Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Friday, 11 February 2011

the blessings

Salam peeps!

Sy sudah bersedia dan sy sudah kembali untuk wedding review sy. The last entry on my review was the matrimony ceremony, ingat lagi? That was 2 days before Arwah pulang ke rahmatullah.

Dulu.......... dari kecil, sy tidak pernah berenggang dengan Arwah Maktok. Compare to Arwah Tokwan, sy lebih rapat dengan Maktok. Arwah tidak pernah membezakan cucu-cucu beliau walaupon dari kecil, Alloy (anak kedua Pak Long) Arwah yang jage dari selepas pantang hingga akhir hayatnya. Sy tahu susah senang Arwah lalui membesarkan Alloy, akhirnya Alloy berjaya dan hidup berdikari. The rest - Kak Long, Ijad (my MOH) dan sy, kami memang akrab dan rapat berempat. Dari kecil bersama, bermain dan bergurau senda, membesar dihadapan mata Arwah, itu yang membuat hati kami sayu bile mengenang kenangan bersama Arwah.

Dulu.......... kalau cuti sekolah je, Arwah mesti ajak Bonda pulang ke JB (rumah Alloy) dan kali terakhir kami ke sana adalah Februari 2010 sebelum Nenda jatuh sakit. Bila Arwah dah tiada baru kite perasan apa yang aneh dan ganjil. Dulu kalau ke rumah Alloy, mkn mlm pasti di luar. Kami akan tinggal dalam lebih kurang 4-5 hari disana. Pada kali terakhir Arwah ke JB, Arwah tidak mahu kemana-mana, cuma duduk di rumah sementara kami tapaukan makanan untuk Arwah. Arwah mengalami stroke pertamanya pada tahun 1970-an dan alhamdulillah Arwah makin sembuh dan mampu membuat kerja rumah. Rutin harian Arwah di rumah adalah, mengaji selepas subuh, mandi dan membuat sarapan, jam 9 pagi sudah duduk di tembok sambil berborak dengan jiran-jiran sementara menunggu motor ikan tiba, jam 11 pagi Arwah sudah mula memasak lauk tenghari dan malam, selesai lebih kurang jam 1.30 atau 2 petang, Arwah akan mandi dan solat Zohor dan kemudiannya akan rehat dan menonton tv hingga ke petang. Pada waktu malam pula, selesai solat Maghrib, Arwah akan mengaji atau membaca yassin sementara menunggu Isyak dan kemudiannya makan malam dan rehat. Itu adalah rutin harian Arwah ketika sihat walafiat.

Masuk bulan Mac dan April 2010, Arwah kelihatan sangat lesu dan tidak berdaya untuk berjalan. Apabila duduk di sofa kegemarannya, pasti tersenget dan tidak dapat mengimbangkan badan seperti dulu. Bile berjalan, berpaut pada dinding atau almari atau tongkat atau ape sahaja yang ade di tepi dinding. Masuk bulan Mei 2010, keadaan Arwah makin teruk dan rupanya Arwah diserang stroke kali kedua. Masih ingat entry ini?


Sudah baca, baru kalian tahu bagaimana hubungan seorang Nenda dan Cucu. Rutin harian sy adalah untuk menukar atau memberi Arwah makan setiap 4 jam. Katakanlah start makan seawal 8 pagi, sejam kemudian 9 pagi adalah waktu untuk bersihkan. Selalunye sy dan Bonda bergilir. Kami tidak menyerahkan 100% kepada bibik. Bibik hanya untuk memegang dan meneman Arwah - itu sahaja. Jadual makan Arwah dan kad hospitalnya masih ada di tepi peti ais. Itu kenangan yang dpt sy imbau saat-saat bersama Arwah. Setiap detik itu berharga.

