Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Friday, 8 April 2011

soalan lazim

Assalammualaikum ;)

Alamak, pagi ini, serious sy tidak punyai mood untuk kemaskini tentang majlis sy sebab husben akan pulang lepas kerja, kini boleh buat kerja sambil tersenyum seorangan di cubicle ;) Hari minggu ini adalah pertama kali kami dating selepas berkahwin dan esok malam ada family dinner. Bahagia ;) Entri hari ini adalah tentang soalan-soalan lazim yang biasa kita dengar dikalangan masyarakat terutamanya melayu.

Masa bujang

"Eh, bila nak bawa bf datang merisik jumpa family?"
Soalan diatas biasa sangat dan masih kedengaran lagi di hujung telinga sy. Apabila umur meningkat 24 tahun, mulalah makcik² kepoh atau rakan taulan serta saudara mara sebok bertanya soalan sedemikian kepada kita. Kalau yang sudah punyai kekasih hati, sudah tentu jawapan kalian "Nanti dulu, ada masa sesuai, insyaAllah." Bagi yang tidak punyai kekasih hati walaupon usia sudah 35 tahun, sudah tentu jawapan kalian "Belom ada jodoh lagi" Ah, kalau memilih, bagaimana pula? Jodoh itu ada tetapi kalau kita yang memilih bagaimana? Jangan salahkan jodoh, salahkan diri sendiri. Kalau cantik serupa Rozita Che Wan, boleh diterima. Tetapi orang yang cantik pon susah nak dapat jodoh sebab terlalu cantik dan takut diambil orang, bagaimana pula yang kurang cantik? Kesimpulan, jangan memilih, terima seadaanya.

Masa bercinta

"Anak dara sorang ni bila suruh si bujang masuk meminang ni?"
Soalan sebegini memang sudah berjuta kali sy dengar dari zaman bercinta hinggalah ke zaman bercinta dengan husben, tiada seorang pun yang tahu sy sedang bercinta dengannya. Di handphone pun cume menggunakan simbol <3 Sehinggalah sudah setahun setengah bercinta, baru sy bilang dengan Bonda dan Arwah. Ada juga yang sudah berkawan lama, tetapi tidak mempunyai waktu sesuai atau masih belum bersedia. Ada pula yang mulut celupar berbunyi begini "Ahhh bercinta bertahun² tapi tak jugak dia masuk minang, saja nak mainkan perasaan anak Si XXXX la tu" MashaAllah, daripada mulut jahat begitu, ada baiknya jika kita mendoakan jodoh mereka panjang. Ini semua mmentaliti masyarakat kita. Mengatakan anak orang, rupanya anak dia yang kahwin lari, huh, siapa nak jawab? Malu sendiri.

Masa bertunang

"Ni bila korang nak kahwin nih?
Ada yang sudah lama berkawan atau bercinta dan ada juga yang dalam masa yang singkat bercinta terus mengikatkan silaturahim. Ada yang diikat selama tiga bulan, enam bulan, setahun, setahun setengah, dua tahun sebelum berkahwin, itu semua adalah ketentuan Allah. Kalau ada yang bertunang selama 2 tahun, apa tanggapan kalian, walhal di dalam hati mesti berkata, "Ah, tak cukop duit la tu, dulu sebuk nak bertunang sgt" Lihat, mentaliti orang melayu. Cubalah berfikiran positif sikit. Daripada membuat andaian, lebih baik tanya empunya diri, selesai segala persoalan di benak fikiran, tak begitu? Samapi serunya, berkahwinlah mereka, jangan jaga tepi kain orang, jage kain anak sendiri.

Masa berkahwin

"Dah sebulan kawin ni, dah ada isi belum?"
Wohoooo ini soalan yang memang sy sedang hadapi dengan senyuman. Jawapan sy "Belum ada rezeki" Sudah kahwin, soalan ini pula yang kita perlu hadapi, ada yang pelamin bunting, alhamdulillah, ada juga yang bercerita malam jumaat di facebook - ini tidak perlu, tapi seperti sy yang LDR (Long Distance relationship) pasti sudah tahu apa jawapannya, oleh yang demikian, tidak perlulah bertanya soalan yang sama berulang kali, buat penat mulut je. Ada juga diantara mulut celupar yang pasti beranggapan begini, "Ahh, entah² die mandul kot?" Eh, baru berkahwin dah kene label mandul, apakah? Senang sahaja persepsi masyarakat kita hari ini. Ini semua berbalik kepada mentaliti masyarakat setempat. Tidak pernah memikirkan yang positif atau lebih senang jika mereka tidak perlu mengambil tahu hal rumahtangga seseorang. Daripada memikirkan hal si XXXXX yang belum mengandung, lebih baik menjaga anak dara mereka yang masih belum berkahwin tetapi sudah mengandung, huh, mana lagi malu? Lu pikir lah sendiri bak kata Nabil.

