Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Thursday, 26 May 2011

Mereka yang hebat : RKMAF

Assalammualaikum ;)

RKMAF bukan perkataan tetapi mempunyai maksud atau erti.

RKM nama ringkas Rumah Kebaya Malaysia, manakala,

AF pula bukan Akademi Fantasi tetapi Ahmad Fairus Photography.

Dua nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi tetapi mempunyai tempat diantara mereka yang hebat.

Mengapa saya secara tiba-tiba tergerak hati untuk membuat entri ini?

Bukan kerana gambar saya sedang bergosip diambil oleh Ahmad Fairus.

Tidak! Tidak! Tidak!

Ada sesuatu yang membuat hati saya terpukau dan terpaku melihat hasil kreativiti mereka. Gabungan yang mantap dan mempunyai sayap yang besar untuk terbang lebih jauh. Kalian pasti setuju. Malangnya, saya sudah berkahwin.

Ahmad Fairus Photography

Nama beliau tidak perlu dihebohkan lagi kerana beliau sudah mendapat tempat dihati pasangan-pasangan yang mahu melangsungkan hari besar mereka. Sejujurnya, kali pertama saya buka blog Ahmad Fairus (AF) adalah ketika beliau mengambil gambar
post wedding Cik Puan Zaila di Fullhouse. Sangat cantik, sedap mata memandang, menjamu setiap keping potrait yang diambilnya. Ini bukan membodek tetapi pujian. Setelah itu pula sy mengikuti peraduan free outdoor anjuran beliau. Mahu menyertai, sy seorang yang tidak bertuah, sedih kan? Ketika itu sy melihat entri dari Dytia, sy memang suka entri dari beliau iaitu salah seorang pemenang free outdoor itu. Tahniah juga kepada Kina dan juga Oshin ;)

Harga yang ditawarkan sangat menepati dengan gambar yang dihasilkan. Pasti tidak akan mengecewakan kalian. Ada juga sesetengah blogger yang mengambil AF sebagai OP mereka dan gambar mereka semuanya indah dan setiap detik dan langkah dan aksi spontan itu diambil untuk 1001 kenangan.

AF mampu menghasilkan sesuatu yang unik dengan bakat, kreativiti dan ilmu yang ada. Dari sudut pandangan sy, beliau sangat berbakat dan ideanya meluas. Sy memang dari dulu sukakan white space dan clean pictures. Mungkin gambar-gambar dibawah ini memang menjadi pujaan hati sy kerana fokusnya hanya pada mempelai, keindahan raut wajah dan seri pengantin seseorang itu. Tidak sy nafikan, sy hanya kelihatan sangat cantik ketika hari besar kerana dihias indah dan serinya ada ;)

Kalian setuju?

Sudah. Mari kita lihat.

Dan ini pula idea yang paling sy suka, hasil daripada AF.
Sesuatu yang unik, berbeza dan mempunyai idea yang luar jangkaan.

Dan ini pula adalah gambar yang pertama dilihat dan menarik minat sy untuk terus melihat yang lain ;)

Rumah Kebaya Malaysia

RKM tidak perlu diperkenalkan lagi. Seperti yang sy maklumkan, satu gabungan yang mantap. Kali pertama sy melihat hasil rekaan RKM adalah persalinan milik Anil. Baju Anil sangat cantik dan warnanya pastel, memukau hati sy. Kelembutan pada fabrik dan warna tersebut, dengan Anil yang berkulit putih gebu, sangat cantik dan anggun apabila mengenakan persalinan dari RKM. Gambar dibawah diambil dari fb Anil yang sy simpan buat rujukan persediaan hari besar sy yang dahulu ;)

Cantik bukan?

RKM kini sudah mempunyai nama di kalangan wedding bloggers. Sebut sahaja RKM, semua orang tahu. RKM adalah yang pertama di dalam senarai butik pilihan sy tetapi akhirnya sy memilih Cosry. Sy mempunyai alasan dan citarasa tersendiri dengan Cosry. Itu berbeda.

RKM juga mampu menghasilkan kebaya dari negara jiran. Beads yang cantik dan berat membuatkan sesiapa sahaja ingin menempah di sini. Lihat sahaja gambar dibawah, beads dan patching yang ada sangat kemas dan cantik ;)

Ini pula adalah kegemaran sy. Baju yang elegen dan veil yang patchesnya banyak ;)

Harga?

Bagi AFP, untuk dua event, harga kurang dari RM2k

Bagi RKM, harga bermula dengan RM599

Tunggu apa lagi? Serbu ke,

Ahmad Fairus Photography


Rumah Kebaya Malaysia

Semoga mereka yang hebat ini terus sukses!


Ingin tahu apakah ini?

6 komentar:

0sh!Nz d' sen0r!ta says:
at: 26 May 2011 at 11:14 said...

idea sis dytia memang meletop kebabom!! tapi kite masih dok korek2 idea lagi. sis, sila sumbang idea kreatif kamu pada saya. ehehe.

kite pun suka gila tengok koboi naik kuda tu dan baju sis anil juga..

miss puteri says:
at: 26 May 2011 at 12:38 said...

saya sgt suke!hehe.... cara lynda review pon sgt best!suka jugak!!. Peta dah nak siap!hehe. tunggu edit sikit!hee... tak sbr!

♥ balkidz_hunny ♥ says:
at: 26 May 2011 at 17:33 said...

at first, aku memang nak AF shoot utk maternity shoot aku.
Tapinya, dia tak free time tue. plus nak gi umrah. huhu.
ade rezeki, nak jugak amik dia.

K.I.N.A says:
at: 26 May 2011 at 18:03 said...

gabungan meletup AF& kak sitti!..hehe..tak sabar nk berpost wedding ng both of them..hehe..

Mawar misswateva says:
at: 26 May 2011 at 22:12 said...

ehh..gamba kite begosip!
dan one of the baju dlm entry ni adalah baju aku...tetttt.x suprise da.=/

WillBemrs says:
at: 27 May 2011 at 16:04 said...

dorg mmg fames amos...! PR jgk bgusss...!

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011