Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Monday, 27 June 2011

Awak ada PHD?


Situasi 1
Ahmad baru sahaja memasuki sekolah barunya iaitu Sekolah Sri Bestari. Di sekolah lamanya, Ahmad memang seorang pelajar yang cemerlang dan menunjukkan prestasi yang tinggi dan memuaskan. Di sekolah barunya juga, Ahmad masih mengekalkan prestasinya yang cemerlang, beliau tidak riak dan takbur malah berkongsi ilmu dan menolong yang lain. Di sekolah baru mahupun lama, Ahmad tetap mendapat anugerah peajar terbaik bagi setiap tahun.
Hati busuk terdetik,
"Ah, asyik Ahmad je yang dapat anugerah tu! Sekali sekala berikanlah kepada pelajar lain. Pihak pentadbir pilih kasih / pilih bulu. Ahmad kan anak emas sekolah ni, memang setiap tahun dia sahajalah yang dapat. Selagi dia ada di sekolah ni, selagi tu dia sahaja yang terbaik! Huh!"
Hati sy pula terdetik,
"Ambil cermin, cermin diri sendiri. Kalau awak rasa awak rasa awak yang hebat dan pelajar terbaik di sekolah itu, awak memang layak menerimanya. Pihak sekolah tidak akan sesuka hati atau dengan istilah awak gunakan iaitu "pilih kasih" untuk memberi anugerah tersebut. Anugerah diberikan kepada yang layak. Adakah awak layak? Hati dan mulut awak busuk, layak ke awak terima anugerah tersebut?"

Situasi 2
Elena seorang gadis yang peramah, cantik, berbudi bahasa daan sedap mata memandang. Elena selalu disenangi oleh rakan-rakan sekuliahnya dan mempunyai suami yang berkedudukan tinggi iaitu Seth Tan. Baik, ini kisah benaar, hanya nama ditukarkan, tolong jangan gelak *hehe* Disebabkan fizikal dan mental Elena yang cantik di luar dan dalamnya, Elena dicemburui oleh ramai wanita di Malaysia setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 hingga 8 malam. Betul tak?
Hati busuk terdetik,
"Ah Elena tu, baru je kenal ngan Seth Tan, dah dapat kereta mewah, rumah banglo, terus diajak kahwin! Untung badan. Cuba kalau kau tu 4G (gemok, gendut, gedebab dan gundu) sudah tentu Seth Tan tak pandang kau, sipi pun tidak! Kalau aku bomohkan kau, mesti Seth Tan berpaling tadah nak kan aku pulak -Yvonne" -eceh.
Hati sy pula terdetik,
"Sebab tu lah awak mati accident Yvonne! Sebab hati awak busuk, dengki tak tentu pasal, patutlah kau mati dalam kemalangan yang tragik. Ada pula akak-akak yang dah bersuami anak tiga tu, sudah-sudahlah mulut terkumat-kamit memaki hamun orang yang jauh lebih muda dan bergetah daripada awak. Jaga suami, macamana nak jaga suami, jagalah penampilan, janganlah umur 30 tapi nampak macam 40! Mari order Litchin dengan sy"

Situasi 3
Seorang akauntan yang sudah berkhidmat hampir 25 tahun di dalam bidang tersebut dinaikkan pangkat yang lebih tinggi. Kenaikkannya tidak disenangi oleh seorang lagi rakan akauntan yang baru 10 tahun bekerja. Si 10thn sentiasa menimbulkan masalah dan menghasut rakan kerja yang lain supaya membenci Si 25thn. Walhal dalam teks ini, jika Si 10thn tidak menghormati Si 25thn sebagai ketuanya, seharusnya Si 10thn mempunyai sifat dan sikap menghormati orang yang lebih tua, lebih tua dari segi usia dan lebih tua dari segi pengalaman.
Hati busuk terdetik,
"Ah, buat apa aku nak ikut cakap dia, dia rasa dia hebat? kalau dia hebat, biarkan semua kerja dia yang buat, biarkan dia tiada masa di rumah, sibuk sangat nak buat kerja, nak menunjuk dia boleh buat kerja lebih, haaaaaa buatlah! Padan muka kau, you deserved it, bitch!"
Hati sy pula terdetik,
"Siapa pun dia, tua ke muda, besar ke kecil, dia tetap orang atasan kita. Kalau kita tak hormat dia sebagai orang atasan, sekurang-kurangnya hormat mereka sebagai orang yang lebih tua dari kita, tua dari segi usia bukan pengalaman. Berbalik pada pengalaman, kita seharusnya menimba dan mendapatkan sebanyak ilmu daripada mereka yang sudah bertahun dalam bidang tersebut, dengan cara ini kita dapat memantapkan lagi prestasi kerja kita. Kalau yan gatasan sudah pencen, rasanya kita yang bawah mampu berbuat seperti mana mereka pernah lakukan? Bila mereka dah pencen baru terhantuk kepala. Waktu itu nak menyesal? Padan muka."

Situasi 4
Si Farid baru memulakan perniagaannya sebulan yang lalu, beliau mengadakan promosi pembukaan syarikat percetakannya itu. Salah satu tujuan promosi adalah untuk mendekatkan pelanggan dengan Farid dan juga untuk meyakinkan pelanggan bahawa mereka juga mampu memberikan yang terbaik.
Hati busuk terdetik,
"Ah Si Farid tu, sajalah tu bukan promosi nak tarik perhatian orang ramai pergi ke kedai dia sekaligus die dapatlah nama, popularlah kedai dia lepas ni. Habes la syarikat kita ni, dah tak jadi bahan bualan orang."
Hati sy terdetik,
"Allah sudah bahagiakan sama rata rezeki yang kita semua perolehi. Untuk mendapatkan sesuatu, menghasilkan sesuatu bukan mudah. Bukan mudah menyusur tangga ke angkasa, oh yeah. Bukan mudah. Dengan mengadakan promosi, itu adalah strategi pemasaran. Maaf ya, sy yang tidak mengambil jurusan business and marketing pun tahu apa erti promosi. Janganlah berdengki, sebaliknya beri sokongan. InsyaAllah rezeki kita ada juga bahagiannya."

