Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Friday, 25 March 2011

the bestman - Afandi Anuar

Assalammualaikum ;)

Hari ini Jumaat. Sy suka hari jumaat tetapi jumaat lepas sahaja, sy tidak suka hari ini tapi sy suka esok. Ok, entri yang paling ringkas dan pendek, sy janji. Sy ingin memperkenalkan kalian semua dengan bestman kami dan mengapa dia yang kami pilih. Beliau bukan ahli keluarga kami, beliau kawan kami. Sila lihat gambarajah dibawah, pasti ada diantara bloggers yang hadir perasan kehadiran gadis disebelah beliau itu kerana gadis itu adalah usherette sy pada malam resepsi itu hari ;) Memperkenalkan bestman bersama gadis pojaannya, Andi dan Ayue ;)

Pengenalan yang sangat ringkas kerana tidak manis sy hendak menceritakan peribadi beliau disini kerana sy harus menghormati beliau sebagai kawan. Betul tidak? Sila angguk. mari kita terus ke point entri ini. Seperti yang kalian semua sedia maklum, kain baju melayu dibeli sedondon dengan moroccan lace Izad dan Aila di entri Kain dan Renda ini.
Apa istimewanya Andi adalah beliau sangat komited dengan tugasan beliau pada malam tersebut. Hingga hari ini sy masih berhutang dengan beliau, mencari sesuatu istimewa buat beliau bulan jun nanti *hehe* Untuk makluman kalian semua, kami bersiap dari Hotel Eastin ke KGPA dan kami tidak menggunakan supir untuk menghantar kami hingga ke hadapan air pancut itu. Andi yang memandu kereta tersebut dan kami (Izad, Aila, husben dan sy) di dalam. Oh ya, dan si kenid Afif Ali. Jika kalian perhatikan gambarajah di bawah, dari mimik muka Andi kita sudah tahu beliau sangat komited dengan apa yang beliau sedang lakukan dan tidak hairanlah jika beliau adalah seorang juruterbang ;)


Sy sangat suka gambar dibawah ini, mata Andi sedang melihat Izad untuk memberi isyarat kepada kami untuk berhenti atau berjalan. Sebelum bertolak ke KGPA, sekali lagi Izad brief tentang perarakan pada malam tersebut, al-maklumlah, husben tidak hadir pada hari rehearsal sehari sebelumnya.
Jadi, tahukah kalian semua mengapa sy hanya mengambil Aila, Izad dan Andi untuk berarak bersama pada malam resepsi tersebut? Sila exclude Afif Ali kerana beliau masih kecil. Sebenarnya, mereka yang sy sebut sebentar tadi, setelah selesai berarak, kami akan bersanding dan ketika bersanding, hanya pengantin sahaja yang berada di atas manakala mereka berada di tepi tangga. Bukan kerana sy gila glamour berdua-duaan tetapi untuk mencantikkan gambar, bagilah peluang kepada kami berdua untuk bergambar bersama. Kemudiannya apabila waktu merenjis, Izad dan Andi mengambil kedudukan di sebelah kami semasa menepung tawar dan Aila pula akan memberi bunga telur (mangkuk telur sebagai ganti) kepada tetamu. Lihat, selepas berarak, mereka akan menjalankan tugas sekaligus diatas pentas ;)
Kesimpulannya, sy tidak mempergunakan mereka dan disebabkan inilah sy lebih senang berurusan dan bekerjasama dengan orang yang ikhlas melakukannya supaya tidak ada perselisihan atau bermasam muka selepas majlis. Bukan sy bangga dengan apa yang sudah sy tetapkan atau uruskan untuk majlis sy sendiri tetapi seperti yang kalian tahu di entri ini - the storytellar, sy adalah seorang yang amat menitikberatkan sesuatu apa yang sy lakukan walaupun ianya sebesar kuman tidak kisahlah hasilnya berjaya atau tidak. Itu adalah Hazlynda Kushairi. I am not congratulate myself too much but atleast I am happy for what I've planned. Just accept it.

Selamat hari raya. maaf zahir dan batin. Entri yang emosi dihujungnya.
Untuk chill semula, kita jumpa di gathering bbf minggu hadapan! Siapa pergi, tegur sy yawww!

10 komentar:

LisaLisut says:
at: 25 March 2011 at 09:16 said...

waaa pilot tuuu ;p
mst dh ade gf*tergtl pulak haha*
flow majlis u sgt teratur.wwuwuwuwuw.*wondering adakah flow majlis i juga smooth* dgn takde MOH nya lagi,sedara pn tak close sgt,kwn nk dtg as guest semuanya.who who who.hmm.

Nadya Zahid says:
at: 25 March 2011 at 09:27 said...

lynda-congrats coz u organized ur wedding sendri n superbbbbbb!!!
i know u r happy dor what u've done kan beb...
i xtau la whether i bleh x wat my wedding best jugak..maklumla, i pon wat sendri gak..nervous!hahahaha

hazlynda kushairi says:
at: 25 March 2011 at 09:29 said...

LISA :
sudah ada, yg tepi beliau tu gf die ;) ala babe, my wedding ade gak tergagap sumwhere / in the middle tapi asalkan semuanya selamat. jangan pikir sgt, just enjoy ur preps babe!

hazlynda kushairi says:
at: 25 March 2011 at 09:32 said...

NADYA :
my wedding is a very simple one, takde yg WOW factor pon cume i pon puas hati bile mende kite usaha for 1 year ade positive feedbacks / compliments from others, itu satisfaction bagi i HAHAHA ;) dun worry babe, i doakan yg terbaik buat u. enjoy ur preps, towards the end, ape yg kite rancang, kalau tak sempat buat, kompem gone je HEHE tidur bior cukop ;)

jooleata says:
at: 25 March 2011 at 09:45 said...

saya suka~ :D

Nadya Zahid says:
at: 25 March 2011 at 10:10 said...

Lynda..heheeheh, mana ade ur wedding simple ok...
sume yg dtg sume cakap WOW mek...xcaye tanye dieorg sume tau :)
i bli PP...bwk gi kedai makan aritu...bangga tau cakap...Lynda ni i kenal...tp kenal dlm blog je..hahahaha, sume cakap cantik ok mek...
n lupe nak cakap..sume suke baju u..hahahah :)

0sh!Nz d' sen0r!ta says:
at: 25 March 2011 at 18:09 said...

hahaha funny okeh kak nadya ni.

masyaAllah, very detail tau sis ni. bolehla gune idea sis nanti. boleh kan? thanks for sharing sis.

hazlynda kushairi says:
at: 26 March 2011 at 01:15 said...

JOOLEATA :
sy pon suka ;)

NADYA :
HAHAHA ade je u nih. sabtu nanti jumpe kite borak panjang keh babe ;) tegur tau!

OSHINZ :
boleh sis. silalah gune idea² ni mmg utk dimanfaatkan bersama ;)

missbutterfly says:
at: 28 March 2011 at 19:53 said...

mcm kenal jer ayue tu.hummm

hazlynda kushairi says:
at: 28 March 2011 at 22:25 said...

JAJA :
ye sayam. kawan sally juga ;) dtg wedding sally n menn juga ;)

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011