kesyukuran, jaoh di sudut hati ni, pernah juga terdetik, "Bilelah aku akan dapat merasa tu semua? Semoga nanti Abah nak datang bile aku kawen" Dalam terpendam di hati ni, sy inginkan Abah berada disitu untuk mewalikan sy, nikahkan anak perempuannya yg seorang ni, serahkan anak perempuannya ini kepada Razmie Isa, mencium dahi sy tanda kaseh sayang seorang Abah serta mendakap sy dengan penuh rasa kesyukuran. Tapi tu semua angan dan takkan berlaku. Napa Abah mungkir janji? Abah tidak akan hadirkan diri.

Dulu, Abah pernah cakap yang Abah nak walikan Lynda tapi semalam Abah kata "Abah mintak maaf, Abah akan menunaikan haji hujung bulan ni dan Abah tak dapat jadi wali Lynda. Abah izinkan wali hakim" Ya Allah, sejurus mendengar ungkapan tu, speechlees, hanya air mata yang menitis deras. Dulu, Abah janji nak walikan Lynda but why you change your mind? Sehinggakan Aunty sy pon tegor Abah tika tu "Anak perempuan kamu sorang je, bukannya ramai, napa taknak walikan?" Aunty pon sedih ngan sikap Abah. Abah will forever remain as Abah. He never changed. Tentang wali, it's ok, Abah tolong sainkan borang wali hakim dan surat menyatakan Abah menunaikan Haji. Sy redha. Berserah.

Kenapa Abah tak macam Abah orang lain? Eventhough dulu Abah memang tak pernah miss bagi nafkah dan tiket pd sy tapi napa sekarang Abah taknak tangok Lynda di hari bahagia Lynda? Kami sekeluarga tidak pernah menceritakan hal Abah apatah lagi Bonda - baginya what is past, that's history. Now, i'm your only daughter yang akan berkahwin tak lama lagi, napa Abah taknak walikan sy? Abah pernah tahu tak perasaan Lynda? You'll never know Abah and I dun blame you on this.

I know, I have to be strong for Bonda. Macamane Bonda boleh berdiri sendiri dengan usaha gigihnya, i know, I can be like her. I have to be strong for Nenda untuk teros sembuh and may you have the speediest recover Nenda. Bonda is always here for me. Bonda tak pernah memburukkan Abah, itu sy respect. Bonda adalah yang terbaik dan sentiasa yang terbaik.

Esok, sy akan ke Nilai untuk berjumpe dengan Abah, tandatangan segala dokumen yang diperlukan. Doakanlah yang terbaik dan segalanya berjalan dengan lancar. Amin.

No matter what Abah, Abah tetap Abah Lynda dunia dan akhirat. Please don't hate me and Bonda. I love you, Abah.

35 komentar:

nYomeL says:
at: 11 October 2010 at 08:35 said...

Lynda dearie,

Please byk2 kan bersabar kehh..? Tersentuh hati i bile bace entry ni.. u are a very good daughter dear and I believes ALLAH loves you. This is one of HIS test for you. You must be very2 patience k..?? InsyaAllah, I know you can go through HIS test. We will always pray for you.. Take care dear..

mimie says:
at: 11 October 2010 at 08:40 said...

hi kak lynda....
baik sungguh la kak lynda nie sebagai seorg anak....sabar k...semoga kak lynda tabah. jgn sedih2...saya doakan kebahagiaan kak lynda....Allah berikan kita ujian kerana Dia tau kita kuat@mampu utk menghadapinya.... luv u sistah...

♥ dak pink says:
at: 11 October 2010 at 08:47 said...

lynda:
sabar, sabar & terus sabar.

Tuhan uji kamu sbb dia tahu kamu kuat & tabah.

=)

.:Mrs. Engineer:. says:
at: 11 October 2010 at 08:55 said...

sabar ye lynda...ade hikmah di sebalik semua ni...harap lynda tabah...

Cik NeyNa says:
at: 11 October 2010 at 09:10 said...

me only SR..
but ur latest post touched me..
be strong..
orang cantek mana leh sesedih..
everythings will be fine..
gud luck.. (^_^)

Amalina says:
at: 11 October 2010 at 09:10 said...

lynda..saye tumpang nanges, sebak sampai tak tau nak ckp ape to cheer u up.

semoga Allah bukakan hati abah Lynda.ya Rahman, ya Rahim. amin.

