Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Wednesday, 6 April 2011

the pre-wedding pictures by Aween Syarina

Assalammualaikum ;)

Hari ini mood agak baik dan yang pasti blog akan sentiasa dikemaskini tapi tak habes-habes tentang majlis sy, tolonglah jgn muak ek. Sy tahu, entri ini adalah entri yang panjang berjela dengan gambar-gambar PWS kami dan sila jangan muntah. Sy cuma ingin kongsi idea dan pendapat. Entri hari ini adalah pre-wedding pictures. Masihkah kalian ingat entri sy yang ini - Our PWS *wink*

Iya, entri tersebut adalah cerita serba sedikit mengenai PWS sy. Persoalannya disini adalah, apakah tujuan kita semua untuk PWS? Pernahkah kalian semua terfikir, apa sebenarnya yang kalian inginkan setelah selesainya PWS? Tidak kiralah PWS dibuat di taman ke, pantai ke, kandang kuda ke, white room ke, sekolah ke, rumah ke, jelapang padi ke, tidak kiralah dimana lokasi penggambaran kalian, soalannya - Mengapa kita adakan PWS?

Dan ini pula adalah jawapan yang telus, jujur dan ikhlas dr sy. Terpulang jika ada yang boleh menerimanya ataupun tidak. Memang benar, sy telah mendapat harga yang paling kawtim dr kawan sy sendiri - Aween Syarina. Sy mempunyai beberapa sebab mengapa sy lakukan PWS ini dan sy pasti akan melakukan sesuatu dengan semua gambar yang telah diambil. Sy haros manfaatkan kesemuanya, barulah berbaloi dengan idea, persediaan, penat lelah dan duit yang telah kita laburkan, betul tak?

Mari kita mulakan.

1. Sy telah menggunakan dua keping gambar untuk dijadikan setem. Memandangkan setem mahal di pasaran Pos Malaysia, maka, harapan sy musnah. Dengan gambar yang ada, sy telah jadikannya setem dan dicop dengan cop mohor logo kami, konon-konon macam dr Pos Malaysia, walhal itu bukan untuk dipos tetapi diberi by hand HAHAHA ;P nak juga kan?
2. Sy telah menggunakan lebih kurang 35 keping gambar untuk label meja makan tetamu . Di belakang gambar akan dilekatkan label seperti "Family Hazlynda" dan sedikit quote tentang family. Jika label "Friends UiTM", quote dibawah pula berkenaan dengan persahabatan. Idea ini datang secara tiba-tiba apabila sy sedang menyiapkan label meja makan tetamu ;)

3. Sy juga telah menggunakan gambar di bawah ini sebagai poster di entrance pada malam majlis resepsi sy. Bagi sy, seperti biasa, sesuatu yang simple untuk hiasan pintu masuk. Gambar tersebut menunjukkan keserasian dan kegembiraan yang ada dalam diri kami. Tidak hipokrit dan meluahkan perasaan kami di dalam setiap gambar yang diambil. Bak kata orang putih, "Be yourself" InsyaAllah gambar-gambar kalian akan nampak lebih live dan menunjukkan karektor kalian yang sebenar ;)
4. Sy telah menggunakan gambar tangan kami berdua sebagai penghias di meja pendaftaran. Bagi sy, gambar tersebut tidak perlu meriah untuk melambangkan sesuatu. No offense. Ini adalah dari sudut pandangan sy sendiri ;)
5. Sy telah menggunakan 2 keping gambar kami berdua tanpa memegang papan tulis. Sebenarnya gambar tersebut sengaja di print untuk tatapan Abah tercinta, beliau mahu lihat bakal menantunya dan kini Abah di Vietnam, menguruskan bisnes restoran islam bersama rakan kongsinya disana. Daripada gambar itu terbiar, ada lebih baiknya jika ia dikepilkan bersama di dalam guestbook ;)
6. Sy telah mendapat idea untuk mengambil gambar mengira dan membilang ke arah hari besar sy. Idea ini juga datang secara tiba-tiba. Tujuan idea ini adalah untuk diabadikan bersama di dalam facebook sy dan husben dan juga di blog ini. Jika kalian rajin, carilah sendiri entri yang memuatkan gambar-gambar kiraan ini. Letih sy mahu mencari. Alhamdulillah, idea ini dapat memberi idea kepada b2b yang lain dan ada yang meminta kebenaran utk meniru idea ini. Disini, sy mengizinkan kalian semua mengambil idea ini, buat apa lokek, tidak mendatangkan faedah pon sebab sekurang-kurangnya mereka ada inisiatif untuk meminta kebenaran dahulu ;)












