Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Wednesday, 9 March 2011

the matrimony attire by Cosry

Assalammualaikum ;)

Entri hari ini sy agak sukar sikit untuk review. Sy tidak ada kekuatan untuk membuat review ini dan mengambil masa panjang untuk berfikir apa yang harus sy taip, tidak semudah itu. Apa yang membimbangkan sy adalah tanggapan orang ramai mengenai persalinan sy. Beberapa ayat yang pasti akan keluar dari mulut orang iaitu;

1. Ah, dia nak menunjuklah tu!
2. Berlagak la tu dia buat baju kat Cosry
3. Ntah-ntah Mama dia punya duit
4. Kahwin tak perlulah nak grand-grand
5. Bukan lawa pon baju die tu, tak macam Bunga Cinta Lestari pon!

Ok cukup. Apa sahaja tanggapan orang kepada sy, sy redha. Di saat ini, sudah 4 orang mengirimkan emel kepada sy tentang persalinan di Cosry. Mereka meminta sy segera membuat review tentang persalinan di Cosry tetapi agak sukar bagi sy kerana sy bimbang pandangan masyarakat terhadap sy.

Secara jujurnya, pada awalnya sy membuat kajian harga di antara Rumah Kebaya dan memang sy sudah jatuh cinta dengan jahitan manik yang teliti dan halus oleh RKM. Sangat cantik. Datang pula sepupu sy mencadangkan Cosry, kata beliau "Apa kata kite check dulu dengan Abg Put?" Tanpa berfikir panjang, sy terus setuju. Hati berdebar ingin berjumpa dengan Abg Put (Putra Aziz) kerana sy ini bukan selebriti mahupun anak orang kenamaan, sy cuma rakyat biasa.

Cosry, satu nama yang tidak asing lagi di dalam dunia fesyen. Setibanya di rumah Abg Put, hati berdebar, takot bukan kerana apa, takot jika tidak kena dengan bajet perkahwinan sy. Abg Put sambut kami dengan penuh kemesraan. Abg Put sangat dan teramatlah baik hati orangnya. Tidak pernah membezakan taraf hidup sesorang, tidak seperti yang sudah terkenal, memilih pelanggan. Itu keistimewaan Abg Put. Jika tidak percaya, silalah ke sana ;) Pertemuan pertama, kami hanya membincangkan apa yang sy mahu dan apa yang ada di dalam fikiran Abg Put. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Pada ketika itu, Abg Put sedang sebok dengan persediaan Angkasawan Negara 10.10.10

Pertemuan kedua apabila melihat design yang sudah dilakarkan. Gembira rasa dihati melihat baju kita yang akan dipakai nanti. Masha Allah, perasaan tu Allah je yang tahu. Pertemuan ketiga adalah pada bulan November. Baju sudah siap! Dan hasilnya, bonjolan serta ketulan di perut dan belakang masih tidak terkawal, perlukan diet yang berlebihan. Sungguhpun masih ada bonjolan dan ketulan lemak, baju tetap dijahit sedikit kerana longgar. Dipendekkan cerita, masa mengambil ukuran pertama, berat sy masih berat HAHA dan gambarajah dibawah, berat sy sudah turun 1.5kg Gambarajah di atas menunjukkan bukti yg sahih ;)

Ini adalah hasil keseluruhan persalinan akad sy pada percubaan terakhir, lima hari sebelum Majlis ;) Alhamdulillah, berkat tips diet yang diberi oleh pembantu Abg Put, Nawwar. Berhasil yaww! Perlu dikecilkan lagi dan baju diambil dua hari sebelum majlis.


Dan ini pula hasil keseluruhan persalinan akad husben sy ;) Bagi persalinan husben, tidak perlu dikecilkan atau dibesarkan kerana beliau tidak mengecil dan membesar. Baju melayu yang dipakai husben sangat terletak pada badannya, tidak seperti baju melayu yang kami tempah untuk hantaran bertunang dahulu (di Wisma yakin) bukan kerana longgar tetapi labuh ya amat. Pelik jugak. Tapi yang ini, kami sangat berpuas hati.


