Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Thursday, 24 February 2011

the MUA - her side by Nasha Naslimy

Salam peeps!

Hati gembira sbb bangun awal dan kemaskini blog supaya tidak bersawang seperti dulu ;) Bila tengah ada mood, semuanya menjadi. Melihat kepada layout baru blog yang berseri dan tidak muram serta serious seperti yang dahulu, this is so me! I love my layout *perasan* Warna merah jambu itu kekal kerana sebahagian daripada tema warna Majlis sy yang lalu kan *alasan*

Sudah. Mari kite mulakan entri hari ini dengan MUA untuk akad dan juga malam resepsi. Sama juga seperti Aunty Jue, sy juga menggunakan perkhidmatan orang yang sama dari majlis bertunang hinggalah ke majlis akad dan resepsi. Beliau adalah Nasha Naslimy dari Izatt Artistic Team.

Masih ingat entry sy yang ini ,


Secara jujur, Nasha dan Izatt adalah MUA tetap keluarga kami, semua keturunan mereka yang menaikkan seri pengantin kami, dari Aunty yang anaknya sudah berusia 16thn hingga ke sepupu sy yang anaknya sudah berusia 9thn hingga ke sepupu-sepupu yang lain hinggalah yang terkini adalah diri sy sendiri ;) Dari dulu hingga kini, tanpa membuat penyelidikan harga, pemilihan itu adalah tepat dan muktamad ;) pasti ada sebab mengapa kami setia bersama mereka ;) orang Johor! Itu sudah pasti.

Bagi majlis akad dan resepsi, sy menggunakan tangan magikal Nasha untuk menghias wajah sy yg sudah kelihatan seperti panda pada saat itu. Sesuatu yang sy hormat dan suka pada Nasha adalah ketepatan masa. Pada hari besar sy, Nasha sudah maklumkan bahawa bepiau akan tiba di rumah dalam jam 6.30 pagi dan ya! Beliau tiba di rumah tepat pada masa yang ditetapkan walaupon tersalah rumah dengan menekan loceng rumah hadapan. Comel. Nasha sudah bilang, beliau akan mengambil masa lebih kurang 3 jam kerana jam 9.30 sy sudah mahu berangkat ke KGPA.

Sila lihat gambarajah di bawah ;)




Kemudiannya Nasha harus menuju terus ke Puncak Alam untuk menghias seorang lagi pengantin bagi majlis resepsinya. Nasha bilang, "Nanti bagi nombor bilik tau, jam 4.30 kite sampai sana" Dan apa yang dibilangnya bukanlah omongan kosong, menepati masa, beliau tiba jam 4.30 petang dimana kami pula baru tiba daripada rumah. Selepas ourdoor shooting kami pulang ke rumah dan kemudiannya kami bersiap di Eastin Hotel iaitu berhadapan dengan KGPA. Petang itu Nasha memang teramatlah busy kerana beliau harus menghiasi Bonda, Aunty, MOH, Bridemaid, Bride and the Groom.

Gambarajah dibawah menunjukkan sy sedang menunggu Bonda bersiap. Rambut sudah digulung ;)

Dan akhirnya, inilah wajah sy pada malam resepsi itu ;)



Selain daripada menepati masa, salah satu lagi keistimewaan Nasha adalah beliau tidak mengubah rupa sy kepada Nasha Aziz. Rupa sy tetap seperti Hazlynda Kushairi ;) Oh ya, di dalam semua gambar, sy tersenyum lebor adalah kerana Uncle sy sudah bilang, "Walaupun kamu penat, smile all the way" So true! Bila tengok gambar, cantik pula asyik tersenyum sendirian ;) Nasha telah melakukan yang terbaik dan sangat berpuas hati dengan hasil tangannya. Tatarias sy untuk akad dan resepsi disponsor oleh Aunty Intan sy ;) Sebab itu boleh teruskan dengan attire ;)

Terima kasih, Nasha!

kredit : Daniel Zain Photography

21 komentar:

miss puteri says:
at: 24 February 2011 at 09:32 said...

done! dah bace.hehe. (berusaha taknak jadi silent reader)haha. cantik cantik!

hazlynda kushairi says:
at: 24 February 2011 at 09:33 said...

PUT :
HAHAHAHAHAHA tengs babe. tu la, lynda pon nak berusaha takmo jadi silent reader tapi kadang kala tal berkesempatan :(

reena says:
at: 24 February 2011 at 09:37 said...

Cantiknya u yang dah memang sedia cantik! Good job, Nasha!

LisaLisut says:
at: 24 February 2011 at 09:56 said...

perfect.mekap nude eh namanye kalau jenis ni?*buta mekap* haha

i heart gilaaaa veil nikah u.huwaaaaaaa

cik syahira (a soldier's gf) says:
at: 24 February 2011 at 10:12 said...

assalamualaikum lunda.

hi BBF. ye, tak nak jadi silent reader juga. hihi.

thanks dear kerana membuktikan warna putih untuk 2 event tetap cantik! saya masih ragu-ragu nak pakai dua-dua putih atau err tengok la macam mana.

reception wajib putih sbb nak kena match kan dengan uniform my sweetheart. ^____^

K.I.N.A says:
at: 24 February 2011 at 10:41 said...

punctual tu sangat penting..1 benda terlambat semua akan terjejas..bgusnye MUA keluarga..hhe

0sh!Nz d' sen0r!ta says:
at: 24 February 2011 at 12:43 said...

sebelum akak sampai kat majlis tu, kite dah potpetpotpet ngan en. pakwe minta makan. hahaha. perut ni tak behave btul la. dah macam diva tau. kalah nasha aziz. kehkehkeh.

