Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Thursday, 5 May 2011

laman sosial

Assalammualaikum ;)

Dahulu semua orang sibuk untuk punyai satu akaun friendster. Sy masih ingat dalam tahun 2003 ketika sy baru mengenal friendster. Owh, begini rupanya. Ketika itu, friendster merupakan laman sosial pertama (bagi sy) kerana dari situ kita masih dapat berhubung dengan kawan-kawan yang terpisah jauh. Kemudian mereka menarik perhatian pengguna dengan menggunakan background page dengan pelbagai rupa, terpulang kepada individu. Sy tidak tertarik dengan menukar sana sini dan kemudiannya sy mula mendaftar akaun myspace.

Myspace merupakan laman sosial kedua sy. Bagi akaun myspace, sy sudah berjuta kali buka dan tutup atas sikap cemburu bekas kekasih lama. Hurm, hendak bersosial pun tidak dibenarkan. Sy mula ghairah apabila jumlah di dalam senarai kawan sy mula mencecah seribu orang, walhal, hanya 40% sahaja kawan sy, selebihnya adalah org yang tidak dikenali tetapi sy approvedkan mereka! Asalkan jumlah kawan sy ramai. Apakah?

Kemudiannya dalam tahun 2005, sy sudah tutup akaun friendster dan myspace kerana diperkenalkan oleh seorang kawan sy, Aishah tentang laman sosial ini;


Facebook. Laman sosial yang tidak perlu diperkenalkan. Pada awal penglibatan diri dengan facebook, sy cuma punya kawan, tidaklah seramai ini, cuma tujuh belas orang sahaja.

Ada apa dengan facebook?

Pada awalnya sy sangat ghairah bermain game vampire. Dimana dari vampire hingusan terus menjadi vampire gagah perkasa. Jika ada diantara kawan yang memasuki bawah jagaan sy, sy akan dapat point. Ah, itu dulu. Waktu itu game ini sangat popular dan ini salah satu sebab sy gian untuk buka facebook siang dan malam, mengumpul mata dan menjadi yang teratas.

Hari ini, facebook sy sudah tidak seperti dulu. Hari demi hari, ramai yang sudah memiliki akaun facebook dan tidak hairanlah mengapa Malaysia menjadi negara paling ramai pengguna facebook. Kini, segala perhubungan melalui facebook. Apa sahaja, semuanya facebook. Perdana Menteri juga mempunyai facebook. Daripada tujuh belas orang, kini senarai kawan sy sudah menjangkau lapan ratus empat orang, itu pun sudah dicantas beberapa orang. Apalah hebatnya facebook pada hari ini?

Secara jujurnya, sy sudah jemu dan tidak tertarik lagi dengan facebook, tidak seperti dulu. Kini, sy hanya membuka facebook untuk group dan juga CBL. Itu sahaja. Jumlah kawan seramai itu tidak ada apa yang hendak dibanggakan, ada juga orang yang sudah beribu orang kawannya. Bagi sy, sy hanya approved jika anda rakan satu sekolah Sri Inai, Sri Utama, Convent, UiTM Perak dan Shah Alam, bloggers dan juga family. Kawan kepada kawan kepada kawan, sangat tidak diperlukan.

Harap maaf.

Ada juga diantara kawan yang hanya suka duduk didalam senarai tetapi tidak bertegur, itu juga digugurkan dari senarai kawan. 20% daripada mereka adalah para pelajar sy. Tujuan mereka adalah untuk tag sy di hasil kerja mereka. Jangan khuatir, sy sudah hide semuanya dan mereka hanya mampu untuk tag dan menghantar mesej. Ada juga diantara mereka yang sudah sy buang daripada senarai kawan kerana mereka menjaja, mereka dan menokoktambah cerita asal. Sebagai contoh, jika mereka membaca di status sy, "Dua minggu Husben tidak pulang" Ada pula Mak Joyah dan Mak Ketom yang menokok tambah cerita seperti, "Dua minggu tak balik tu, gaduhlah tu" atau "Ntah-ntah laki dia dan ada orang lain kat sana" atau "Baru kahwin dah tak balik"

Lihat.

Bagaimana sy tahu? Allah maha Mengetahui. Ada pula orang tengah yang kemudiannya memberanikan diri bertanya kepada sy, "Razmie kenapa tak balik, kau kan baru kahwin, korang gaduh ke?"

DANG!


Lihat lagi.

