Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Monday, 9 May 2011

Pengorbanan

1984.

Seorang ibu tunggal yang memikul tanggungjawab besar untuk menjaga, melindungi, memberi yang terbaik buat anak tunggalnya, beliau adalah Bonda. Bonda merupakan wanita yang tabah dan kuat yang pernaha sy temui di dalam hidup sy. Bonda telah membesarkan sy selama 26 tahun dengan hasil titik peluh Bonda mencari rezeki halal untuk memberi sy makan, minum, pakai dan pendidikan yang terbaik buat sy. Manakan sy bisa lupa semua jasa Bonda. Memori 27 tahun yang lalu terlalu pahit dan manis untuk dikenang. Keluarga sy tidak sempurna seperti keluarga kalian di luar sana. Sy dibesarkan dalam keluarga tanpa seorang ayah. Dibesarkan bersama dengan Tokwan dan Maktok. Dikelilingi oleh sepupu yang sangat akrab iaitu Alloy, Kak Long dan Ijad. Sehingga sy sendiri beranggapan mereka itu adik beradik sy dan sy yang bongsu. Bonda seorang yang gigih mencari rezeki dimana profession beliau sebagai Guru Matematik yang telah memberi rezeki untuk membesarkan sy.

1991.

Bonda seorang yang gagah, dalam usia muda menjadi ibu tunggal, Bonda tidak berputus asa dan sentiasa memberikan sy yang terbaik. Bonda tidak berkahwin lain kerana Bonda tahu dan yakin pada diri bahawasanya Bonda boleh membesarkan sy tanpa seorang ayah. Sy hormat dengan pendirian Bonda. Dahulu, pada tahun 1991, sy telah lewat didaftarkan dalam tahun satu, SRK Convent tidak membenarkan sy bersekolah di situ dengan alasan, "Alamat rumah jauh dengan sekolah" Dan disebabkan itu, sy masuk tahun satu lewat seminggu dan akhirnya Bonda menghantar sy ke sekolah swasta, Sri Inai (tahun 1-3) dan Sri Utama (tahun 4-6). Pembiayaan sekolah swasta pada ketika itu sangat mahal (bagi sy) dan sy tahu Bonda berusaha dan bekerja keras untuk menyara hidup kami dengan membiayai pendidikan sy lagi. Selama enam tahun sy mendapatkan pendidikan di sekolah swasta. Sy tidak seperti orang lain yang datang dengan kereta besar bersama supir. Sy dihantar oleh Bonda setiap pagi dan petang diambil oleh Pakcik teksi yang dibayar bulanan oleh Bonda untuk mengambil sy selepas sekolah. Rutin harian sy sama sahaja. Pulang ke rumah bersama Tokwan dan Maktok. Lewat petang atau sebelum Maghrib baru Bonda pulang, al-maklumlah Bonda mengajar di SMK Convent sesi petang.

1997.

Akhirnya sy berjaya memasuki SMK Convent, di mana sy satu sekolah dengan Bonda. Bagaimana sy dapat memasuki sekolah ini? Dengan alasan, Bonda mengajar di sana. Dahulu, Bonda pernah bertanya kepada sy, adakah sy mahu meneruskan bersekolah di Sri Utama atau berhijrah ke sekolah kerajaan bersamanya. Sudah tentu sy bilang, "Convent!" Sy tahu, setiap penggal, Bonda akan membayar yuran sy bukan seratus dua tetapi beribu. Kasihan Bonda. Alhamdulillah, permohonan pertukaran sekolah sy diluluskan. Sy bersekolah di Convent sehingga tamat tingkatan lima. Siapa bilang satu sekolah dengan Bonda itu sesuatu yang menyeronokkan? Apa yang seronok adalah Kak Long, Ijad dan sy di dalam satu sekolah. Sepanjang lima tahun di sana, Bonda tidak pernah mengajar sy, untuk mendapatkan tips soalan matematik, jangan mimpi! Soalan peperiksaan dan ujian bulanan disiapkan di sekolah. Tetapi apa yang pasti apabila sy pulang dr rumah adalah, latihan Matematik. Bonda akan meyediakan buku latihan dan setiap apa yang ditandakan homework harus disiapkan sebelum Bonda pulang dari sekolah. Tiada toleransi. Alhamdulillah, Matematik A dari UPSR hingga ke SPM tetapi tidak pula sy memilih akauntan atau apa sahaja berkaitan dengan matematik. Aneh. Minat lebih ke arah seni. Seni itu indah.