7. Sy telah membuat STD sy menggunakan gambar di bawah. Sy tiada seni untuk membuat slideshow atau flash atau video kerana sy tidak punyai banyak masa. Lagipun, jemputan sy sangat terhad. Kalau boleh, sy mahu menjemput ke semua kawan-kawan sy ke hari besar sy tetapi tidak berdaya dan majlis pun sudah 3 bulan yang lalu :(
8. Sy telah menggunakan lebih kurang 50 keping gambar untuk montaj di malam resepsi sy. Pasti ada diantara kalian yang hadir perasan montaj tersebut. Montaj tersebut adalah hasil kreativiti CST Production dan sy minta maaf kerana sy harus mencari semula cd tersebut. MIA *sobs* Tiada gambar kami dr kecil hinggalah ke alam bercinta kerana kami tidak punya banyak gambar sewaktu bercinta memandangkan dating pon cuma sekali dua dalam sebulan, berapa keping sangatlah yang ada? Dari berkawan, bercinta, bertunang dan berkahwin, kami LDR - Long Distance Relationship. Bila nak pindah JB nih? Sudah. Di bawah adalah diantara gambar yang digunakan ;)













Lihat, sy cuma mampu memanfaatkan ke semua gambar PWS sy untuk lapan perkara diatas. Dan kini, sy sedang berusaha untuk membukukan ke semua gambar PWS kami. Setiap apa yang kita lakukan untuk majlis kita, pasti ada tujuannya kan? Bagi memperingati tujuan itu, kita pasti mahukan kenangan kan? Semuanya pasti dapat diabadikan bersama.

Secara peribadi, kami berdua seronok melakukan PWS ini bersama Aween dan Lis. Sesuatu yang ringkas tetapi kenangan bersama dan perangai gila-gila masing-masing yang menaikkan suasana itu menjadi sangat happening. Kami memang tidak bersedia dan asal boleh... asal ada! Kami melakukan aksi secara spontan dan mimik muka (yang budget comel) itu pon secara spontan. Jadilah diri kalian sendiri dan percayalah, gambar kalian pasti akan kelihatan sangat indah.

Selamat bergambar.

21 komentar:

nYomeL says:
at: 6 April 2011 at 09:19 said...

sgt suke gambar PWS lynda.
nampak sgt hepi.. :D

hazlynda kushairi says:
at: 6 April 2011 at 09:24 said...

BUSHRA:
kasih kasih ;)
lynda pon same, tgk tak jemu ;P

LisaLisut says:
at: 6 April 2011 at 09:33 said...

i want pre wedding shoot tooooooooo.tak kisahla apa org nk kata.tapi mmg tujuannya nak guna untuk buntings,guestbook etc.hehe
i paling suka ur pre wed pictures sbb semua nampak real, tersusun kemas.takde adegan body hugging(tp i gatal so tak jamin maybe i tak terlepas dr adegan itu hahahah jujuur sungguh)

masa i tgk pre wed pictures ni thn lepas i dh mcm wow..sungguh tersusun minah ni.u mmg creative la abis cerita.heheh

cheQmOomOo says:
at: 6 April 2011 at 09:39 said...

best a papan tu..
ayt pun besh..nk gk la :p

hazlynda kushairi says:
at: 6 April 2011 at 09:40 said...

