Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Thursday, 19 May 2011

Fikir dahulu

Assalammualaikum ;)

Hati saya tertarik untuk mengulas tentang ini apabila membaca entri dari blog Lyana, Renee dan Atia.

Ini adalah pendapat peribadi saya.

Hebatkah menjadi wedding blogger?

Sejujurnya sy sendiri tidak pernah melabel diri saya sebagai wedding blogger. Tujuan utama sy bersama blog ini adalah untuk mencatat bingkisan kehidupan yang saya lalui. Hari-hari sebelum saya bertunang dan seterusnya berkahwin, sy sudah mula menulis blog ini tetapi bagi kebanyakan orang, blog saya seperti sampah, tiada apa yang menarik dan mereka yang menjenguk blog ini hanyalah rakan setauliah UiTM dan mereka yang biasa memberi komen iaitu Anil, Yutaka dan Ejan.

Sehinggalah saya membuat keputusan untuk berkahwin, blog utama yang menjadi rujukan saya adalah blog Anil. Semua info tentang perkahwinan didapati daripada blog Anil. Ketika persediaan bertunang, saya hanya redah dan redha tanpa memikirkan keperluan dan kehendak saya. Setelah mengenali dunia "wedding blog" baru saya tahu apa yang harus dilakukan dan apa yang saya perlukan. Blog Anil sangat membantu dan dari situ saya mula untuk mencari link dan mula eksplorasi dunia blog. Apa yang saya tahu, apa yang saya perolehi, apa yang saya diy, saya akan kongsi bersama. Mempunyai teman blog mengeratkan lagi silaturahim dan di situlah bermulanya persahabatan antara saya dengan Nawal, Huda, Yaya, Atia, Jaja, Nasrah, Moose dan yang kalian semua (Kalau hendak disebut nama satu per satu, terlalu ramai) Persahabatan itu indah, bukan hanya di alam maya tetapi di luar juga ;)

Mengapa kita blog tentang persiapan hari besar kita?

Pada hakikatnya kita semua sama. Kita semua ke arah matlamat yang sama iaitu "berkahwin" Ya, berkahwin dengan pujaan hati kita. Melainkan kalau anak makcik yang kahwin lari dan membuat persediaan di saat akhir, itu mustahil. Kita berbelanja mengikut keperluan atau kehendak? Tidak perlu bersaing dan menunjuk-nunjuk. Jika kita mampu, apa salahnya berbelanja besar. Jika Bonda CEO Bank Rakyat, susah tentu dan pasti majlis saya di Mauritius. Oleh sebab berangan terlalu tinggi, impian tidak tercapai. Sedar diri atas kemampuan keluar dan diri sendiri, maka dilaksanakan hanya di Kelab Golf Perkhimatan Awam. Mujur sedar diri sekarang sebelum terlewat, makan diri sendiri.

Dari matlamat yang sama itu, kita semua berpecah pula kepada beberapa kategori. Kategori apa?

Dari segi rezeki, saya percaya kepada rezeki kahwin yang Allah telah janjikan. Tidakkah kita semua sedar bahawa rezeki kita datang dari Allah? Rezeki kahwin itu hak setiap individu. Allah telah tetapkan dan takdirkan perjalan seseorang itu. Seperti Kina, alhamdulillah rezeki kahwinnya melimpah dan beliau tidak pernah angkuh malahan sentiasa bersyukur dengan apa yang diterimanya. Janganlah pula kita sebagai kawan bercakap belakang, "Ah, asyik Kina je yang menang!" atau "Entah-entah dia jampi kot!" atau "Kasi chance la pada orang lain pula" Maaf Kina, itu perumpamaan sahaja. Kalau rezeki kita bukan pada pertandingan yang kita sertai, mungkin pula rezeki kita kepada persalinan yang mendapat potongan harga. Tidak dinafikan, alhamdulillah, rezeki kahwin saya datang dengan pelbagai cara, diantaranya adalah mendapat potongan harga menarik untuk persalinan saya dari Cosry. Bukan bercakap besar tetapi saya percaya pada diri sendiri, jika kita mahukan sesuatu, kita harus berusaha, rezeki itu tidak akan datang bergolek di hadapan kita. Hujan emas pun tidak mungkin akan turun, berhenti mengharap.