Sy menjaga Arwah bukan kerana pahala yg sy mahukan. Walaupon ramai yang bilang, "Takpelah Lynda, banyak pahalanya menjaga orang sakit" BUKAN ITU YANG SYMAHUKAN. Sy melakukan dengan ikhlas kerana dulu dari kecil, Arwah yang menjaga sy dengan penuh kasih sayang, kini giliran sy pula melakukan yang terbaik untuknya. Dulu, sebelum Arwah nak dibawa ke hospital, ayat terakhir yang diungkapkan oleh Arwah adalah, "Kite p (hospital) esok" Sebab ketika itu sudah hampir Maghrib dan kami mendapatkan anak buah makcik sy utk memeriksa Arwah dan Arwah didapati sudah diserang stroke beberapa hari yang lalu tetapi tindakbalasnya perlahan dan akhirnya Arwah terlantar di atas katil dan makanan yang disuap akan keluar semula. Makanan terakhir yang sy suapkan ke dalam mulut Arwah adalah air teh dan biskut mary, itu yang Arwah pinta.

Sepanjang di hospital, bile ditanya pada Arwah, "Maktok nak siapa jaga kat hospital?" Jawapannya kepada semua, "LYNDA" Mungkin kerana Arwah lebih selesa sy yang menjaganya, walaupon di rumah, seminggu sebelum mendapat tahu Arwah sudah tidak larat berjalan dan semakin lemah, kami mencadangkan Arwah memakai diapers dan ketika itu Arwah mahu sy sahaja yang membersihkannya, dengan Bonda pon tidak mahu, malu katanya. Sy turuti. Di hospital, sy yang menjaga Arwah kerana ketika itu sy sedang cuti semester dan baru selesai final masters. Setelah keluar dari hospital, Arwah sudah tidak boleh lagi bercakap dan makan minum melalui ryles tube. Cume sedikit air yang disuap melalui mulut untuk membasahi tekak. Sebenarnya sy agak penakut dan tidak pernah seumur hidup sy tidor di hospital kerajaan. Sekali sahaja di hospital swasta kerana denggi. Itu sahaja. Tetapi demi Arwah, sy kuatkan semangat.

Sy telah cuba sedaya upaya sy untuk merawat dan menjaga Arwah sepanjang 9 bulan Arwah bedridden. Arwah menyambut kelahiran sy, melihat sy membesar, melihat sy meningkat dewasa, melihat sy graduate, melihat sy bertunang dan melihat sy berkahwin dengan pilihan hati. Arwah sudah bersedia untuk menghadap Allah SWT dan Arwah menunggu sy selesai semuanya sebelum Arwah menghembuskan nafas terakhirnya. Seminggu selepas majlis resepsi, sy sempat menjaga Arwah untuk seminggu dan kemudiannya pada hari Sabtu bersiap sedia untuk majlis sambut menantu di Gemas yang terpaksa sy tinggalkan Arwah dengan bonda dan Jururawat peribadi sehingga hari Isnin. Keesokan harinya, sy pula bercuti ke koh Samui hingga hari Jumaat. Sy sempat menjaga Arwah di saat-saat akhirnya. Agaknya, Arwah menunggu sy pulang dan selesai semuanya dan menyahut seruan Illahi pada hari lahir sy. Itu yang menyayat hati sy. Sila lihat gamabarajah di bawah.

Ini adalah sijil kematian Arwah

Ini pula sijil kelahiran sy

Sila perhatikan tarikh dan waktu kematian Arwah dan kelahiran sy. Perbezaannya hanya 5 minit sahaja. Arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya dikelilingi anak-anaknya. Cume Alloy sahaja yang lewat tiba kerana beliau dari Johor Bahru. Sy masih ingat, petang itu Alloy call seperti biase dialognya, "Maktok macamane? Ok tak?" Lantas sy menjawab, "Maktok ok je, dah kebah dari demam, berpeluh banyak Maktok" Hari Thaipusam 20 Januari 2011 Arwah demam dan kami telah mendapatkan Doktor Kebajikan untuk datang tetapi beliau tidak ada di sini dan hanya boleh melawat pada hari Jumaat. Dan pada hari Jumaat, sy mendapati Arwah sudah kebah dari demamnya. Kami mengikut kata Doktor, cara-cara untuk merawat pesakit dari rumah. Pada hari Sabtu, sy dapati Arwah berpeluh banyak sehingga basah baju kedah dan sarung bantal. Sy sangkakan Arwah sudah baik dr demam, rupanya itu adalah salah satu tanda bahawa seseorang itu akan pergi. Arwah pergi dengan tenang, sangat tenang. Sy berada disisinya untuk mengajar mengucap dan sy tahu Arwah kini berada di dalam tangan yang sepatutnya. Allah akan menghadiahkan Maktok Jannatul Firdaus. Tunggu Lynda di Syurga ye Maktok :(