Ada juga yang tidak bertanya di facebook tetapi menyampaikan kepada kawan dan disampaikan kepada kawan yang lain dan seterusnya sampai ke telinga sy. Kalian masih ingat permainan bisik-bisik dari awal A hingga ke orang terakhir, apa jawapan yang kita perolehi? Orang A bilang, "Abu pergi ke kedai bersama Ali dan berjumpa dengan Amin yang merupakan suami kepada Aminah iaitu sepupu kepada Alia." Apabila tiba pada orang terakhir, "Abu p kedai ngan Ali pastu jumpa Amin yang dah de dua isteri Aminah dan Alia". Apa yang disampaikan itu sangat berbeda dan terkeluar semua ayat pasar dan diungkapkan dengan maksud yang berlainan. Sama juga seperti apa yang sy perkatakan. Apabila sampai di telinga sy, sesuatu yang kurang enak untuk di dengari.

Bagaimana mentaliti orang melayu kita? Dari status itu terus diadaptasikan kepada alam fantasi mereka. Sy sendiri tidak mengerti.

Ada juga diantara mereka yang tidak dikenali rapat menceritakan kisah malam jumaat mereka. Apakah? Bukahkah kita sebagai isteri, sepatutnya dan seharusnya menjaga maruah dan perihal rumahtangga kita. Tidak perlulah diceritakan segalanya di status facebook. Ini keterlaluan sehingga sy sendiri tidak lalu makan akibat geli. Tidak kurang juga mereka yang menulis ini di status mereka;

"Arini abg sayang balik nak masak makanan kegemaran dia"
"Ala, syg balik lambat, tido dulu lah"
"Terima kasih syg untuk malam semalam. Malam terhangat"
"Abg, malam ni ada lagi tak suprise? Jawablah @Mohd Fakruddin."
(nama di atas sebagai contoh)
"Tq hubby for the miracle night"

Oh tidak, sy tidak cemburu tetapi sy geli mmelihat dan membaca. Mungkin perwatak sy dan husben sangat berbeda. Romantik di laman sosial bukan kami. Baru hendak berjiwa romantik pun sudah tidak tahan gelak dimana kesudahannya tidak beromantika langsung! Tidak salah mereka meluahkan rasa cinta, kebrahian mereka tetapi mengapa di status facebook?

Oh, untuk beritahu satu dunia kehebatan cinta mereka.

Ada juga ahli keluarga sendiri membawa mulut dan cerita ini disampaikan dengan penuh emosi walhal di status tidak ada apa yang menyentuh tentang peribadi mereka atau ianya hanya satu kebetulan? Menjaga hati dan perasaan keluarga pula satu hal. Seperti sy, sy tidak reti menjaga hati orang, sejujurnya, sy seorang yang cakap lepas (lebih elok daripada cakap belakang) dan jika sy rasa sesuatu itu tidak baik, sy akan menegakkan keadilan. Itu hazlynda. Sy bukan seorang yang bercakap belakang, membawa mulut dan menjaja cerita dari satu makcik ke makcik yang lain. Jika mereka rasa apa yang sy tulis berkaitan dengan hidup mereka, terpulang. Itukan hak hakiki seseorang manusia, mereka kah yang berhak menghukum?

Apa yang sy ceritakan tidak ada kaitan dengan mereka di dalam senarai kawan, ini adalah contoh dan perumpamaan sahaja.

Dalam suatu ketika, sy sendiri sudah jemu dan mahu sahaja sy deactivate akaun facebook sy tetapi masih memerlukan untuk CBL. Atau mungkin, sy tidak akan aktif seperti dulu.

Seperti sy harus mencari hobi baru. Apa ya?

16 komentar:

neeza says:
at: 5 May 2011 at 10:15 said...

hazlynda :wahhh, padat dn bermakna ye entri kali nie :) sy suke. Sbnrye, mmg btl, sy sndiri naik jemu dn geli tgk status org2 di fb tu. sikit2 nk update. bukn cmburu, tp nyampah. itulah knyataan. FB skg membosankan. Sy giler blogging je skg. ini hobi br sy :)

shukrin farahdiba @ ceklala says:
at: 5 May 2011 at 10:27 said...

aku lagi jemu! siyes fb dah xde pa pe yg menarik skang ni. spam banyak! dah berpuluh kali aku dok deactivate then activate balik..tgk atas mood hahaha..kawan je ramai sampai dkt 2 ribu tapi bukan aku kenal sume pun. time aku ade masalah takde pun kwn yg 2 ribu tu dtg tlg..skang aku dok ade kt ym ngn blog jela hehe

Hidayati Farhan says:
at: 5 May 2011 at 10:30 said...

suka entry yg ni lynda. sgt bagi org celik mata. pd yg buat tu, baguslah kalau mereka terasa, hehe. kamu menegur dgn penuh hemah :)

Bake With Love says:
at: 5 May 2011 at 10:35 said...

wah, lynda dulu Sri Utama yer... which year dear?

lara says:
at: 5 May 2011 at 10:39 said...

lynda..
I feel the same way too..jom,cari hobi baru..apa ye?hmmm.