Situasi 5
Si Marissa yang baru berkahwin mengikut suaminya bekerja di luar negara. Di sana, Marissa masih belom bersedia dan masih cuba untuk selesakan diri dengan persekitaran. InsyaAllah kalau ada rezekinya untuk bekerja, beliau pasti akan bekerja, tidak mahu membebani suaminya.
Hati busuk terdetik,
"Si Marissa tu besar kepala lah duk sana, taknak kerja, suami gaji besar boleh tanggung dia kat sana, tu agaknya dia rasa tak payah kerja kot! Kalau aku jadi Si Karim tu, aku suh Marissan kerja, belajar tinggi² pastu tak kerja, gila ke? Baik takyah sambung sampai masters dulu. Poyo."
Hati sy terdetik,
"Tidak tahu hujung pangkal cerita, terus buat kesimpulan sendiri. Ingat senang ke nak jadi kaya? Kalau kerja di luar negara, sudah di "cop mohor" sebagai "gaji besar" Sebesar mana gaji yang diperolehi? Dimana komitmen lain lagi yang perlu difikirkan. Kalau pun sebahagian gaji suami diberikan pada Marissa, itu memang Marissa berhak menerima nafkah bulanan dari suaminya. Apa yang hendak dipersoalkan? Masyarakat sekarang, sedap mulut sahaja kalau nak buat kesimpulan sendiri. Kasihan. Bukan senang hendak jadi kaya dan peroleh wang yang banyak tetapi memang senang orang lain mengikis wang si mahu jadi kaya itu"

Mereka yang mempunyai hati busuk, semuanya ada PHD.

Awak ada PHD?

Sy ada PMR sahaja ;) Perasaan Makin Rindu!

Sekian.

14 komentar:

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid says:
at: 27 June 2011 at 12:49 said...

hahaha~ biasalah tu..ramai sgt ade PHD..asalkan kite sendri boleh elak phd =)

hazlynda kushairi says:
at: 27 June 2011 at 12:52 said...

MAERA :
Kekadang geram ngan orang mcm ni, nak lak kalau kene pada orang yang paling kita sayang, rasa macam nak tumbuk muke die tapi sabor. Tup tup, Allah dah balas kejahatan mulut dia.

neeza says:
at: 27 June 2011 at 12:55 said...

Hazlynda : PHD nie skg makin menjadi2x. Lebih teroknye terdiri dari kaum melayu SENDIRI :( sob..sob.. sedihnye.

wanie aziz says:
at: 27 June 2011 at 12:57 said...

hehehe.... hai lynda....
sejak 2 menjak ni, elena, seth tan & yvonne x dapat dipisahkan dari penulisan awak.... i likeeeeee...... ^_^

biar la org dengan PHD diorg, kita kena pekakkan telinga, butakan mata jer ngan orang2 yang camni...

yang penting, kita bahagia.... ngeeeee =))

missbutterfly says:
at: 27 June 2011 at 12:58 said...

situasi 2 takley blah...nk jgk masukkan idola aku. hrhehe..aku pun ada pmr..humm...phd mintak jauh, nauzubillah..kalau phd doctor aku nak! hehe

K.I.N.A says:
at: 27 June 2011 at 12:59 said...

ada PHD tak menguntungkan apa2..PMR saja lagi bagus..:P

AnEs says:
at: 27 June 2011 at 14:01 said...

ramai je org camni..mana-mana jhe ada..plg selalu kalau tgok org rajin, dpt remars bos, mula la mengata..ceh, kalau da sendiri malas mana la nk dpt remarks yg baek2 kan?

Ms and Mr Red Ribbon says:
at: 27 June 2011 at 14:18 said...

lynda... PHD nie ape ahahaha saya je sorang yang blur :D

oshinz says:
at: 27 June 2011 at 15:06 said...

kite cume ade degree je. master pun belum abis. pHd lagi lah tak nampak bayang. ehehehe. manusia memang macam tu.

miss puteri says:
at: 27 June 2011 at 16:36 said...

hehe. PMR lah best! kejap je bljar.hee...best!

cik senah says:
at: 27 June 2011 at 16:52 said...

:) hehe.. suka penulisan lynda niee.. sungguhpun menggunakan nama watak yg bkn nama sebenaq.. tp, chek tauu.. situasi2 yg dikemukakan tue.. ada kena -mengena ngan org di sekeliling lynda kan..?

p.s : takpa lah lynda.. janji lynda bkn masuk kategori "PHD".. "PMR" saja pun takpa aihh.. :) ok apaaa.. hehe - selamat hari senin buat lynda.. :)

nida-razak says:
at: 27 June 2011 at 21:39 said...

nida ada PMR jugak!!! hehe.. =)

Cik Hazz says:
at: 28 June 2011 at 11:30 said...

org2 begini sentiasa aja ada dlm our life kan. mmg tak blh nak dielakkan kekdg. mmg menduga kesabaran & keimanan betui. sabaq je lah.
moga dijauhkan PHD dari diri ini. huhu~

http://cikhazz-is-writing.blogspot.com/

harzharun says:
at: 28 June 2011 at 22:19 said...

ko ni mek...nak jugk masukkan contoh nora-seth..haha...

suke term PMR tu!

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011