Masa anak satu

"Takkan sorang je ni, mane lagi dua tiga?"
Apa dua tiga? Dua tiga kucing berlari? Ingatkan kita sudah terlepas daripada semua soalan lazim rupanya tidak! Kalau begini, sy pasti mesti yg akan kata begini pada sy suautu hari nanti, "Eh, kau anak tunggal, takkan anak kau pon anak tunggal?" Percayalah, pasti ada yang berkata begitu. Mengapa masyarakat yang menentukan kehidupan kita sedangkan Allah swt yang lebih berhak menentukan segalanya di dalam hidup kita. Mengapa masyakarat sibuk mengambil tahu, mengambil tahu dari segi yang positif tidak mengapa, kalau dari segi nak menyebok sebegini, lebih banyak faedahnya jika mereka menjaga keluarga mereka sendiri.

Sudah tapi belum habis.

Soalan² lazim seperti ini tidak akan berhenti ditanya oleh masyarakat penyebok. Selepas soalan beranak satu, timbul pula yang kedua, yang ketiga, yang keempat dan seterusnya. Cuba kalian fikir, jika sudah beranak sebelas, agaknya apa soalan masyarakat kepada kita? Pasti begini, "Kau ni kilang buat anak ke?" Percayalah! Anak seorang salah, anak ramai pon salah.

Jangan khuatir, kita semua tidak akan terlepas daripada soalan begini.

Dengar dan jawap sahaja ;)

25 komentar:

Fiza Amran says:
at: 8 April 2011 at 08:42 said...

agree2 agree.. ceritanya never ending story nya question specially bg bolongan orang yang kaki sebok a.k.a kepohh.. xpernah puas ngan jawapan dan sentiasa nak korek rahsia hal rumah tangga orang walhal drir sendiri nya rumah tangga pun bergoncang

choclairissa @ intan says:
at: 8 April 2011 at 08:49 said...

yess..i dihujani soalan bila nk dpt anak..agak stress jugakla..tapi lucky mak i xpernah tanye~ conclusion : mulut org kite tak boleh nak tutup..

♥ Kasut Pink ♥ says:
at: 8 April 2011 at 08:58 said...

Bile da brtunang ni org asyik bertanye bile nak kawen bile nak kawen. Memula layan jgklah soalan mereka tp skrg bile mereka tnye sy jwb 'tunggu je kad, ni duk tanye2 nnt klu dpt kad x dtg siap'. Menjadi sbb prtanyaan dah makin berkurang..hehe

Xora says:
at: 8 April 2011 at 09:04 said...

saya suka baca post lynda sejak lynda dah kawin. penulisan lynda sangat teratur dan berisi. Leka saya baca :)

。+゚o。. Puan Dot . 。o+゚。 says:
at: 8 April 2011 at 09:07 said...

soklan2 cepu emas ni xkan pernah habis... mentality org malyu!

shukrin farahdiba @ ceklala says:
at: 8 April 2011 at 09:22 said...

aku pernah gak buat entry camni. tapi tu la manusia ni. bile tengok orang lain tu ade je tak kene. dok jela diam2 kan.

eh tapi bab memilih jodoh tu, tak jugak babe. dah aku ni ha tak memilih pun asyik kene tipu jek cano? sedih tau! huhu..

cik senah says:
at: 8 April 2011 at 09:23 said...

:) Chek setuju benaq ngan penulisan Lynda.. mmg betoi.. masyarakat Melayu niee.."amik berat" terlebeih-lebih sgt.. Kalau takk.. takkan arr kalau majalah hiburan sajaa.. org Melayu yg lebih banyak beli daripada bangsa lainn..? tak gituu..? hehe..

p.s : Chek pun kena gakk tuju ngan soalan yg ke-3 (dicatat oleh Lynda).. Yalahhh.. bila usia pertunangan dah menjangkau sethn lebihh.. org keliling pakat gatai mulut lah menanya "bila nak buleh mkn nasik minyak nie..?" - rimasss sungguh aihhhh!! :(

cheQmOomOo says:
at: 8 April 2011 at 09:47 said...

norma2 kehidupan msyrkt y tipikal kn?hahaha sabo jela ;)

LisaLisut says:
at: 8 April 2011 at 10:34 said...

yeah lynda..setiap org ada soalan untuk setiap stage yg dia lalui.haish.org yg tunang(most b2b haha) bila nk kawin ni bile bile bile mana kad mana kad mana kad. huh.

anak ramai salah.kata asik buat anak je.anak 1 kata planning.takde anak kata mandul.persetankan aje.bukan diorg kasi kite makan.lol.

