Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Thursday, 2 June 2011

Apa erti maruah?

Assalammualaikum ;)

Ada sesuatu yang hendak sy kongsikan bersama kalian. Semalam sebaik sahaja pulang dari berjumpa 2 orang sahabat sy, kami berkongsi satu blog yang menceritakan kisah hidupnya. Dengan tajuk yang sangat lurus ertinya, pasti ramai yang tertarik untuk selami apakah isi yang tersirat dan tersurat.

Secara peribadi, bagi sy, blog merupakan medium untuk sy berkongsi cerita, berkongsi idea dan berkongsi pendapat bersama kawan-kawan di alam maya, ada yang terdiri daripada kawan yang kita kenali, ada yang tidak dikenali, maka, apa sahaja yang ditulis harus diteliti dan diperiksa supaya tidak terlalu agresif ataupun sensetif. Sy tahu, hati orang kita perlu jaga, hati kita siapa yang nak jaga? Allah sudah ada rancangan terbaik untuk mereka yang melukakan hati kita, jangan risau. Sebaliknya berserah, redah dan redha.

Ada juga yang bilang, blog adalah diari harian digital masa kini. Apabila disoal semula, jika kita mempunyai diari yang kuno dimana kita akan menulis seperti;

Dear Diary,
Today I had a wet dream bla bla bla bla..... Oh it was so fun! bla bla bla

Boleh sy tahu, berapa ramai yang menulis begitu setiap malam sebelum tidur dan masih mencorakkan diari kuno tulisan tangan.

Berapa ramai?
Mungkin ada tapi 1 daripada 100.

Mengenai blog ini yang satu ini, penulisnya masih muda, masih mempunyai perjalanan hidup yang panjang dan masih mempunyai akal fikiran yang cetek dan tidak berfikiran panjang ini menggerakkan hati sy untuk meluahkan rasa kesal terhadap penulisan beliau. beliau mempertaruhkan soal maruah beliau walhal beliau sendiri yang menjatuhkan maruah beliau sendiri. Sadis. Beliau masih muda dan masih banyak yang akan dilaluinya ketika muda di peringkat sekolah, universiti, pekerjaan dan alam berumahtangga. Dengan meletakkan entri sebegitu, sekaligus mendapat 800 komen dimana ada yang positif dan ada yang negatif. Entri mengenai pengakuan dirinya sudah tidak ada dara asalkan ada maruah diri.

Apakah erti maruah diri bagi beliau setelah entri itu dipost oleh beliau?

Sy pernah terbaca dahulu, Allah telah menentukan hukuman zina bagi anak dara (yang belum pernah kahwin). Apabila perzinaan itu sudah terbukti, sama ada bukti kerana hamil atau dengan pengakuan empat orang saksi yang adil dan mereka sama-sama melihatnya dalam waktu yang sama, Allah menetapkan hukuman dera seratus kali.

Firman-Nya; Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat. (An-Nur :2)

Setiap lelaki ataupun wanita yang melakukan zina, kebetulan dia lepas daripada hukuman dunia yang sudah ditetapkan syarak, tetapi harus ingat, Allah sentiasa melihat perbuatan terkutuk itu. Tidak ada yang tersembunyi bagi Allah, Allah memang sengaja menangguhkan seksa-Nya bukan kerana membiarkannya atau kerana tidak mengetahuinya.

Firman Allah ; Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepada-Nya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit. (Ali Imran: 5)

Yang mengatur dam menetapkan hukuman zina itu melihat risiko ataupun bahaya yang terkandung di dalamnya kerana zina itu memang mengandungi bahaya yang terkadang boleh merosak akal seseorang. Dengan membuat pengakuan terbuka dan berbangga diri dengan pengakuan itu sebenarnya telah menjatuhkan maruah beliau dan juga maruah kaun hawa. Memang benar, di dalam dunia ini, kebanyakkan anak dara yang berkahwin sudah tidak dara lagi, mungkin ada, seperti yang sy bilang, mungkin 1 : 100. Jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Sebelum membuat tindakan yang tidak masuk akal dan menjatuhkan maruah itu, ada baiknya disimpan sendiri dan berbanggallah dengan suami yang telah menodai 15 tahun yang lalu. Itupun jika jodoh mereka kuat, jika tidak, mana mahu disorok muka yang bermaruah tinggi itu?

