Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Tuesday, 17 May 2011

Mereka tidak akan faham

Assalammualaikum ;)

Masihkah kalian ingat entri ini - doa buat Nenda? Ya entri yang ditulis ketika saya berada di Hospital Sungai Buloh menemani Arwah Nenda setiap detik dan waktu. Kini genap setahun Arwah dimasukkan ke dalam Hospital.

Kenapa perlu dikenang lagi?

Memori itu terlalu indah untuk dilupuskan.

Genap dua puluh tujuh tahun saya hidup, dilahirkan dan dibesarkan di hadapan mata Arwah. Bagaimana hendak saya lupakan? Kata orang mudah, hati ini siapa yang tahu?

Buat pengetahuan semua, saya memang sangat akrab dan rapat dengan Arwah jika hendak dibandingkan dengan Arwah Tokwan. Dulu Alloy dilabel sebagai cucu kesayangan Nenda kerana selepas pantang, Nenda yang menjaga dan membesarkan Alloy. Tetapi pada hakikatnya, Arwah tidak pernah membezakan cucu-cucu beliau. Mengapa kami rapat? Jawapannya hanya satu, kami tinggal sebumbung dan 24jam bersama.

Selama dua puluh tujuh tahun bersama, terlalu banyak kenangan indah, manis dan pahit yang dilalui bersama. Dulu kalau Bonda marah saya, saya selalu mengadu kepada Nenda. Siapa bilang anak tunggal itu manja? Adakala dimarahi juga kalau ada silap dimana-mana. Bonda seorang pendidik, pendidik yang garang. Nenda pula seorang yang lembut hati dan suka melindungi saya walaupun saya buat salah. Apabila dimarahi Bonda atau sesiapa sahaja, sy akan masuk ke bilik Nenda dan mengadu kononnya nak lari dari rumah, walhal lari ke rumah Aunty yang terletak di hadapan jalan sahaja. Kerenah waktu kecil, mungkin pengaruh drama? Sudah, jangan salahkan drama pula.

Terlalu banyak kenangan yang hendak diceritakan tetapi berapa malam pula saya harus menail dan bercerita. Orang juga akan jemu dan bosan. Cerita tentang hubungan seorang Nenda dan cucu. Maaf untuk saya katakan bahawa saya sangat kagum dan menghormati Arwah Nenda lebih dari segalanya. Suara merdu Nenda mengaji setiap pagi, suara merdu bacaan yassin setiap malam, gurau senda, tawa tangis Nenda, sy rindukan itu semua. Di saat Nenda dimasukkan ke dalam hospital, ayat terakhir yang diucapkan kepada saya adalah "Kita p (hospital) esok" Nenda minta dirinya dibawa ke hospital keesokkan harinya bukan pada petang itu. Tetapi melihat keadaan Nenda yang agak kritikal, mereka berbincang dan akhirnya dibawa juga menaiki kereta. Sebelum pergi, Nenda juga bilang bahawa beliau ingin makan biskut marie dan air teh. Beberapa minit sebelum Nenda dibawa, sy menyuap Nenda biskut marie yang dicicah dengan air teh. Itulah makanan terakhir yang sy suap selepas Nenda bed-ridden dan makan melalui ryles tube. Sedih melihat keadaan Nenda.

Ketika di hospital, sepanjang berada di hospital, empat malam sy tidur bersama Nenda. Ketika hendak dibawa ke hospital, anak-anak beliau bertanya, "Mak nak siapa teman di hospital?" Jarinya meunding ke arah saya dan bilang "Lynda" Saya sama sekali tidak keberatan, kebetulan pula ketika itu saya sedang cuti semester. Bila difikirkan semula, ketika kecil, siapa yang menjaga jelum kepala saya ketika sakit demam selain Bonda, Nenda lah yang sentiasa di sisi sy walaupun ketika sy demam denggi dua hari sebelum bertunang. Inilah masanya untuk saya berbakti dan membalas jasa Nenda. Setiap malam, sy akan berjaga dan tidur di sebelah pagi apabila Bonda atau Aunty bertukar ganti menjaga Nenda, sy akan pulang ke rumah untuk tidur. Sepanjang Nenda tidur, tangan saya akan berpegang tangan Nenda suapaya Nenda tahu ada orang disisinya kerana ada pada suatu hari dimana sy turun sebentar memberi pas kepada Aunty, Nenda menangis di atas, difikirkan sy meninggalkannya seorang diri di hospital. Kasihan Nenda. Setiap empat jam, sy akan buatkan susu untuk Nenda, dimasukkan secara perlahan didalam tiubnya. Sadis melihatnya.