Alhamdulillah, sy telah mendapat doa restu dari Arwah, Nenda yang paling saya cintai. Restu dari Arwah yang tidak ternilai bagi sy. Arwah telah pulang ke rahmatullah dan menggantikan tempatnya dengan suami, Razmie Isa. Sekurang-kurangnya Arwah tahu bahawa ada orang yang dapat menjaga cucu dan anaknya. Kini Arwah sudah tiada lagi. 20 hari pemergiaannya tetapi kenangan indah selama 27 tahun bersama Nenda masih segar di ingatan. Tiada apa yang dapat sy hadiahkan melainkan doa untuk Arwah. Sy mempunyai beberapa gambar yang diambil selepas majlis resepsi sy.



Ini adalah salah satu sebab mengapa sy mahu membuat segala persiapan di rumah kami adalah supaya Arwah tahu semua orang ade disekelilingnya dan tidak membiarkan Arwah tinggal di rumah bertemankan bibik kerana beberapa hari sebelum majlis, pakcik makcik menyarankan sy merebus telur dirumah makcik di Sg Buloh. Sy enggan bukan bererti sy kurang ajar atau degil. Sy berdegil berasas. Sy tahu dan sy mahu Arwah kongsi bersama walaupon Arwah tidak dapat bangun dan duduk bersama tetapi sy tahu Arwah mendengar dan melihat. Setiap kali sy membuat sesuatu d.i.y disisinya, Arwah melihat dan merenung apa yang sy lakukan. Sy tahu beliau melihat dan medengar apa yang orang sekelilingnya lakukan. Diantara sebab sy bersiap dari rumah sebelum majlis akad juga merupakan sebab yang sama. KGPA menyediakan biilik persiapan tetapi sy enggan bersiap di sana, lagipon jarak diantara rumah dan KGPA cuma 10 minit. Tujuan ssy bersiap di rumah bukan kerana tingkap ala kampung itu tetapi untuk memohon doa restu dari Arwah. Setelah bersiap, sy ke kamarnya untuk salam dan cium dahi Arwah. Arwah tido ketika sy mahu pergi. Sepulangnya dari akad, Arwah menangis melihat sy. Itu saat yang tidak dapat sy lupakan hingga ke akhir hayat.

Dan seperkara lagi yang tidak dapat sy lupakan adalah senyuman manis Arwah.

