Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Friday, 3 June 2011

Berhenti berharap

Assalammualaikum ;)

Rasanya semua tengah demam cerita Nora Elena kan? Sehinggakan sy sendiri membaca kasih yang suci untuk mengetahui kisah selanjutnya. hendak tunggu di tv, memakan masa yang lama, tidak sabar untuk pengakhiran cerita tersebut.

Sejak tahun lalu, sy jarang sama sekali mengikuti drama bersiri di televisyen, al-maklumlah, sibuk dengan persediaan majlis dan juga menjalankan tanggungjawab kepada Arwah Nenda. Sy sempat mengikuti 3 episod terakhir Adamaya dan juga Cinta Kirana. Itu sahaja. Selebih waktu adalah untuk rutin harian sy sehingga sy tidak punya masa untuk berdrama ;)

Kali ini pula sy terpengaruh pula dengan drama bersiri adaptasi daripada sebuah novel iaitu Kasih Yang Suci oleh Meen Zulaikha. Ehem, sy sendiri baru mendapatkan buku ini kelmarin dan berjaya menghabiskan bacaan sy kerana tidak sabar untuk pengakhiran cerita ini. Sehingga sanggup mendapatkan buku!

Apakah yang mendorong sy sehingga ke tahap ini?

Drama bersiri yang diadaptasikan dari sebuah novel sama seperti Lagenda Budak Setan dan akan datang Ombak Rindu - ini sy pasti tengok kerana sudah dibaca berulang sehingga koyak novel tersebut. Musim Ombak Rindu ketika di UiTM dan juga cerita korea Fullhouse, sanggup ponteng studio 2 hari demi menghabiskan cd, Dalam masa 2 hari, bangun celik terus sambung fullhouse - pause - mandi - tapau di kafe pak din - play - hingga ke larut malam. Gila kan?

Di bawah pula gambar yang diambil dari blog Meen Zulaikha sendiri semasa penggambaran berlangsung. Gambar beliau bersama pelakon utama, sedutan di hospital, Nora Elena bersama Nilawati (kawan sekolah rendah) di klinik dan juga gambar Kak Pah!

Drama bersiri yang akhirnya menambat hati para penonton di Malaysia khususnya makcik² termasuk juga sy. Pada awalnya sy terikut drama bersiri Indonesia - Cinta Melody dimana pengakhiran cerita tidak berapa menarik dan sy telah berpaling tadah ke drama bersiri Nora Elena.

Tepat jam 7.00 malam, hati sy terdetik, sudah berbunga. Satu saja tujuan menonton iaitu;

SETH TAN

.......... yang dilakonkan oleh Aaron Aziz.


Apabila menonton drama ini, sudah tentu diantara kita yang akan mengomel seperti;

"Untungnya kalau laki aku macam Seth Tan!"
"Ya Allah, romantiknya Seth Tan ni....!!!"
"Cute gila Seth Tan ni, kalaulah aku dapat..."
"Bodoh betul Elena ni, suami punya hensem, baik hati, romantik, still nak ego"
"Untung jadi Elena dapat suami mcm Seth Tan"

Pendek kata, yang positif semuanya Seth Tan dan yang negatif semuanya Nora Elena. Yang untung semuanya Nora Elena dan yang rugi semuanya Seth Tan. Untung mendapat Seth Tan dan rugi mendapat Nora Elena. Faham maksud sy? Jauh di dalam hati, itu yang sy fikirkan setelah seminggu mengikuti Nora Elena - terlalu obses mungkin!

Di dalam cerita memang semua orang mengidamkan suami seperti Seth Tan tetapi apabila semua mendapati Seth Tan yang menodai Nora Elena sepuluh tahun yang lalu, semua pasti bercakap negatif walhal pada awal episod semua yang indah hanya pada Seth Tan. Itulah yang dinamakan drama, ya tidak?

Siapa yang tidak mahukan suami seperti Seth Tan, paras rupa yang kacak, badan yang sasa, mualaf, romantik, tidak berputus asa, sentiasa dulukan isteri, berfikiran jauh tetapi kuat cemburu. cuba bayangkan bila ada pula makcik yang bilang pada anaknya, "Ha, kau nak cari laki biar macam Seth Tan ni, senang hati mak nak lepaskan kau" Wah makcik! Kalaulah ada lelaki macam ni di Malaysia, mungkin 1 : 10? Makcik terlalu obses sehingga menggunakan perumpamaan seperti Seth Tan. Tidak pasal-pasal Seth Tan mendapat nama ;)