Beberapa gambar persalinan kami berdua sesudah Majlis Akad ;) Jika diteliti dengan lebih dekat, beading yang terdapat di atas baju sy, terdiri daripada warna-warna pastel. Sangat lembut dan kali pertama sy melihat, sy sudah terus jatuh cinta ♥




Kini tiba pula bahagian veil. Sy semestinya seorang yang tidak cerewet. Sy bilang kepada Abg Put, "Lynda ikut sahaja, Abg Put buatlah yang terbaik untuk Lynda"....... Dan Abg Put tidak mengecewakan sy ;) Bagi veil, Abg Put mengambil lace dari baju dan dijahitnya manik supaya tampak lebih eksklusif. Sy suka veil akad sy. Ringkas tetapi jahitan yang terbaik ;)



Bagi sepatu pula, Abg Put mengenakan sesuatu yang ringkas dan cantik (dari segi pandangan sy) Kasut yang selesa dipakai dan yang penting, berwarna putih ;)


Secara jujur, harga sy tidak akan reveal disini kerana tidak manis dan takot bermacam tanggapan orang terhadap sy. Husben dan sy mengambil masa untuk memikirkan bajet persalinan kami dan apa yang kami tahu, kami mahukan yang terbaik di majlis sekali seumur hidup kami. Alhamdulillah, harganya tidaklah seperti persalinan Anak Naza. TIDAK. Dimana sy dapat wang sejumlah ini hanya untuk persalinan? Sy percaya pada rezeki berkahwin. InsyaAllah rezeki itu ada dan alhamdulillah. Sy berharap agar tiada perasaan dan kata² negatif yang dihamburkan oleh kawan² dan juga keluarga (Ya, ada dikalangan keluarga yang membaca blog sy) kepada sy.

InsyaAllah akan review tentang persalinan Malam Resepsi dan Bertandang ;)

Selamat hari Rabu!

kredit : Daniel Zain Photography

24 komentar:

choclairissa @ intan says:
at: 9 March 2011 at 08:40 said...

dear~ i pun percaya pada rezeki masing2 n kita tak perlu dengki pada orang lain..kalau mampu buatla yang terbaik..

veelara says:
at: 9 March 2011 at 08:47 said...

dear,xpyh pk tanggapan org...pk diri kite n bajet kite,tu y penting...ok,sgt suke baju kamu..simple tp esklusif...cantik...

Xsabar tgu review psl baju psalinan pula....

Nadya Zahid says:
at: 9 March 2011 at 08:48 said...

Lynda, jangan risau yang..yg pasti...of coz kite mahukan yg terbaek untuk hari perkahwinan kite kan?
kalau sudah u ade rezki lebih..tidak salah if u spend lebih skit pada bende yg u suka...and org lain tidak perlu amik tau mane u dapat duit nak pakai baju cosry kan?
tu adat manusia beb...kalau baju cantik mengata..baju kurang cantik pon dikata...
yang penting u happy n puas di majlis u tu kan and i pasti sume bbf memuji baju pesalinan kamu itu!!! :)

Oh ya...kamu sgt kurus time kawen...if boleh, can u share with us the tips plssssssssssss...huhuhuh
take care lynda! :)

Fiza Amran says:
at: 9 March 2011 at 08:55 said...

betul tanggapan orang itu perlu tapi kepuasan diri kita paling penting utk hari bersejarah.pada pandangan saya penulisan lynda amat merendah diri.. betul dan sgt setuju rezeki erkahwin nie tak siapa tahu insyallah allah akan cukupkan segalanya

Atiqah Adnan says:
at: 9 March 2011 at 09:13 said...

wah sangat cantik.. !
ala dear tak payah laa fikir ape pun tanggapan org k..biasalah hati manusia kan.. kalau kita mampu tak salah pun kan.. its ok.. rezeki masing2..

LisaLisut says:
at: 9 March 2011 at 09:28 said...

akhirnya dpt jugak tgk full view baju nikah u.cantik.lembut.flowy.
veil tu.idaman tu ;p siap kasut tu lynda.cntik gileeeeeeee kasuttt.

husben u dh mcm adik farid kamil dah.bole jd artis utk lagenda budak setan next season.hihih.

♥ balkidz_hunny ♥ says:
at: 9 March 2011 at 09:45 said...

Lunda, aku suke kasut kau mek!
ohh baju jgn cakap la, tak terkata! :) sgt nampak terletak kat badan dan walllaaaaaahhh! :D

pedulik hape org nak cakap ape! ko cakap camnie aku masuk PP ko ado? :p

Reen Tart Nenas says:
at: 9 March 2011 at 10:54 said...

baju kasut n veil lynda sgt chantekkkkkkkk! kalau mampu, apa salahnyer...

~ NANA ~ says:
at: 9 March 2011 at 11:26 said...

semuanye cantik lynda!!!

if i mampu, i pon nak buat majlis yg grand2...hihik tak salah kan? :)

Lyna Shaari says:
at: 9 March 2011 at 11:35 said...

hye lynda ;)usah difikirkan apa yg orang dok mengata terhadap kter.lagi difikir 1 kerja tak jalan ;) really love ur belog :)

nizabeba says:
at: 9 March 2011 at 13:38 said...

veil & sepatu sgt cantek babe!!
& ko mmg kurus! hoye hoye

Nich Arwen says:
at: 9 March 2011 at 15:42 said...

both cantiks... saw u n hubby in Pengantin (Mac 2011).. apapun.. Selamat Pengantin Baru Lynda.. rajin2 update ok :)

kelipkelipchumel says:
at: 9 March 2011 at 16:45 said...

santek+gojes.ai laik.manesss..