Sy menulis bukan kerana sy beranggapan bahawa diri sy sempurna. Tidak ada seorang pun yang sempurna di muka bumi Allah ini. Sedarlah bahawa apa yang kita lakukan akan dicatat oleh malaikat dan dihitung di akhirat nanti. Sy berasa sedih dan kasihan dengan penulis blog yang berani mati itu kerana dicaci serta diherdik dengan kata-kata yang menjatuhkan maruah dirinya sendiri. bagi sy, beliau masih muda, masih jauh perjalanan hidupnya. Diusia 14 tahun, sy tahu beliau belum matang dan hanya memikirkan keseronokkan di dalam hidupnya. Sebagai manusia, kita tidak seharusnya menjatuhkan hukuman kepada beliau, serahkan pada Allah. Allah maha Mengetahui.

Percayalah, apabila beliau sudah berkahwin, pasti beliau akan berasa malu dengan apa yang pernah diceritakan dan membongkarkan rahsia dirinya kepada satu dunia.

Apa sebab beliau membuat pengakuan itu?

Publisiti murahan?

Meraih pengikut?

Meraih komen tertinggi?

Menjatuhkan maruahnya sendiri?

Belajarlah dari kesilapan.

Buang entri itu, menjatuhkan maruah diri dan Islam.

Dosa anak yang belum berkahwin, ditanggung oleh Ayahanda.

Fikirkan tentang perasaan Bonda dan Ayahanda.

Ini pengakuan beliau.

ni lagi 1 punyaa hal . aku tau dlm dunia ni tak ramai ponpuan ada DARA. skrg susa nk dpt girl yg ade dara . aku kesah ape org nk pggil aku bohsia ? lau kau mara org pggil kau bohsia , means betol la yg kau tu bohsia . sedar sedar la weh .. jgn ingat dlm dunia ni aku srg je tade dara ! pkir sbelum ckp . YEAHH . aku jujor la dgn korang , AKU DA PERNAH MAEN ! puas ? ade ke org nak mngaku mcm ni ? takkan punya .. bia org nak pandang hina kat kita . asalkan kita adeMARUAH DIRI ! thankyou :)

Maaf, blog beliau tidak dapat sy berikan kerana ini akan menjatuhkan maruah beliau dan kita sendiri mendapat dosa apabila menyumpah dan mencaci beliau.

Tetapi sy pasti kalian pasti akan terjumpa blog beliau nanti ;)

Apa yang kalian fikirkan selepas membaca petikan itu?

Kita tidak boleh terus menghina, seharusnya kita yang membantu.

Tapi bagaimana?

27 komentar:

jooleata says:
at: 2 June 2011 at 08:50 said...

owh.. macam kenal blog sape.. smlm uyaa ade post kt BBF kan?

kanak-kanak dengan duniawi saja~

nadeera says:
at: 2 June 2011 at 08:51 said...

dah baca blog nie smlm..masih kebudak-budakkan..baru 14 tahun..tapi tula,benda tu yg d bangga2 kan dan mengaku masih ader maruah..

hazlynda kushairi says:
at: 2 June 2011 at 08:53 said...

JOOLEATA :
uyaa ade post ek? tidak pasti sbb sy sudah tidak ade dlm bbf. masih pra-matang penulis blog itu.

hazlynda kushairi says:
at: 2 June 2011 at 08:54 said...

NADEERA :
ayat dia tak sesuai dan tempat utk pengakuan poun tak sesuai. itu antara die dgn lelaki itu dan Allah. patutnya dia rasa kesal, sebaliknya berbangga diri.

reena says:
at: 2 June 2011 at 08:57 said...

I just hope apa yang budak tu lalui sekarang hanyalah satu fasa dalam hidup dia. Satu fasa yang akan ditinggalkan nanti. I know, some people melalui fasa 'zaman jahiliah' sebelum berubah dan kembali ke pangkal jalan..

CikPuan Fara says:
at: 2 June 2011 at 09:04 said...

masih terlalu mentah. baru 14 tahun. cara penulisan pun agak kebudak-budakan. aduyai. kasihan sungguh dengan parents dia kalau tahu :(

Bake With Love says:
at: 2 June 2011 at 09:19 said...

haih, yg sadisnya jadi pada Anak Melayu kita.... :(

hana yoriee says:
at: 2 June 2011 at 09:37 said...

ha ah..kat BBF ada post semalam.hurmm..setuju dgn kata2 lynda.