gambar diambil di majlis resepsi Kak Long pd tahun 2007

Setelah apa yang berlaku, sy tahu pasti ada hikmah disebaliknya. Dan sy sangat percaya pada itu. Arwah meninggal pada hari lahir sy dan keesokkannya sy mendapat mimpi tentang perubahan diri sy. Sy pernah terlintas untuk memakai tudung tetapi tidak secepat ini. Sy tidak menyimpan niat kerana sy tahu, untuk memakai tudung, sy harus bersedia fizikal, mental dan rohani. Sy tidak mahu kelihatan indah dari luar tetapi juga dalaman. Sy tidak mahu jadi hiprokrit dan apa yang sy tahu, sy mahu berubah ke arah kebaikkan. Sy menceritakan kepada kakak ipar (isteri Alloy) tentang apa yang sy rasa. Alhamdulillah, sy memilih jalan ini. Tiada siapa yang tahu termasuk Bonda. Tiap kali keluar, sy meminjam tudung Bonda sehingga beliau bertanya, "Eh, dah pakai tudung?" Jawapan sy cume, "Arwah kan baru pergi, i menghormati" Sy keluar seorang diri membeli pashmina. Sy tidak tahu bagaimana mahu memakai dan ketika itu sy hanya fikirkan untuk memakai selendang, asalkan bertutup. Di malam harinya, sy buka google mencari cara memakai tudung seperti Yuna. Akhirnya terjumpe Hana Tajima yang membawa fashion hijab di UK dan Malaysia. Dan sy belajar melalui youtube. Itu sahaja. Alhamdulillah, family terutamanya suami dan Bonda tersenyum melihat sy bertutup. Semoga perubahan yang sy alami dan tindakan yang sy ambil akan menjuju ke arah kebaikan. Semoga Allah memberkati setiap apa yang sy lakukan dan mendapat keredhaanNya.

Alhamdulillah kerana diberi kesempatan ini.

Selamat bekerja semua ;)

41 komentar:

jooleata says:
at: 11 February 2011 at 08:46 said...

Salam kak lynda,

proud with you..
moga Allah saja yang mngerti dan memberikan rezeki pada akk.. :)

cantik da pkai hijab.. :)

.:Mrs. Engineer:. says:
at: 11 February 2011 at 08:52 said...

perubahan yg bsar...cantik...

btw, sedey gk sy bce n3 ni...

yUmIe says:
at: 11 February 2011 at 08:54 said...

Alhamdulillah..at the same time aku sedih bce entry ko ni.maybe sbb aku pn jenis yg rapat dgn family.ble bercerita tentang kehilangan,aku mudah sedih..huhu.anyway,once again aku nk ckp.ske tgk kecomelan ko bertudung.hahaha.

p/s: ape slhnye klu header tue kekal..cute ape;)lol

Byzura Mj (By) says:
at: 11 February 2011 at 08:58 said...

menyentuh perasaan! proud with u dear!

cik senah says:
at: 11 February 2011 at 09:24 said...

Entry yg panjang dan begitu menyentuh perasaan chekk.. :( bergennag gak lah ayaq mata chek sepanjang membaca entry Lynda niee..

Dan.. chek tersenyum gumbira melihat gambaq terakhir... Lynda dah bertudung.... Ayunya Lynda bertudung.. :)- Alhamdulillah..berubah ke arah kebaikan..itu yg kita semua patut lakukan..betoi dakk..?

Xora says:
at: 11 February 2011 at 09:30 said...

alhamdulillah.. untuk semuanya :)

juneHalim says:
at: 11 February 2011 at 09:36 said...

babe, sedih aku bce entry ko ni..ko ni byk tul persamaan dgn aku.aku pon kecik2 arwah atok yg jaga, tp syg nye dia tak sempat tgk aku bertunang apatah lagi berkwen. ;(

cuma di saat akhir dia aku sempat jaga dia, tidur dekat hospital, teman dia berbual, mandikan, bersihkan dia, aku rindu sangat2 kat dia. ;(

kita doakan mereka di tempatkan dengan orang2 yang beriman. amin.

~salwaredzuan~ says:
at: 11 February 2011 at 09:44 said...

sedih nye...but im sure arwah nenda will be proud of u..

LisaLisut says:
at: 11 February 2011 at 09:49 said...

hi lynda.smlm i nk tye kt fb tp takut2.hehe.sekali baca blog waaa header baru! :)

sedih betul baca story u.u mmg tabah :)

Dhiya says:
at: 11 February 2011 at 09:50 said...

Menangis baca entry yg ni. The best one. Pretty lynda :)

missbutterfly says:
at: 11 February 2011 at 09:53 said...

alfatihah utk maktok..and alhamdulillah dah berjilbab bak kata yaya..:) rindu kau.

nYomeL says:
at: 11 February 2011 at 09:55 said...

