Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Wednesday, 20 April 2011

the hornymoon : The Kala, Samui

Assalammualaikum ;)
Seperti yang dijanji, sy akan tepati. Maaf ya sebab sy terpaksa tapis dan korek semula external untuk gambar² hangat ini. Maaf sekali lagi kerana gambar² yang ditunjuk semasa sy belom berhijrah. Harap maklum.
Baiklah, masihkah kalian ingat entri-entri berikut;
(sila klik pada entri untuk kisah selanjutnya)
Can we go there?
HornymOon - booked!
Gimme few days
Alhamdulillah, akhirnya kami ke sana juga. Pada awalnya kami bercadang ke Sibu atau Krabi tetapi tiba di satu saat kami terjumpa Koh Samui dan sy membuat research lebih tentang Koh Samui dan semuanya indah belaka tetapi bukan bagi kami yang tidak berapa gemar dengan pantai. Orang bilang, pergilah ke Bali - Pulau Cinta tetapi disebabkan kami (kononnya) mahukan kelainan, kami pilih Koh Samui sebagai destinasi bulan madu kami. Setelah mendapat kata sepakat, sy mulakan research tentang penginapan dan pakej bulan madu yang ditawarkan hinggalah kami terjumpa website ini - The Kala Samui. Dimana sy terjumpa hotel ini? Semasa sy hendak menempah tiket & hotel bersama fireflyz. Sy telah membuat beberapa perbandingan sebelum membuat tempahan.
1. pakej bersama dengan tiket penerbangan
2. agensi pelancongan (melalui kawan sy)
3. emel terus kepada mereka
Dimana akhirnya harga yang ditawarkan oleh pakej bulan madu mereka jauh lebih berbaloi berbanding dengan no.1 dan no.2 ;) Mereka sangat pantas membalas emel sy.
Mari kita mulakan ekplorasi ke The Kala, Koh Samui.
Gambar dibawah adalah ketika kami mahu berlepas dan setibanya di Samui Airport. Berat sy di hati hendak meninggalkan arwah kerana pada waktu sy hendak berangkat, terdapat bedsore pada belakang badan Arwah. Sangat sayu bila sy mengenangkan hal ini. Setibanya di Samui Airport, terus sy mendapatkan simkad happy bagi memudahkan sy bertanya tentang Arwah. Setiap malam sy akan telefon dan Bonda akan biarkan loudspeaker supaya Arwah dengar sy bercakap dengannya. Bergenang airmata Nenda ketika sy bercakap melalui telefon, kata Bonda.
Ok, sudah. Kami menaiki fireflyz dan tiba di Samui Airport pada jam 1400. Sy rasa perbezaan waktu diantara Malaysia dan Koh Samui adalah 2 jam. Alhamdulillah kami selamat mendarat dan dari jauh sudah kelihatan papan tanda "Ms Kushairi Hazlynda" Senyum.


Sepanjang perjalanan 15 minit kami ke hotel, kami melalui kawasan perumahan, kawasan perkampungan, kawasan elit (bagi mereka di Samui) dan akhirnya tiba di tempat yang sudah lama kami impikan. Dari luar pagar kayu hinggalah ke lobi terus ke kamar beradu, semuanya indah. Inilah The Kala, Samui ;)



Setibanya di lobi, kami dihidangkan welcome drink iaitu air halia manis. Eh, macam tahu sy sedang berdiet sebelum majlis. Ditelannya juga. Husben tidak suka, maka sy yg menghabiskan. Mereka menyambut kami dengan penuh mesra dan senyum seindah suria dua puluh tujuh jam. Walaupun kalian ingin meminta papan seterika atau mengadu lampu terpadam, tetap tersenyum. Layanan yang diberikan sangat memuaskan hati dan membuatkan kita senang apabila berada di situ. Bilik kami bernombor tujuh, lihat gambar di bawah ini, terdapat monyet yg mempunyai tujuh titik menandakan bilik ini bernombor tujuh. Sepanjang kami berada disitu, house keeper yang akan sentiasa membersihkan bilik pada jam 1100 dan 1700. House keeper kami sepanjang 4 hari di sana adalah Ms. Ta. Jangan khuatir, peti keselamatan ada disediakan.

