Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Thursday, 24 March 2011

the maid of honor - Izad Wahab

Assalammualaikum ;)

Semalam sy memang tiada mood untuk kemaskini blog. Semalam genap dua bulan Arwah tinggalkan sy dan Bonda. Orang yang pergi akan semakin jauh dengan kita. Kita yang masih hidup hanya boleh mendoakan yang terbaik buat mereka yang sudah pergi *sobs* Kalian tidak akan faham perasaan sy. Tapi hidup kita mesti diteruskan. I love you, Maktok.

Kelmarin sy sudah berjaya kemaskini tentang bridemaid sy dan kini tiba pula giliran maid of honor sy iaitu Izad. Sy rase ini akan menjadi entri yang kedua panjang selepas entri the blessings. Sedikit pengenalan tentang hubungan akrab kami. Sila jangan bosan membaca ;)

Izad adalah salah seorang daripada empat orang sepupu rapat yang paling akrab saya iaitu Alloy, Kak Long (kakak Izad) dan Aila. Kami memang sangat rapat dan disebabkan itu ada diantara kalian yang bilang sy dan Aila mempunyai iras rupa yang sama walhal kami hanya sepupu, mungkin kerana hubungan akrab itu yang membuatkan kami nampak seperti adik beradik. Dengan Izad, kami bersekolah dan bekerja di tempat yang sama. Kami mendapat pendidikan awal kami di Convent dan pada ketika itu sy pengawas, sy menjaga kelas beliau yang bising ya amat! Beza umur kami adalah dua tahun dan disebabkan itu, sy lebih serasi berkongsi segalanya bersama Izad. Berkongsi dengan Alloy, tidak mungkin kerana beliau tidak akan mengerti perasaan perempuan. Berkongsi dengan Kak Long, oh, tidak mungkin, Kak Long tidak sekepala dengan sy sebab itu dia bekerja di sektor kerajaan *ampon Kak Long* Berkongsi dengan Aila, ketika itu dia masih kecil, berkongsi kasih sayang kakak adik sahaja ;)

Selepas tamat sekolah, beliau di UiTM Melaka, sy pula di UiTM Perak, walhal ketika itu sy berdoa agar sy mendapat tempat di Melaka sbb Melaka pon ade arts & design. Masih nak juga dengan beliau, sy pon tidak mengerti. Jangan tidak percaya, beliau mengirim surat pada sy padahal setiap minggu balik BAHAHAHA ;P Setelah tamat, beliau bekerja di British Council dan tidak salah sy tahun ini genap tujuh tahun beliau berkhidmat di sana. Oleh kerana beliau berkhidmat di sana, sy mendapat peluang sebagai temporary staff selama 3 thn di sana sebelum diserap menjadi pekerja tetap dan itulah pekerjaan pertama sy selepas tamat UiTM. Dulu sy bekerja untuk membayar kereta, menjadi anak tunggal pun sy harus berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Apa sahaja masalah yang sy hadapi walaupun mengenai makcik jahanam itu semua, tiada siapa yang sy akan kongsi bersama melainkan beliau. Berkongsi dengan husben lain, bile kite berkongsi, dia hanya mendengar dan menasihati. Tetapi berkongsi dengan Izad, beliau lebih memahami perasaan wanita. Itu bezanya.

Ada sesuatu yang membuat hati dan perasaan sy tersentuh apabila buat pertama kalinya sy melihat beliau menitiskan airmata beliau semasa family sy sudah mahu pulang ke KL di hari bertandang. Beliau menangis, sy pon menangis. Disebabkan kami tidak pernah berpisah, itu yang membuatkan kami sedih untuk berjauhan (padahal sehari sahaja) Sayang sy pada beliau, Kak Long dan Aila adalah kasih sayang seperti kakak dan adik, kami kongsi segalanya bersama. Satu lagi keistimewaan Izad adalah beliau tidak kedekut BAHAHAHA ;) Saja cari topik untuk chill sy kembali.

Kami sangat rapat dan akrab. Ini buktinya.
(Ada kisah di sebalik gambar beikut)


Gambarajah dibawah pula diambil semasa akad nikah. Kasihan beliau, tidak berkesempatan untuk mendandan diri, beliau menyiapkan kerja kahwin sy hingga ke subuh. Kelak, bila hari besar beliau, sy pula akan ambil cuti seminggu demi beliau. jika diperhatikan gambar kedua, beliau bertanyakan untuk kepastian sy, apa yang sudah sy rancang, beliau melaksanakan dengan jayanya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Bila semuanya selamat, waktu itu lah ada yang kata "She's my friend!" - perumpamaan. Melayu tipikal.