Menanges bace entry ni tauu.. lynda, u did ur very best! maktok mesti bangga.. :)


Alhamdulillah.. :D

"cikkin" says:
at: 11 February 2011 at 09:55 said...

alhamdulillah..tahniah lynda..=)
setiap ape yg berlaku punya hikmah tersendiri..mesti nenda bangga lihat perubahan ni..chaiyok lynda!!

shukrin farahdiba @ ceklala says:
at: 11 February 2011 at 09:58 said...

i'm really proud of u babe! siyes...bergenang airmata aku baca entry ni...aku tau ko cane..n kenal ko dah lame...allah lebih sygkan maktok...sume yang terjadi memang ade hikmahnye :)

K.I.N.A says:
at: 11 February 2011 at 10:03 said...

alhamdulillah..go2 lynda!

syanaim says:
at: 11 February 2011 at 10:11 said...

::babe..alhamdulillah..setiap apa yg ko alami semuanya satu anugerah..suka dengan perubahan ko yg terbaru..xoxo..muaah::

~~zaa~~ says:
at: 11 February 2011 at 10:32 said...

alhamdulillah... it's amazing, dear...really proud of u!

cik syahira (a soldier's gf) says:
at: 11 February 2011 at 10:43 said...

assalamualaikum lynda,

rasanya ni 1st time kot tinggalkan comment disini. selalu jadi silent reader je.

pagi-pagi baca entri tentang nenda kamu buat hati saya tersentuh, air mata bergenang.

saya sedang jaga nenda saya yang sedang sakit juga ni. jalan berpapah, makan bersuap, pakai diapers dan segalanya diuruskan oleh mother (menantu nenda) di bantu oleh saya dan father.

terus terang menjaga nenda sangat menguji kesabaran, setiap kali makanan disuap akan disembur-sembur balik ke muka saya. minum pun macam tu.

sekarang saya belum berkerja sebab baru habis study. akhir bulan ni mother pencen dan saya akan berpindah ke bangi nak cari kerja di kl.

next year dah nak kahwin so kena pindah for goods la kiranya ni. sedih juga nak tinggalkan nenda sbb saya dah fully suapkan dia since 2-3 bulan yang lalu.

nenda jaga saya since saya lahir lagi. kami tinggal bersama. insya Allah, selagi kudrat ada hayatnya panjang saya tetap akan jaga dia seperti mana dia jaga saya masa saya kecil T_T

eh. nenda panggil. bye!

AnEs says:
at: 11 February 2011 at 10:46 said...

linda, saye pun paham cane jaga arwah nenek yang da jaga kite dari kecik..hmm..sayu baca ne linda..mudah-mudahan roh arwah ditempatkan di kalangan org yang beriman..

~ Lady D ~ says:
at: 11 February 2011 at 10:46 said...

mengalir airmata baca entry ni. semoga maktok dirahmatiNya di sana. and alhamdulillah for ur penghijrahan. cute!

Miss Ika says:
at: 11 February 2011 at 10:48 said...

alhamdulillah.
proud of you, sis.
sweet~

ElyaElmo says:
at: 11 February 2011 at 10:58 said...

sedih laa lynda..tiber2 aku teringat opah aku. :(

♥ balkidz_hunny ♥ says:
at: 11 February 2011 at 11:06 said...

Lynda, byk yg aku tertinggal.
tapi be strong okey.
Alhamdulillah n take a good care syg!

Mawar misswateva says:
at: 11 February 2011 at 11:16 said...

sedih bace part maktok..sob.sob.

farahfatihah says:
at: 11 February 2011 at 11:35 said...

dabe, so sad entry kali ni...coz aku juga pernah mengalaminya n malam tadi baru mimpi jumpa arwah nenek..

al-fatihah untuk mereka

nampak ayu bila kamu bertudung =)

MASNIEZA SHAHIDA MUSTAPAH says:
at: 11 February 2011 at 12:46 said...

sedeh nye baca entry ni..bace sambil nanges2..kamo memang cucu yg ter'perfect'..proud of u..niway bile lynda pakai tudung muka mcm perempuan arab..

mizzura says:
at: 11 February 2011 at 13:10 said...

alfatihah....
anw..cepat tul tukar header.. :-)terkejut tengok..