LisaLisut says:
at: 2 June 2011 at 09:48 said...

800 komen dah?smlm masa i jumpa br 225 komen.wowowowowowow.cptnya naik.hahahahaha

satu je yg terlintas. I KASIHAN DENGAN DIA.

tak mahu nk tambah komen kat blog dia. just harap dia sedar dan buang jelah.jgn menyesal kemudian hari. Haih...

everyone has their own dirty laundry.simpan jelah sendiri.adoi..

Amalina says:
at: 2 June 2011 at 09:51 said...

i read this blog too yesterday..ape yg aku fikir is..inilah realiti budak2 remaja zaman sekarang..compares to ours, we were more tertutup and masih ade sifat2 malu yg tebal di dalam diri. people always said, mempunyai sifat malu membuatkan org itu tidak maju..but bg aku, sifat malu itu perlu dlm diri seorang wanita utk membendung kite dari melakukan perkara2 sebegini..sadly..generasi perempuan sekarang sudah tiada sifat malu. terangan2 menunjukkan kesalahan yang dilakukan. astaghfirullah..

i know nobody's perfect..masing2 ade silap dan dosanya..and of course kite sentiasa memohon keampunan dariNya..dan berharap Dia akan menutup aib2 kita..tp yg ni..siap berbangga dan dicanangkan kepada semua orang

she's now 14..an age when a teenager turns to be a rebellion..but she will regret it one day, of course..hopefully masih belum terlambat untuknya bertaubat.

lynda..ur statistic 1:100 tu sgt mengejutkan! seriously..what have happened to our society?

aZeeMaH says:
at: 2 June 2011 at 10:09 said...

salam lynda...

saya pon dah terbaca blog budak umur 14 tahun tu...sangat menyedihkan dan membimbangkan apabila gadis semuda itu menulis sedemikian rupa.tambah menyedihkan lagi apabila dia kelihatan menulis entry itu dengan nada bangga tanpa rasa berdosa dan malu.moga allah membuka pintu hatinya utk bertaubat.ameen.

ayat tak berapa nak formal : awatlaaaa...apa nak jadi ngan budak zaman sekarang nih...serammm gituuu...ahakssss

Xora says:
at: 2 June 2011 at 10:46 said...

Budak baru nak up. kesian. baca balik post tu 10 tahun akan datang, tgk reaksi kamu macam mana, budak.

miss puteri says:
at: 2 June 2011 at 11:50 said...

put baca blog nie semalam. sedih dengan remaja mcm nie.. risau pun ada. sian mak ayah nya..

Nana Aris says:
at: 2 June 2011 at 12:40 said...

salam lynda,

bila manusia mula bermegah dengan kejahatan yang dilakukan, tulah tanda hampirnya akhir zaman..takut kan tgk budak sekarang..camne la zaman anak2 kite nanti..

Reen Tart Nenas says:
at: 2 June 2011 at 12:44 said...

tak patut tak patut tak patut. moga Allah bukakan pintu hati dia untuk bertaubat.

ANIeM says:
at: 2 June 2011 at 13:35 said...

Just found that blog. Dunia blog ni mcm2x boleh jadi. Kesimpulan, kalau btl2 dia yg tulis entry di dalam blog tu, semoga Allah tunjukkan jalan. Amin.

Mawar misswateva says:
at: 2 June 2011 at 14:25 said...

aku bace blog tu 2 ari lepas..kesian and menyampah pn ade ngn budak tu..tp mmg kne hentam teruk la..haiihh..manusia akhir zaman lynda.gitu la gayenye.

kelipkelipchumel says:
at: 2 June 2011 at 14:31 said...

mcm nk ckp something.tp mcm speechless.moga2 dak tu cepatlah wekap + delete entri tu.

