Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Tuesday, 3 May 2011

rindu waktu itu

Assalammualaikum ;)

MayDay yang lalu, genap empat bulan perkahwinan kami. Subhanallah, cepatnya masa berlalu. Dulu setahun sebelum majlis, sy sudah bersiap sedia dan merancang majlis sy sehinggakan ada di antara rakan-rakan yang bilang, "Eh, awalnya kau prepare, buatnya tak jadi" ada juga yang bilang, "Wedding kau lambat lagi kan, beriya sungguh!" dan ada juga yang bilang, "Wedding kau bila, next month ke?" Walau apa pun tanggapan orang pada persediaan sy, itu hazlynda. Sy seorang yang sangat details dan sy merancang majlis sy kerana majlis itu sekali seumur hidup dan memori yang paling indah untuk dikenang.

Walaupun majlis gilang gemilang itu berlangsung hanya dalam masa sehari tetapi mengambil masa tiga ratus enam puluh lima hari untuk menyediakan, sy sangat berpuas hati dengan apa yang sy kecapi. Majlis sy bukanlah yg gilang gemilang seperti anak Naza tetapi apa yang sy hendak, alhamdulillah tercapai. Kita semua mempunyai impian dan mimpi untuk merealisasikan majlis perkahwinan kita bukan? Begitu juga sy. Hasil titik peluh sy selama satu tahun ini akhirnya mendapat pujian daripada orang ramai walaupun ada cacat celanya. Itu adat sesebuah majlis.

Memang benar, majlis itu orang ramai akan berkata dan mengata selama tiga empat hari, paling lama pun tujuh hari. Sama seperti majlis perkahwinan anak Naza, sehingga kini, sudah tiada orang memperkatakan tentang majlis itu. Kini, orang ramai hanya membicarakan tentang dress indah Kate Middleton, isteri kepada Putera Williams. Royal Wedding yang telah diusahakan dan menelan sebanyak lapan puluh satu billion itu ketika ini hangat diperkatakan dan dikategorikan sebagai berita sensasi. Andai sahaja kita tunggu sehingga bulan hadapan, adakah cerita ini akan kedengaran lagi? Tidak bukan? Tetapi apa yang dilaburkan itu adalah kepuasan diri pengantin itu sendiri. Nak lak dari keturunan Raja, perbelanjaan mereka pasti lebih besar dari kita rakyat jelata. Tidak begitu?

Sebagai manusia, terpulang kepada individu itu untuk merealisasikan majlis mereka sebagaimana rupanya. itukan duit mereka dan rezeki masing-masing. Kita tidak punya hak untuk berkata apatah lagi mengata. Ingat sahaja pada hukum karma.

Tidak dinafikan setelah berkahwin, sy amat rindu pada persiapan yang telah dibuat. Dimana waktu ketika itu sangat cepat berlalu sedangkan kad belum sempat diedarkan. Kelam kabut, tak usah ditanya. Sy bukan superwoman atau wonder woman tetapi tanggungjawab dan dugaan yang diberi oleh Allah swt sangat besar. Tidak perlu diungkit kisah lama. Allah telah menentukan perjalanan hidup kita dan percayalah setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Dulu Bonda pernah bilang, "Eh, kenapa u tidur lambat? Macam final dulu kat UiTM." Tidur lewat, kelam kabut, perselisihan faham dalam family, itu semua lumrah ketika menjelang hari besar. Bagi sy, itu perkara biasa dan kita seharusnya memahami di antara satu sama lain dan tidaknya mendengar dari satu pihak sahaja sehingga meleret sesuatu perkara itu. Maaf, itu pemikiran tipikal.

Kalian yang sudah berkahwin, tidak kah kalian rindu pada waktu itu?

Sesungguhnya sy rindu pada waktu itu *sobs*


Rindu pada Arwah yang sudah pergi buat selamanya. Hari ini genap seratus hari pemergiaannya. Al-fatihah.

Waktu itu memori. Terlalu indah untuk diimbas kembali.

13 komentar:

nYomeL says:
at: 3 May 2011 at 11:42 said...

Rindu sangat waktu kelam kabut itu. Oleh itu, saya faham. ;)

Al-Fatihah buat arwah Nenda. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan berada dikalangan org2 yang beriman. Amin.

fati says:
at: 3 May 2011 at 11:45 said...

Yeap, btol! lepas kawen, memang rindu dengan renyah preparation nak kawen!

hazlynda kushairi says:
at: 3 May 2011 at 11:58 said...

BUSHRA :
rindu kan? cepatnye masa berlalu. sigh.
al-fatihah. amin. tengs babe.

FATI :
a'ah. kelam kabut, tidur lewat :(

miss puteri says:
at: 3 May 2011 at 12:04 said...

sekrg rasa tak cukup tangan, nak lynda design card pon tak sempat sebab tunang dah kelam kabut nak buat kad. huuu.....

ANET says:
at: 3 May 2011 at 12:10 said...

pasti rindu! tido tak cukup, dah tengahari baru mandi, makan tak menentu, rumah bersepah-sepah dengan kotak, etc etc hahahaha

al-fatihah. amin.

hazlynda kushairi says:
at: 3 May 2011 at 12:42 said...

PUT :
a'ah put, bulan ni lynda tight skit dgn final exam bebudak and events. sorry ek!

ANET :
betul, mkn tak menentu, tapi sy sempat mkn big mac BAHAHA ;P rumah bersepah, tak usah ckp lah, sy conquer ruang bawah.

amin. tengs babe.

K.I.N.A says:
at: 3 May 2011 at 13:04 said...

alfatihah...
lynda, sama la..seme cakap lambat lagi..huhu..at least tamau kelam kabut nanti kan..

0sh!Nz d' sen0r!ta says:
at: 3 May 2011 at 13:11 said...

al-fatihah untuk nenda.

suka cop burung tu.. comel okeh.

buat persiapan awal barulah dapat berfikir dengan tenang, kan?

choclairissa @ intan says:
at: 3 May 2011 at 14:31 said...

saye juga rindu part itu..rasa nk balik ke masa lepas prepare2 balik walaupun penat~

Hidayati Farhan says:
at: 4 May 2011 at 08:38 said...

kenapa saya rasa sgt bertenang skrg ini. mcm xde ape yg nk dibuat. shud i feel scared now? hehe

alfatihah

Reen Tart Nenas says:
at: 4 May 2011 at 13:18 said...

wpun saye tak byk DIY, tp saye tetap masih ingat kenangan busy mencari itu dan ini :) momen yg indah :)

nida-razak says:
at: 4 May 2011 at 22:49 said...

kenangan terindah seumur hidup kan...=)

~ NANA ~ says:
at: 5 May 2011 at 09:51 said...

wahhh mungkinkah i pon akan rasa camni bila dh lps wedding nanti? :)

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011