Kini Nenda sudah tiada. Nenda pergi buat selamanya. Tidak akan ada seorang pun yang dapat mengganti tempat beliau dihati saya. Masih ingat entri ini - Al-Fatihah buat Nenda tercinta, Hjh Mariam binti Ahmad? Arwah meninggalkan kami semua pada hari lahir sy, selang 5 minit sebelum sy dilahirkan. Sy pernah membuat entri mengenai ini di sini - the blessings. Cerita yang lebih kurang sama yang kian diulang, memori itu yang membuatkan sy berulangkali menulisnya. Disini juga, terdapat beberapa gambar yang menjadi tatapan tatkala saya rindu kepada Arwah. Sudah menjadi kebiasaan sebelum tidur dipanjatkan doa dan bersedekah Al-Fatihah kepada Arwah Tokwan dan Nenda.

Gambar dibawah diambil ketika Majlis Pertunangan saya pada 16 Ogos 2009. Arwah masih kuat dan masih bisa berdiri dan berjalan. Sembilan bulan kemudian beliau diserang stroke buat kali kedua selepas tahun 1972 (jika saya tidak silap).


Gambar dibawah pula diambil selepas selesai Majlis Akad Nikah pada 1 januari 2011 yang lalu. Selepas tamat sesi bergambar di luar selepas majlis, memang perkara pertama yang ingin saya lakukan adalah pulang semula ke rumah untuk memohon restu kepada Nenda selepas sah menjadi isteri Razmie bin Isa. Setibanya saya di rumah, perasaan tidak dapat dikawal, Arwah menangis, membuatkan hati saya sayu dan turut menangis. Saya memang seorang yang suka menangis.Mencium dahi Nenda, bersalam mencium tangannya membuatkan saya rasa lega mendapat restu dari Nenda. Orang bilang, menjaga orang tua sakit, kita akan mendapat pahala banyak. Bukan itu yang saya mahukan. Saya cuma mahu berikan Nenda yang terbaik, penjagaan rapi dan saya tidak kisah walaupun duit saya berhabis demi kesihatan dan keselesaan Nenda. Arwah berhak mendapat rawatan dan penjagaan yang terbaik dan saya akan pastikan!


Gambar dibawah pula adalah baju yang disimpan oleh Arwah Nenda. baju itu milik Ibu kepada Arwah Nenda yang masih elok dan cantik. Baju ini kini ada pada saya, disimpan elok di dalam kotak. Dulu semasa hayat Nenda masih ada, Nenda pernah bilang kepada Bonda, satu almari hitam beliau itu dipenuhi dengan cadar putih, telekung, kain batik panjang, kain putih dan semua itu adalah untuk digunakan apabila Nenda sudah pergi. Arwah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 00.50 pagi dan sementara menunggu siang, kami meletakkan cadar putih, kain putih sebagai alas tutup jenazah, seperti yang diminta oleh Arwah. Empat telekung yang diminta Nenda sedekahkan kepada mereka yang memandikan dan mengkafankan jenazah Arwah Nenda, kami turuti apa yang Arwah minta semmasa hayatnya ada. Alhamdulillah.


Gambar dibawah pula adalah kain batik yang biasa digunakan oleh Nenda ketika hayatnya ada. Sy mendapat dua helai kain batik Nenda. Satu digunakan ketika solat dan yang dibawah disimpan untuk kenangan.


Satu lagi peninggalan Nenda iaitu pokok duit. Kaum cina bilang pokok ini membawa rezeki dan tuah. Kami mempunyai beberapa di rumah. Tetapi yang ini adalah pokokk pertama dan dijaga, disirami dan dibajai oleh Nenda ketika hayatnya masih ada. Kini, Bonda menjaga dengan penuh kasih sayang agar pokok ini terus hidup dan alhamdulillah sudah tumbuh cabangnya (seperti gambar di bawah).


Setelah empat bulan Nenda pergi buat selamanya, jadual makan, kad rawatan dan senarai ubatnya masih tetap terlekat di tepi peti ais. Kami tidak mengubah kedudukan dan kami tidak mengusiknya. Membiarkan ia terus disitu. Benar kata orang, tidak elok kita meratapi orang yang sudah pergi, redha dengan pemergiannya. Sesungguhnya saya redha dengan pemergiaan Nenda tetapi sy tidak redha memori sy bersama Nenda pergi begitu sahaja. Itu sahaja yang saya ada.


Selain itu, ubat-ubatan Nenda dari hospital dan juga ubat sampingan bagi membantu Nenda, masih elok ditempat asalnya. Ubat didalam bekas juga tidak kami buang atau menambah. Alhamdulillah, sebelum Nenda pergi, semuanya sudah tinggal sedikit dan sepatutnya minggu berikutan adalah minggu untuk saya membeli lampin, susu, beralatan dan ubatan Nenda kerana saya akan membeli secara borong kerana harganya lebih murah dan boleh bertahan lebih kurang tiga hendak empat minggu. Suction, ubat-ubatan, sarung tangan semuanya masih kekal di kedudukan asal, tidak berubah. Cuma katil Nenda sahaja yang kami beri kepada orang yang memerlukan supaya tidak dibiarkan di rumah bahkan menolong mereka di luar sana.


