Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Monday, 23 May 2011

Apa perasaan kalian?

Assalammualaikum ;)

Majlis perkahwinan yang meriah bukan terletak pada baju buatan pengantin, hiasan majlis seperti dari NGI, perancang terkenal yang diupah atau lokasi majlisnya di Mauritius. Mjalis itu akan lebih meriah jika dihadiri oleh kaum keluarga terdekat, keluarga sebelah pasangan, sahabat handai dari sekolah tadika ke rendah ke menengah ke universiti hinggalah ke sepuloh buah syarikat yang kita pernah bekerja. Itu perumpamaan.

Kita akan memahami jika majlis yang diadakan menghadkan jumlah tetamu dan memerlukan rsvp dengan kadar tertentu. Janganlah pula kita memendam di dalam hati, "Ah, dia tak jemput aku pun time dia kahwin!" Saya pernah menerima kata itu dibelakang saya selepas majlis resepsi saya. Hadapi dengan senyuman ;)

Ada juga yang bilang,
"Ah, dia tak datang wedding aku dulu, malas la nak pergi"

Ada juga yang bilang,
"Dia tak jemput aku, kenapa pula aku nak datang, aku bukan kenal sangat pun"

Ada juga yang bilang,
"She's stuck-up with all her ideas and preparations!"

Ada juga yang bilang,
"Malas lah, dia saja lah tu nak tayang baju Radzuan Radziwill dia"

Ada juga yang bilang,
"Ah, dia ingat wedding dia dah bagus, malas aku nak pergi!"

Ada juga yang bilang,
"Dulu aku kahwin dia tak datang, hadiah pun tak bawa. Malas"

Ada juga yang bilang,
"Setakat nak menunjuk deko Nas Great Idea dia tu, malas aku nak pergi"

Ada juga yang bilang,
"Dulu aku kahwin, dia datang tapi tak tolong pun. malas lah nak amik tahu majlis dia."

Ada juga yang bilang,
"Malas lah, dia tu berlagak"

Ada juga yang bilang,
"Ah, tak dapat kad rasmi dari dia pun. Tak mainlah e-card!"

Apa perasaan kalian?

Itu perumpamaan.

Apa yang ada di fikiran saya hanya satu perkataan,

Dengki.

Sejujurnya, saya mengalami perasaan bersalah apabila tidak menghadiri majlis mereka yang telah menghadiri. Dulu, saya pernah berasa bersalah pada hari besar Nizabeba yang telah jatuh pada hari yang sama dengan perjumapaan bbf. Saya agak terkilan tidak dapat menghadiri majlisnya kerana saya harus memulakan deko laman pada jam 11 pagi (selepas sekumpulan syarikat mengadakan motivasi mereka di laman yang sama) Saya akur. Saya berasa bersalah kerana beliau telah menghadiri majlis saya. Dahulu jika saya memikul tanggungjawab menjaga Nenda, masyarakah sekeliling pasti memahami situasi saya. Jika ditanya pada Mawar dan Atia, mereka yang mendengar keluhan kesal saya. Tetapi alhamdulillah, kami berjumpa semasa Nizabeba selesai sesi fotografinya di Tasik Shah Alam, ketika itu saya, Acik, Mawar dan Nawal berhenti untuk minum dan berbual, al-maklumlah, lama tidak bersua.

Kalau kalian tidak menghadiri hari besar kawan yang telah bersusah payah datang ke majlis kalian, apa yang kalian rasa?

Saya rasa bersalah.

Saya rasa kesal.

Saya rasa bersalah lagi.

Saya rasa kesal lagi.

Saya rasa bersalah sangat.

Saya rasa kesal tidak sudah.

Saya akan menghubunginya atau menghantar pesanan ringkas di blog atau facebook atau telefon beliau.

Tetapi jika sepupu dari keluarga terdekat tidak menghadiri majlis kalian dengan kata perumpamaan di atas,

Apa perasaan kalian?














Itulah yang saya rasakan.

Pada awalnya saya bersiap sedia untuk melancarkan Plan A = Ambil tahu tetapi kemudiannya apabila difikirkan semula, direnungkan kembali apa yang pernah dibilang oleh Arwah Nenda, saya mengambil keputusan untuk meneruskan Plan B = BUAT BODOH ;)












Lagi dilayan, lagi menjadi. Daripada menjadi, baik menjahanamkan sahaja.

