Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Tuesday, 10 May 2011

Jalan cerita

Assalammualaikum ;)

Entri yang ringkas untuk hari ini kerana sy akan bergegas ke kantor. Semalam sy layari laman web ke laman web untuk mencari idea dan akhirnya sy terjumpa sesuatu yang ppelik tetapi menyeronokkan untuk menggantikan ucapan di buku tetamu atau lebih dikenali dengan panggilan manja guestbook ;)

Kos untuk melakukan hal ini sangat murah dan kalian boleh melakukannya sendiri. DIY, ya, Do It Yourself. Kalian hanya memerlukan kad yang lebih tebal daripada Double A seperti 140gsm hingga ke 200gsm, sudah memadai. Pilihan warna bergantung pada kalian sendiri. Kad tersebut dipotong mengikut saiz yang dihendaki dan sediakan pena yang berbeza warna bagi menceriakan kad kalian.

Apa yang harus ditulis oleh tetamu? Bukan sekadar ucapan yang biasa ditulis seperti;
"Selamat pengantin Baru. Semoga bahgia hingga ke akhir hayat"
"Have fun on your hornymoon!"
"We're happy for you. Happy Newly Wed!"

Apa kata kita tukar sedikit?

Sebaliknya, kita tulis pengalaman manis atau kenangan yang sukar untuk dilupakan atau yang mencuit hati kalian bersama pengantin seperti;
"Dulu masa kecil, Lynda selalu muntah di baju Uncle. Sekarang sudah besar dan jadilah isteri solehah"
"Masih ingat tak masa orientasi, kiteorg simbah korang dengan air longkang?"

Tulis apa sahaja yang terlintas di fikiran tetapi harus beringat, biarlah apa yang ditulis tidak menyinggung mana-mana pihak. Kalian faham maksudnya kan?

Alangkah bagusnya jika salah seorang daripada tetamu atau rakan kalian (teman rapat) memaparkan serita-serita mereka sebelum tetamu datang untuk memulakan trend tersebut! Mana tahu, ada diantara tetamu menulis memori kenangan mereka atau cerita lucu tentang kalian, pasangan kalian atau kalian berdua. Setelah menulis nota di kad tersebut, sediakan klip penyangkut baju yang berbagai warna atau corak. Sediakan tali
bagi memudahkan tetamu kalian menyangkutnya.

Bagaimana?
Pakukan di dinding mengikut lebar meja kalian. Tetamu boleh menyangkut kad cerita mereka di hadapan mereka. Setelah majlis selesai, arahkan seseorang untuk mengumpulkan semuanya di dalam kotak. Jika kalian seorang yg rajin dan menghargai kenangan itu, lekatkan di dalam buku (sseperti gambarajah terakhir) Buku tersebut tidak perlu seperti buku tetamu. Buku yang dibalut secara kreatif seperti gambar kalian berdua ke? Balut buku tersebut dan susun semula kad tersebut.


Selamat mencuba!


Pasti suatu hari nanti, bila kita baca semula kenangan yg ditulis, pasti ada yang mencuit hati. Inikan memori kita bersama tetamu.

6 komentar:

the girl next door says:
at: 10 May 2011 at 08:32 said...

Like =]

Hidayati Farhan says:
at: 10 May 2011 at 09:22 said...

goood idea lah lynda. tp cemana nk suruh ek. ke siap2 buat arahan mcm kertas peksa?

sila tulis kenangan manis anda dgn pengantin x lebih 80 pp. hehehe

shukrin farahdiba @ ceklala says:
at: 10 May 2011 at 10:10 said...

kenangan kene simbah air longkang?hahahah macam aku kenal jek ayat tu hehe

cik senah says:
at: 10 May 2011 at 10:22 said...

:) nice idea.. tq for sharing.. :)

K.I.N.A says:
at: 10 May 2011 at 11:03 said...

betul gak tu..bosan gak asyik tulis menda yang sama..tak habis2 slmt pgntin baru..haha..

zimie says:
at: 12 May 2011 at 15:40 said...

awww bestt!! lain dari yang lain.tak semestinya guestbook kan. ;)

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011