Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Monday, 4 April 2011

the 1st BBF Gathering

Assalammualaikum ;)

Sudah ramai yang kemaskini blog tentang gathering bbf. Seperti biasa, selepas setahun aktiviti berlalu, baru sy punya masa untuk kemaskini. Sangat berhabuk! Sy masih ingat, kali pertama sy pergi ke gathering bloggers adalah sewaktu Diah, Anil dan kumpulan mereka menganjurkan gathering bloggers. Sangat meriah! Ada bloggers dan juga vendors. Itu adalah kali pertama sy berjumpe bloggers tetapi apabila sy disana, sy yang paling kecil dan kerdil. Yang sy kenal cume Anil (sebab segrafikan) dan Asyhlla kerana blog die adalah rujukan utama bg sy ;)

Apabila gathering bloggers kedua ini, sy pulak dilantik oleh FF sebagai ajk di bahagian dekorasi dan juga cenderahati (doily frame) Jika diberi tugas yang sangat berkait rapat dengan hidup sy, sy memang suka ya amat! Setelah 3 bulan meninggalkan persiapan kahwin, kaku tangan untuk diy *sobs* di dalam masa seminggu sy berjaya menyiapkan semuanya, apabila difikirkan, situasi itu sama seperti ketika sy sedang final setiap hujung semester BAHAHAHA ;P

Ini diantara benda yang sy usahakan untuk gathering tersebut ;)



Akhirnya, hari yang ditunggu tiba, serius sy berasa gementar sebab dalam masa sehari itu, pelbagai benda yang harus sy lakukan. Seawal jam 9 pagi sy sudah tiba di Taman Botani, Shah Alam dan sangat mendukacita apabila sy tidak dapat berbuat apa² kerana ada sepasukan seangkatan masyarakat berbilang kaum sedang menggunakan amphiteater tersebut. Sesudah tiba di rumah jam 10.30 pagi baru FF telefon dan bilang bahawasanya sy boleh halau mereka kerana mereka tidak membayar sewa tapak. Sy sudah tiba di rumah *sobs*

Kemudian sy kembali semula dengan berpakaian lengkap (ah, ada kisah disebalik baju yang sy pakai pada hari itu) Setibanya disana, sy sudah sibuk bercucuk tanam dan juga acara melilit riben ;) Gambarajah di bawah menunjukkan welcome sign yang sy tiru dari Chenta Weddings. Ceritanya begini, idea asal sy mahu menggantungkan w-e-l-c-o-m-e-b-b-f ini tetapi memandangkan sy kesuntukkan masa, ketika pulang ke rumah semula, sy telah menghilangkan bunga kayu Bonda di atas rak kasut dan dijadikan sebagai pemegang huruf (memandangkan ada bahagian yg tajam - bijak kan sy) Sy ingin memohon maaf secara terbuka kepada Sarah Abd Rahim kerana menggunakan idea asal beliau ini. I love you dok.
Seterusnya adalah hiasan amphiteater tersebut. Dekorasi yang sangat ringkas memandangkan sy cuma punya masa kurang dari sejam untuk semua ini.


Dan ini pula corsages (beserta nama) dari hasil kerja tangan Cik Belle - Renda Perancis.
Acara bermula dengan makan tengahari. Nanti sy perkenalkan ajk makanan siapa ya? Tidak dinafikan makanan semuanya sedap, seri muka pon sedap, tembikai pon sedap tetapi air amelyn paling sedap! Sementara menunggu aktiviti bermula, seperti biasa lah sy, borak dan gelak sakan. Kepada mereka yang kenal hati budi naluri gelak sy, mereka pasti tahu sy ini seorang yang bagaimana. Kalau gelak, memang tak ingat orang belakang ;) Gambarajah dibawah sedang enak berborak bertepuk tampor bergelak sakan dengan Mawar dan Nawal.
Aktiviti bermula selepas acara pengenalan diri dan seperi biasa Acik asyik nak suruh sy je yang mulakan (sabotaj betul Acik nih tauhu) Dan sy pon memulakan acara pengenalan diri;
"Nama sy Hazlynda Kushairi. Nama blog sy pon Hazlynda Kushairi. Orang panggil sy Hazlynda Kushairi dan semuanya Hazlynda Kushairi" - percaya? Ini bukan yang sy bilang pada hari tersebut ;)

Aktiviti menghasilkan baju pengantin daripada suratkhabar adalah yang menyeronokan. Lihat sahaja gambarajah dibawah, pasti kalian pon tahu kan? Oh ya, sy main tipu, sy masuk kumpulan Nawal, soulsister, dah jumpa takleh berpecah BAHAHAHA ;P






Cantik bukan bunga tangan kumpulan sy? tema baju pengantin kami adalah Ancelotti memandangkan helaian pertama yang kami ambil tertulis Ancelotti di situ ;)
Berikut adalah model busana pengantin suratkhabar 2011.




