Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Tuesday, 26 April 2011

the hornymoon : Activities in Samui

Assalammualaikum,

Maaf ya kerana tidak menepati janji, sy agak sebuk dengan pekerjaan tetap sy ;) Seperti yang dijanjikan, hari ini sy akan bercerita tentang aktiviti kami sepanjang di Koh Samui. Di sana, kami telah menyewa sebuah skuter bagi memudahkan perjalanan kami. Skuter boleh disewa di tempat penginapan dengan harga sewaan ringgit malaysia tiga puloh sehari. Di sana, minyak tidak boleh diisi seringgit dua tetapi penuh satu tangki, penuh tangki lebih kurang ringgit malaysia lapan. Mata wang disini, sangat mudah dikira dan mesin pertukaran wang, dimerata tempat. Di sini seratus baht bersamaan dengan sepuluh ringgit malaysia. Mudah bukan?

Dan inilah pengangkutan kami sepanjang empat hari di sana dan pemandunya sudah tentu husben merangkap juga pembaca peta (tetapi sesat juga. ok diam)



Sepanjang perjalanan kami ke destinasi yang dituju, kami melalui jalan kampung, pendek kata seperti di jalan petaling, tahu bagaimana keadaannya, cuba google jalan petaling dan alaminya sendiri. Di sana, penduduk setempat tidak memakai topi keledar dan sebelum memotong, bunyikan hon dahulu sebagai amaran. Di antara yang menarik hati sy adalah restaurant atau bar atau pub atau rumah peninggalan di bawah. Entahlah. Kami sesat, hingga terjumpa ini. Sangat unik tetapi seram.


Ada sesuatu yang menarik perhatian sy iaitu hospital di Koh Samui yang terletak berhadapan dengan Muslim Halal Food. Hospital mereka bagaikan resort persinggahan, sangat cantik, serious, tidak seperti hospital kita di sini, jauh berbeda. Sepanjang empat hari di sana, tidak pernah kedengaran bunyi ambulans, kalau di Malaysia, cuba kira berapa kali kita dengar dalam sehari? Selamat mengira ;)

Sudahlah.

Aktiviti di Koh Samui memang menyeronokkan tetapi tidak terlarat kami hendak meliputi seluruh Koh Samui. The Kala terletak di Pantai Chaweng dan sepuluh atau lima belas minit perjalanan ke pekan. Di pekan terdapat bermacam kedai tetapi dalam keadaan takut, takut jika anjing menjilat kaki sy *haha*

Mari kita mulakan.

Elephant Trekking
Disini, kita boleh memilih untuk sejam atau tiga puluh minit perjalanan mengelilingi kawasan hutan cantik mereka. Kami mengambil tiga puluh minit perjalanan dengan bayaran enam ratus baht (enam puluh ringgit malaysia) dan tambahan gambar diambil oleh mereka bernilai seratus baht (sepuluh ringgit malaysia) Tetapi jika anda mempunyai kamera, tidak kiralah berat atau ringan, yang membawa kita mengelilingi itu boleh menagmbil gambar kita menggunakan kamera peribadi. Jangan risau, gajah ini semuanya terlatih dan mendengar kata. Sepanjang tiga puluh minit, sudah beberapa kami berhenti untuk gajah ini membuang air kecil. Nama saja air kecil tetapi bunyinya seperti air terjun! Benar. Cuba kalian lihat gambar di bawah, apabila bergambar, gajah tidak senyum tetapi bila husben memberi makan, senyum seindah suria!



The Mummified Monk
Di Koh Samui, terdapat banyak candi buddha. Kami tidak berkesempatan ke Big Buddha kerana tersesat entah ke mana sehingga habis minyak kami *haha* Sesat dalam hujan. Kami ke Mummified Monk dimana biarawan tersebut diawet dan diletakkan di dalam bekas kaca. Sejarahnya bagaimana, kami tidak membaca kerana kami tidak masuk. Husben bilang, "takut kena badi" Sy yang menurut perintah, kami hanya bergambar dari luar sahaja.



Lad Koh Viewpoint
Lad Koh Viewpoint ini juga dikenali sebagai sudut pandang Zenith yang terletak tepat di jalan lingkar Koh Samui Chaweng meninggalkan selatan ke arah Lamai. Ia dibina semula 2 tahun yang lalu dan sangat nyaman. Tempat ini menawarkan pemandangan indah di atas wilayah teluk Chaweng keseluruhan. Turun hingga ke bawah pantai Chaweng yang indah dan bersih. Di sana kami bergambar tanpa sempadan kerana tidak ramai orang ketika itu. Kami lebih suka jika berjalan sepanjang perjalanan supaya nampak apa saja kedai menarek yang ada di pekan tetapi seperti yang sy bilang, berhati-hati dengan binatang peliharaan mereka.

