Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Monday, 14 February 2011

the hall by Chenta Weddings

Salam Dreamy Monday peeps!

Mari kita mulakan Monday Blues kita ;)

Entri hari ini tentang dekorasi Majlis Akad sy yang diadakan di Dewan Seroja, Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA). Bagi konsep nikah sy, secara jujurnya, sy telah jatuh hati dengan konsep nikah Sabby di entrinya ini - Nikah concept. Idea beliau memberi inspirasi kepada sy untuk terus merealisasikan impian majlis akad sy tetapi pada awalnya, ini semua bergantung kepada bajet kami. Pada awalnya, sy sudah bilang kepada Bonda untuk mengadakan Majlis Akad di rumah sahaja tetapi memandangkan keadaan Arwah yang tidak mengizinkan, sy mencari alternatif lain dan akhirnya sy memilih Dewan Seroja, KGPA.

Majlis Akad dan Resepsi diadakan di sini. Mengapa KGPA? Semuanya di entri ini - Why KGPA?

Daripada idea Sabby, sy mengolah dan menukar sedikit kedudukannya tetapi konsep Nikah tetap sama. Tiada seorang pon yang tahu apa yang sy inginkan di Majlis Akad sy kecuali Chenta Weddings. Malahan, pihak KGPA pon tidak pasti samada idea ini akan berhasil atau tidak, kerana tiada seorang pon yang pernah nikah di KGPA. Tidak mengapa, sy akan buktikan bahawa ianya akan berhasil. Sebulan sebelum Majlis, famili ingin mengadakan mesyuarat (ini adalah perkara yang selalu dilakukan apabile majlis perkahwinan akan diadakan) tentang persiapan dan layout dewan dan juga garden terrace. Layout yang telah dilukis oleh sy sendiri sebagai gambaran bagaimana ia akan kelihatan adalah seperti berikut;

Semua orang tahu layout sahaja termasuk Bonda, sehinggakan Bonda bilang kepada sy di dalam dewan ketika menunggu pengantin lelaki masuk, "Mama tak sangka ini idea yang u nak" Tidak ada seorang pon yang tahu melainkan sy dan Chenta Weddings. Let me surprise them! Ini adalah hasil daripada idea lakaran sy yang sy duduk seorangan memikirkan, berjumpa dan berbincang dengan Chenta Weddings sehingga larut malam, mengadap laptop 27 jam sehari dan paling utama adalah tidak menerima dan mendengar idea dan teguran orang lain. Sy menjadi selfish kerana sy tidak mahuu menyusahkan orang lain yang kemudian harinya akan mengungkit selepas Majlis. Percayalah, ini semua akan terjadi. ini adalah mentality orang melayu kite. ok, kite terus ke Plan B = Buat Bodoh.

Inilah yang direalisasikan oleh Chenta Weddings ;)

Ini adalah pentas nikah seperti yang dilakarkan.

Mengikut plan asal, setibanya sy di dalam Dewan tersebut, sy akan duduk bersimpuh (penat tahu!) di mini pelamin dan ditemani oleh MOH sy. Dan dimana juga, pentas nikah akan diduduki oleh Tok Kadi, saksi dan wakil kedua belah famili sahaja. Tetapi sy terpaksa akur apabila Tok Kadi mmeminta sy berada berhampiran dengan pengantin lelaki. Cerita disebalik silence "eh" semasa akad ada dalam entri ini - the matrimony ceremony ;)

Selesai sudah Majlis Akad, sy beralih ke mini pelamin untuk upacara membatal air sembahyang dan kemudiannya di pentas nikah pula adalah penyerahan barang hantaran mengikut adat Johor ;)

Ini adalah sy di mini pelamin (tidak bersimpuh lagi) hehe ;P

Tema warna bagi Majlis Akad adalah putih, kate orang putih, "all white!" hehe dan minor warna yang digabungkan adalah hijau. Memang susah nak dapat bunga warna hijau, jadi kite ambil daun dan pom-pom flower yang berwarna hijau (sila lihat gambarajah di bawah) Memang sejujurnya sy sangat suka warna putih tetapi sy mempunyai sebab tersendiri mengapa semuanya putih. Dewan Seroja ini dikelilingi kayu seperti orang traadisional lama dimana permaidaninya berwarna maroon dan dindingnya berwarna coklat kayu. Warna yang sangat gelap. Disebabkan itu, sy mengambil keputusan untuk menghiasi semuanya warna putih agar tidak tenggelami dan lebih menyerlah, yang paling penting, nampak suci dan bersih ;) setuju? 20sen sorang.


A very simple touch by Chenta Weddings dan ini adalah sy - the simplicity Hazlynda. Chenta Weddings tahu apa yang sy mahukan dan telah merealisasikan lakaran sy kepada realiti ;)

Ceriakan hari anda dengan senyuman ;) esok kan cuti.

kredit : Daniel Zain Photography

22 komentar:

hana yoriee says:
at: 14 February 2011 at 09:27 said...

very clean touch..nice! =)

♥ hazlynda kushairi ♥ says:
at: 14 February 2011 at 09:38 said...

HANA :
its all white and a minor green. Sbb dewan kaler kayu, kalau add in kaler lain mesti nampak sempit ;)

"cikkin" says:
at: 14 February 2011 at 09:51 said...

simple is sweet!! terbaik laa kak..tahniah!! =)

Wani says:
at: 14 February 2011 at 10:15 said...