Apa yang tidak menyenangkan apabila satu sekolah dengan Bonda adalah;

"Ala, anak Cikgu, mestilah jadi Pengawas!"

"Ala, anak CIkgu, mesti dapat soalan bocor"

"Anak Pn Azimah? Patutlah cantik" -
Ok, ini sy tipu ;P

Satu sekolah tidak bermakna diantara kami tiada jurang. Di sekolah, sy masih memanggil Bonda dengan gelaran Pn Azimah. Apabila tiba di bilik guru, tock tock tock.... "Pn Azimah ada Cikgu?" Seorang lagi Guru menjerit dari luar, "Mamaaaaaaaaaaaa, anak nak jumpa."

Lihat.

Sy masih memanggil Pn Azimah walaupun beliau menjadi guru ganti di kelas sy. Tetapi apa yang menyeronokkan adalah sy akan pergi dan pulang bersama ibu, jimat kos pengangkutan tetapi hanya untuk sesi petang sahaja ketika sy di tingkatan satu dan dua. Meningkat ke tingkatan tiga, sy pulang bersama Ijad, beliau di tingkatan lima. Ada lagi yang menyeronokkan iaitu apabila duit poket sudah berkurangan, mujur ada Bonda di sekolah sehinggakan makcik kantin pun bagi air percuma ;)

2002.


Pada tahun ini, tahun pertama sy berjauhan yang amat jauh bersama Bonda dan Maktok. Tokwan sudah tiada. Arwah meninggalkan sy seminggu selepas peperiksaan PMR. Sy mendapat tawaran ke UiTM Sri Iskandar, Perak. Kali pertama sy berjauhan. Setiap malam Bonda menelefon sy, al-maklumlah, anak tunggal, anak kesayangan. Apabila hujung sem, Bonda akan datang bersama Nenda untuk mengambil sy pulang. Hati anak mana tidak risau apabila mereka berdua sahaja yang akan datang ke sini dan hanya Bonda seorang yang akan memandu pergi dan balik. Kasihan Bonda. Tiga tahun di sana, masa berlalu dengan cepat.

2005.


Sy menyambung ijazah sarjana dalam bidang yang sama di UiTM Shah Alam. Lega hati Bonda (sy tahu). Bonda menyaran sy untuk mengambil lesen ketika cuti semester sebelum menyambung belajar. Alhamdulillah sy punyai lesen 'P' Malu sungguh masuk UiTM Shah Alam dengan pelekat P di hadapan belakang kereta. Jiwa muda lah katakan. Masuk semester kedua, sy sudah mula berulang dari rumah ke UiTM dengan red cherry yang hilang kini sy masih menggunakan. Sangat berbakti. Susah senang bersama. Siapa bilang menjadi anak tunggal itu menyeronokkan? Siapa bilang menjadi anak tunggal, apa sahaja yang kita mahukan pasti akan dipenuhi? Siapa bilang anak tunggal itu sangat manja? Biar sy yang jelaskan. Sy, sama sekali tidak seperti anak tunggal yang kaya. Apa yang sy mahukan, sy harus berusaha sendiri. Bonda tidak pernah manjakan sy dengan wang ringgit. Kereta yang sy beli ketika di UiTM Shah Alam memang di bawah nama Bonda (hingga hari ini) tetapi setiap bulan, sy yang membayar. Ya, sekarang sy sudah bekerja, duit hasil dari titik peluh sy. Bagaimana pula ketika belajar dahulu? Sy telah bekerja sebagai temporary staff (temp) di Bristish Council. Sy bermula dengan Teacher's club temp dan kemudiannya ke Exam Dept dan kemudiannya ke Meet and Greet dan akhirnya sy mendapat kerja pertama sy di British Council juga. Ketika itu, mereka membayar gaji temp sangat tinggi. Sejam sepuluh atau lapan ringgit. Seronok! Duit yang sy ada digunakan untuk membayar kereta. Bayaran bulanan sy rendah kerana Bonda telah membayar deposit tinggi ;)

2011.

