Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Tuesday, 22 March 2011

the bridemaid - Aila Azizul

Assalammualaikum ;)

Huh. Sy sedang cuba untuk kemaskini segala yang tertunggak baik di blog, kerja tetap mahupun separuh masa. Semuanya tertunggak dan kini sy sedang cuba untuk mengimbangi masa dan jadual sy. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar. Hari ini hari lahir bridemaid sy dan hari ini juga sy akan ceritakan tentang beliau ;)

Kalau diikutkan, siapa yang tidak mahu bff sendiri menjadi bridemaids kita pada hari bahagia, betul tidak? Sy mempunyai 10 orang bff yang masih bersatu dari zaman kegemilangan Convent hinggalah ke hari ini, kami tetap bersatu ;) Tetapi berlainan bagi sy, sy bukan tidak mahu mereka menjadi dayang² tetapi sy lebih ke arah penjimatan dari segi kain dan kos jahitan ;) Maafkan sy jika sy berterus terang disini. Bukan sy kedekut tetapi semua tahu kan bagaimana kos perbelanjaan untuk majlis perkahwinan kan? Lagipun ramai diantara bff sy yang sudah berkeluarga jadi pasti agak sukar bagi mereka untuk menjadi dayang sy. Sy tahu, mereka tidak pernah kecil hati dengan keputusan sy. Kerana itu kami best friends forever ;)

Oleh yang demikian, sy telah memilih sepupu yang sangat akrab dengan sy untuk memikul tanggungjawab sebagai bridemaid sy. Beliau adalah Aila Azizul. Perbezaan umur diantara kami berdua adalah 11 tahun dan kini beliau berusia 16 tahun. Beliau merupakan anak tunggal, sama seperti sy dan oleh kerana itu kami menjadi sangat rapat dan berkongsi segalanya bersama kecuali tentang boyfriend beliau (sangat berahsia)

Masih ingat entri ini - Kain dan Renda? Kain yang dibeli dari Dubai untuk bestman, maid of honour dan bridemaid sy, semuanya dihantar ke Cosry tetapi berlainan design kecuali baju melayu Andi. Rekaan yang dilakarkan oleh Abg Put untuk Aila adalah sesuatu yang simple kerana umurnya baru 16tahun dan kami tidak mahu sesuatu yang berat buat Aila, Bak kata orang putih, KEEP IT SIMPLE. Simplicity is always me ;) Sama juga design² bagi mereka, sesuatu yang simple tetapi menarik. Jika designnya terlalu berlebihan, ianya akan memberi impak kepada Aila - pasti beliau akan kelihatan tua jika design yg tidak bersesuaian dengan dirinya. Cosry tahu apa yang terbaik dan sy menyerahkan segalanya kepada Abg Put.

Gambarajah dibawah menunjukkan kain renda moroccan yang dibeli dengan harga berbaloi dan berpatutan di Dubai dan beberapa keping gambar diambil sewaktu fitting di Cosry ;)





Lihat kain mereka di bawah adalah material dan corak yang sama tetapi design dan bentuk yang berlainan mengikut peringkat umur mereka. Untuk Aila, tiada korset, kurung moden bagi beliau yang masih muda ;)


Pada malam resepsi tersebut, Aila kelihatan sangat anggun dan sy sangat berpuas hati dengan rekaan bajunya.

Akhir sekali, sy ingin meminta maaf sekali lagi jika entri ini ada menyinggung perasaan atau membuatkan orang benci dan meluat kerana baju² mereka dijahit oleh Cosry, sekali lagi. Secara jujurnya, Cosry telah menjahit ketiga-tiga persalinan sy, baju bridemaid, maid of honour, bonda dan aunty. Pada awalnya sy hanya bertanyakan kepada Abg Put dan tidak sangka Abg Put memberikan harga yang berpatutan kepada sy dan tanpa memikirkan panjang, untuk acara sekali seumur hidup ini, apa salahnya jika sy berbelanja lebih untuk kami semua. Jika anda rasa sy agak keterlaluan dengan mengemaskini entri semuanya berkaitan dengan Cosry, sila tekan alt + f4. Tiada paksaan. Sekadar berkongsi cerita. Seperti yang pernah sy bilang, rezeki kahwin itu ada, percayalah.

Selamat hari lahir, Aila Azizul ;)

Selamat bekerja semua!

9 komentar:

Wani says:
at: 22 March 2011 at 09:09 said...

OMG..I love ur bride's maid's dress!!the color tu cantek T_T..
can I know the material??nk buat satu utk diri sendiri nih=p hehe

jooleata says:
at: 22 March 2011 at 09:30 said...

really love it! cantik kak lynda.. congrats again!

hazlynda kushairi says:
at: 22 March 2011 at 09:43 said...

WANI :
material yg digunekan moroccan lace + satin tak salah Lynda. design die simple n nak pakai p memane pon boleh ;)

JOOLEATA :
thanks dear. i love it too ;)

LisaLisut says:
at: 22 March 2011 at 09:57 said...

eh muka dia ade iras u.part mata.hehe.cantik aaa baju dia..huhu.seksiiiiiiiii.i likeeeeeeeeeeee ;p

0sh!Nz d' sen0r!ta says:
at: 22 March 2011 at 10:04 said...

simple tapi cantik. molek je die pakai. saya pun nak sibuk2 wish kat aila happy birthday. =)

MiEzA says:
at: 22 March 2011 at 14:01 said...

sangat cantik baju alia..
u always know the best kak lynda.. :-)

Rilla says:
at: 22 March 2011 at 19:39 said...

Oh my, sangat cantik.

Muka korang seiras la, tang mata tu, sama je

Nadya Zahid says:
at: 23 March 2011 at 09:55 said...

lynda.....OMG..saya sgt sukaaaaaaaaa..kain die flowy n cantinye...how i wish i cud wear cosry's design...she's lucky..heheeheheh...16 years dah dpt pakai....

lynda, jgn pduli ckp org ok beb..yg penting..u know what;s the best 4 u...

chop2..org yg mengata2 u tu...bukan bg u duit pon kan?heheheheh :)
pdulikan

rini.borhan says:
at: 25 March 2011 at 16:33 said...

lynda.suke la name die AILA..nmpak cumil je..n die mmg cumil pon..kalo dpt baby girl nk bg name aila la..hehe...

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011