Akhir sekali yang memang menjadi rebutan adalah bantal yang digunakan oleh Arwah. Selepas Nenda dipindahkan ke ruang tamu sebelum dibawa ke Masjid untuk mandi jenazah, saya segera mengambil bantal yang diletakkan pada kepala dan bantak tangan Nenda. Saya simpan di bawah katil kerana bimbang ada yang mengambilnya nanti. Sebelum Nenda pergi, nenda berpeluh dengan banyak dan bau kepalanya masih ada di bantal tersebut. Hinggalah Bonda mengambil sarung tersebut dan mencuci tetapi sehingga bau itu hilang baru boleh dicuci. Bantal ini yang menemani saya setiap malam. Rasa seperti Nenda ada bersama saya.


Memang benar kata orang, "Lynda, redhakan pemergian Maktok. Semoga Maktok tenang disana. Kita di dunia terus berdoa untuk Maktok" Sesungguhnya saya redha dengan pemergiaannya, sekurang-kurangnya saya diberi kesempatan untuk merawat dan menjaga Arwah selama lapan ke sembilan bulan. Saya sudah memberikan yang terbaik dan kini apa yang saya mampu buat adalah berdoa dan terus berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan semoga Allah menghadiahkan Arwah Nenda dan Tokwan jannatul firdaus. Semoga kita berjumpa di akhirat nanti.

Saya tahu, mereka di luar sana tidak akan faham apa yang saya lalui dan hadapi. Allah maha Mengetahui. Seandainya ada tangga ke Syurga, akan saya gagahi untuk berjumpa dengan Arwah.

Jumaat lalu, Arwah Ngah Okid (Datin Orkid Abdullah) telah pulang ke rahmatullah pada jan 12.45 tengahari. Hari ini pula, kami dikejutkan dengan pemergian Ngah Tai (suami Ngah Okid) yang telah pergi buat selama-lamanya pada jam 6.45 pagi. Ngah Tai merupakan sepupu kepada Arwah Nenda. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.

Al-fatihah.

18 komentar:

Reen Tart Nenas says:
at: 17 May 2011 at 19:12 said...

lynda, saye pun masih tak mampu lupakan arwah babah. masih teringat2 wajah die. kdg2, saye masih tak percaya beliau dah pegi. sedih, memang sangat sedih. kdg2, tiap2 hari juga air mata bergenang. tiada siapa yg akan faham. salam takziah utk lynda atas pemergian sepupu arwah nenda. saye baca di akhbar yg datin orkid dah meninggal pada hari jumaat, tak sangka hari nie baca blog lynda, dpt tau husband die dah menyusul. sedih bila baca yang jenazah arwah orkid dibawa kepada husband die sewaktu husband die kat hospital juga. kita doakan mereka tenang di sana, dan juga nenda lynda. bertuahnya mereka yang 'pergi' dulu, kerana insyallah, mereka lebih bahagia di sana.

hazlynda kushairi says:
at: 17 May 2011 at 19:49 said...

REEN :
betul tu reen. lynda setuju. tiada siapa yang faham perasaan kita kehilangan orang yang paling kita sayang. sejujurnya lynda memang rapat dengan arwah selain bonda. bile kite sudah bersama setiap hari, rasa kehilangan itu terlalu perit untuk disimpan. rindu, subhanallah, setiap hari, pernah sy berdoa supaya arwah muncul dlm mimpi sy.

Fahmi Ismail says:
at: 17 May 2011 at 19:53 said...

Al-Fatihah buat opah Lynda. Kita sebagai anak cucu dapatlah sentiasa berdoa, menyampaikan segala ilmu dan jariah yang orang tua kita amanahkan dan juga berbuat baik terhadap saudara-mara, dan sahabat2 orang tua kita. InsyaAllah

mamaleen says:
at: 17 May 2011 at 20:18 said...

takziah linda.. lama tak melawat blog ni..

Rilla says:
at: 17 May 2011 at 22:47 said...

I can relate to how you feel. Rilla pun rapat sengan arwah nenek Rilla. Teringat dahulu, setiap pagi dan petang Rilla akan ambil bacaan blood pressure arwah dan tulis dalam buku. Lepas tu susun ubat2 dia dalam bekas yang macam dalam gambar Linda tu. Rilla sanggup pindah sekolah sebab mahu temankan arwah nenek yang ketika itu tinggal berseorangan.Rasa ralat sebab dia tiada di hari bahagia Rilla nanti. Rindunya... Al Fatihah.