LISA :
tergelak lak bace komen u. kalau sesaje amek pon boleh tapi buatlah buku simpan buat kenangan, sayang gambo kite semuanye kenangan kan? HAHAHA adegan hugging maybe sbb kami tak reti post mcm tu depan org BAHAHAHAHA tu sebab takde ;P akhirnya thn ni br semua gambo pre wedding keluor ;) thanks babe!

hazlynda kushairi says:
at: 6 April 2011 at 09:41 said...

CHEQMOOMOO :
sebenarnye yg ayat atas oaoan tu dah di edit semula ;) bukan tulisan sebenar HAHAHA ;P

h e r n y z a r says:
at: 6 April 2011 at 09:45 said...

terbaek la lunda... sara suke enrty ini... dabel thumb up.. XOXO~!

lovelyadibah says:
at: 6 April 2011 at 09:51 said...

HAHA..tp kan lynda..kalo gigi besi mcm i nie mesti xcantik:(

HAHA..thumbs up!!mmg best!!

hazlynda kushairi says:
at: 6 April 2011 at 09:56 said...

HERNYZAR :
terimas la babe! happy ;)

DIBA :
ape pulak, dulu lynda gigi besi gak, amik gambor kemain lagi, cantek gak gambo tu.... no worries babe. kalau buat dr hati n diri kite sendiri, nawaitu tu baik, cantek lah gambo tu ;) selamat berPWS!

Lyana MK says:
at: 6 April 2011 at 10:25 said...

gambo shoot yg sgt byk!!! heheh mmg!! sgt manfaatkan gambo pre wed sebegitu jugek diriku!! ;)

hazlynda kushairi says:
at: 6 April 2011 at 10:27 said...

LYANA :
gudluck bebeh!

choclairissa @ intan says:
at: 6 April 2011 at 10:38 said...

i pun suke ambil gambar pre wedd..lagi satu wat entry pasal kawen smp semua org nk muntah~ tapi takpe..sharing2 for futrue b2be..

kelipkelipchumel says:
at: 6 April 2011 at 10:41 said...

entri yg kaya dgn gamabr penuh kenangan..besh besh..

0sh!Nz d' sen0r!ta says:
at: 6 April 2011 at 10:55 said...

memang seriusly sweet couple oh. suka tengok semua pics pre-wed sis. =)

anaztasias nora aira says:
at: 6 April 2011 at 13:38 said...

linda...terima kasih izinkan ambik idea countdown..sukanyaaaaaaaaaaaa !! saya tengok awak punya montage CST masa pergi jumpa fahim haritu ehehhe

mizzura says:
at: 6 April 2011 at 13:50 said...

comelnyer...gambar counting days tu...agak2..saya teramik konsep ni..jangan mara yer :-)

|Tunang Kena Simple!|

shukrin farahdiba @ ceklala says:
at: 6 April 2011 at 13:57 said...

i loveeee da last one! siyes dah cam zaman kite study kt perak dolu2 kan hehe

yours truely of LoveFaithBelieve says:
at: 6 April 2011 at 14:15 said...

hi lynda..
true dear.. all pictures..comes with their own stories and memories..
i pun asyik tengok je my wedding album.. =) ~aiza~

Girls Like Me says:
at: 6 April 2011 at 14:30 said...

ala bestnye Linda ur pre wed, comel sgt :)

~Ayu BnSyg~ says:
at: 7 April 2011 at 02:04 said...

Yg tiru idea counting tu, saya la tuh! Hehe thanks Lynda! Anyway yg wat setem tu pun Ayu terpk gak dr dulu. X tau plak Lynda wat gak. Yela sbb dh survey mmg mahal. *sobs*sobs* Mostly, kte slalu suka benda yg sama tp Ayu x la se kretif Lynda.

fati says:
at: 7 April 2011 at 11:20 said...

Sumpah panjang berjela entry ni....
tak tinggal walau satu hurop pon den baco :P

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011