Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Thursday, 28 April 2011

Syurga Hazlynda ;)

Assalamualaikum ;)

Sejak awal perkenalan kami sebagai kawan, husben menjadi guru sementara di sekolah Bonda. Ketika itu, sy sudah berpacaran dan kononnya setia pada yang satu. Malangnya, hubungan sy dengan yang dulu tidak ada jodoh. Kebanyakkan masa diluangkan untuk meluahkan perasan kesal dan sedih kepada husben. Husben seorang pendengar setia. Dulu Bonda bilang, husben seorang yang pendiam tetapi bila berbicara dengan sy, dia lebih banyak bunyi daripada sy! Dulu Bonda sudah bilang, "Ada cikgu kat sekolah Mama macam Farid Kamil, belum kahwin" Eh, motif Bonda? Jodoh itu kuat. Kalau sudah jodoh tidak ke mana. Bonda pun tidak sangka husben akhirnya menjadi menantu Bonda. Menyentuh tentang Farid Kamil, sekilas sekali pandang iye tetapi bile sudah pandang berjuta kali, tiada FK yang sy nampak, perbezaan adalah tinggi dan rupa. Berbeza! Percayalah. Tetapi ini semua ketentuan Allah, bukan sy memilih rupa FK tetapi hati budi dan menghormati org tua yang sy cari. Semua orang tidak sempurna tetapi sudah tertulis di dalam takdir bahawa husben dicipta utk sy? Sy redha, malah berbesar hati menerima pinangan nya.

Kami mula bercinta apabila husben mula bekerja di Johor Bahru. Di saat itu bermulanya percintaan jarak jauh diantara kami berdua. Masa bercinta, jarang sekali husben pulang ke Kuala Lumpur untuk dating bersama. Seorang di Kota Sibuk dan seorang lagi di Kota Singa. Kami bercinta seperti orang lain juga cuma yang membezakan kami adalah cara perhubungan kami. Tidak dinafikan memang tiga puloh peratus daripada gaji kami dihabiskan untuk membayar bil telefon dan internet. Ketika itu mana mampu nak beli iphone dan juga blackberry mahupun htc. Yang kami ada hanya cokia5, hingga kini *sengih* Ada pada suatu ketika apabile husben diantara yang terpilih untuk berkhidmat di Vietnam. Hati sudah gundah gulana memikirkan, hati terdetik, "Alamak, nak kena harungi persediaan kahwin seorang diri!" Ketika itu, sudah tidak fikir apa perasaan husben, yang difikirkan adalah persediaan kahwin seorang diri? Pentingkan diri sendiri hazlynda ini *haha* Hati gembira apabila husben bilang, "Sy akan ke projek Kota Singa" phew! Lega rasa dihati tetapi persediaan kahwin masih dilakukan bersama cuma jarang sama sekali. Kebanyakkannya sy bersama Bonda.

Selepas berkahwin, sudah hampir seratus tujuh belas hari berkahwin, masih menjalinkan hubungan jarak jauh. Bagaimana perasaan seorang isteri apabila dapat berjumpa suaminya sekali atau dua dalam sebulan? Ada kala sy ke Johor Bahru dan ada kala husben ke Damansara. Cuti hanya sabtu dan ahad, tiba pada hari sabtu selepas kerja dan pulang pada hari ahad malam. Bagaimana? Begitulah yang kami harungi ketika ini. Hingga ke satu saat, apabila Bonda bilang, "Takpelah you settle down, cari rumah, kerja kat JB, then Mama pindah sana." Perasaan sy? Sudah tentu gembira tidak terkata. Bukan senang nak dengar Bonda beri perlepasan kepada sy. Selalunya Bonda akan bilang, "Tunggulah Mama pencen lagi dua tahun" Dup! Terdiam. Misi seterusnya merancang kehidupan di Johor Bahru. Alloy sudah tentu yang paling gembira, beruasaha menolong sy mencari rumah dan kerja di Johor Bahru. InsyaAllah, tiba waktunya, kami berhijrah ke Johor Bahru. Hello orang JB! Hello Sarah Abd Rahim! (rindu pada Sarah)

Sudah tentu ramai yang tanya pada sy, "Kenapa sy tidak ikut husben ke JB?" Kalau ikutkan hati, siapa tidak mahu, betul tidak? Jauh disudut hati ini, kalau tempat mencari rezeki sy ini ada di JB, sudah lama sy minta pertukaran, malangnya hanya adalah di Sungai Long dan Kampar. Sila buat pilihan. Tiada pilihan. Bagi persediaan pindah ke JB, sy memerlukan masa, berapa lama masa, sy sendiri tidak tahu. Sy memerlukan masa untuk kami mencari rumah, sy mendapatkan pekerjaan tetap dan memastikan semuanya lengkap, bersedia fizikal dan mental, barulah berpindah. Tidak semudah itu. Kalau sy anak tokey Caldina, bila masa sahaja.