wah u semestinya sedang happy bangat jumpa sama itu husben.awww.have a good days.sure u will.haha

miss puteri says:
at: 8 April 2011 at 10:43 said...

soalan lazim. jawapannye pun jwpn lazim.. mulut org malas nak layan. nak kenduri pun susah, tak guna duit diorg satu sen pon *emo kat sini*hahahaha...

si kecil says:
at: 8 April 2011 at 10:51 said...

agree. tp aku bersyukur aku masih layak ditanya begitu. :)

farahfatihah says:
at: 8 April 2011 at 13:28 said...

wat bodo je mek..aku pun dah lali huhu

amElyn says:
at: 8 April 2011 at 13:31 said...

thank God, ak tak penah annoyingly ditanya dengan semua soklan2 tersebut... *kagum tak?*
maybe sebab people tgk aku macam budak2 kot!! HAHAHAHHAA

thezaila says:
at: 8 April 2011 at 13:52 said...

lynda.. kalau utk soklan yg tanya pasal dah ada isi ke belom, ko agak2, kalau jawab mcm ni, terkedu x mak cik tu

"entah la mak cik.. projek nya hari2.. tp lekat nya idak jugak.. mak cik bleh tolong x?"

padan la kan.. persoalan longkang dijawab dgn sebegitu longkang.. muhahahha..

kelipkelipchumel says:
at: 8 April 2011 at 14:07 said...

siyes.mmg soklan lazim stok penat gile nk jawab.kekadang nk terhangin pn ada. haih.

Jan@Afzan says:
at: 8 April 2011 at 17:37 said...

Lynda..

sejuk mata membaca penulisan lynda yang sgt kemas bercerita...Mcm sopan dan ayu sahaja...like!

memang soalan cepu emas demikian takkan berakhir. Jan pun sama, soalan yang dihujani setiap kali adalah "anak"..."bila nak berisi".."bila nak bertiga"...lenguh menjawab, dan kadang2 tersentuh juga hati.

Maklumlah, majlis kawen belah suami adalah pengantin 4. Di mana suami & abangnya.. Biras saya bunting pelamin...Maka, soalan "anak" itu selalu di kemukakan oleh sedara belah suami..

Nasib ibu Jan seorang yang memahami dan tidak pernah bertanya..

lovelyadibah says:
at: 8 April 2011 at 18:43 said...

napa eyh skrg dh xramai tanya soklan bila nk kawin kt dba..owh lupa,dba sll wt bodo jer.HAHA..ok2..kejam plak kt situ..:)

paper pun setuju!!!:P

Girls Like Me says:
at: 8 April 2011 at 20:55 said...
This comment has been removed by the author.
Girls Like Me says:
at: 8 April 2011 at 20:56 said...

nda, you are right,menci betul kan org yg bz bodi ni, right now, i thought, if ada yg tanya i, bila nk dpt anak, i will said, tanya tuhan!hohoho

0sh!Nz d' sen0r!ta says:
at: 9 April 2011 at 14:49 said...

wah die dating la.. ehehehe. dah naik muak dah orang tanye 'korang ni bila nak kawen?' hah.. menyampah. ingat kawen tu macam main kawen-kawen time kecik ke? duit petik kat pokok rambutan. macam tu? hehehe.

yours truely of LoveFaithBelieve says:
at: 9 April 2011 at 19:35 said...

yes lynda.. i think everyone pun confirm dah kene tanya with one of those questions.. including me.. sometimes..smiles is the best answer..hhaaaaa... *jawapan selamat*.. hahhaaaa...^_^

Nadz says:
at: 10 April 2011 at 18:15 said...

hi lynda :)
i pun kena gak soalan mcm ni especially bile my adik ipar dah pregnant..huish letih nak menjawab..baru kawen 2 bulan jer kot..kalaulah kita boleh jawab macam ni "kalaulah buat anak macam buat kek" kahkahkah :D

Reen Tart Nenas says:
at: 11 April 2011 at 10:29 said...

pasal tanya baby itu adalah soalan lumrah. i think semorang akan rasa yg sama. kalau pas kawen terus ngandung, nanti org kata, amboiiii cepatnyer ngandung. tak sabo2. hah, manusia2, mmg dengki.

harzharun says:
at: 11 April 2011 at 12:27 said...

good entry...

babe..bunting pelamin la..bkn pelamin bunting..haha..aku ni cikgu BM tau..haha

Mrs Fazlee says:
at: 11 April 2011 at 15:45 said...

yes.. its soo true. i nak dekat setahun kawen blom ade rezeki preggie lagi. penat dah dgr org bertanya. i jawap senang je. Allah belom nak bagi rezeki. tolong dokan ye.

p/s: u br lagi.. enjoy honeymoon puas2 dulu ;)

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011