Reen Tart Nenas says:
at: 11 February 2011 at 14:42 said...

lynda, tahniah utk perubahan. doakan saye juge. baca kesah nenda, terus tingat tok saye :( hermmm, miss her a lot! beliau tak sempat tgk saye kawen, tapi sempat mengenali bakal suami (ketika itu)...

Atiqah Adnan says:
at: 11 February 2011 at 15:03 said...

rasanye nenek kita sebaya kot..
tapi alhamdulillah nenek qa kuat lagi sakit2 juga kadang2.. besela dah tua kan.. org tua kdg2 cepat sensitif.. hati diorang lembut.. nak dijaga disayang..

maktok mesti rasa bahagia dihari akhir dia di dunia.. hatinya rasa lengkap setelah melihat cucunya dah kawen n dijaga lelaki pilihan hati.. maktok bahagia..

lynda, jaga diri ye.. perubahan yang baik dan mesti dikekalkan.. semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan lynda dan suami.. always..

aurinh says:
at: 11 February 2011 at 17:22 said...

u looked so sweet *doakan I will follow suit soon :)

miesmoshe says:
at: 11 February 2011 at 18:12 said...

kudos!

veelara says:
at: 11 February 2011 at 22:20 said...

sedihnya..alfatihah..

nice dgn imej baru :)

e.t.t.y says:
at: 11 February 2011 at 22:50 said...

sedih. teringat arwah embah i...
=( =( =(

tahniah kerana perubahan tu...

~ i.n.a.z.d.a.u.d ~ says:
at: 12 February 2011 at 23:15 said...

hai lynda,

been your silent reader for a while.. suka baca ur writing.. terpanggil utk jot down something sbb rasa sebak bila baca entry ni.. ur birthday sama ngan ibu i.. mine was 31st Jan 1984.. beza 8 days dgn u.. :) salam perkenalan..

0sh!Nz d' sen0r!ta says:
at: 13 February 2011 at 01:14 said...

alhamdulillah. semoga berjaya sis!!

Cik Kentang says:
at: 13 February 2011 at 17:16 said...

salam...sedih baca entry ni tapi at the same time kagum ngan perubahan u..inspired me utk berubah ke arah kebaikan..sama-sama la kita :-)

Nurul Hayati says:
at: 14 February 2011 at 11:22 said...

Sedih baca entry ni, sorry for your loss and alfatihah for arwah. Btw, I'm your silent reader, and I'm soo impress with your wedding i mean the ideas, concept and decos. Very nice, simple yet elegant.
Lastly, congrats for your new image. :)Good fortune shies away from gloom.Keep your spirits up.Good things will come to you and you will come to good things. Take care.

choclairissa says:
at: 16 February 2011 at 11:14 said...

i still sedih bile teringat arwah nenek~

congrats babe di atas penghijrahan :)

intan says:
at: 23 February 2011 at 11:22 said...

sedih baca entry u! tiba-tiba teringat kt nenek n my mum..

amalina says:
at: 24 March 2011 at 09:52 said...

1st sy singgah kt blog sini..sedihnyer bc story ni.like me too..dibesarkan oleh tok dr kecik. n now, tok di kg..sy di kl.keja...dia skit,tp sy xbrda dekat dengan dia.sedihnyer sy...susah payah, sy mnta tkr penang, til now stil xdpt..huhu. bangga ng u!!jeles u dpt jg maktok..sy tidak!!niat sy, sy nk jg tok smpai akhir hayat di...huhu

Juliet says:
at: 27 April 2011 at 14:59 said...

hai..saya x kenal awak tp tgh surf2 internet utk preparation wedding...best gile your wedding...cantik sgt2...

and post ni buat mata saya b'genang... =(

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011