Tidak mendatangkan faedah dan menjana duit simpanan.

Buang masa.

19 komentar:

miss puteri says:
at: 23 May 2011 at 08:54 said...

Kan.. rasa bersalah tak pi . bila dapat kad, tak pi rasa mcm terkilan dan bersalah. tapi ye lah kita tak dapat nak puaskan hati semua. jadi Plan B itu yang terbaik...

mereka yang tidak rasa bersalah, hatinya sudah mati tiada hati..

Alia.A says:
at: 23 May 2011 at 08:55 said...

hye hazlynda! i slalu jd silent reader je but today tergerak nk komen. i pn akan rasa bersalah if x pergi wedding my friend especially if my wedding is like 3-5 months after them. kdg2 terfikir jgk, aku x dtg wedding dorg dorg nk ke dtg wedding aku?

somehow, ade jgk people suke bls membalas. tapi bagi i, dengan reason yg kukuh, we don't need to worry much.

yg penting, walimatulurus dh dijemput. hukum dtg mmg la wajib but dgn reasons kukuh, tak berdosa. yg penting org jemput kita pun dah rase happy sbb dorg igt kita. :)

AIN MUSTAZA says:
at: 23 May 2011 at 09:15 said...

kan kak kan??;lagi meriah mcm dulu2.org kg,jiran2 berkg..pastu sedara mara dtg umah kita bermalam..rasa seronok klu mcm tu..klu mewah skalipon majlis tp tnpa kehadiran kaum keluarga.gile x meriah je rasa..

LisaLisut says:
at: 23 May 2011 at 09:35 said...

dh kawin few months u still kene mcm ni jgk eh.huhu. i adalah antara MANUSIA yg sering rasa bersalah kerana tak dapat attend sebab
1) terlalu jauh
2) masa turn balik seremban jumpa mak
3) tiada geng (ok alasan xbole pakai tp mmg tak bole g sorg2 haha)

selepas lancarkan plan A i akan lancarkan plan B spt u. mls nk sesakkan kepala otak "aku tak dtg weding dia dlu mst dia pn xnk dtg wedding aku" OR "aku ni sll tak dtg wedding org nnt pdn muka wedding aku takde org nk dtg". pasrah.terpulang.nk dtg silakan(yg penting dah jemput).tak paksa.hehe.

Fariza says:
at: 23 May 2011 at 09:49 said...

mmg betul ada stgh kata mcm tu. tp biarkanlah mrk. manusia tidak sempurna. walaupun menyakitkan hati dgn kata2, biarlah. hu3.
bersalah kan jika x dpt attend wedding kwn2. nk juga pergi. tapi apakan daya, ada benda mahu diselesaikan dan lebih penting. bkn sengaja pun tidak mahu hadiri. :(.
harap juga bakal pengantin dan pengantin memahami situasi tersebut. :D

missbutterfly says:
at: 23 May 2011 at 10:14 said...

aku takgi wedding ko. terkilan beb

CikPuan Fara says:
at: 23 May 2011 at 10:20 said...

kalu x pergi wedding member mmg rasa bersalah sgt apatah lagi kalu dia susah payah nak dtg wedding kita. tapi seboleh-bolehnya kalu ada jemputan msti nak dtg. appreciate org jemput. kita pernah kawen tau camne rasa if jemput beria tapi tak datang :)

♥ balkidz_hunny ♥ says:
at: 23 May 2011 at 11:00 said...

Wedding ko pun aku tak dpt pegi :( terkilan sgt!

Lagi2 sekarang aku dah dok jaoohh, wedding kengkawan ramai tul tak dpt pegi :( lagi2 yg dtg wedding aku siap tolong2 lagi. sadisss.

apetah lagi nak jumpe BBF kat wedding! ohh,tolonglah! rinduuuu!

Ms Head Over Heels says:
at: 23 May 2011 at 11:10 said...

Hi Hazlynda! Baru first time nak komen, before ni malu-malu kucing! ;p

Hmm..kadang-kadang tu kita bukan sengaja tak nak datang. Tapi kawan tu jangan la nak amik hati sangat, tak baik kalau nak balas balik.