~I'M SHOPAHOLIC~ says:
at: 11 October 2010 at 09:13 said...

hi lynda..

even i x kenal u, tetap sedih bace entry u ni.. hopefully lynda sabar byk2 ek.. teruskan jadi anak yg baik.. moga 1 hari terbuka hati abah lynda =)

puan rocker says:
at: 11 October 2010 at 09:25 said...

babe harap u bersabar k. maybe ada hikmah. u still got ur mum n nenda n ur other family and us as ur friends. ;)

NURUL says:
at: 11 October 2010 at 09:34 said...

lynda sabar ye. sedihnya entri ni. hope semuanya berjalan dgn lancar. InsyaAllah

syanaim says:
at: 11 October 2010 at 09:43 said...

::dear..sabar erk..mmg sedih bila citer pasal wali..air mata senang jer menitis..be strong for ur mom n nenda ok..me always be ur frens to hear n to be with..:)..::

fareezan says:
at: 11 October 2010 at 10:23 said...

sabarlah ek. mungkin ada benda yg dia tak boleh nak elakkan.mybe ade hikmah di sebalik tu.

yg penting ko kene respect n sayam dia sbagai abah kau.ok bebi.

lynda lup acik kucai.

juneHalim says:
at: 11 October 2010 at 10:40 said...

darlink..

saba yer..family aku juga spt kamu..rasa sedih dan pedih yg kita rasa mmg sukar nk diterangkan..

kamu sabar banyak2..DIA sangat syg pd kamu sebab itu kamu di uji..

mcm yg ko ckp ABAH tetap ABAH kan. doa kan yang baik utk abah kamu yer.. ;(

0sh!Nz d' sen0r!ta says:
at: 11 October 2010 at 10:42 said...

nape macam tu? abah sis macam tak nak jumpe semua orang yang hadir kat majlis akad nikah nanti je? sabar ye sis. tamao sedih2 eh.

Nad Nazira says:
at: 11 October 2010 at 10:56 said...

lynda..sedey pulak. still remember i felt the same when i was reading ur entry back then. lame dulu. mase mule2 bace blog ko. takpela..yang penting ur love for him never change..semoga hati die terbuka..kalau tak sekarang, mungkin satu hari nanti..

♥ balkidz_hunny ♥ says:
at: 11 October 2010 at 11:04 said...

Sayang Lynda, sabar ye. mungkin ini dugaan Allah untuk org yg disayangi-Nya. Apa yg penting kau tabah, dan berdoa yang terbaik utk diri sendiri dan Abah ko.
betul, dia tetap Abah ko dunia akhirat. InsyaAllah, kalau dah ketentuan Allah, satu hari nanti mungkin dia akan okey. doa banyak2 ye syg! :) take care!

yUmIe says:
at: 11 October 2010 at 11:20 said...

Lynda..i pulak yg touching..mata sudah berkaca2..anyway,hope u will be strong..n i know u're strong..semua ada hikmah..actually u're so good dear..ape pn dh jd,u still love ur abah rite??so that's the best..u noticed x u actually like ur bonda??ttp syg abah n xburukkan abah or bencikn die..

ctsafa says:
at: 11 October 2010 at 11:54 said...

sabar byk2 lynda.. walaupun sy hnya silent reader.. ape2 pun, sy doakan yg terbaik tuk awak

h.e.p.i.g.a.l says:
at: 11 October 2010 at 11:55 said...

hi lynda..sabar k..dugaan tuk insan kerdil dari pencipta yang maha esa..insyaallah ade hikmah..n pk kan dari sudut lain yang mgkin kt tak perasan..

at least abah lynda still ade..still lei slam n cium tgn die..kt ayah da takde..huhu..kenangan je yg tggal..

Anonymous says:
at: 11 October 2010 at 11:56 said...

sedey lak dgr citer lynda....saya doakan semua berjalan ngan lancar~ smile

missbutterfly says:
at: 11 October 2010 at 13:26 said...