Nich Arwen says:
at: 17 May 2011 at 23:15 said...

Hai Linda,

I always follow your blog. Nice and very knowledgeable :).. tp bila baca post nie mmg sgt sedih... Saya sgt memahami mcm mana rasa kehilangan nenda yg disayangi...sbb sy pun kehilangan nenda pada Februari lepas. Mmg sgt xpercaya tp dia meninggal depan mata dan keluarga saya adalah yang paling lama tinggal dan saya membesar bersama dia.. kadang2 mmg sgt teringat dia n mmg akan menangis. Tapi xleh selalu meratapi nnt bengkak plak mata sbb selalu menangis :(... kita just doakan mereka ditempatkan bersama orang2 yang soleh dan beriman. Amin..

hazlynda kushairi says:
at: 17 May 2011 at 23:55 said...

FAHMI :
Terima kasih. Memang benar kata saudara, kita sebagai cucu sepatutnya berdoa, beramal, memberi dan mengamalkan apa yang disuruh agama. Semoga kita semua sentiasa diberkati dan dilindungi.

hazlynda kushairi says:
at: 17 May 2011 at 23:56 said...

MAMALEEN :
Terima kasih Mamaleen, sudah empat bulan pemergian Nenda cuma kadang kala pasti teringat dan tersentuh jiwa. Tidak apa jarang melawat, jangan rasa bersalah ya ;)

hazlynda kushairi says:
at: 17 May 2011 at 23:59 said...

RILLA :
Terima kasih Rilla. Betul tu, semua detik dan saat itu akan kekal di dalam ingatan. Tidak semua orang faham isi hati tersirat kita. Allah maha mengetahui. Takpelah, walaupun Arwah Nenda Rilla takde di hari besar nanti, dia pasti tersenyum bangga dan melihat dari jauh dan mendoakan yang terbaik buat cucunya. Mudah-mudahan ;)

hazlynda kushairi says:
at: 18 May 2011 at 00:01 said...

ARWEN :
Terima kasih Arwen ;) Sy tidak ada niat hendak membuat kalian semua sedih apabila membaca tetapi ini rintihan dan tulisan dari hati. Marilah kita bersama mendoakan roh mereka yang kita sayangi sentiasa dirahmati Allah. Amin.

LisaLisut says:
at: 18 May 2011 at 09:35 said...

i'm so saddddddddddd.i am sure u can be a good mother in future sbb sabar n ade experience jaga org2 sakit ni.huhu.kagum..

hazlynda kushairi says:
at: 18 May 2011 at 09:57 said...

LISA :
InsyaAllah. Mudah-mudahan. Experience makes me grow mature and respect, appreciate, cherish the olders. Suatu ketika nanti i pun tua, itupun taktau sempat ke tidak ;)

♥ balkidz_hunny ♥ says:
at: 18 May 2011 at 10:19 said...

Sedih aku setiap kali baca entry pasal maktok ko T_T
tabah lynda! aku tahu ko kuat!

hazlynda kushairi says:
at: 18 May 2011 at 10:26 said...

KIDZ :
Setiap kali aku kenang memori tu, hati aku sayu, aku berharap Arwah muncul dlm mimpi aku setiap malam tapi tidak pernah pun sekali :( Thanks babe for your support!

~ NANA ~ says:
at: 18 May 2011 at 13:55 said...

i paham lynda...nenda i pon baru meninggal setahun...dh la dia mmg stay dgn kitorg, sgt terasa bila dia pergi...bila tgk pic dia, rasa sayu sgt2...

kita doakan semoga nenda kita berada di kalangan org yg beriman k...amin

Nadya Zahid says:
at: 18 May 2011 at 14:26 said...

Lynda, sabar eh laling...mmg susah nak melupakan org yg paling kite sayang..mmg benar org ckp, org yg telah pergi kite kene redha..tp hati kite ni siapa yg tau btol x?
wlupe pon..u dah jg arwah nenda u sebaik mungkin...i pon xmampu nak jage mcmane u jage beb....
smoga arwah nenda u tenang di sana ye....i pon khilangan arwah nenda i pada 1/1/2011 coz heart attack..
sampai skang i masih xboleh lupekan arwah nenek i jugak...

Darling Aween says:
at: 18 May 2011 at 16:02 said...

reentartnenas dan lynda: harap kalian berdua tabah... i've been go through that feeling n experience also =)

smoga mereka tenang d sana.

Al-Fatihah

Reen Tart Nenas says:
at: 19 May 2011 at 16:59 said...

lynda, me too! hari2 doa supaya babah datang dalam mimpi. dapat jumpe kejap pun cukup la :(

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011