Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Monday, 16 May 2011

Menghormati

Assalammualaikum ;)

Terima kasih kepada semua yang memahami situasi dan keadaan di laman sosial facebook. Sy faham, kita akan lebih dekat lagi dengan adanya group BBF di facebook. Disana kita boleh berkongsi pendapat dan cerita. Apa sahaja dapat dikongsi bersama. Bukan sy tidak mahu tetapi sy mengikut kata hati, lebih baik menjauhkan diri sebelum terlewat.

Sebenarnya, apa yang membuatkan sy untuk lebih sikap berhati-hati dengan mengambil langkah berhati-hati serta bertindak positif adalah kerana penyalahgunaan facebook. Allah sudah memberi kita kesenangan untuk berkomunikasi dan berinteraksi dan Allah juga mengajar kita supaya meneliti serta menyelidik terlebih dahulu berita yang disampaikan kepada kita. Jangan tergesa-gesa mempercayai terlebih dahulu dan jangan terlalu cepat menafikannya sebelum membuat penelitian terhadap kebenarannya. Kita diberi akal yang waras untuk berfikir.

Lihat cermin, cermin diri sendiri.

Adakah kita sempurna? Adakah kita ini Tuhan yang menjatuhkan hukuman kepada orang? Adakah kita yang membuat kesimpulannya?

Mengapa menutup kesalahan sendiri dengan menyalahkan orang lain?

Takut jika terlalu tergesa-gesa membuat keputusan berdasarkan berita disebarkan menyebabkan orang yang diberitakan itu mendapat hukuman padahal dia tidak melakukan kesalahan pun. Dalan hal ini jelas berlaku penganiayaan dan kezaliman.

Berfikir sebelum bertindak.

Sebagai contoh, di akhbar dan di berita, soal tentang pelajar menumbuk guru atau guru menumbuk pelajar. Apakah isu sebenar? Mengapa hal seperti ini berlaku? Memang benar kata orang tua, zaman dahulu lain, zaman sekarang lain. Apakah kelainan diantara dua zaman ini?

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman, jika datang kepada
kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk
menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum
dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu
(mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu
lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Jika dilihat dengan mata kasar, seolah-olah pelajar itu yang bersalah kerana terlalu mengikut kata hati dan bersikap kurang ajar di hadapan guru iaitu pendidik bangsa dan negara. Pelajar dilabelkan sebagai pelajar tidak berdisiplin, pelajar jahat, pelajar tidak menghormati guru. Tetapi adakah guru itu menghormati orang lain? Di dalam teks ini, sy tidak membawa maksud guru menghormati pelajar. Mengapa guru harus menghormati pelajar? kalian percaya pada hukum karma? Sy percaya. Bagaimana murid hendak menghormati guru sedangkan guru sendiri tidak menghormati sesama mereka? Untuk menghormati seseorang, diri kita sendiri seharusnya tahu menghormati orang lain tidak kiralah tua atau muda, pangkat atau darjat. Di akhirat nanti, kita semua sama sahaja. Tiada bezanya.

Lihat lagi.

Anak yang tidak menghormati kedua orang tuanya. Sebagai contoh, jika kita memarahi anak kita merokok di usia muda seperti, "Masa aku dulu, itu masa aku tapi aku takkan benarkan anak aku." Bak kata orang putih, what goes around comes around. Apa hak kita untuk melarang dimana pada hakikatnya kita tahu di hari muda kita, seperti itulah perangai kita. Allah maha mengetahui, itulah balasannya. Bagaimana ibubapa kita menghadapi dugaan itu, seperti itu juga kita harus menghadapinya. Bagaimana untuk menghentikan rantai ini? Semuanya berbalik kepada diri kita sendiri. Tepuk dada tanya selera.

Lihat lagi.

Kalau seseorang menjanjikan sesuatu kepada kita tetapi tidak ditepatinya, apa yang akan kita lakukan? Yang paling penting, jangan cepat melatah, sebaliknya beristgifar dan berdoa. Jangan pula kita mendoakan sesuatu yang buruk seperti "Ya Allah Ya Tuhanku, aku berdoa dia kena langgar petang ini" Subhanallah. Orang jahat susah nak mati sebaliknya Allah memberi peluang untuk mereka berubah dan insaf. Janganlah kita berdoa sebegitu. Doakan agar kita akan terus bersabar dan ditetapkan iman. Sama juga seperti kes makcik, kalian masih ingat? Arwah Maktok mengajar sy erti kehidupan. Arwah seorang yang sangat penyabar. Dahulu kalau apa sahaja orang buat, mengata atau mencaci kami anak beranak, Arwah cuma bilang, "Bersabar Lynda, pergi solat tenangkan jiwa." Sy mendengar tetapi ketika itu mulut sy sedang jampi serapah kerana terlalu meluat dan pedih telinga mendengar. Arwah membuka mata dan hati sy. Sebab itu kisah makcik itu, sy sudah tidak mahu mengambil tahu, lagi dipanas, lagi menjadi. Apa yang sy mahu adalah Arwah tenang di sana bukan anak cucu bertelingkahan di dunia ini. Mereka lebih tua dan matang, sy beranggapan mereka mempunyai akal yang waras untuk berfikir. Sy menghormati Arwah Maktok. Ketenangan Arwah lebih sy utamakan.