Kumpulan sy memenangi tempat ketiga. tempat kedua tidak salah sy kumpulan Amelyn/Hana dan tempat pertama adalah rekaan kumpulan Zaila. Kami tidak sempat bermain aktiviti seterusnya kerana kami semua sudah ghairah untuk berfoto dan gedik di sana sini (ok, itu sy) OP kami pada hari tersebut adalah Amir Rizal dan Ahmad Fairus dan memandangkan AF sudah mahu pulang untuk tugasan asal beliau, kami semua sudah bersedia untuk sesi bergambor. AF seorang yang sangat simple dan mudah bekerjasama. Tidak dinafikan pada awal mesej beliau di facebook apabila beliau bersetuju menjadi OP kami, sy kaget seketika kerana sifu fotografi mesej, siapa tak terkejut kan? Alhamdulillah, macam rezeki kahwin pula kan ;)

Dan mari kita lihat gambar berkumpulan di bawah ;)




Sy menculik kebanyakan gambarajah dari OP kami - Ahmad Fairus ;)

Objektif utama perjumpaan adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan berkongsi idea dan pandangan kita ke arah hari bahagia. Kita semua pernah atau akan menuju ke arah matlamat yang sama, tidak kiralah kita sudah beranak lima, sedang mengandung atau tiga tahun lagi akan berkahwin, kita semua mempunyai matlamat yang sama iaitu KAHWIN. Group BBF di facebook ditubuhkan agar kita semua dapat berkongsi maklumat dan pandangan, tidak kiralah jika kalian mempunyai blog atau tidak aktif dalam dunia blog. Apalah sangat menjadi "wedding blogger"? Kita semua manusia ciptaan Allah ;) Semuanya sama.

Ok, tiba pula giliran memperkenalkan ajk "Our First Gathering - BBF" dari kanan yaawww!
Farah - ketua kumpulan
Amelyn - ketua hamper dan air sedap! boleh buat tempahan dari sekarang.
Eila - ketua nasi impit
June - ketua duit yang sudah bangkrap
Zaila - ketua kuih² dan doorgift (mini jar)
Nawal - PA Hazlynda yang tolong ikat riben
Hana - ketua makanan dan doorgift (muffin oreo sedap)
Mawar - ketua aktiviti yang sudah mula berkhidmat di Melaka
Acik - ketua bercakap
Hazlynda - ketua dekorasi dan doorgift (doily frame)
Akhir sekali, kami tidak menghampakan mereka yang datang pada hari tersebut.
Diantara doorgift yang kami beri,

Doily frame - Hazlynda
Corsages - Belle Renda Perancis
Mini jar - The Zaila
Oreo Muffin - Hana Yoriee
Dan gambar dibawah adalah zoom in doily frame sy ;)
Owh ya, sebelum pulang kami singgah di Kedai Kopi dan terjumpa Nizabeba. Ya Allah, memang jodoh kami, sy bilang pada Mawar betapa bersalahnya sy rasa apabila tidak dapat hadir ke majlis Niza sedangkan beliau telah hadir di majlis sy tempoh hari. Disebabkan kesuntukkan masa, sy tidak dpt hadir ke majlis beliau. Niza bebeh, nanti kita bersua ya?
Baiklah, sila perhatikan baju khutta dibawah. Khutta adalah sejenis baju india. apabila pulang dari rumah Aunty, Bonda tanya sy, "Eh, kanapa u pakai khutta Mama?" MasyaAllah, patotlah besor! memang sy perasan baju itu besar. Sy tidak pernah lagi memakai khutta sy itu kerana ia berwarna putih. Rupa-rupanya baju khutta yang sy ambil adalah milik Bonda. Disebabkan keadaaan yang kelam kabut dan sangat mengejar masa, sy ambil sahaja apa yang ada dan ketika itu Bonda tiada, beliau di rumah Aunty dr awal pagi sy keluar, kalau beliau di rumah, pasti beliau akan tegur. Ah, malunya baju besor tapi dalam hati berkata, "Takpelah, itu trend"

Sedapkan hati.


23 komentar:

nYomeL says:
at: 4 April 2011 at 09:08 said...

Lynda!!
Alaaa.. xdpt join BBF Gath. sedeyyy tauuu..!! dah siap2 cantek2 dah.. skali mase on the way, kete rosak kat taipan lak. ARGGHHH.. FRUST tauu.. :(

wlaupun orgnye takde, at least name tag ku ade.. kekeke!

hazlynda kushairi says:
at: 4 April 2011 at 09:10 said...

BUSHRA :
ye ye aku tau perasan ko. takpe babe, aku ade simpan ko nye name semua, bile mau amek? HEHEHE ;P

lovelyadibah says:
at: 4 April 2011 at 09:12 said...