Bermulalah kehidupan baru sy sebagai seorang isteri dan Bonda melepaskan anak tunggal kesayangannya kepada orang yang bernama Razmie Isa. Berat hati apabila sy memeluk Bonda setelah selesai majlis akad nikah. Sayu kerana sy hanya ada Bonda dan Nenda ketika itu. Dugaan yang Allah berikan kepada kami sangat berat. Pada hari lahir sy, Nenda telah pergi buat selama-lamanya. Bonda seperti hilang dan lemah semangat. Selama 56 tahun Bonda hidup bersama Arwah Maktok. Susah senang, suka duka, pahit manis perjalan hidup ditempuhi bersama Nenda. Seperti kata orang, anak perempuan lebih akrab dengan Bonda berbanding dengan Ayahanda mereka. Sy setuju. Dari kecil hingga ke hari Nenda pergi, Bonda telah tinggal bersama, menangis bersama, suka bersama, ke mana sahaja, Bonda pasti membawa Arwah Nenda. Sy memahami perasaan Bonda walaupun sy hanya sempat merasai hidup bersama Arwah Nenda selama 27 tahun. Susah senang, suka duka yang kami lalui, tiada siapa yang memahami. Kini, alhamdulillah, Bonda sudah kembali seperti dulu. Mereka yang tidak memahami hati Bonda akan bercakap belakang dan mengata Bonda tetapi apa yang sy lalui bersama Bonda sangat dirasai. Arwah menggantikan tempatnya dengan husben. Husben kini sebagai ketua keluarga. Syukur ke hadrat Ilahi.

Dulu, dua tahun yang lalu, kami telah menyambut Hari Ibu di Port Dickson bersama keluarga sy iaitu Azizah + family, Azizul + family dan Azimah, Arwah Maktok dan sy. Itu adalah kali terakhir kami menyambut Hari Ibu bersama Arwah Maktok. Semalam merupakan Hari Ibu tetapi kami telah menyambutnya pada hari Sabtu, yang dikira sebagai Mother's Day Eve. Ide ini datang secara tiba pada hari Jumaat yang lalu. Sy hanya mencadangkan kepada Kak Long dan Ijad. Alloy tidak dapat pulang ke KL kerana harus bekerja pada hari Sabtu begitu juga dengan husben. Kasihan mereka. Pada pagi tersebut, sy bergegas ke One Utama untuk membeli hadiah buat Bonda tercinta (dan dimana sy juga terbabas membeli belah untuk diri sendiri, sorry husben) Tahun lepas tiada sambutan Hari Ibu kerana Nenda diserang stroke dan akhirnya dimasukkan ke dalam Hospital.

Sambutan Hari Ibu pada tahun ini adalah ringkas dan dihadiri oleh family sy iaitu Azizah + family, Azizul + family, Azimah + sy, Abg Din + Kak Shakila (abg kepada Alloy) Walaupun sederhana tetapi penuh dengan keikhlasan dan kasih sayang. Kami mengadakan bbq pada malam tersebut. Lokasi malam bbq tersebut adalah di taman rumah Aunty Azizah yang dihias indah oleh sy sendiri. Makanan dibawa oleh ahli keluarga yang lain. Sangat simple tetapi memori itu terlalu indah. Gambar-gambar di bawah diambil ketika malam tersebut. Kasih sayang, ikatan kekeluargaan, saling menghormati menjadikan kami bersatu. Hasat dengki, mengata belakang dan tidak berpuas hati akan membuatkan kami berpecah. Sy sayang keluarga sy. Setelah Nenda pergi, mereka sahaj yang sy ada, family Aunty Azizah, Uncle Azizul, Uncle Azman, Alloy, Kak Long, Ijad, Husben, family Husben dan............... MAMA! Merekalah cinta hati sy ;)

Semoga kalian tidak jemur dengan entri dan gambar² hari ini.