Contoh lagi.

Seseorang yang tidak menghormati orang tua, di hari tuanya pasti balasan yang terima adalah setimpal. Dahulu, sy punya seorang jiran yang melayan ibunya seperti sampah. Nenek tua yang sudah bongkok tiga dan uzur itu gigih setiap langkahnya di dalam rumah. Apabila rumah bersebelahan, apa sahaja yang dimaki dan diherdik, jelas kedengaran di telinga sy. Nenek tua itu pergi meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Kini anaknya mempunyai masalah pendengaran dan anak-anaknya pula bersikap seperti mana beliau melayan ibunya ketika dulu. Ingat, syurga kita dibawah tapak kaki ibu. Apabila sudah berkahwinan, syurga kita dibawah tapak kaki suami dan syurga suami dibawah tapak kaki ibu bukannya isteri. Lihat, Allah maha Adil. Allah sudah memberi peringatan dan mengajar semua umat Islam supaya menghormati sesama insan. Tetapi kita ingkar dan lalai.

Kesal?

Sudahlah. Benda yang lalu usah dikenang. Sebaliknya kita memperbaiki diri hari demi hari. Sy juga tidak sempurna fizikal dan mental, nurani dan jasmani tetapi sy akan berusaha untuk menjadi isteri solehah serta anak yang taat pada kedua orang tua dan agama.

Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

16 komentar:

AIN MUSTAZA says:
at: 16 May 2011 at 09:46 said...

suka entry sis.boleh x nak share..
yup..sbagai manusia kita xde hak untuk berkata atau mnghukum sape2 kan.

hazlynda kushairi says:
at: 16 May 2011 at 09:48 said...

AIN :
boleh share tapi takot terkene pada org lain sbb ni random je ;)

K.I.N.A says:
at: 16 May 2011 at 10:12 said...

sokong!what goes around comes around!

hazlynda kushairi says:
at: 16 May 2011 at 10:25 said...

KINA :
redah and redha ;)

fati says:
at: 16 May 2011 at 12:26 said...

makin hari, makin cinta dgn ur writing ;)

hazlynda kushairi says:
at: 16 May 2011 at 12:38 said...

FATI :
thank you so much dear ;)

fika79 says:
at: 16 May 2011 at 13:52 said...

Lynda!!faham..erh apsal aku msg xbls..lm dah aku msg.

hazlynda kushairi says:
at: 16 May 2011 at 13:54 said...

NAT :
ko msg kat email ek? ok ok nanti aku balas. aduyai, aku kebusyan diri bulan ni. sorry babe!

farahfatihah says:
at: 16 May 2011 at 14:19 said...

mek aku hormati pendirian ko...kalau itu yg terbaik buat ko apa salahnya..apa2 pun, janji blog ko masih ada =) kalau blog pun xdak, rindulah jawabnya!

hazlynda kushairi says:
at: 16 May 2011 at 15:55 said...

FF :
HAHAHA aku dah tak masuk AJK BBF la ek?

Jan@Afzan says:
at: 16 May 2011 at 16:35 said...

saya suka entry lynda kali ini..bukan entry ni sahaja..yang lain2 pun i likkeeeee..

gud luck dalam usaha menjadi isteri solehah, anak yng taat...moga kita juga begitu hendaknyaa..amin

hazlynda kushairi says:
at: 16 May 2011 at 17:36 said...

JAN :
terima kasih ye memberi sokongan positif ;) Sebenarnya tulis mengikut hati pun perlu berjaga takut timbul isu atau mengecewakan memana pihak.

amani.. says:
at: 16 May 2011 at 23:11 said...

sis..thnks for that advice..kebnyakkn ur entry sgt2 meaningful bg qis..hopefully kak lynda takkan ttup blog ni pulak..nnt i kernduan hehe..
anyway take care dear...

hazlynda kushairi says:
at: 16 May 2011 at 23:34 said...

AMANI :
thank you so much dear. apa yang tersirat, dikongsi bersama. kongsi ilmu ;)

syazwani ahmad sibi says:
at: 17 May 2011 at 05:11 said...

kak lunda!!!!
totally suke banget giler ngn blog akak.....
keep on writing...n i'll be ur forever stalker..hehe

meh jln blog wani meh kalu sudi...
http://finallyisayyes.blogspot.com

hazlynda kushairi says:
at: 17 May 2011 at 18:03 said...

WANI :
thank you so much for your support ;) i dah follow u. happy preps, enjoy every moment ;)

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011