Sebaik sahaja kami mendapat kunci, dalam hati sudah berbunga, tidak sabar mahu melihat private pool kami yang kononnya menghadap permandangan indah pantai Chaweng. Buka saja pintu, kecewa rasa di hati, pool kami menghadap pokok dan sipi-sipi kelihatan pantai Chaweng. Sy terus hubungi lobi, andaikata dapat tukar bilik tapi malangnya dua lot di hadapan sudah penuh. Kecewa. Tapi pool itu tetap ada. Boleh dikatakan setiap pagi dan petang kami bersantai seketika disini. Gambar tidak dapat diletakkan kerana kami sangat sexay! Haha. Sudah. Kemudian susuri tangga ke atas iaitu bilik kami. Inilah dia private pool di bawah bilik kami ;)



Sejurus selepas itu, kami susuri tangga utk naik ke kamar beradu. Berpuas hati kerana apa yang ditunjukkan dalam website adalah benar dan sama seperti yg berada di hadapan kami. Almari tv dan meja solek yang sangat antik, seperti berada di Melaka *haha* dan yang paling sy suka adalah tandas dan ruang bilik yang besar. Semuanya diperbuat daripada kayu dan ada sesuatu yg menarik di tandas dan juga kotak misteri. Di bawah adalah gambar yang sy ambil, kelihatan sama seperti di dalam website. Cadar pon yg sama ;)



Baiklah, sesuatu yg sy suka tentang The Kala adalah, kesemua bahan yang digunakan adalah melambangkan Koh Samui, Thailand. Gambar monyet dibawah adalah monyet dimana binatang kedua selepas gajah, kata mereka. Bagi shampoo, conditioner, shower gel, sabun muka (lihat gambar di bawah) semuanya diperbuat daripada kelapa. Sangat wangi dan kulit licin selepas digunakan ;)



Kotak misteri. Kami tidak perasan kotak tersebut sehinggalah sy sedang mengemas beg dan barang² kami. Iya, sy memang orangnya begini. Tidak kiralah di rumah ke, di hotel ke, di rumah PIL ke, di mana saja kami menginap, sy pasti akan susun semua baju husben dan sy, siap digosok dan digantung untuk setiap satu hari yang akan digunakan. Tanya saja housemate serta roomate sy, mereka pasti tahu sy seorang yang bagaimana.
Atas sebab, tidak mahu lengahkan masa yg ada. Kalau bab berjalan, sy memang no satu ;)
Kembali ke cerita.
Kotak misteri. Di dalam almari terdapat kotak misteri dan beg santai untuk kegunaan kita. Di atas kotak tersebut terdapat beg galas belakang (bunjut) yang bercorak bikini - sy suka, apa saja bikini, sy suka! Di dalam kotak misteri itu terdapat pula, pengering rambut dan dua pasang selipar untuk dipakai. Di antara barang yg kami temui itu, sy paling suka dan terasa ingin bawa pulang adalah beg santai rotan. Tidak punyai zip tetapi sangat santai dibawa naik ke library utk check blog dan facebook, santai dibawa makan di atas dan santai dibawa ke sun deck ;) Rasa nak simpan dalam beg besar!


Sekian sahaja tentang bilik dan permandangan landskap sekeliling The Kala. Di bawah pula terdapat beberapa gambar kami ambil di pintu masuk, di logo kebanggaan, di hadapan bilik dan di lobi ;) Sekitar kawasan The Kala, dan Spa terletak di belakang bilik kami. Teruja tetapi tidak mahu, ada yang bilang thai massage lagi sakit, tidak berani. Beberapa hari sebelum majlis, kami sudah ke Hammam Bangsar ;) memadai.

Kami di The Kala ;)


Sekian untuk laporan hari ini. Semoga kalian terhibur melihat sy yg gemok itu. Dan oh, kasut itu, asyik kasut itu je yg sy pakai ya? Kasut kegemaran buat masa ini.

InsyaAllah, esok sy akan kemaskini tentang perihal lain sewaktu berbulan madu.
Jumpe esok!

36 komentar:

miss puteri says:
at: 20 April 2011 at 08:53 said...