Menyambut hari kelahiran Kak Long yang baru memasuki golongan mereka yang berumur 30-an pada Jumaat yang lalu. Kita ditemukan sebagai kakak dan adik tetapi ditakdirkan sebagai sepupu. Walaupun tidak sekepala tetapi beliau memainkan peranan besar sebagai kakak sulong. Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-30. Semoga impian Kak Long untuk bertukar Jabatan tercapai. Amin. Dan akhir sekali buat Bonda tercinta. Bonda yang sanggup berkorban apa sahaja bermula sembilan bulan di dalam kandungan hinggalah anaknya mendirikan rumah tangga. Bonda yang sanggup bergadai nyawa dan bekerja keras untuk menyarakan anaknya sehingga berjaya. Bonda yang selalu memberi dorongan dan semangat buat anaknya. Bonda yang bersusah payah, bersuka duka, berkongsi bahu untuk anaknya. Bonda yang berkejaran ketika anaknya jatuh. Bonda yang berjaga malam ketika anaknya sakit. Bonda yang mengajar dan memberikan pendidikan yang terbaik buat anaknya.

Bonda yang sangat sy sayangi, Pn Azimah Yahaya.


Terima kasih Mama. Kasih sayang Mama disanjungi dan semoga Allah memberkati dan melindungi Mama hingga ke akhir hayat.

Amin.

21 komentar:

LisaLisut says:
at: 9 May 2011 at 09:19 said...

ok nak nangis. sbb mak i pn ibu tunggal yg tidak bekerja dan berjaya jugak menyekolahkan kami.sobsob.

btw mak u masa jd pengantin lebih kurg u muka dia.hehe

can i wish u selamat hari BAKAL ibu in advance.haha.org dh kawin bole dpt wish ni jugak kekekeke amin.

syanaim says:
at: 9 May 2011 at 09:58 said...

::ok lynda bg aku nangis pagi2 ni..sedih babe..uwaa..dah lah bonda ku pun ibu tunggal sejak ayah aku xder..:(..::

hazlynda kushairi says:
at: 9 May 2011 at 10:05 said...

LISA :
kemana lagi tumpahnya darah. phew! ramai kata i rupa mak, i loike! thanks for the wish babe. moga-moga BAKAL menjadi ibu satu hari nanti. Amin.

SYA :
Ala, takmo nangis. memori tu pengorbanan mak kite yg sanggup susah payah besorkan kite. Hargai selagi mereka masih ada kan ;)

AnaLyana says:
at: 9 May 2011 at 10:54 said...

aku baru pagi ni nangis... betty i'm proud giler ngan u n your mother.

sampaikan selamat hari ibu dri aku untuk your mother k..:)

0sh!Nz d' sen0r!ta says:
at: 9 May 2011 at 11:12 said...

arwah abah kite pun cikgu, tapi tak pernah satu sekolah dengan dia. ehehe.

sis pun cantik macam ur mom okeh.

~ NANA ~ says:
at: 9 May 2011 at 11:16 said...

ya Allah i sgt sebak baca ur entry ni...bergenang air mata kat office ni...u sgt tabah lynda! and i respcet ur mom

Bake With Love says:
at: 9 May 2011 at 11:27 said...

camne leh x pasan lynda masa kat Sri Utama yer... u must be really2 cute time tu... ni tgh cuba nk flashback lynda yg mana satuu.... hmmm..

btw, terharu baca entry ni... :)

hazlynda kushairi says:
at: 9 May 2011 at 11:53 said...

ANA :
takyah proud ngan aku babe. siapa dalam situasi aku, pasti akan buat mcm apa yg aku buat. Hubungan ibu dgn anak tu lebih kuat berbandaing ape saje di dunia ni. Selamat HAri Ibu babe!

OSHINZ :
thanks sis. ramai rupanya anak cikgu. bangga jadi anak cikgu ;)

hazlynda kushairi says:
at: 9 May 2011 at 11:56 said...

NANA :
i respect all the mommies in the world. i respect and love my mom more lah ;) thanks babe sudi bace.

BWL :
i wanted to reply you in the previous entry. Wondering u yang mana juga? same badge ke? I was there in 93-96. Sama badge dengan Nawwar, Annisah, Amelia, Hijjaz, Amrik, Hamzah, Nazira. Do u recognize them?