*hugs*

Reen Tart Nenas says:
at: 11 October 2010 at 13:44 said...

lynda, hugs!

.: an :. says:
at: 11 October 2010 at 15:09 said...

lynda dearie... byk2 sabar ea... an xpasti... bnde ni blh mmbntu lynda atau tak.. mgkn lynda blh tulis 1 note & minta abah baca ms depan kaabah.. tmpt mustajab doa... ++ juz want 2 share with u... 9 jan 2011= penerbangn akhir jemaah haji pulang ke msia..
moga Allah kurniakan kehidupan yg terbaik utk lynda... insyaallah..

**hugs**

Moose says:
at: 11 October 2010 at 16:21 said...

hugssss banyak2 babe. maybe or just maybe ayah ko sedih so die decide not to attend the whole wedding and be the wali. maybe la kan. who knows. but whatever it is, be strong babe.

si kecil says:
at: 11 October 2010 at 16:56 said...

*hugs*

mungkin ini peluang abah kamu nk sampai sana dan berdoa untuk kamu bahagia sepanjang hayat...

fika79 says:
at: 11 October 2010 at 17:00 said...

sebak bc ur entry lynda...takper lynda, ada hikmahnya..yg penting, lynda minta dia doakan yg terbaik untuk perkahwinan lynda k..luv ya!

Cik Belle says:
at: 11 October 2010 at 21:23 said...

*hugs*

sebak baca ur entry. but, i believe, lynda adalah seorang yang tabah dan mampu hadapi dugaan hebat ni. InshaAllah, akan ada manisnya di kemudian hari. Allah Maha Mengetahui. Dia lebih tahu yang terbaik buat hambaNya. InshaAllah.

Miss Inaza says:
at: 11 October 2010 at 21:41 said...

**Hugs lynda**

Lynda.. banyak2 sabar k? Insyallah your abah will always doakan kebahagian lynda kat tanah suci nanti.. deep down inside your abah pun nak berada di sisi anak perempuan dier time nikah tetapi dah kuat hati tunaikan haji.. sampai seruan so harap2 lynda redha and bedoa semoga haji your abah dapat keberkatan dan you wedding dapat rahmat dari Allah.. =) *hugs* Keep a positive mind k..

Anonymous
at: 11 October 2010 at 23:12 said...

lynda, saya tau awak sedih tp dia bukan sengaja tanak dtg, peluang pegi haji mcm kawen gak..hanya sekali. ada hikmah disebalik apa yang berlaku..
i know u r sad, tp kita tatau apa yg terbuku dlm hati org tua kita..
banyak2 bersabar dan doakan dia selamat pergi dan selamat pulang..
hugss
just another silent reader

sk says:
at: 11 October 2010 at 23:29 said...

be strong lynda!! *hugs*

Anonymous
at: 12 October 2010 at 08:42 said...

dear, you are such a sweet person..be strong ok dear, we will always pray for u....*more hugs*

Mawar misswateva says:
at: 12 October 2010 at 10:20 said...

babe..
bley tak i da ttgl byk sgt blogger's story!huh!=(

for u lynda..
i know u are strong enough to face this!
no matter what, u still have ur loving bonda, nenda, family and friends that always there by ur side!
*big hugs*

♥ hazlynda kushairi ♥ says:
at: 13 October 2010 at 00:37 said...

KORANG, tengs ek for ur support. group hugs!

ReYNa says:
at: 13 October 2010 at 01:26 said...

hi lynda.sedeynya bace ur entry.bab ayah jd wali mmg the most touching.be strong ok?all the best to u:)

♥ hazlynda kushairi ♥ says:
at: 13 October 2010 at 08:22 said...

REYNA :
tengs babe *hugs*

- Nina GS says:
at: 28 October 2010 at 15:59 said...

Hi Lynda... terlambat plak i baca entry ni.

I cuma boleh kata, bukan semua abah org tu baik baik seperti yg lynda nampak dlm video org kawin tu.

my abah is also different...tho' we stay together, sometimes i feel like i dont have a father. not that we dont talk, it's just that we hardly see each other walaupun tinggal sebumbung.

so please dont be sad... smile smile smile...everything will be alrite... yg penting dia restu kita.

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011