Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Monday, 28 March 2011

the decor

Assalammualaikum ;)

Lima hari lagi nak ke gathering. Tidak sabar. Awal pembukaan dah seksited *tehee* Jumpa kalian di sana ek? Okeh, mari kita ke topik utama entri pagi ini. Entri tentang dekorasi di resepsi pertama dan kedua memandangkan ramai yang ingin tahu dais di Gemas. Baiklah, mari kita mulakan dengan dekorasi di KGPA terlebih dahulu. Ladies first ;)

Sepertimana yang kalian semua sedia maklum, dekorasi indah di malam resepsi sy akan hasil kerja kahwin Chenta Weddings. Mereka yang mempunyai jari jemari kreatif dan nama mereka didalam bidang ini sudah tidak asing lagi. Sy percaya, Chenta Weddings pasti akan mendapat nama seperti Flora etc, NGI dan seperti mereka yang sudah mencipta nama di dalam bidang ini. Satu yang sy suka tentang Chenta Weddings adalah idea mereka yg urban, modern dan chic ;)
1. Dais oleh Chenta Weddings
Bagi dais, sy memilih sesuatu yang simple dan sangat ringkas. Jangan salahkan CW, sy yang memilih hiasan sebegini dan sy suka sesuatu yang simple dan tidak memeningkan kepala sy. Seperti yang sudah sy bilang didalam entri yang lalu, setiap perincian berapa tebal jalur itu pon sy mengambil kira. Sy tidak cerewet kerana sy tahu Sarah mempunyai taste yang sama seperti sy dan sy boleh bergantung padanya. Itu istimewanya Sarah dimata sy ;)
2. Meja Beradab oleh Chenta Weddings
Seperti hiasan yang lainnya, Sarah telah menggunakan warna yang sangat pastel untuk dekorasi di majlis sy. Pada awalnya, memang kerusi chiavari yang sy minta untuk meja makan beradab sahaja tetapi disebabkan beberapa faktor (sy percaya phd dr planner sebelumnya) dan terjadilah sesuatu yang tidak diingini dan akhirnya sy tidak mendapat kerusi chiavari idaman kalbu *sobs* Apa yang terjadi? Hanya sy dan Sarah sahaja yang tahu. Begitu tinggi phd mereka, kami redha. Sy bersyukur sekurangnya hasil kerja Sarah sejuta kali lebih bagus dan memenuhi keinginan sy.




3. Laluan taman
Untuk pertama kalinya di KGPA, sy ingin membuat kelainan, daripada para tetamu masuk melalu belakang pelamin, sy bertegas mahukan para tetamu melalui ikut hadapan fountain dan menikmati keindahan taman serta lamu pari² yang menghiasi malam berangin. Pada awalnya sy sudah membuat tempahan sebanyak 3 buggy golf untuk mengambil dan menghantar para tetamu dari drop bag ke entrance taman resepsi sy tetapi tidak berjaya dan mereka hanya boleh berikan satu buggy dan dua lagi tidak dibenarkan atas alasan yang tidak munasabah. Apabila kita sudah menolak pakej mereka, seribu satu macam akan mereka lakukan. Sy redah dan redha. Tidak mengapa. hari ini hari mereka, Allah maha mengetahui.

Sy masih mahukan paper laterns dan tealights untuk mengiringi tetamu ke meja pendaftaran dan photo booth. Memang sudah jatuh cinta pandang pertama. Itu yang sy mahukan. Sy kan degil ;)

Dan ini pula hiasan air pancut. Pada awalnya kolam ini sangat kotor seprti 66 tahun tidak dibersihkan dan alhamdulillah sy berjaya memujuk pihak pentadbiran KGPA untuk membersihkannya. Apa salahnya, sekali dalam 66 tahun mereka membersihkannya. Air didalamnya sama serti air di Sungai Gombak, sama, tidak tipu *haha* dan akhirnya pada malam resepsi, CW telah menghiasi fountain tersebut dengan kelopak bunga dan lilin mengelilingi nya.
4. Laluan Foyer
Setelah melalui fountain, kami akan berhenti seketika di hadapan foyer. Kami akan melalui laluan yang didekorasi indah oleh CW. Sangat berkonsepkan garden dan sy suka laluan tersebut. Simple yet elegant. Itu pandangan sy. Pandangan kalina bagaimana? Sila lihat gambarajah dibawah ;)

Selesai sudah dekorasi hasil Chenta Weddings. Kini tiba pula giliran hiasan dais di Gemas. Ya, bagi bertandang pula, MIL memang menyerahkan sepenuhnya kepada husben dan sy kecuali rewang-rewang. Di sana, mereka masih semangat berpasukan, melakukan rewang-rewang. Bagi dias, memang sukar untuk mendapatkan sesuatu yang mengikut citarasa tekak selera kita. Memang susah. Ada diantara kalian yang tinggal di Gemas, dimana kalian mendapatkan dekorasi dais? Susah kan?