Nana Aris says:
at: 9 May 2011 at 12:04 said...

salam,

first time komen di sini..biasanya jadi silent reader shj =)pengorbanan ibu memang tiada bandingannya..Alhamdulillah masih diberi peluang untuk membalas jasa ibu..saya pon bekerja di BC..tapi jadi teaching assistant je..kerja pon hujung minggu je hehe

Bake With Love says:
at: 9 May 2011 at 12:05 said...

ohhh, i'm ur senior... i was there yr 95-96.. i was in the same class as Nadia, Kai Siew, Neesha, Fariza, Anita etc etc... Amelia tu sister Anita kan... and if i'm not mistaken Amrik is Neesha's brother... ker i got it wrong... i miss those days espc lunch time.. makan ramai2.. shared the same menu... :)

hazlynda kushairi says:
at: 9 May 2011 at 12:32 said...

NANA ARIS :
terima kasih sudi jenguk sini. pengorbanan semua ibu harus dihargai. tanpa mereka, kita takkan ada di dunia ni. eh, teacher's assistant ek? kat BC Jalan Ampang?

BWL :
ehhh yaaa!! u're my senior ;) Nadia is Nawwar's sis, Neesa is Amrik's sis and Anita is Amy's sis. What a small world. Siapa ni ek? Maybe i boleh ingat balik. I was skinny those days. Ya, i miss those moments, recess, celebrations, the dance, we were too fanatic on spice girls, bsb HAHAHA ;P

Bake With Love says:
at: 9 May 2011 at 12:59 said...

kan kan...... i still remember i helped out to choreographed tarian melayu during our CNY-HariRaya celebration kots... ok, sgt la xleh blah.... and guess what, i learn how to say supercalifragilisticexpialidocious masa kat Sri Utama lar... mula2 terbelit lidah... but prektis2.. dh bole ckp one shot.. sgt laa bangga tau! HAHA.... btw, I'm Shila... i tak sure u rememba me or not becoz dolu2 i pendiam sket( i rasa lah, hihi)... Mesti lynda ingat ngan Miss Jagjit kan?

hazlynda kushairi says:
at: 9 May 2011 at 13:09 said...

BWL :
Hi Shila. Eh, let's keep in touch by mail. Whats urs? HAHAHA supercalifragilisticexpialidocious i remembered that word! Pektis makes perfect BAHAHAHAHA Ms Jagjit! i ingat. Eh chup, siapa principal kite after Pn Halimah (yg from Sri Inai tu)? Eh, email me. Seronok!

Bake With Love says:
at: 9 May 2011 at 14:26 said...

You've got mail, babe! let's take it from there... karang flooded ur comment box with our donkey years reminiscence... hihihi...

weedeeit.co says:
at: 9 May 2011 at 14:51 said...

nangis sob* sob* sob
aku nmpak afif ali.ahaha.ada sekor anak tupa

farahfatihah says:
at: 9 May 2011 at 15:06 said...

meriah nye mek...best la...aku sedih xdapek nak sambut =( wish je la gamaknya

Nana Aris says:
at: 9 May 2011 at 16:28 said...

lynda : yup..BC jalan ampang tp im working on Sundays je =)

amani.. says:
at: 9 May 2011 at 19:40 said...

sebak bc entry sis kali ni..
mmg bkn senang jd ibu tunggal my mom pun ibu tunggal my dad pass away about 14 years ago..
tak ada spe yg tau mcm mn sshnya nk cri rzki sorg2 tanpa seorg lelaki yg bgelar suami..
qis doakan sis pun akn setabah bondamu dlm menjalani liku2 kehidupan di dunai ini..take care dear...

Reen Tart Nenas says:
at: 11 May 2011 at 12:43 said...

sedih sbb xdpt celebrate hari ibu pun :(

wanie aziz says:
at: 16 May 2011 at 16:11 said...

hai lynda...
love this entry...
yup, ibu adalah segala2 nya...
mak i pun ibu tunggal, da 4 tahun ayah meninggal selepas sakit teruk 9 tahun... mak i memang seorang yang superwoman, cekal & tabah dalam menjaga ayah... semoga kite semua akan menjadi seorang ibu yang cekal satu hari nanti...=))

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011