OMG..I am soo love the nikah spot tu..well done!

miss puteri says:
at: 14 February 2011 at 11:31 said...

ok! saya suke lah! banyak tempat boleh amik gambar! great jod linda n chenta wed! (~_^)

thezaila says:
at: 14 February 2011 at 11:54 said...

serious cantik deco dewan nikah ko noks.. mak sooka to the bits... tahniah kerana begitu kretip!!

cik senah says:
at: 14 February 2011 at 12:00 said...

Simple and sweet.. pemilihan warna yg tepat sgt2.. nampak majlis itu begitu suci sekali dgn penggunaan warna putih.. (chek sukaaa!!)

p.s : Mmg Lynda nie very detail arr.. tgk lakaran pun dah tau Lynda nie mcmana orgnyaa.. :) apa2 pun.. baguih laghu tuee.. buat semua sendiri (perancangan majlis)..Coz lepaih majlis..tak gaduh nak dengaq komplen sana-sini..kan..? :)

Chek pun sedang berusaha merancang majlis kawen chek sendiri (dgn bantuan wedding decorator jugak)..tamau org lain (famili, sedara mara atau jiran tetangga) masuk campoq..satgi jadik karut!! chek jugak yg kelam kelibut.. :P

CouLeur de Chiqu3 says:
at: 14 February 2011 at 12:16 said...

lovely..noting more i can say !

♥ hazlynda kushairi ♥ says:
at: 14 February 2011 at 12:27 said...

CIKKIN :
tengs babe. simple je decor tu ;)

WANI :
i love the pentas too! *clap*clap* for Chenta Weddings ;)

PUT :
haaaaa a'ah. tapi lenkali sape nak buat idea ni, make sure semua org duduk jgn berdiri mcm tu, buruk gambo jadinye!

ZAILA :
mak pon sooka ko preggy! yehaaaa!!

CIK SENAH :
lynda pon suke bile masuk je mcm terpegun, cantek Chenta Weddings buat, merealisasikan impian jadi kenyataan ;) takpa cik senah, buat pelan2 naa... biaq p apa org nak kata, wedding kita, sekali seumur hdup ja... lenkali suh depa sebuk2 masa wedding anak depa, wedding anak orang lain, jangan kacau HAHAHA nak lak org mcm kita ni kan?

♥ hazlynda kushairi ♥ says:
at: 14 February 2011 at 12:27 said...

KECIK :
tengs sayam!

LisaLisut says:
at: 14 February 2011 at 12:35 said...

cantik gile!!!! i love all white :)

♥ hazlynda kushairi ♥ says:
at: 14 February 2011 at 12:50 said...

LISA :
i love all white too!!! as you can see later on, most of my theme semuanya white ;)

Masturacruz says:
at: 15 February 2011 at 12:11 said...

Hi lynda, if you dont mind I want know more bout ur pelamin at gemas side :-) so nice!

hazlynda kushairi says:
at: 15 February 2011 at 14:07 said...

MAS :
eh, macamane tahu tentang pelamin kat Gemas? Ok, will update tapi i'll go with the flow~

choclairissa says:
at: 16 February 2011 at 10:58 said...

cantik2...putih itu sgt suci~

0sh!Nz d' sen0r!ta says:
at: 16 February 2011 at 12:59 said...

masyaAllah. sangat santik yang amat. simple tapi mencairkan hati. inspired me enough la sis.

Leonora Halim says:
at: 16 February 2011 at 17:05 said...

lynda... gigih tau i soh hubby gi beli majalah pengantin... then dgn kusyuk i bercerita kat dia kwn blogger i masuk megezin.. ahhahah... dia kirim ucapan tahniah!

p/s: nape lah dlm megezin tu takde part akad nikah ni... santekkkkkk....

nYomeL says:
at: 17 February 2011 at 10:08 said...

tertinggal keretapi nak komen.. HAHA!
lynda, your white day sgt menyerlah..
simple tapi sgt2 lahh cantek~!! :D

hazlynda kushairi says:
at: 18 February 2011 at 01:24 said...

RISSA :
putih itu bersih ;)

OSHINZ :
majuk. nape tak jumpe mlm tu :(

hazlynda kushairi says:
at: 18 February 2011 at 01:26 said...

LEONORA :
HAHAHAHA tengs babe! malu pulak i bile u cete mcm tu kt husben u. aduyai! dlm PPzine ade 2 keping je gambo nikah. itu lah.... KGPA nak promote garden dorang je sbb tu leh bg dorang byk $$$ kot?

BUSHRA :
sangat simpel ek wedding aku? ikut kemampuan je babe. nak mcm NAZA, jawapnye aku kene start diy 5 thn yg lalu. by the time nak wedding, dh old fashion HEHE ;P

0sh!Nz d' sen0r!ta says:
at: 18 February 2011 at 13:37 said...

alololo sis. jangan ah majuk ngan kite. nanti kite jumpe eh. lainkali. insyaAllah!

hazlynda kushairi says:
at: 18 February 2011 at 16:38 said...

OSHINZ :
insyaAllah sis, ade ruang, kite jumpe keh ;)

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011