Hari ini, genap usia husben yang ke dua puluh sembilan. Sudah tua lah dia! Dulu masa awal kenal baru dua puluh lima. Cepatnya masa berlalu. Siapa sangka, cinta yang direstui oleh Bonda dan Arwah Nenda, diakhiri dengan sebuah kebahagiaan. Sungguhpun kami berjauhan tetapi hati kami, Allah sahaja yang tahu. Memang benar, di awal perkahwinan semuannya bahagia tetapi kita lihat di sudut yang positif. Berdoa agar hubungan dan rumahtangga kami bahagia hingga ke akhir hayat. Di hari ini, buat pertama kalinya husben menyambut hari lahir sebagai seorang suami. Husben akan pulang esok. Hati berdebar. Merancang sesuatu istimewa untuk beliau. Syhh! Mana boleh bilang lagi *wink* Sy ada buat slide untuk husben tetapi filenya terlalu besar. Sy akan cuba untuk resize. Semalaman berusaha *sigh*

Dear Husben,

My life changed when I found you. My heart sings, my eyes glow, when I look at you, my blood flows. What a wonderful husband you are, Razmie Isa! I love you in every way. We fight, we make up, we share secrets over a coffee cup. Sometimes you're my friend, sometimes a guide, you are the person whom I love all my life. I just can't wait to see you this weekend.

HAPPY BIRTHDAY HUSBAND ♥♥♥



24 komentar:

ElyaElmo says:
at: 28 April 2011 at 12:23 said...

sweet nyee!!!kem salam ngn farid kamel k :D

ettyzukhair says:
at: 28 April 2011 at 12:28 said...

ah so sweet...happy bday to ur hubster!

Lyana MK says:
at: 28 April 2011 at 12:29 said...

sgt sweeet!!!

LisaLisut says:
at: 28 April 2011 at 12:30 said...

awwwww so sweet.like elya. kem salam ke farid kamil klon tu jugak ye.haha

didieadila says:
at: 28 April 2011 at 12:46 said...

suwittt nye...suka sgt bc!

"cikkin" says:
at: 28 April 2011 at 12:47 said...

sweet sgt..!!
Happy birthday untuk en suami Lynda..=)

nYomeL says:
at: 28 April 2011 at 12:57 said...

so suwiiiittt.. Happy Birthday En. Farid Kamil Lynda! :D

choclairissa @ intan says:
at: 28 April 2011 at 13:25 said...

happy bday en suami lynda~

farahfatihah says:
at: 28 April 2011 at 13:37 said...

soooo sweet la laling!!!

shukrin farahdiba @ ceklala says:
at: 28 April 2011 at 13:46 said...

so sweeeet! heppy besday farid lynda! eh?hahahah

jooleata says:
at: 28 April 2011 at 13:54 said...

shuweet la lynda.. hihi.. :)

。+゚o。. Puan Dot . 。o+゚。 says:
at: 28 April 2011 at 14:10 said...

suwit... hepy bday farid kami.. hihihi..

Byzura Mj (By) says:
at: 28 April 2011 at 14:46 said...

yewww. linda just say to ur husband.. "i luv yuewwww" * versi sam.. hehehe. just kidding

amElyn says:
at: 28 April 2011 at 14:53 said...

i love the farid kamil part.
teringat masa we all bercintan dulu..
now?
my farid kamil dah super huggable! =)
semoga kalian bahgia ke akhir hayat.

cheQmOomOo says:
at: 28 April 2011 at 15:45 said...

alololo sweet :)

yours truely of LoveFaithBelieve says:
at: 28 April 2011 at 21:01 said...

owhhhh.. romantic nyr...

well, i know excatly how u feel lynda.. coz i'm also a weekender wifey.. yeahhh.. its a bit hard.. penat travelling kan!! though by plane.. but still tiring.. and i miss HIM a lot...

cik senah says:
at: 29 April 2011 at 09:16 said...

selamat hari lahir utk hubby Lynda.. :) semoga kalian berdua berbahagia selalu hendaknyaa.. (aminn)

p.s : muka hubby Lynda mmg arr tak sebijik ngan Farid Kamil.. Tp, ketahuilah.. bahawa.. iras2 muka Farid Kamil tuee TETAP ada.. :)

achmal says:
at: 29 April 2011 at 10:17 said...

wohh pindah jb yeyyyy! leh jumpe. :P
dekat la kite hahahah

nizabeba says:
at: 29 April 2011 at 13:58 said...

so sweet lunda!!happy birthday juge tu serupa tapi x sama farid kamil! hehe

iedchan says:
at: 29 April 2011 at 14:25 said...

heppey beday to ur husben..hehe

i b2b...i folo u k...:)

0sh!Nz d' sen0r!ta says:
at: 30 April 2011 at 11:40 said...

kite pulak yang bergetar jiwa bila baca post sis ni. haha. ngeng betulla. happy birthday to him.

Mrs.Qarlista says:
at: 1 May 2011 at 18:48 said...

farid kamil? melepaslah FK sebab lunda dah dimiliki oleh RI. Abg mie (eh, sukati je panggil laki org) hepi besday. jage lunda baik2. nanti besday tahun depan dapat hadiah lain lagi touching. mintak2 abg mie 'berperasaan' sket next year. haha.:)

muhammad insanni says:
at: 3 May 2011 at 01:53 said...

muke razmie pon ade mcm farid kamil jgk ~ :D

hazlynda kushairi says:
at: 3 May 2011 at 12:01 said...

Thanks semua ;)











terharu!

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011