Kebanyakkan daripada apa yang saya hasilkan untuk majlis saya dilakukan sendirian, bukan berbangga pada diri sendiri tetapi kepuasan dalam diri saya. Dari lilitan bungan manggar ke papan tanda ke doorgift dan hinggalah ke perkara kecil juga saya ambil kira. Salah satunya adalah untuk menjimatkan wang dan memenuhi masa dengan sesuatu yang berfaedah. Lagi sekali disebut dalam teks ini, tentang sedar diri. Sy sedar diri kerana tidak mampu melantik seorang wedding planner yang boleh menguruskan segalanya dari a hingga z untuk saya. Hulur duit, saya duduk menghadap blog. Melainkan pula jika saya anak kepada CEO Bank Rakyat. Kedudukan dan taraf kehidupan yang berbeda, maksud saya sangat berbeda. Memang benar kata orang, "Kalau ada duit, semuanya pasti beres!" Dengan jumlah wang yang besar, apa sahaja yang kita hajati pasti tercapai termasuklah cincin berharga 24k, itupun kalau kita mendapat jodoh seperti datuk K. Kalian mahu menjadi seperti Kris Dayanti? tapi, kalau sudah jodoh, mana mungkin kita boleh menolak, tak begitu ;)

Kerajinan seseorang itu dalam menjayakan sesuah majlis juga diambil kira. Tidak kiralah beliau diy atau tidak, memberikan 1001% fokus terhadap majlis yang sekali seumur hidup. Detik seperti ini hanya sekali seumur hidup. Memang benar, majlis yang hanya akan berlangsung untuk satu hari sahaja tetapi memori satu hari itu yang akan kita ingat hingga ke akhir hayat. Sejujurnya, majlis itu tampak mewah dari mata kasar seseorang tetapi tahukah kita bagaimana pengantin itu merealisasikan impian cinderella nya itu? tidak tercatat dimana-mana tertulis bahawa majlis blogger seharusnya lebih meriah kerana mereka telah membuat banyak perbandingan, persediaan dan penyelidikan. Kalian silap. Medium blog ini memberi banyak manfaat kepada mereka untuk merealisasikan impian mereka. Kesungguhan mereka dalam persediaan membuatkan majlis itu meriah, kalau malas, kalian fikir ada senarai katering yang akan turun dari langit? Tunggulah hingga kiamat.

Secara peribadi, bagi saya, blog adalah satu medium yang digunakan untuk seseorang berkongsi kegembiraan, berkongsi kisah hidupnya. Tidak hairanlah bagaiman Hanis Zalikha mampu mencipta nama di dalam dunia blog dan seramai 26937 pengikut setianya. Tidak ada istilah atau syarat menyatakan,

"MAJLIS SESEORANG BLOGGER ITU HARUS LEBIH MEWAH BERBANDING DENGAN ORANG BIASA"

Di dalam ayat di atas, perkataan blogger dan orang awam itu adalah orang yang sama. Ada diantara kalian yang membaca blog anak raja yang menceritakan tentang persediaan majlis gilang gemilangnya? Kate Middleton juga tidak mempunyai masa untuk menulis blog. Kalau ada, sila nyatakan dan pasti saya akan menjadi salah satu pengikutnya.

Ini semua berbalik kepada diri kita sendiri. Sebelum bercakap atau mengemaskini status di facebook, adalah baiknya difikirkan tentang isu sensetiviti di kalangan masyarakat setempat. Tidak dinafikan, wedding blogger kian membesar dan apa yang dituliskan itu sangat menyentuh perasaan mereka.

Saya?

Saya mungkin tampak cool dan chillex di luaran tetapi adakalanya isu-isu sensetif ini harus diambil kira. Sy tidak mengiktiraf diri sebagai wedding blogger dan mengambil kesempatan untuk meluahkan apa yang terpendam dan saya juga menulis bukan kerana majlis saya sudah berlalu TETAPI sebagai seorang kawan, seorang "awam" dan seorang hamba Allah, saya kasihani mereka yang membuat kenyataan seperti diatas kerana disebabkan tangan (yang mengemaskini status), mata yang sengsara (membaca rintihan wedding bloggers).