Hehe. comel tau kamu nie! suar pink tu! i loikee!hehe... tak sbrnyee nk bulan madu niee.hikhik

choclairissa @ intan says:
at: 20 April 2011 at 08:54 said...

sukenye private pool tu~ tapi saya tak tau swimm...huhuhu~~

weedeeit.co says:
at: 20 April 2011 at 09:12 said...

sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....best dan best.tu je aku nak ckp.

shukrin farahdiba @ ceklala says:
at: 20 April 2011 at 09:20 said...

best ever!!!

hazlynda kushairi says:
at: 20 April 2011 at 09:21 said...

PUT :
mase tak bertutup, semuanye pendek dan ketat. sekarang ni menggagau cari yg panjang². hanimun itu best. sabor babe sabor ;)

INTAN :
takpe babe, tak dalam pon. sejuk adalah. boleh dikatakan setiap pagi n petang santai situ ;)

AWEEN :
ala, ko ke krabi nanti. kan aku bilang, no samui baby *sobs*

hazlynda kushairi says:
at: 20 April 2011 at 09:21 said...

LALA :
best ever apakah? aku best ever friend? tengs la.

LisaLisut says:
at: 20 April 2011 at 09:24 said...

lynda! best gile! wahaha 1st time i dgr pasal koh samui masa tgk meet the fockers ke meet the parents ;p

mcm best je the kala ni.i dgn my fiance pn jenis tak berapa suka pantai sbb panas.wahaha.tp nk view tu je.
nice2. nt share tips lg ok!

lainkali buatla aksi Lagenda budak setan dgn "farid kamil" tu hahahaha

hazlynda kushairi says:
at: 20 April 2011 at 09:30 said...

LISA :
BAHAHAHAHA sehari tak kenakan tak sah ek? BAHAHA ;P husben kaku skit, kalau tgk post die, suke benor silang tangan rasa macho BAHAHA ;)
ye babe, kiteorg bukan tak suke pantai tapi kiteorg bukan jenis yg suke santai tengah panas ;) lebih kepada jalan² makan dan shopping. Tapi sbb nak feel pantai romantic, pergi je lah.

Lyana MK says:
at: 20 April 2011 at 09:31 said...

yunk.....cantik nyer tempat nyer...so romantikkkk~

hazlynda kushairi says:
at: 20 April 2011 at 09:39 said...

LYANA :
tempat die mmg i boleh bg more than 5 stars. highly recommended pada siapa yg suka pantai² private pool gini. pergilah babe, best!

K.I.N.A says:
at: 20 April 2011 at 10:17 said...

nak private pool jugak wlpun tak boleh berenang..time ni la nak pakai bikini!ops..haha

Liyanaroxx says:
at: 20 April 2011 at 10:17 said...

romantic honeymoon ever~
nice view..bilik tip top...semua cantik & perfectlah!!
btw,suka seluar lynda..comel kaler pink! =)

ElyaElmo says:
at: 20 April 2011 at 10:31 said...

lynda...gile cantik scenary die...tingin plakk nk g sana satu hari nnt..syik krabi jee...busan plak kannn...huhu

Girls Like Me says:
at: 20 April 2011 at 11:05 said...

lynda, what a lovely place, best ok...for many times i baca entry ni...suka nya..cantik tempat dia :)

anyway, i xde kesempatan lagi nk berhoneymoon, owh...sgt jeles tgk u linda..

Ms. Fiena says:
at: 20 April 2011 at 12:23 said...

bestnyeeeeeeeeeee.. lynda leh x kte nk tau pakej die sume mcm mane n berapa, n ape website die...

kelipkelipchumel says:
at: 20 April 2011 at 12:24 said...

waaahhh...sgt bestnya kelihatan..ai laik lah.sgt manessss...

fati says:
at: 20 April 2011 at 12:45 said...

love lahhh lokasi neh!

hana yoriee says:
at: 20 April 2011 at 12:46 said...

giller best!! hehe..bila nak sampai The kala Samui ni?? hahahaha..