Semua lelaki di dunia ini sama sahaja, mereka mempunyai ego mereka tersendiri dan paling mereka tidak suka adalah menyamakan mereka dengan lelaki lain. Cuba secara tiba-tiba sy bilang pada husben, "Cuba awak romantik, kacak, tampan, gagah macam Seth Tan, sedap mata memandang." Sudah tentu husben akan jawab, "Itu setan, ini Razmie."Lihat, tiada orang yang suka disamakan perangainya sama seperti kita sebagai wanita. Tiba-tiba husben bilang, "Cuba awak jadi pendiam dan sopan macam ex-girlfriend sy" Huh, nak jawab apa? Pasti merajuk dan mengungkit, lumrah kehidupan perempuan BAHAHA ;P

Sy pun harus berhenti berharap, kadang kala bila sudah menghayati, terbawa ke realiti. Pada hakikatnya, itu hanyalah drama ;)

Terimalah mereka seadanya asalkan mereka terus mencintai, melindungi dan menjadi pendamping setia kita hingga ke akhir hayat. Lelaki, ada kelebihan dan kekurangan, tidak ada yang sempurna. Allah memberikan hak memimpin kepada suami, firman-Nya, "Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita" (An-Nisa' :34) dan Rasulullah s.a.w pernah memberi khabar kepada wanita yang taat pada suaminya, ertinya "Apabila seseorang wanita mengerjakan solat yang lima, berpuasa sepanjang ramadhan, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya, maka dikatakan kepadanya, "Masuklah ke dalam syurga dari pintu mana sahaja yang engkau sukai" H.R Ahmad dan Tabrani.

Lupakan sahaja.

Seth Tan hanya di dalam drama bersiri bukan realiti. Di alam sebenar, Seth Tan yang dilakonkan oleh Aaron Aziz, anak kelahiran Singapura sudah berkahwin dengan Diyana Halik pada Ogos 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Sudah. Jangan mimpi.

Kembali ke dunia realiti ya?

Syurga kita pada suami, jangan minta mereka berubah sikap dan sifat.

Cintai mereka seadaanya, Allah menjanjikan syurga pada kita ;)


27 komentar:

Xora says:
at: 3 June 2011 at 08:48 said...

Disebabkan adanya Aaron Aziz, kini saya boleh kata "Heii Aaron Aziz dalam surat khabor!!Nak baca jap" pada D yang selalu kata "Jap jap. Nak baca berita tentang Rozita Che Wan ni!"..

Tapi memandangkan Rozita dah dengan Shahir, D suka dekat Fazura lak, mentang2 gosip tentang dia besarkan boobs dia. Sigh~~

Iklan sekejap..

p.s ditulis dengan baik post ni :D

^^mrs.deana^^ says:
at: 3 June 2011 at 09:11 said...

dear,sblm ni pn i mls nk layan cte ni..sbb sblm ni i layn cte Cinta Antara Kita sblm Nora Elena ni,tgk2 sekilas eh mcm best plak..,las2 dh melekat plak tgk cte ni coz watak Aaron yg romantik 2!!!~phewww

psstt**dlu i pn gle bca novel2 cmni..Ombak Rindu ni rse mcm dh bca....

tqahmisdar says:
at: 3 June 2011 at 09:31 said...

stuju.. kena terima pasangan seadanya.. watak novel selalu buat kite berangan nak dapat laki macam Seth Tan..hakikatnye amatlah susah nak dapat lelaki yg sempurna sedangkan kita pun tak sempurna.. =)

LisaLisut says:
at: 3 June 2011 at 09:46 said...

hahahahahaha. i tau la malam td i post kt wall tunang i bole jd mcm seth tan x?hahahahahha

dia kata siapa setan?;p kalau semua nk jd seth tan siapa nk jd KR?;p

LOL. yes.laki tak suka di compare.ah perempuan pun sama.lol.

nyatanya dunia realiti isteri aaron yg bertuah dpt suami hensem dan penyanyang.lol.

tak sangka lynda layan novel jugak.high five ;p

shukrin farahdiba @ ceklala says:
at: 3 June 2011 at 09:52 said...

semalam paling bestla..bnyk sgt part2 romantik..memang aku dok cakap sendiri dalam hati..'kalola aku dapat suami camni memang tak tinggal dah n jaga betul2 nih!' hahaha sampai camtu skali penangan cerita ni kan hehe

miss puteri says:
at: 3 June 2011 at 09:52 said...

put layan novel! hehe.. cerita nie jarang tengok. semalam tertengok dan2 time sweet jeh..hehe.. (~_^)... selalu baca novel mesti emo sekali.haha..
*kembali ke dunia realiti*
lepas ni tamau tgok dah Nora Elena. sedih lepas nie.hehe

roeza says:
at: 3 June 2011 at 10:08 said...

mule2 tak layan gak cite ni..tp bile sekali dua balik keje bukak tv ade cite nora elena ni, makin lama makin melekat pulak..
isk seth tan ke yg rogol nora elena...penat berteka teki ngan watak amir yg agak psiko...:p
same here..musim crite korea fullhouse and novel ombak rindu...mmg tak ingat tidow...:p

waktu bujang kan mase tu..apedehalll:P

anyway, love your posts!
selalu bace tp biase tu silent reader aje!~

cheQmOomOo says:
at: 3 June 2011 at 10:26 said...

hahaha sumer obses ngn seth.. :D

hazlynda kushairi says:
at: 3 June 2011 at 10:32 said...