0sh!Nz d' sen0r!ta says:
at: 24 February 2011 at 12:44 said...

eh maksud kite akak cantik berseri dah macam diva! ehehe.

shukrin farahdiba @ ceklala says:
at: 24 February 2011 at 15:37 said...

izzat and da geng mmg terbaekk! babe aku suke header ko! cun gilak!!

♥ balkidz_hunny ♥ says:
at: 24 February 2011 at 20:36 said...

Lundaaaaaaaa. aku soookaa gile mekap ko time nikah. nampak sweet2 candy gitew! plus ayu :D

reception, ohh so woooowww! :)
Lunda, apesal link blog aku takde kat sidebar ko! majuk ahhh :(

Rilla says:
at: 24 February 2011 at 21:38 said...

Sukalh..mekap nikah tu simple dan natural. Paling tak suka MUA yang mekap sampai muka dah tak nampak macam muka sendiri. Your makeup is super nice

hazlynda kushairi says:
at: 25 February 2011 at 02:40 said...

REENA :
tengs dear. praise Allah for everything. Alhamdulillah. Tengs to Nasha too!

LISA :
aku pon rase nude mekup kot namenye ;) arhhhhhhhhh veil ek, after MUA, aku review on attire lak keh ;)

SYAHIRA :
waalaikumsalam wbt. HAHAHA takmo jadi silent reader jugak? haish. betul, sangat setuju, putih itu suci ;) dgn ape warne pon boleh blend ;)

hazlynda kushairi says:
at: 25 February 2011 at 02:43 said...

KINA :
betul babe, bg lynda pon same, punctuality sangat teramat penting. tok kadi tak tunggu kite, kite tunggu tok kadi ;) seketurnan bersama. Alhamdulillah ;)

OSHINZ :
HAHAHAHAHAHA sorry le lewat sbb salah info, ade yg lewat dtg, tu yg extend 20min lewat HEHEHE ;P

LALA :
so far bg aku, dorang yang terbaik sbb 3-3 event aku dengan dorang ;) aku pon suke header baru, tu dr OP daaa~

hazlynda kushairi says:
at: 25 February 2011 at 02:44 said...

KIDZ :
ya ampon babe. sudah ade tu ;P aku ni kekdg tak hapdet sgt list tepi. ampon sayang! rindu ko wehhhhhhhhhhhhh!!! balik cuti?

RILLA :
thanks dear. magical touch from Nasha. kalau berubah jadi Lynda Aziz, terkejut husben ;P

nizabeba says:
at: 25 February 2011 at 12:31 said...

patotla anda begitu anggun mlm tersebut.. =) btw, aku suka tgk ko senyum!
p/s: comeynye polkadot layout mu ni..i loike!! hehe

Reen Tart Nenas says:
at: 25 February 2011 at 16:44 said...

saye kena marah sbb asyik senyum lebar, sbb die kata jgn tunjuk sgt kite beria nak kawen. WTF!

MiEzA says:
at: 26 February 2011 at 19:44 said...

make up u masa nikah sgt cantik n natural.. suka sgt tengok

hazlynda kushairi says:
at: 27 February 2011 at 23:42 said...

NIZA :
ye weh, aku mcm gedik lak bile tengok balik HAHAHAHA ;P aku pon suke polkadot ni, bajet mcm kiut² HAHAHAHAHA ;P

REEN :
takziah ek. redha dan banyakkan doa buat arwah.
hehehe mmg kite beria pon babe. kite je yang tau kepuasan ape yg kite dah usahakan selama ni. persetankan omongan org ;)

MIEZA :
terima kasih babe. tapi belom jadi cantik mcm nasha aziz, camno nih?

Miss Tatie says:
at: 28 February 2011 at 02:29 said...

oin contest di BLOG saya sekarang dan anda mungkin berpeluang memenangi hadiah menarik seperti : wang tunai sebanyak ***, sehelai baju MNG, 2 keping ticket wayang di Platinum Suite The Curve, sepasang kasut dari http://www.h-g-f.blogspot.com/, hadiah-hadiah misteri yang menarik dan bermacam-macam lagi.. untuk keterangan lanjut layari : http://berkatalahdia.blogspot.com/2011/02/contest-mesti-menang.html

(semua boleh masuk!! x kira tua, muda, laki atau perempuan)

Miss Maira says:
at: 28 February 2011 at 10:21 said...

hi linda! i geram sbb tak dapat tgk gambar u skrg ni.. company block gambar blogspot. wtheck kan! baik blok blogspot terus cmtu.. hishh

xsbr nak tgk balik rumah nnti..
lagi2 MUA kita same.. hihi.

**but for nikah pak ijat make upkan i =)

hazlynda kushairi says:
at: 1 March 2011 at 09:16 said...

MAIRA :
ape kes blog gambo je? alang-alang suh potong streamyx, apedaaaaa.... mesti tak best kan? a'ah MUA kite same cume i dapat nasha je sbb pak ijat nan ado ;)

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011