Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Monday, 21 March 2011

the flower boy - Afif Ali

Assalammualaikum ;)

Huh, jangan gelakkan sy. Sy sedang berusaha untuk kemaskini blog sy dan habeskan semua review secara terperinci. Nak buat macamana? Memang sy seorang yang sangat tidak menjual ikan dan akan sentiasa kemaskini walaupun ianya tidak ada kaitan dengan sy ;)

Sebelum sy meneruskan entri tentang flower boy sy, sy baru teringat, dulu sy pernah ada entri tentang flower boy sy tetapi itu adalah sebelum sy bergiat aktif di dalam dunia blog (but i'm not a blogger, tidak seperti yang sudah mencipta nama).

Jika berminat, sila klik di link entri berikut ;)
Baby Afif lagi!
Afif Ali bUshok!


Dan ini adalah Afif Ali yang sudah berusia 3 tahun yang mempunyai hobi barunya iaitu bercakap tanpa henti ;)

Sy mempunyai 5 orang anak buah (walaupun bukan dari adik beradik sy sendiri tetapi sudah dianggap sebahagian dari hidup sy) Tiga orang anak buah sy yang kini berada di Johor Bahru adalah anak kepada Alloy dan dua orang lagi tinggal di Sg Buloh adalah anak kepada Kak Long. Alloy dan Kak Long adalah sepupu sy yang pernah sy ceritakan di dalam entri ini - the blessings. Kami memang akrab dari kecil hingga hari ini. Tidak perlu diulang cerita zaman tok kaduk, sila baca untuk lebih lanjut. Haip, jangan malas ;)

Pada awalnya, sy sudah bilang pada Uncle, "Kalau Afif boleh lakukan semasa rehearsal, kita teruskan. Jika tidak berjaya, tidak mengapa." Sudah pasti sy bimbang jika Afif tidak dapat melaksanakan tugasannya sebagai flower boy kerana beliau masih kecil dan apa yang merisaukan sy adalah beliau akan menjuju ke arah yang berlainan, seram! Dalam hati sy berserah. Kalau beliau dapat lakukan semasa rehearsal, alhamdulillah. Di bawah adalah gambar beliau semasa rehearsal. Sudah pasti beliau pon tidak tahu apa yang harus dilakukan, psst.. cuma mendengar arahan dr Kak Long di tepi beliau pada malam tersebut ;)

Di bawah pula adalah gambar di sekitar majlis akad nikah yang sempat diambil bersama Afif Ali ;)

Ehem... sy dapat rasakan yang kalian semua sudah pasti tidak sabar melihat beliau beraksi semasa malam resepsi sy. Ada beberapa blogger yang turut hadir pada malam tersebut pasti perasan dengan kehadiran si kenid ini sewaktu ketibaan mempelai. Beliau adalah yang paling hadapan sekali. Di entri akan datang, sy akan lukis susun atur flower boy, bridemaid, bride & groom, maid of honor dan juga best man ;) Semuanya berjalan dengan lancar, seperti yang dirancang. Alhamdulillah.

Gambarajah dibawah diambil secara rawak, ini sahaja koleksi gambar Afif Ali yang sy ada ketika malam tersebut. Wajah masam, mimik muka bosan, tidak senyum dan tidak membuat kelaku kerana tidak sabar mahu bermain dengan yang lain. Tetapi apa yang mencuit hati sy adalah apabila ditanya malam tersebut, "Afif nak pakpom dengan siapa ni?" Jawapannya, "Mama Lynda" HAHAHA pakpom adalah kahwin - bunyi kompang. Telatah anak kecil yang tidak tahu erti sesebuah perkahwinan itu lagi, sangat mencuit hati. Dan gambar yang terakhir diambil secara tidak langsung apabila beliau ghairah melihat paper lanterns + tealights. Berpinar mata beliau!

LIHAT INI.................!!!

Afif owh Ali! Kini menggelarkan diri beliau Abang Long.
Ciptaan lagu Afif untuk husben adalah Do Re Mi, Uncle Mie dan nyanyi berulang ;)

Mulakan hari Isnin anda dengan senyuman ;) Bekerja dengan hati ikhlas yaww!

9 komentar:

0sh!Nz d' sen0r!ta says:
at: 21 March 2011 at 09:11 said...

ape? nak kawen dengan mama lynda?! dah tu papanye nak letak mane? ehehe.

harzharun says:
at: 21 March 2011 at 09:34 said...

hahaha!!!...aku ingat budak kecik neh...dlm kamera aku pong ada...ko br nak pijak red carpet dia dah menonong jln laju ke depan..hahaha...bp kali mak dia panggil, br dia bhenti...hahaha....!!!

ElyaElmo says:
at: 21 March 2011 at 09:57 said...

budak kecik ni hensem!!! masa berarak..aku tgk die dulu..then br tgk pengantin.hahah.*main2 je*

hazlynda kushairi says:
at: 21 March 2011 at 10:31 said...

OSHINZ :
HAHAHAHA die tak panggil papa razmie, dia panggil do re mi, uncle mie HAHAHAHA ade je rekaan dia.

HARZ :
HAHAHAHAAHHA die dibawah kawalan mak die. alhamdulillah die tak buat kelaku malam tu. siap ckp aku cantik sebelum berarak HAHAHAHAHA sangat menjage hati aunty dia ;)

ELYA :
HAHAHAHAHA aku akui semua mata pandang die dulu pastu baru adik sepupu aku n then aku HAHAHA kasi suspen la skit mek. weh, nak kad ;)

nYomeL says:
at: 21 March 2011 at 12:04 said...

yeapp!! perasan die.. sgt comel!!
menonong je jln kat depan.. comel gile! geram tgk.. hehe!!

Hai Afif! :D

nizabeba says:
at: 21 March 2011 at 18:04 said...

dpt saksikan budak comey ni secara live mlm tu..die mmg sgt3 cute!! laju je die jln tinggalkan peranten kat blkg.. ;)
afif, akak nk pinjam afif sat bole tak? HAHA

hazlynda kushairi says:
at: 21 March 2011 at 22:58 said...

NYOMEL :
aku balas bagi pihak afif.
hi aunty. aunty sy lagi cute ;)
BAHAHAHAHA ;P

NIZA :
boleh boleh. pasni aku nak bukak agent flower boy. aku akan latih anak² buah aku untuk jadi flower boy / girl HAHAHA ;) die jalan laju sbb die tak sabor nak main dengan sepupu yg lain.

weweento says:
at: 22 March 2011 at 09:44 said...

ahahah.ada seko anak tupai.eehehhehe.geram aku si afif ni.tomei tomeiiiiiiiiiiiii

hazlynda kushairi says:
at: 22 March 2011 at 09:54 said...

AWEEN :
geram lagi aku tengok safiah. ado seko anok tupai ni lagi banyak mulutnye. insyaAllah minggu depan aku bawa die ek ;)

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011