Sume y lynda cakap,kite setuju.n frendz list kite pn sikit jek sbb hnya add n approve org2 y dkenali....

N status cmtu klu ada,i block je org tu.hahaaha.

tqahmisdar says:
at: 5 May 2011 at 10:41 said...

totally agree.. paling bosan, kalau org berjiwang karat n frust menonggeng sepanjang masa kat FB tu.. tak salah buat status cmtu.. tapi janganlah setiap masa.. n hal peribadi tak usah lah cerita kot.. =)

now, tqa dah beralih ke twitter..lagi aman dan damai.. heee

achmal says:
at: 5 May 2011 at 10:46 said...

aku mcm ko la betty. bukan pade laman sosial jika nk romantik ngan suami. cukup suami isteri je tau :) ehhe
twitter jom!

intan says:
at: 5 May 2011 at 10:55 said...

lynda, totally agreed!!

terutamanya bab status tu. semua nk war2kan kt fb sampai orang annoying kan, pastu dikatakan kita pulak jeles, hahahha.

jooleata says:
at: 5 May 2011 at 11:43 said...

totally agreed..

nida-razak says:
at: 5 May 2011 at 15:23 said...

lynda..sgt agree..mcm2 benda xelok sbenarnya ngn fesbuk..sumenya sbb status..nida da deactivate fb, n now fokus blog saja.. =)

anaztasias nora aira says:
at: 5 May 2011 at 16:05 said...

agreed ! mak kepoh dalan diam mmg banyak dlm fb :)

amani.. says:
at: 5 May 2011 at 16:59 said...

ntahla sis plik kan manusia zaman skrang ni pantang tak bole tgk org senang skit..mulala stat create cte yg bukan2..

sis nk tau x..dlu qis ada bkwn dgn this 2 girl tau..sgt2 rapat then one day diorg ni tabur fitnah smp qis mmg down gler2 ar..

tp xpe..what goes around comes around..pengajaran dr cte d ats jgn mudah pcya dgn org..

ok mcm dh terpesong jauh kan..ala sje je nk story2 ngn sis..

fatihiah says:
at: 5 May 2011 at 17:36 said...

100% agree!!
Lunda, eh ehh, i call u lunda dah :P :P, fati dari aritu nak post entry berkenaan macam ni, tapi dok dalam draft je, tak terupdate-update.. sama lah kt, dah muak, dah bosan, macam makin tak menarik dah fesbuk skrg kan, sikit-sikit nak letak status yang entah apa-apa. lepastu, lagi sakit hati bila tag kita dgn ic yang entah apa-apa jugak, yang takde kena mengena ngan kita...eeeiiii!!!

ok, dah :D

LisaLisut says:
at: 5 May 2011 at 19:12 said...

bab beromantika di tampoi kat FB tu mmg tak bole blah.lg2 kalau spt contoh yg u ckp tu lah.bcz honestly to me,there's many ways to express or to tell the whole world ur love to ur spouse - seperti bg ayat yg mcm "kurg tunjukkan geli geleman tu". cover la sikit kan?takde la muntah hijau org baca.get the right words to use.cewah.ayat br abis training lol ;p

u takperlu deactivate sgt pn takpe.just hide or restrict wall to certain people or u block je update2 org2 yg u annoy tu .hahaha
sakit hati pun kurg.tak sakit mata.but its up to u.

my frens and fiance once,suggested me to learn how to sew -__- or mengait!u ada CBL apa.kire new hobby to layan.heeeee

Rilla says:
at: 5 May 2011 at 21:26 said...

Stujuuuu..hal2 rumah tangga tak payah nak cerita kat fb. kalau nak pun private message sudah [kot ye nak jimat tak nak pakai sms kan]

Syima Syaz says:
at: 9 May 2011 at 22:52 said...

hye linda..

ada 1 saja sebab kenapa saya still aktifkan friendster saya..sebab ada comment2 yang kelakar dari arwah kawan saya yang saya sayang. ITU SAHAJA...sms dah takde, video, gambar atau apa saja..semua dah takde.itu aje kenangan saya dgn dia...

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011