Dan kini baru tiba ke tajuk utama kembali. Amponkan sy. Kita buat seringkas yang boleh ya? Sy janji. Bagi baju maid of honor, masih menggunakan kain yang sama dengan Aila tetapi berlainan rekaan dan gayanya. Berbeda bagi seseorang seperti Izad, tidak seperti Aila.

Pasti kalian sudah tidak sabar melihat baju beliau kan? Sejujur hati, sy sangat cemburu dengan baju beliau. Sy sangat sangat dan teramat senang dengan rekaan baju beliau. Perfect! Dan yang paling penting, SEXAY!!! Kebaya moden yang sexay. Beading yang sangat kemas dan ringkas. Butang berderet di hadapan. I love hers! Mari kita lihat detailing baju beliau ;)



Betul tak kata sy? Silalah setuju. Sy memang suka sexay-sexay, maafkan sy. Itu memang sy. Badan mereka berdua (Aila dan Izad) langsing dan tidak berisi lemak berlebihan seperti sy, dan kerana itu baju mereka nampak cantik dan sexay. Ah, sy sangat cemburu!


Sekarang, sy ingin memperkenalkan my so called sister, Izad Wahab, pada malam resepsi sy. Beliau kelihatan sangat anggun dan menawan. Dihias cantik oleh Nasha Naslimy ;)

Mengapa sy memilih beliau sebagai maid of honor? Selain daripada keakraban kami, faktor lain, usah pertikaikan kerana yang lain tidak layak dan tidak akrab seperti kami berdua. Jadi, sila diam. Sy memang suka menyakitkan hati orang kerana sy suka jijik melihat kepuraan orang dan sekurangnya sy tidak hipokrit seperti KAU!

Kalau entri ini menyakitkan hati kalian, sudah berjuta kali sy bilang, tekan alt + f4

Selamat malam khamis! eh, selamat pagi khamis ;)

Esok tentang bestman pula. InsyaAllah ;)

11 komentar:

Lyna Shaari says:
at: 24 March 2011 at 08:29 said...

hye lynda ;) slalu jalan2 dkt snie n jd ur silent reader

Jan@Afzan says:
at: 24 March 2011 at 08:59 said...

as salam lynda.

Iyeeee..memang bahagia dan seronok ada teman yang rapat utk bercerita & memahami diri..apatah lagi sepupu pula. Lagi lah rapat kan..

Baju pengapit sangatlah lawa dan terletak sungguh..butang2 sangat cantik...(jap, terpegun!)

Kalau lah mempunyai badan selangsing mereka...saya pun suka sexy2 wpun saya takkan memakai begitu...hehe

Ok, tunggu next entry lynda pula.

Nadya Zahid says:
at: 24 March 2011 at 09:09 said...

lynda........design sgt cantikkkkkkk!!!
nadya mmg suke butang kt depan...tp ade org cakap kalau busty, wat butang depan..nampak lg besar!!!!
erkkkkkkk..btol ke?
mmg cantik mekkkkkkkk..sgt suka baju MOH kamu.... :)

Wani says:
at: 24 March 2011 at 09:16 said...

maaf menyemak lagi..haha
i love the color la lunda..
ape ke name kale ni??

LisaLisut says:
at: 24 March 2011 at 10:16 said...

i pn jeles tgk badan mereka langsing gile takde lemak.baju dh la cantik *nangis*

nYomeL says:
at: 24 March 2011 at 10:57 said...

badan langsingnyeee...
pakai ape pun cantekk..
lagi pulak design yg cun melecun..
lagi la meletop!

ElyaElmo says:
at: 24 March 2011 at 11:05 said...

aah laa..takde lemak pun!!aku pun cemburuuuu

Yanie says:
at: 24 March 2011 at 13:39 said...

mek lynda,
same lah kite. orang yang tak jadi bridesmaid nak jeles tak tentu pasal. padahal kau dah berpura2 dengan aku, takkan kau nak jadi org penting dalam hari terpenting aku kan? hahaha.. by the way sangat2 suka baju mereka. sangat santek!

0sh!Nz d' sen0r!ta says:
at: 25 March 2011 at 00:29 said...

ya AMPUN!!!! sexay meletup gitu. eh, pengantin pun ape kurang meletup kebabom.

share masalah dengan orang perempuan lain sebab perempuan akan same turut rase sakitnye kan? pastu emo same-same, pastu baru fikir ape tindakan selanjutnye. ehehe.

Reen Tart Nenas says:
at: 25 March 2011 at 14:13 said...

hehehe entry penuh emosi... ape pun, org kurus yg xde lemak mmg sgt chantek memakai ape pun. sekian.

*sob sob - lemak saye makin byk

missbutterfly says:
at: 25 March 2011 at 18:35 said...

eh eh emo plk ye! hhhaha..tp baju diorg cantik!

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011