Berhati-hati kerana kita tidak berfikir sebelum menulis kerana ianya datang dari isi hati kita.

Dengan mengikut kata hati ini, kita menjadi akrab dan seperti sudah saling mengenali atau mungkin kerana penulisan ini kita menjadi pendendam.

Senyum. Walaupun selepas mulut berkumat-kamit menyumpah ;)

23 komentar:

Hidayati Farhan says:
at: 19 May 2011 at 08:53 said...

tak tahu kenapa lah ade beza wedding biasa dgn blogger. dalam kamus pun mksud blogger bukanlah kaya atau grand. huu, tetbe isu ni hangatkan. sape lah punya tgn itu. nak babab sket

hazlynda kushairi says:
at: 19 May 2011 at 09:20 said...

YATI :
Jangan babab tangan dia, nanti Allah yang akan babab tangan dia. Dia mencetuskan suasana ini mungkin kerana populariti?

lovelyadibah says:
at: 19 May 2011 at 09:35 said...

nice~~...wedding blogger ah cool!eceh:)

LisaLisut says:
at: 19 May 2011 at 09:37 said...

well done lynda.
letih dah baca isu ni.cukup2 lah.
terasa plak pasal ktering list jatuh dr langit tu(terigt waktu cr katering seremban lol alhamdulillah dh dpt ;p)---tetiba haha!

biar jelah.mulut org tak bole nk katup.bye

fati says:
at: 19 May 2011 at 09:39 said...

LIKE

hazlynda kushairi says:
at: 19 May 2011 at 09:43 said...

DIBA :
cool ek wedding blogger? Aku nak jadi life logger ;P

hazlynda kushairi says:
at: 19 May 2011 at 09:44 said...

LISA :
Alamak, itu perumpamaan, taktau lak berkaitan ngan u. Ampun maaf dipinta ;) Mulut orang bukan macam periuk tapi besar macam belanga ;P

hazlynda kushairi says:
at: 19 May 2011 at 09:44 said...

FATI :
terima kasih ;)

Lyana MK says:
at: 19 May 2011 at 09:45 said...

woah!! tak bernafas membaca!! hikhikhikk!!!

kerana wedding blogger la tercetus nyer BBF sista!!

hazlynda kushairi says:
at: 19 May 2011 at 09:56 said...

LYANA :
BBF tercetus dari idea FF ;) Sebab BBF kita semua berkongsi maklumat dan idea. Mereka yang tidak tahu sahaja yang meletakkan label begitu.

cik senah says:
at: 19 May 2011 at 10:34 said...

:( Hurmm.. sedih benaq lahh dgn manusia yg berfikiran begitu dan meletakkan label sesedap rasa kepada wedding blogger sekalian.. :(

Pd chek, chek tabik ngan wedding blogger niee.. kerana..samada kalian semua sedaq atau dak.. kebanyakan "silent reader" (seperti chek) mendapat info dan idea DIY yg menarik daripada pembacaan blog2 wedding blogger sekalian..

Yalah.. chek akui..nak menaip serta "membukukan" kisah hidup, persiapan drp start dirisik oleh pujaan hati kalian, menjadi tunangan seterusnya menjadi isteri dan ibu.. bkn satu kerja yg mudah.. namun kalian semua kuat.. sabit tue chek tabikk..

Dan..suka utk chek tegaskan bahawa..sbg "silent reader" chek amat berhutang budi dgn wedding blogger sekalian yg ada.. :) terima kasih tidak terhingga na..kerana kalian byk membantu chek mengetahui apa yg chek sendiri tak tau dan kadang2 tak dan nak amik tau atas sebab kekangan masa yg melanda.. hehe.. ewah bahasa.. mcm lah chek nie perdana menteri malaysia pulak lagaknya.. haha..

Akhir kata.. teruskan penulisan berilmiah bg pembaca2 blog kalian yg setia.. Jgn pernah berhenti menulis/menaip yaa.. :) dalam ramai2 pembaca.. tak semuanya mengeji anda.. anda juga yg memuji usaha murni anda ini.. :) percayalahhhhhh.. :P

hazlynda kushairi says:
at: 19 May 2011 at 11:09 said...