0sh!Nz d' sen0r!ta says:
at: 9 March 2011 at 17:21 said...

cantikkkkk!!!!!!!!!! hati melting ni. adoiyai!!!

Rilla says:
at: 9 March 2011 at 20:16 said...

Biarlah yang dok mengata tu. Diorang jeles. Yang penting you look gojess dear

ainnazari says:
at: 9 March 2011 at 20:20 said...

lynda, cantik ok baju u...peduli mulut org yea...

p/s:share sket tips diet u tu...hehe

Dhiya says:
at: 9 March 2011 at 20:35 said...

org utara kata... "biaq pi orang nak kata lagu mana" :)

we spent what we have, and we dont ask from them, kan?

lynda...share the tips for diet pls....bontot dah macam bontot mak bonda dah ni..sedey...

miss puteri says:
at: 9 March 2011 at 23:12 said...

tamau jadik silent reader.haha.. abg put! boleh jadi abg saya lah! hoho. mintak baju free lah camnie.

dear! biarkan mulut org berkata, yang penting tidak menjejaskan kita pun kan! teruskan lynda! luv u!

SuzieDiela says:
at: 10 March 2011 at 09:57 said...

Lynda...baju awk cantik sangat2...
awk pun lawa..hehe...(serius berkata benar k)

biar la org nk kate ape pun..bkn pakai duit die..seumur hidup sekali nk merase..x salah..ignore je ape org kate... =)

lol says:
at: 10 March 2011 at 14:20 said...

ye la..xkisah la mana2 pun..yg penting kite suka dgn pe yg kite ada..:)
linda, bole share tips diet

nurul..
cherrish_diyan@yahoo.com

hazlynda kushairi says:
at: 16 March 2011 at 01:13 said...

RISSA :
lynda setuju. kite hanya mampu merancang. Allah sudah menentukan rezeki masing²

VEE :
thanks dear. persalinan malam sudah dikemaskini ;)

NADYA :
badically, kite berdua ni posisi yang sama. Kite tahu apa yang kite go thru kan. Its ok babe, Allah Maha Mengetahui ;) Nanti i share the healthy diet ek ;)

FIZA :
terima kasih babe. tanggapan orang tidak akan pupus tapi Allah maha mengetahui. Yang penting nawaitu kite.

ATIQAH :
lynda pon percaya pada rezeki kawen. itu rezeki masing² kan.

hazlynda kushairi says:
at: 16 March 2011 at 01:21 said...

LISA :
tengs babe. kasut utk nikah n malam resepsi je dapat. kasut bertandang, nose sudah ;) HUH??!! Mcm FK, muntah darah. fuad kamus boleh la. ketinggian tak cukop utk jadi hero LBS HAHAHA jahat kan i ;P

KIDZ :
aku pon suke kasut aku babe. nak pakai ke mane lagi pasni? sayang lak nak pijak rumput HAHAHA mengada kan? HAHA pasal PP tu, aku pening.

REEN :
alhamdulillah. tengs babe.

NANA :
tak salah kalau kite gune duit kite wisely, tapi takut org salah erti kate kite membazir buat baju mahal² yang dipakai sekali seumur hidup je. camno?

LYNA :
thanks babe. thanks for dropping by ek.

NIZA :
haa kurus tu mcm mustahil HAHA tap ialhamdulillah terlebih muat baju tu ;)

hazlynda kushairi says:
at: 16 March 2011 at 01:28 said...

NICH :
Terima kasih. InsyaAllah babe.

BAYU :
tengs sayam >.<

OSHINZ :
tengs sis ;)

RILLA :
terima kasih banyak² babe ;)

AIN :
Nanti i share keh. tungguuuuu ;) InsyaAllah will do babe.

DHIYA :
hehe kan sudah share di fesbok ;)

PUT :
hehe a'ah ek, sesame PUT pulak ;) sorang PUTra sorang PUTeri ;P tengs bebeh.

SUZIE :
tengs babe ;) Aku baru perasan, bebudak UiTM nih. bace blog aku rupenye HAHAHA apedaaa.....

NURUL :
InsyaAllah nanti lynda share tips healthy diet tu ek ;) soon.

marz says:
at: 24 August 2012 at 16:50 said...

Lynda... Bole x u pm brape total price for complete set cmni kat cosry? I tgh survey nak tempah baju tunang & nikah.. Pls dear...sms to 016-2541957..thanks

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011