Kami yang gila bergambar ;)


The Kala : Private Beach
Siapa yang tidak suka merehatkan diri di pantai? Disini sahaja kami berpantai kerana terletak di bawah tempat penginapan kami. Pantainya cantik dan bersih, jangan risau, kalian bebas berbikini di sini ;) Maaf ya, tiada gambar sy dan gambar kami bermandi manda. Ini adalah untuk menjaga maruah serta mengelakkan kontroversi di kalangan makcik-makcik yang berkelulusan phd. Maaf.


Fisherman's Village
Sepanjang empat hari kami di sana, inilah yang kami suka. Disini terdapat bermacam restoran tetapi kebanyakkannya tidak halal dan tempat membeli kraftangan atau buah tangan untuk dibawa pulang. Fisherman's Village ini sama seperti Jonker Walk di Melaka. Perbezaannya adalah disini, mereka mendapat seafood segar untuk dimasak dan dihidangkan. Restoran disini cantik, besar dan bersih. Ada yang menghidang katak. Ada yang bilang rasa katak sama seperti rasa ikan. Jangan muntah. Seperti yang sy bilang, di mana sahaja pasti ada atm menukar wang, memudahkan kita. Kebanyakkan buah tangan serta barang peribadi kami dibeli di sini. Sangat berbaloi dan boleh tawar menawar.

Di kedai ini, kesemua barang yang dijual adalah hasil kraftangan mereka dan diperbuat daripada kelapa. Sangat unik. Disini saja kami telah menghabiskan beberapa ratus untuk diberi kepada family di Damansara dan Gemas ;)

Night Market
Diantara tempat yang menghiburkan hati kami di malam hari. Di sini terdapat barang murah yang dijual dengan harga yang sangat rendah, serendah dua puluh sen untuk klip rambut *haha* Kalau hendak disamakan, mungkin sama seperti uptown di Malaysia? Tetapi disini terdapat juga mini fun fair. Kami tidak punyai banyak gambar disini kerana bateri kamera sudah boom! Hanya sempat mengambil gambar ketika turun daripada motorsikal. Ah benci.


Terdapat beberapa lagi kawasan yang kami pergi tetapi tidak dapat dimuaturunkan di dalam entri ini. Seperti yang sy bilang, sy harus menjaga maruah dan mengelakkan spekulasi dikalangan mereka yang berpendidikan tinggi phd. Tetapi boleh dikatakan, setiap hari kami ke Tesco, entah apa yang menarik di sana tetapi mencari makanan kudap-kudapan (kata orang johor, jajan) Oh ya, tidak pula sy upload gambar di Tesco Lotus ya? Maaflah. Setiap petang kami akan menghabiskan waktu di private pool kami. Barulah berbaloi dengan apa yang dibayar, betul tak?

Baiklah. Esok, insyaAllah sy akan kemaskini tentang pakej yang ditawarkan oleh The Kala.

Senyum ;) Dua hari lagi.

9 komentar:

LisaLisut says:
at: 26 April 2011 at 11:31 said...

kalau i ni tunangnye takde lesen motor n tatau bawak motor cmne ghupenye ye?i bole bwk motor.hahaha i bwk laki la jawabnya.kakakakakaka.

hazlynda kushairi says:
at: 26 April 2011 at 11:42 said...

LISA :
BAHAHAHAHAHA kat sane takde law. tak pakai helmet pon, tengok selamat je org sane. sini je, rempit mcm rempit habis.

lovelyadibah says:
at: 26 April 2011 at 11:55 said...

mana part untuk 25thn ke atas??HAHAHHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHA

hazlynda kushairi says:
at: 26 April 2011 at 12:02 said...

DIBA :
BAHAHAHAHAHA shadapyu. jgn ckp sini, sini kang jadi bahan mulut makcik². kite PM yuk! BAHAHAHAHA ;P

♥ dak pink says:
at: 26 April 2011 at 12:17 said...

suka tgok linda lepas rambut. cantik dan ayu. =)

*mahap komen xde kene mengena dengan tajuk posting.

shukrin farahdiba @ ceklala says:
at: 26 April 2011 at 12:39 said...

santai dan rilex! mmg da best hornymoon la babe!hehe

Reen Tart Nenas says:
at: 26 April 2011 at 13:32 said...

best nyer...owh i need the real honeymoon :(

FareeZan says:
at: 26 April 2011 at 15:03 said...

part naik moto itu adalah comel.aha.

yours truely of LoveFaithBelieve says:
at: 26 April 2011 at 20:14 said...

linda.. time elephant tracking tu, okies ker?? actually,i ade booked for honeymoon package, which include that particular activity.. tapi mcm takut je nak naik.. ngehhhh...

*tapi syg nyr bukan di koh samui..sbb hubby bought in feb..awal da beli..*

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011