I Like Plan B!!! hehe, I selalu buat macam tu kalau orang mengata ke, buat tak tau je. Lagi layan lagi menjadi. Buang masa dan tenaga. Just pekak kan telinga, pedulikan apa orang nak kata. Yang penting kita happy. :))

aTy _faRed~ says:
at: 23 May 2011 at 11:12 said...

exactly...dengki... buat tak tau jer.. kalau dilayan sampai biler pon tak abes..:)

0sh!Nz d' sen0r!ta says:
at: 23 May 2011 at 11:31 said...

redha saja la sis.. manusia tak pernah terlepas dari sikap dengki.. =)

Adila Yusof says:
at: 23 May 2011 at 12:27 said...

hye dear..1st time i komen ni..hehe..tp if terbalik mcm mana pula?i punyelah kemain pegi kenduri my fren dari die nikah sampai majlis die i ade dtg..n bg hadiah besar lg..bukan nak mengungkit tp ape die buat kat i time majlis i..langsung tak dtg..mintak maaf pun dh sebulan lps majlis dah..hadiah apatah lagi..betul2 i kecik ati..i rase utk my fren ni i kena buat plan A..lps ni ape2 majlis die i xnk dtg..aci x?haha

www.wnuruladila.blogspot.com

Mimy Hamid says:
at: 23 May 2011 at 19:07 said...

PHD = perasaan hasad dengki...agreed...hati mau ikhlas yer gi majlis kahwin.

anaztasias nora aira says:
at: 24 May 2011 at 05:01 said...

saya rasa bersalah tp bukan kehendak kita kan. bulan 6 ni ada 3 majlis bertembung dan jauh2 tp tarikh sama. saya sudah mula rasa bersalah nk pergi yg mana :(((

A.N.A says:
at: 24 May 2011 at 08:57 said...

selalu jd silent readers..btl byk wedding kwn2 masa study x dpt attend..huhuhu..sedih tp ada alasan yg mmg x mampu nk elak..tp bila kazen yg rapat x dtg dn becakap2 bukan2,mmg sgt terbakar..huhuhu..jd maka plan B terbaik..Buat Bodoh je..

Mawar misswateva says:
at: 24 May 2011 at 11:12 said...

aku mmg rase bersalah kalau x g wed yg da dijemput.x kesah lah gune e -card je pn..tp klu tak dpt dtg dgn reason and btol2 x bley elak, salunye pengantin paham kn..
tp skrg bile da dok melaka, ade jgk terlepas g wed membe2..

hurmm..tp klu x nk dtg wed org sbb dengki tu, taktau nk ckp pe..lg2 couz terdekat. klu aku jd ko, aku wt bodo jgk.lg layan, lg menjadi2..

rezki ko nk jmp niza kt tgh jln.hahaha.

FareeZan says:
at: 24 May 2011 at 14:31 said...

rugi tak datang kan yam. mkn sedap tgk kau yg cantek,amik gnba guna polaroid. hikhikhik

Miss X says:
at: 25 May 2011 at 20:16 said...

Hahahah betul! Itu temanya dengki. I tambah lagi two words: BUSUK HATI.apatah dlm girl friends, dah 10tahun berkawan pun mesti ada sorf yg ada sikap tu. Dan yg sorg tu sbnrnye dia tak jahat pun, cuma kalau tgk keadaan usually dia inferior, its not about the lv bag or tiffany ring actually but perasaan kwn2 nak kahwin, and she's not. Honestly sbb tu kalau with my grlfriends (5org) waktu lepak, if yg single tu ada we made a pavt akkan sembang kahwin. Sbb kami pun paham perasaan dia. Tulah dia, mmg ada kwn yg tak boleh tumpang happy bila kawan lain nak kawen, ada perasaan dengki tebuku bila kawan2 plan majlis... Secara semulajadi dia akan rasa meluat tiba2. Walhal b2b mmg lumrahnya nak bercerita. Kalau i, dpt tau kawan amik rizalman, hire ngi... I yg excited tak sabar nak snap photos! But abg kwn i come to my senses, skalipun ada yg pe'el gitu, kita sabar je. Biarlah dia taknpk nak jaga hati kita, kita cuba sedaya boleh layankan hati solo dia.... Nice entry lynda!

Miss X says:
at: 25 May 2011 at 22:06 said...

Chopppp typo ayat second last tu. Mana mtah motipnya dtg perkataan 'abg' tu. What i meant: but SBB kawan i come to my senses... Yada yada

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011