Bagi kami, pilihan pertama adalah di Melaka atau Seremban memandangkan Gemas terletak diantaranya tetapi disebabkan kos pengangkutannya lebih kurang dengan vendor di sini, akhirnya kami mendapatkan perkhidmatan dari Rita Collections. Cuba kalian bayangkan, jika sy mengambil vendor dari Seremban atau Melaka, cara berkomunikasi adalah melalui alam maya. Sy sudah tentu tidak mempunyai banyak masa dan kebanyakkan barang diy sy beli melalui blog dan penghantaran terus ke rumah, mudah bukan? Sy tidak mempuyai banyak masa untuk survey dan pergi melihat. Begitu juga dengan husben yang ketika itu bertugas di Kota Singa. Akhirnya kami membuat keputusan untuk mengambil Rita Collections yang terletak di Klang, memandangkan kos pengangkutan yang dicaj adalah sama dengan vendor di Melaka dan Seremban. sudahlah, mari kita lihat beberapa gambar yang diambil menunjukkan dais di Gemas ;)
Di ruang atas ada kipas jadi kami tidak panas walaupun cuaca pada ketika itu panas ;)
Di setiap tiang empat penjuru terdapat cermin, sila lihat, husben menjemput sy suai kenal dengan kaum keluarganya dari Melaka.


Sekian saja sy melaporkan tentang dekorasi yang terdapat di majlis² resepsi kami. Esok insyaAllah sy akan kemaskini tentang helathy diet atau favors. Apa pilihan anda?

Selamat hari Isnin! Senyum, anggap saja esok Jumaat ;)

15 komentar:

LittleSunshine says:
at: 28 March 2011 at 09:12 said...

wahh..perfect la semua cantik2..suka kedua2 pelamin..yg kgpa nmpak simple tp sejuk hati memandang =)

jooleata says:
at: 28 March 2011 at 09:19 said...

cantik! and still look gojes! dua2 boleh? nmpak slim je kt gmbar~

Cik NeyNa says:
at: 28 March 2011 at 09:21 said...

tak sabar nak tunggu healthy diet tips..hehehe

hazlynda kushairi says:
at: 28 March 2011 at 09:34 said...

LS :
sangat simple pelamin yg kat KGPA berbanding dengan kemeriahan kat Gemas ;)

JOO :
nampak selim kat dalam gambo, luor gambo ni dah ngembang ;)

NEYNA :
yehaaa insyaAllah ;)

LisaLisut says:
at: 28 March 2011 at 09:49 said...

pelamin Gemas tu suit to my liking :) hihi

jooleata says:
at: 28 March 2011 at 09:50 said...

itula yg kita mahu kan.. tips2 bergambo biar nmpak kurus.. ngehaha~

Rai says:
at: 28 March 2011 at 10:00 said...

Cantik and simple jer. For me yang penting dekorasi majlis tuh memenuhi impian kita. less is more~

wanie aziz says:
at: 28 March 2011 at 10:03 said...

memamg superb la... like 1000x... =)

cik senah says:
at: 28 March 2011 at 10:20 said...

Lyndaaa.. lawa arr kedua-dua dekorasi bg kedua-dua belah pihakk.. sweet giteww.. :) chek sukaaa.. "less is more" bak kata omputihh.. :)

0sh!Nz d' sen0r!ta says:
at: 28 March 2011 at 10:43 said...

saya suka idea lilin dalam paper bag tu. en. pakwe siap tanye-ni kalau terbakar macammane eh? haha. pelamin simple baru lah best, sebab pengantin akan lebih menonjol. itu yang kite mahu kan yaw!

K.I.N.A says:
at: 28 March 2011 at 12:48 said...

suke semua..perfect..;)..haha..pernah tpikir macam pakwe oshinz gak..

perlukan diet tips..berat semakin bertambah2..huuu..

♀ Perempuan Manis says:
at: 28 March 2011 at 13:58 said...

ske dgn sme deco ^__^ sy penah dgr pasal rita collection..their dais also not bad!! cantek sangat2!!! love the deco for fountain tu..indah!

miss puteri says:
at: 29 March 2011 at 08:48 said...

n i love everything! hehe.. rasa nk curi bunga2 tu! yang purple2 pink pastel 2..hehe

♥ balkidz_hunny ♥ says:
at: 30 March 2011 at 09:16 said...

love, love, love.
like, like, like.
aku suke sume.
sayang tak dapat bersama2 meraikan wedding ko! :(
ape2pun sgt mavelles babe!

~ NANA ~ says:
at: 30 March 2011 at 15:47 said...

i juzt LOVE everything about ur wedding...jeles okey...kekeke

siap masuk majalah gitu :P

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011