Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Monday, 18 April 2011

the catering by APSB

Assalammualaikum ;)

Bila lah nak habis review tentang majlis? Sy rasa ini akan menjadi entry kedua terakhir tentang review, buat masa ini. Hingga gambar dan video siap, sy akan review tentang DZP dan Mymoments pula dan entri terakhir "thank you" akan dikemaskini pada hujung bulan enam nanti. Hendak tahu kenapa? Tunggu hingga hujung bulan enam ya? Esok, insyaAllah akan dikemaskini tentang ke bulan makan madu ;)

Entri hari ini adalah tentang katering yang diambil untuk majlis akad nikah dan malam resepsi. Bagi sebelah pihak husben, mereka masih mengamalkan rewang-rewang dimana gotong royong diadakan di kawasan rumah dan seperti biasa, keesokkan harinya kami mencucui periuk besar. Pengalaman manis. Bagi katering di sebelah sy, kami telah sepakat untuk mengambil Azam Pandan Sdn Bhd, iaitu katering rasmi di Kelab Golf Perkhidmatan Awam.

Mari kita mulakan liputan secara ringkas dan pantas. Kalian sudah bosan kan?

Majlis Akad
Lauk yang dihidangkan adalah berkonsep kampung untuk makan tengahari. Memandangkan majlis akad selesai (alhamdulillah) pada jam (lebih kurang) 12.30 tengahari. Waktu yang sesuai untuk hidangan masakan kampung. Menunya adalah seperti berikut;
nasi putih, daging salai masak lemak, sambal goreng jawa, ikan tenggiri asam pedas, telur dadar, ayam goreng, broccoli mushroom, sambal belacan dan ulam.

Majlis Resepsi
Bagi majlis resepsi pula, sy telah mengambil pakej Cinta Azali setelah membuat keputusan untuk menolak pakej mewah perkahwinan yang ditawarkan. Kenapa sy menolak pakej mewah dari mereka? Akan diceritakan pada hujung entri ini. Hidangan dome disediakan pada malam tersebut dan sy yang memilih cara hidangan sebegini kerana bagi sy tidak suka melihat orang berkeliaran disekitar majlis sy dimana sy dapat melihat mereka dari atas pelamin. Sy bukan seorang yang mahukan segalanya perfect tetapi sy mahukan semuanya berjalan lancar walaupun lampu terpadam untuk 2 minit! Menu hidangan malam tersebut adalah seperti berikut;
nasi beriyani, udang masak berserai, fish fillet dan kerabu mengga, rendang tok, ayam beriani, dalca, alca buah dan krim karamel.


Bagi hidangan makan beradap pula, kami tidak berpeluang untuk menikmati hidangan malam tersebut kerana uncle sudah bilang "Jangan makan beriya sangat, selepas majlis baru makan" Bila semua sudah pulang, ayam golek pun dah habis *sobs* Baru kini sy tahu mengapa uncle bilang jangan makan banyak, senyum selalu walaupun mulut sy sudah lenguh. Dari pendapat peribadi sy adalah supaya pengantin kelihatan sopan dan manis sepanjang majlis. Senyum seindah suria supaya gamabr yang diambil dari pelbagai sudut juga tetap kelihatan cantik dan anggun. Percaya. Kalau kalian belum berkahwin, silalah mencuba ya? Baiklah, bagi hidangan makan beradap pula, menunya adalah seperti berikut;
nasi beriyani, udang masak berserai, fish fillet dan kerabu mengga, rendang tok, ayam beriani, dalca, alca buah, udang panjat, ayam golek, ikan masak sambal, krim karamel dan ukiran buah-buahan.