CouLeur de Chiqu3 says:
at: 2 June 2011 at 15:25 said...

klo sume pompuan murah + xde dara gitu...rosaklah institusi kekeluargaan klo pemikiran+perangai gitu..itu sebab Allah mmberi hukuman berat kepas penzina..

berdoalah kita mmpu+boleh mnjadi kelurga syakinah dan berkembang jd masyarat madani untuk generasi akan dtg

mimie96 says:
at: 2 June 2011 at 16:11 said...

sama-sama kita berdoa agar itu budak diberi hidayah Allah swt.dan terbuka hatinya untuk kembali ke jalan yang diredhai Allah.dan sama-sama kita berdoa agak kita dijauhkan dari segala bala bencana.

mRs mysarah says:
at: 2 June 2011 at 17:15 said...

uhhh baru tau pasal ni! i dah sempat baca sume post dia, tapi now dia dah delete sume entry kontroversi. cuba tengok

lara says:
at: 2 June 2011 at 17:25 said...

kesian.budak2 kan.tp da tjebak dlm dunia y gelap mcm tu...

Childishnya...

harzharun says:
at: 2 June 2011 at 23:15 said...

mek...kdg2 risau aku bila come across benda2 gni...aku selalu jupe kes macam ni...sbb preggy mommy skang wajib gi dental check up..so, dgn secara x langsung, derang akan dtg jupe aku...sejak aku kerja, mmg ramai yg aku jupe pregnant tanpa rasa malu dan bsalah dlm umur masih skolah...sedih bila fikirkan balik..tu kira kau duk area pekan je tu..bkn bandar besar pun kan..tp byk sgt kes mcm ni....

bila dah pregnant ni, dgn sendri perasaan risau tu makin tebal..mampukah aku didik anak2 jd muslim yg betul2 islam...mintak dijauhkan semua tu...tp kadang2, mak ayah dah beri ilmu yg cukup..cuma anak tu yg masih tsalah ajaran..ntah lah...aku juz doa benda2 cmni x jd dlm keturunan aku dan org2 yg aku kenal...hurmm...

harzharun says:
at: 2 June 2011 at 23:16 said...

tgk dah salah taip.."tu kira aku duk area pekan"...hehe...

Fatin Fairuz says:
at: 3 June 2011 at 08:31 said...

lynda..kite dah baca blog tu gak semalam..tak pasal habes sume entry die kte dah khatam dah..mmg serius tak bole blah lah nak confess cam tu..kalo nak buat jahat sekali pun..tak payah lah nak heboh 1 malaysia ni..sorang simpan cukup lah..tak yah nak tunjuk sgt hebat pun dgn nak kepoh kejahatan tu...lagi org rase meluat..menyumpah..mengumpat..poyo..etc..etc..ade lah..Umur baru 14..PMR pun tak lepas lagi dik nun oit..silap² isu psl die kat internet ni mau boleh kasik kesan abadi sampai pas habes SPM..keje..sampai ke tua..

cik senah says:
at: 3 June 2011 at 08:38 said...

Lynda.. bila chek baca blog Lynda nie.. SATU ja chek pikiaq.. adik2 chek.. chek ni anak sulung daripada 9 adik-beradik (sorang dah pun meninggal dunia)...

2 org adik2 lelaki chek di usia awal 20-an.. seorg adik perempuan dah kawen.. dan 4 lagi adik2 perempuan chek yg muda remaja.. bila dibaca..diteliti pengakuan budak muda yg Lynda maksudkan tue.. Huishh! Mmg terasa gila..coz..chek ada seorg adik perempuan yg seusia dengan budak itu..

Mohon lah dijauhkan perkara2 tersebut daripada berlaku dalam keluarga chek dan juga keluarga2 di kalangan individu yg memberi komen di blog Lynda ini..

Apa yg pasti, chek berharap benaq budak itu insaf dgn perbuatannya..dan bknnya mendabik dada dan mencanang keburukan/keaiban dirinya utk bacaan semua org.. yg buruk pasai kita.. biaq kita & Allah saja yg tau.. yg baik pasai kita pun.. kita toksah dok canang kat org...sapa yg tau..tau lah.. hat taktau.. biaq pi lah kat depa nak kata apa pun kat kita..

Sekian..

hazlynda kushairi says:
at: 5 June 2011 at 00:53 said...

Kita doa semoga kita semua dijauhkan daripada ni semua. adik tu pun dah delete entri dia, moga-moga dia pelihara maruah dan berfikir secara matang.

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011