Puan lynda mmg rock!suka dgn statement apalah sgt dgn wedding blogger:)pas nie nk gathering lg!

veelara says:
at: 4 April 2011 at 09:15 said...

sedih xdpt join...teringin gak,tp bru pas kawen,msih bz lg... :( sedihnyerrr..teringin gak nk kenal lynda,nawal,cik belle n lain2..mawar tu da mmg knal.kwn sjak skola lg.hik3..bestnyer....

missbutterfly says:
at: 4 April 2011 at 09:17 said...

makcik. ala..tak dpt join p minum2..

hazlynda kushairi says:
at: 4 April 2011 at 09:23 said...

DIBA :
hey gadis gigi besi! nak gathering lagi? tunggu la nanti pulak. pening FF tak abes lagi tu HAHAHA ;P

VEE :
HAHAHAHA kenal kami? mcmane kami kat alam maya, same je kami kat luor cume lynda je size gemok skit :( takpe babe, nanti insyaAllah ade peluang lagi, kamu join keh. selamat pengantin baru babe! semoga bahia hingga ke syurga.

JAJA :
takpe, kawe pehe doh. husben ade, aku sangat memahami. ehem ;)

farahfatihah says:
at: 4 April 2011 at 09:28 said...

hohoho aku x update lgi nih..semua dah update sampai xtau nk update apa

hazlynda kushairi says:
at: 4 April 2011 at 09:42 said...

FF :
HAHAHA ko buat ulasan sebagai pengetua ;P

Lyana MK says:
at: 4 April 2011 at 09:42 said...

dear!!!

tq so much!!! lain kali jumpe lagi yer!!

veelara says:
at: 4 April 2011 at 09:46 said...

thnx lynda....klu dlm blog pun da best,knal kt lua,msti lg best..hmmm...xpe,nnti akan ada rezeki utk i kenal blogger2 famous nih.hi3.....mana ada gemok,comel je...owh ye,imej baru mmg comel...:)

LisaLisut says:
at: 4 April 2011 at 09:53 said...

meriahnya.dlm gmbr pun dh nmpk fun.corsage cik belle tu lawaa.mcm name tag cikgu2 hehe. pendek kata semua lawa dan simple.u guys rock!haha

amani.. says:
at: 4 April 2011 at 09:54 said...

sedihnya x dpt join..lg2 tgk tag nm sndiri..sory kak hari tu ada emergency case really2 can't make it..nk msj ngn akak pun tak sempat..hopefully kita bole bjmp lg nnt..:)

"cikkin" says:
at: 4 April 2011 at 09:58 said...

bestnye!! cntik frame tu..tp kite x dpt pegi..x dpt jumpe korg..=(

hana yoriee says:
at: 4 April 2011 at 10:04 said...

aku suke semua..ke-seksited-an kite sume! huisshh..mmg kenangan terindah lah..hahaha..

ok, yg bab objektif itu hana mmg setuju sangat. dolu2 pun hana silent reader takde blog..pastu ada blog, skrg dah kahwin..nnt dh preggy dan dah bertambah berusia, mungkin idea dan pandangan kita masih buleh diguna pakai..ye dak lunda? HAHAHAHAHA

thezaila says:
at: 4 April 2011 at 10:24 said...

metelop ok... len kali kita buat dari pagi sampai petang nk..? mahu..?
panjang sikit utk beramas mesra.. =) anyhow.. thanks to all yg sudi dtg dan memeriah kan majlis.. =)

cheQmOomOo says:
at: 4 April 2011 at 10:46 said...

behnyee~

0sh!Nz d' sen0r!ta says:
at: 4 April 2011 at 11:09 said...

sis dah macam budak sekolah okeh. comel tau tak? ehehehe. wah.. masing-masing sakan berposing oh.

cik senah says:
at: 4 April 2011 at 12:54 said...

Lyndaaa.. lawalah deco hasil ciptaan Lynda tuee.. mintak izin utk cedok hasil kreativiti Lynda utk majlis resepsi chek bulehhh..?

p.s Mau jimatss.. terpaksalah chek DIY... harap Lynda benarkan nohhh.. (chek suka deco riben belit2 warna-warni, welcome signange & doilie frame.. - cantekkk..walaupun masa terhad utk menghasilkannyaa..)

Atiqah Adnan says:
at: 4 April 2011 at 13:17 said...

bestnyee sayang qa tak dapat nak join.. errr

farahfatihah says:
at: 4 April 2011 at 16:43 said...

mintak izin amik pic..sekian hahah

amElyn says:
at: 4 April 2011 at 17:46 said...

i love everything about BBF Gathering!!!!!!!!!! =)
mak tiri, kita harus buat 2nd gathering, tapi bagi penat lelah semua hilang dulu... huhuhuhu

choclairissa @ intan says:
at: 4 April 2011 at 19:56 said...

meriahnyaaa..teringin rasa nk pergi tp ada event office..sukenye tengok~

yours truely of LoveFaithBelieve says:
at: 4 April 2011 at 23:00 said...

wawaaaa..best nyr.. sure you guyz had a fun time rite.. jelez mode nihhh... hihiii.wish i could join too.. =(

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011