Ok, seperti yang dijanjikan sesuatu yang ringkas dan pantas dan juga mengapa sy menolak pakej mewah yang ditawarkan pada awal perbincangan. Sy telah mengambil pakej Cinta Azali (sila klik gamabr dibawah untuk melihat dengan lebih jelas) untuk majlis sy pada saat akhir. Dimana sy telah menyerahkan 101% hiasan dewan dan taman kepada Chenta Weddings pada penghujung bulan November dimana kami berbincang, minom kopi, makan malam bersama hingga ke lewat malam. Ini yang sy mahukan. Berbincang dan mengikut apa yang sy ada di akal fikiran dan bukan mengikut selera tekak planner KGPA. Ini sy, ini majlis sy, ini yang sy mahukan.
Seperti yang anda lihat di atas, pakej yang ditawarkan (dimana sy pangkah itu) adalah satu pintu gerbang dan tiga gubahan bunga segar sebagai penyeri meja utama, sy tidak mengambil dari mereka kerana itu adalah yang asa dan jika kita mahu mengikut selera tekak kita, seperti biasa, duit harus ditambahkan. Bunga manggar juga sy tidak memerlukan kerana sy sudah ada DIY bunga manggar sy. Masih ingat entri ini - DIY Bunga Mangagr - DONE! Sakura itu bunga manggar untuk malam resepsi sy. Ada yang nampak?

Ini adalah pendapat peribadi dan jujur dari sy. Azam Pandan Sdn Bhd adalah
highly recommended untuk bahagian katering. Alhamdulillah sepanjang majlis dan selepas majlis, sy telah mendapat banyak pujian tentang hidangan masakan pada malam tersebut. Alhamdulillah tetamu yang hadir semuanya suka walaupun terpaksa makan lambat ;) Untuk bahagian katering, tiada masalah dan sy sangat berpuas hati dengan layanan serta tawaran yang diberikan. Gambar dibawah adalah tuan tanah kepada Azam Pandan Sdn Bhd, En Masmadi yang secara tidak langsung menjadi peminat sy pada hari tersebut *haha*
Jika kalian berminat, silalah hubungi,
En Akim 017.381.7929
En Masmadi 012.475.0151
atau layari laman web mereka di sini.

Selamat bertugas kembali.

Minggu akhir semester ini. Senyum lebar.

10 komentar:

LisaLisut says:
at: 18 April 2011 at 09:27 said...

i nk lauk akad nikah tu.ikut selera tokak i tu.nyum! tetiba br sedar tak buat list utk makan apa majlis akad nikah.dang!

hazlynda kushairi says:
at: 18 April 2011 at 09:31 said...

LISA :
sila sila, mmmg i pon ikut selera org nogori tu, sbb org nogori yg masuk minang HEHEHE ;P

nYomeL says:
at: 18 April 2011 at 09:32 said...

lynda,
mmg diakui, hidangan malam resepsi marvelous! sedap gilos wehh..!! ;)

hazlynda kushairi says:
at: 18 April 2011 at 09:43 said...

BUSHRA :
pheww!! lega. ramai bilang macam tu, compliments i had, alhamdulillah. sbb tu aku berani rekomen bahagian katering sahajo ;)

K.I.N.A says:
at: 18 April 2011 at 09:43 said...

wah..sedapnye..brokoli sayo faveret..hehe..

suke meja beradap simple yet exclusive itu..

hazlynda kushairi says:
at: 18 April 2011 at 09:47 said...

KINA :
alhamdulillah ramai kate sedap, memule kami pon was-was tapi it all blend ;)
meja beradap tu simple dari Chenta Weddings bukan dr pakej Azali APSB.

miss puteri says:
at: 18 April 2011 at 10:44 said...

nampak pon sedap. apetah lagi makannye. buat saya laparrr nyee... suke segalanya lynda! sgt suke.hehe

Reen Tart Nenas says:
at: 18 April 2011 at 13:45 said...

ape pun, selera ikut tekak sendiri jugak sedap dan lazat!

mizzura says:
at: 18 April 2011 at 21:48 said...

e-day haritu ramai feedback sedap..mungkin amik orang yang sama..cuma tak taulah full package diorang best ke tak..tapi lauk mmg sedapp..


Latest entry|Officially bergelar B2B|

Nyanyi soley soley jom! |MIDDLE OF THE ROAD - SOLEY SOLEY 1971|

with love:zaren says:
at: 21 April 2011 at 00:55 said...

wahhh! sungguh sedap menu mase nikah kamu....nom nom nom

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011