Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Wednesday, 22 December 2010

sepuluh

Salam peeps!

Betul kata orang, ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Semua dugaan haros dihadapi dengan penuh kesabaran. I believe in this.

Hidup sebagai anak tunggal itu tidak semewah yang disangkakan oleh orang. Ada yang berkata "Owh, anak tunggal ni mesti manja dengan mama" dan "Lahhh anak tunggal ke? Mesti apa nak dapat ni" dan "Grand lah wedding die, die kan anak tunggal" As in my case, sy sudah biasa hidup sendirian, berdikari dan bekerja semasa cuti belajar. Tidak semua yang kita mahu, bonda akan tunaikan. Usaha dan berdikari untuk mendapatkan sesuatu. Ingat mudah nak dapatkan my first notebook? Yes, bonda sponsor 20% and the rest adalah duit bekerja semasa cuti semester. Untuk mendapatkan duit, tidak semudah yang disangkakan.

Yes, hidup sebagai anak tunggal memang seronok sbb i dun have to argue, bergadoh, bermasam dengan siblings yang lain tapi adakalanya orang berpendapat, anak tunggal pasti bosan kerana tidak mempunyai teman untuk meluahkan perasaan peribadi dan bermain tapi dalam hidup sy, sy mempunyai abg sepupu dan dua orang kakak sepupu yang sangat rapat dan akrab. Ada pada suatu ketika, sy fikirkan mereka abg dan kakak sy. Alhamdulillah, hingga kini, kami memang rapat dan saling memerlukan diantara satu sama lain. See, ada hikmah di sebalik setiap kejadian kan?

Ingat tak entry-entry sy yang lepas, tentang wali hakim, tentang Abah sy, sy anggap itu semua dugaan dan ada hikmah disebaliknya. Ya sy akan diwalikan pada hakim dan sy sudah tidak bersedih lagi sbb sy sudah tahu mengapa Abah berbuat demikian dan ini adalah rahsia *maaf* Jauh di sudut hati Abah, sy tahu dia sayangkan sy, anak dara tunggal nya. Last monday, Abah telah ke Pejabat Kadi WP dengan pakcik untuk akad wali hakim dan alhamdulillah semuanya sudah selamat dan Abah berbuat demikian kerana kasih sayang pada seorang anak. Tiada apa yang sy mahukan melainkan Abah menguruskan bahagian yang sepatotnya diuruskan oleh beliau sendiri. Dulu, masa sy pergi berjumpa Abah, beliau hadiahkan sy telekung, ada di entry ini :D Bile dpt sy teros menggunakan telekung itu hingga kini :D Abah juga telah hadiahkan sy senaskah buku yang penuh dengan ilmu rumahtangga,

Syukur alhamdulillah, nothing much i want from him walaupon Abah tidak dapat menghadirkan diri ke majlis sy nanti tapi dun be surprise apabila ke semua aunty dan uncle sy dr pihak Abah akan datang bersama-sama dengan anak menantu mereka iaitu sepupu sy. Sepanjang hidup sy, sy tidak pernah berjumpa mereka and im glad that they still accept me a part of their family dan sangat teramat gembira apabila mereka menghubungi Bonda untuk rsvp kedatangan. Semasa menjemput dan menghantar invitations, sy hanya mencuba nasib. Dalam hati terdetik juga "Mereka tidak mungkin hadir ke majlis sy" And yesterday after total up, i have 25 of then to witness my ceremony. Sebab inilah sy percaya, pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian. Allah maha adil.

Sudah cukoplah berbelog dan fesbok. 10 hari lagi untuk sy segera menyiapkan apa yang haros disiapkan. It's time for my final countdown *wink*

S E P U L U H h a r i l a g i
p.s. maaf kalau ada yang tak terbalas sms atau email atau private message. sy teramatlah sebok tapi maseh sempat hapdet belog :D jumpa kalian lagi 10 hari!

14 komentar:

Queen4ADay says:
at: 22 December 2010 at 12:32 said...

alhamdulillah..

♥ hazlynda kushairi ♥ says:
at: 22 December 2010 at 12:42 said...

Q4AD :
syukur alhamdulillah :D

ElyaElmo says:
at: 22 December 2010 at 12:45 said...

syukurr...:)

♥ hazlynda kushairi ♥ says:
at: 22 December 2010 at 12:48 said...

ELYA :
tolong marahkan utk aku? aku dah pasrah :(

~LeeyanaRadhi~ says:
at: 22 December 2010 at 13:27 said...

alhamdulillah Lynda..

wish u luck for your day... :)

LisaLisut says:
at: 22 December 2010 at 13:31 said...

awww..so sweet..teringat mcm certain drama dlm tv.sedih.sobsob.gud luck Lynda

psst. kampar tu kampung kite jugak.hehe

lovelyadibah says:
at: 22 December 2010 at 13:42 said...

sedey nyer lynda..[part yang mula~]

then seb baik ada hepi ending..

abah nk suh lynda nyer seri pengantin naik kot masa wedding t :) hehehe~..

gudluck lynda~..doa dari jauh~:)

shukrin farahdiba @ ceklala says:
at: 22 December 2010 at 14:19 said...

alhamdulillah..penantian itu menjanjikan sesuatu yg pasti xkn kite lupekan hehe...xsbr nk tgk kamu nih! pasti makin berseri2!

nizabeba says:
at: 22 December 2010 at 14:47 said...

alhamdulillah lynda. happy for you..insyaAllah sume okay..x sabar nk jmp hang mek!

L i 3 z @ says:
at: 22 December 2010 at 15:35 said...

good luck for your big day!

cik senah says:
at: 22 December 2010 at 15:45 said...

:) Huisshh...!! Pejam terbeliak -pejam terbeliak.. sepuloh hari lagik CIK Lynda akan menjadi PUAN Lynda.... semoga semua urusan berjalan lancar seperti yg dirancangkan nohhh.. :)

p.s : chek doa dari jauh sajalah dan tunggu nak tgk gambaq2 after majlis kawen Lynda di blog yg sweet ini.. :) Selamat Pengantin Baru (in advance) !!!!! :)

nYomeL says:
at: 23 December 2010 at 11:12 said...

Mmg betul kann.. setiap yang berlaku ade hikmahnya. I believe that too.. ALLAH itu MAHA ADIL.

congrats for your upcoming wedding lynda! :D

farahfatihah says:
at: 23 December 2010 at 16:00 said...

lynda aku doakan semoga semuanya berjalan lancar yer..sayang ko!

Ms and Mr Red Ribbon says:
at: 26 December 2010 at 17:11 said...

hazlynda... xsangka jumpe kat blog :)
your wedding xjemput pon, huaaa sedeyy... anyway all the best for you yea hope you'll live happily ever after with your love :)

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011