Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Wednesday, 13 April 2011

the favors

Assalammualaikum ;)

Baiklah, secara pantas dan segera sy ingin menghabiskan review tentang majlis perkahwinan sy. Orang ramai sudah muak dengan entri² basi sy tetapi ini sy, suka review tentang satu-satu perkara dengan teliti tanpa memikirkan hati org yang sudah jemu dan muak hendak membaca. Mereka yang sudah bernikah Februari lalu pon sudah selesai review walhal sy yg sudah 3 bulan berkahwin, tidak ada kesudahannya. Macamana?

Ok, kita teruskan. Sy janji, entri yang ringkas dan pantas ;)

1. Favors untuk tetamu di malam resepsi sy
Masih ingat entri ini - Kain dan Renda? Ya, renda untuk hiasan kotak di bawah dibeli dari Folak Trading, Dubai dengan harga yang berbaloi berbanding dengan harga di sini. Jumlah yang harus disiapkan adalah 800 kotak. Sy tidak menggunakan gam pistol kerana sy harus membuat dua kali kerja, sy telah menggunakan uhu gam supaya kerja sy lebih cepat dan senang tanpa membuat kerja untuk kali keduanya. Gam pistol itu tidak kuat ;)
Di dalam kotak disertakan sabut seperti sarang burung, telur dan tq tag. Tq tag yang ringkas sahaja. Pada malam tersebut, sy telah mengalas doily paper yang telah dicop logo rasmi kami. Mengapa sy berbuat begini? Sy masih mengikut adat orang melayu dahulu kala dimana telur diberi sebagai tanda kesuburan dan meletak doily sebagai alas sebagai tanda hormat dan rendah diri menyerahkan cenderahati dengan penuh rasa berterima kasih. Tipikal hazlynda kan?



2. Favors untuk makan beradab di malam resepsi

Bagi para tetamu di meja makan beradab, sy telah menyediakan sesuatu yang ringkas juga, kerana sy sudah tidak punya waktu untuk membuat riben atau hiasan yang vogue. Sesuatu yang ringkas sudah memadai. Sy telah membeli 16 biji fine glass sebagai favors kepada tetamu VIP. 10 biji digunakan di meja makan beradab manakala lagi 6 biji, sila tunggu jawapannya ya. Untuk menampakkan perbezaan, sy telah mengikat riben berwarna dusty pink bagi favors di meja makan beradab ;)

3. Pengganti bunga telur

Ya, lagi 6 biji pula sy telah gunakan sebagai pengganti bunga telur. Memandangkan cuma 6 orang yang akan menepung tawar di atas pelamin, sy bercadang untuk memberi sesuatu yang eksklusif. Bagi favors ini, sy telah mengikat riben berwarna kelabu supaya mereka dapat membezakan ;) Sesuatu yang sangat ringkas bagi sy.


4. Favors untuk tetamu khas di hari bertandang

Masih kalian ingat entri ini - DIY VIP Favors? Akhirnya sy berjaya menghasilkan sesuatu untuk hari bertandang. pasti ibu mertua bangga punyai menantu kreatif seperti sy HAHA perasan. Untuk lebih lanjut, sila ke entri tersebut. Terima kasih.


5. Favors untuk tetamu kecil di hari bertandang

Masih juga kalian ingat entri ini - DIY Paper Dahlia - DONE! Ya, sy juga telah berjaya menghasilkan sebanyak 200 bungkusan dahlia ini untuk tetamu kecil. Kerja yang remeh tetapi memerlukan kecekalan dan ketabahan untuk menyiapkan. Mujur sy punyai Aunty, Bonda dan husben yang membantu memotong riben, membungkus gula dalam plastik sebelum dibunjut dan menyusun ke dalam kotak (ini bahagian kerja husben - yang mudah sahaja)

6. Favors untuk makan beradab di hari bertandang

Sedikit berbeda dengan apa yang sy punyai di malam resepsi sy. Sy telah membeli fine glass dari kedai dan buatan yang sama cuma corak dan saiz yang berlainan. Bagi pihak sebelah husben, sy telah mengambil insiatif untuk menghasilkan bunga riben dan sedikit bunga sebagai penyeri di bahagian pembuka. Bagi sy, kombinasi warna yg pastel sy redup mata memandang dan kami masih mengekalkan pemberian telur di hari bertandang ;)

Akhir sekali, sy ingin memohon maaf kerana sy tidak mempunyai gambar favors untuk tetamu di hari bertandang, tidak berkesempatan utuk mengambil gambar kotak tersebut dimana sy telah membeli secara pukal dari blog OGIE. Sangat murah dan berbaloi. Jika sy terjumpa gambar tersebut dimana², akan sy kemaskini entri ini nanti.

Terima kasih diatas kesudian kalian membaca entri hari ini ;)

Esok, insyaAllah tentang catering, lusa tentang official photographer dan tulat tentang official videographer dan alhamdulillah semua sudah dibuat. Oh ya, tentang Koh Samui! Ok, janji.

Bai.

9 komentar:

Liyanaroxx says:
at: 13 April 2011 at 09:01 said...

mana ada bosan lynda..for me ur entry amat-amat berguna utk B2B di luar sana!update lagi ya!kami semua tunggu entry terbaru! ;)

hazlynda kushairi says:
at: 13 April 2011 at 09:04 said...

LIYANA :
terimas babe. insyaAllah akan cekal dengan semua review dlm minggu ni. takot org muak nanti :(

cheQmOomOo says:
at: 13 April 2011 at 09:09 said...

huuuuuu best la favours ni..

LisaLisut says:
at: 13 April 2011 at 09:37 said...

takpela u bz.slow2 kayuh.syok skit i kat ofis ada bahan bacaan.kihkihkih.i juga insyaallah bakal bagi telurrrrr.telurrrr je saya mampu.hehe..part deco2 tak terfikir lg.but u know what lynda,ur hantaran deco inspired me utk try DIY hantaran sndri (tp i bunga artificial jela hehe).

i suka tgk semua favors u.simple dan kemas.

miss puteri says:
at: 13 April 2011 at 11:05 said...

tak bosan suke lagi adalah!! suke tau...cantik simple nice...suke sgt!. go lynda go!hehe

lovelyadibah says:
at: 13 April 2011 at 12:01 said...

semua nyer telur...simple jer..huu~..

mizzura says:
at: 13 April 2011 at 13:26 said...

cayalah...kagum sebab pilih telur untuk setiap acara..

|Apa itu Domain & Hosting|

veelara says:
at: 13 April 2011 at 14:11 said...

babe,
x bosan pun...slalu check smua blog b2b...bl nmpak u updt je,rs yeyeh..ada bhn bacaan.serius suke bc blog u sbb u tulis pjg2 n detail.rs mcm tgh dgr u bckap je..xpe,slow2..sy suke.

amani.. says:
at: 13 April 2011 at 15:39 said...

takkan pernah bosan reading ur entry...seriously..

entry2 kak linda byk bg inspirasi tau..keep it up dear..!

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011