CHEQ :
betul tu cik senah, lynda pun setuju. memang lynda akui juga, semua dan kebanyakkan info tentang persediaan semuanya dari laman web khususnya blog. Jimat masa, jimat duit.
terima kasih juga pada silent readers yang memberi sokongan. cik senah, terima kasih naa sebab sudi lagi jenguk blog caca marba lynda.

Nadya Zahid says:
at: 19 May 2011 at 11:23 said...

bg nadya..alhamdulillah dgn berblog..nadya jumpe kwn2 mcm korang yg byk bg support n exchange ideas....alhamdulillah sedikit sebanyak membantu nadya membuat persiapan untuk my big day :)

syazwani ahmad sibi says:
at: 19 May 2011 at 13:50 said...

kalu nk yg grant k ape k..,there shouldn't be a problem...wedding kite ape..,suke larh nk berbelanja bnyk mne puwn....kn??hehe=P

itu semua bergantung pd rezeki msg2 la..kn??lg puwn blog nieh tok share our thoughts, ideas n memories...xslh puwn....ramaikan kenalan...its gud what..

mulut oghang susoh benor dh controlnya...

kak lynda n others...,what is ur nex plan..??
wat bodoh okayh.....^_^

mimie96 says:
at: 19 May 2011 at 14:33 said...

salam lynda.sy mula membaca blog lynda bermula dr kisah perkahwinan kamu..sy mengikuti cerita lynda dn sy sgt enjoy... sy stuju dgn pndapat Lynda.dan pada sy..apa pn kita tulis dlm blog adalah bebas. terpulang pd indvidu untuk menilainya.jika kita suke, kite bole terus mmbaca.dn kalau tk suke. apa kata kite trus "blah" tanpa meniggalkan sebarang "note" yg bole mengguris pihak lain.

miss puteri says:
at: 19 May 2011 at 20:51 said...

panjang cerita nie. like2.. !! keep blogging! love u!hee

amy fahmi says:
at: 19 May 2011 at 20:57 said...

kalau tak baca blog tak tau mcm mana nak prepare kahwin. mesti blur je. :p

wedding blogger rawks la. kite tolong org kan. kan kan.

Mimy Hamid says:
at: 20 May 2011 at 09:20 said...

yer setuju ngan u..bukan cerita pasal kawen bermaksud kita bermegah megah..kita perlu jugak nak mencurahkan apa yang kita inginkan dalam perkahwinan...ini impian kita kan

cik senah says:
at: 20 May 2011 at 12:13 said...

lynda : sama2.. lynda antara wedding blogger yg chek ikuti sejak persiapan kawen.. sampailah ke la niee.. best..! :)

p.s : rindukan penulisan nahwal (iniperempuanjujur).. :(

K.I.N.A says:
at: 20 May 2011 at 15:00 said...

hehe..arap2 xd la cakap kina jampi..;P..rezeki masing2 kan lynda..kena selalu igt bila kite mengata orang, mungkin kite akan terkena di kemudian hari..

sebagai blogger nilai balik niat berblog..^_^..

well said lynda!

anaztasias nora aira says:
at: 20 May 2011 at 19:19 said...

linda, love ur entry !!! nak likeeeeeeeeeeeeeee sejuta kali. setuju rezeki datang dengan pelbagai cara :)

shukrin farahdiba @ ceklala says:
at: 23 May 2011 at 09:52 said...

blog kite dah sememangnye hak kite utk kite corakkan ape yg kite nak..abaikan mulut2 tempayan kat sekeliling tu sebab dorang sebenrnye dengki!

trust me kebanyakkan wedding blog yg ade sumenye menjadi inspirasi buat sume bakal2 pengantin kat luar sane, jadi sebenarnye anda sume wedding blogger dah dpt pahala percuma sbb tolong mereka2 yang memerlukan! hehe :)

harzharun says:
at: 25 May 2011 at 15:10 said...

ok..tlambat..aku br baca...fuhh..panjang!..tp aku baca satu2 dan stuju bjuta2 peratus!!!..n rasa nak print n hempas teks ko ni kat muka org yg suke mengata tu...

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011