ZaNa De Diva QueEn says:
at: 20 April 2011 at 12:58 said...

laporan terbaek! :)

seronotnya! tgk gambar pun jadi lah!huhuhu

nizabeba says:
at: 20 April 2011 at 13:29 said...

meleleh air liur aku tengok..err..hahaha..waaa teringinnnye nk pegi! huhu

nYomeL says:
at: 20 April 2011 at 13:29 said...

beshyeee..!! cantek betul Koh Samui ni kann..?? haros pegi jugak ni nnt.. :D

missbutterfly says:
at: 20 April 2011 at 13:46 said...

best nye hornymooonn~~~!!! hahaha..bila next?? mcm dah tau ..

Hidayati Farhan says:
at: 20 April 2011 at 19:55 said...

nak like 100x entry ni bole? hehe. lynda nk tny mkn dia mcm mana? senang ke nk cari makanan halal ke dia mm provide?

~ NANA ~ says:
at: 20 April 2011 at 19:58 said...

bestnyeee!!!

opss terpandang bikini yg kaler oren tu...kekekeke

Rai says:
at: 20 April 2011 at 19:59 said...

cantik nyerh this place. nway cant wait for ur next entry - wut kind of activity u buat kat sana.

。+゚o。. Puan Dot . 。o+゚。 says:
at: 20 April 2011 at 20:42 said...

wuuu... best nye..suke nye privte pool tu... nangis tgk....

Moose says:
at: 20 April 2011 at 22:07 said...

cantik ya ampun! ni nak kena penuhkan tabung ayam balik ni. HAHA

zimie says:
at: 21 April 2011 at 00:01 said...

mana butang LIKE ni.nak LIKE banyak2 kali. ;)

with love:zaren says:
at: 21 April 2011 at 00:51 said...

cantek sgt! tgk gmbr2, mcm tenanggg je kat sana tu kan

with love:zaren says:
at: 21 April 2011 at 00:52 said...

cantek sgt! tgk gmbr2, mcm tenanggg je kat sana tu kan

hazlynda kushairi says:
at: 21 April 2011 at 12:47 said...

KINA :
haaa betul. time ni la. skang nak pakai pun pikir 66x ;)

LIYANA :
seluar pendek jgn disebut, nanti makcik² kepoh boleh buat topik. BAHAHAHAHA tapi inilah hazlynda sebelum. pergilah ke Koh Samui, amek The Kala, tak nyesal, semuanya indah ;)

ELYA :
cantek weh! pergi pergi..... aku pon rase macam nak pergi lagi ;)

FAZ :
eh, kenapa jeles? tidak perlu babe, pergi la book tiket sekarang sedang promosi ke Koh Samui. pantassss!!!

FIENA :
boleh babe, nanti kite up entry ek. website die www.thekala.com ;)

hazlynda kushairi says:
at: 21 April 2011 at 12:49 said...

BAYU :
best cik kak. silalah ke sane ;)

FATI :
love juga ;)

HANA :
jom jom gathering sane nak? BAHAHAHA pergi babe utk 1st anniversary. eceh ;)

ZANA :
terima kasih!

NIZA :
pergi book sekarang, firefly tgh promosi ;)

hazlynda kushairi says:
at: 21 April 2011 at 12:51 said...

BUSHRA :
ada kesempatan, pergi babe ;) explore...

JAJA :
ah mung, ke vietnam sudah! next hornymoon BAHAHAHA tukor location babe. cuti di negeri kelahiran razmie ;P

YATY :
sudah up entry makanan. makanan susah skit kat sane. jujur.

NANA :
bikini kaler oren? tetttt sy punye merah dan hitam BAHAHA ;P

RAI :
thanks babe. insyaAllah kalau sempat, esok i up tentang aktiviti ek sbb panjang berjela ;)

hazlynda kushairi says:
at: 21 April 2011 at 12:54 said...

DOT :
takmo nangis, bawak baby p sane, babymoon bebeh!

MOOSE :
aku pon tgh kumpul balik tabung ayam aku, nk ke tempat hornymoon kau... BALI ;) tapi tah bilenye.....

ZIMIE :
tade butang like :( tak reti letak.

ZAREN :
go babe go! go for it.

Ms. Fiena says:
at: 28 April 2011 at 12:37 said...

thnx dear... ermm aritu nampak awk di kejauhan. masa wed elya. tp segan nk tegur. ngeee

hazlynda kushairi says:
at: 31 July 2011 at 00:14 said...

MS FIENA :
kenapa tak tegur? ala :(

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011