XORA :
hehe D pun suke baca gossip artis ek. Eh, betul ke Rozita dgn Shahir?
thanks babe, you, atia, asyhlla semua sumber inspirasi. kongsilah ttg mom to-be journey. seronok dgr. doakan sy gak ye. take care babe.

DEANA :
hehe membaca feeling skit sbb akan terus membaca, kala tv sejam je then tunggu lagi 23jam baru tau episod seterusnya. tak puas nk tau kesudahannya ;)

hazlynda kushairi says:
at: 3 June 2011 at 10:34 said...

TQAH :
kadang kala kita sendiri terbawa dalam penceritaan. cerita yg bagus dpt dihayati dgn bagus ;)

LISA :
maaf babe, serious i tak tahu yang u ada tulis tu pada wall KR. ampun! betul, dlm dunia realiti, diyana halik yang bertuah, bukan kita ;P layan novel babe, dulu mase mude dan sekarang demi nk tahu kesudahan, call mph ou terus booking, next day dtg ambil ;) gila kan?

hazlynda kushairi says:
at: 3 June 2011 at 10:35 said...

LALA :
jangan kata kau, aku pun kadang kala terdetik macam tu dlm hati. kasihan razmie. ni baru sedar ;)

PUT :
hehe sekarang die tengah bunga-bunga cinta. nanti dah tahu pregnant baru die tau seth tan yg menodai die.

hazlynda kushairi says:
at: 3 June 2011 at 10:37 said...

ROEZA :
terima kasih sudi baca blog caca marba ini. seth yang menodai elena. ala, tak suspen dah. tapi mase awal mmg muka mcm inspektor amir kan ;)

CHEQMOMO :
demi seth, balik keje on the dot ;)

farahfatihah says:
at: 3 June 2011 at 11:14 said...

aku pun suka seth tan ni hahahah suka tgk sbb handsome..hohoo tgk muka dia lama2 kan kotla bby muka iras dia nnti wakakakaka xbleh blah ayat aku

hazlynda kushairi says:
at: 3 June 2011 at 11:17 said...

FF :
BAHAHAHA tak tahan aku bace stetmen yang hujung tu. tengok lama skit, print size A3 babe.

lara says:
at: 3 June 2011 at 11:20 said...

lelaki mmg xsuke di compare ngn lelaki lain...

Tp sy...ms tgok nora elena,confirm berangan.hahaaha.xleh bla la..ala,bukan selalu nk berangan.ms tu je...tp mmg turut demam drama ni...

mimie96 says:
at: 3 June 2011 at 11:26 said...

LIKE! LIKE! MEMULE TK IKUT CTER NI.. LAST WEEK BARU TGK. SMLM DOK MELEKAT KT DPAN TV SMP IKLAN PN TK SGGUP TGGAL...

SY SGT TERUK BILE TGK PART ELENA SUDAH MULA TERIMA SUAMINYA.. BOLE NANGIS SORG2.. HUHU. EMO LAAA.. HAHA

hana yoriee says:
at: 3 June 2011 at 13:04 said...

huishh..mmg demam seth tan betol laa..haha..plg tak tahan episod smlm..

siap mintak ngan hubby nak seprais bunga 1 bonet jugak! haha..dia kata munge taik ayam leh x? tahan lama sikit..hahahaha..sume suami nampaknya jeleskan Seth Tan..huhu..

tapi betul laa..kita perlu berbalik pada realiti..dari awak kita berkahwin bersama pasangan kita, kita dah kena terima baik dan buruk diri dia..=)

Jan@Afzan says:
at: 3 June 2011 at 13:21 said...

as salam lynda.

Hehehe, ingatkan Jan & kawan2 je sibuk pasal Nora Elena & Seth Tan ni.. Baca blog Lynda, ramai rupanya yang ter"jatuh" hati pada Seth Tan..including me..lg2 episod semalam..ramai jugak yg menangis kegembraan dan skrip semalam pun bermakna juga.."Saya banyak dosa"..romantica Seth Tan ni..hehe.

Sifat yg ada pada Seth Tan tu bagus untuk ciri2 seorang suami...Bak kata Lynda, balik keje sekrang on time jek, sbab tak nak miss. Klu miss, tonton.com.my adeee! hehe

Dan memang setuju lah dengan Lynda, syurga kita pada suami..jgn minta mereka berubah sikap, kita kena terima seadanya..

Reen Tart Nenas says:
at: 3 June 2011 at 15:18 said...

tapi saye tetap nak bukak bonet keta pastu penuh bunga ros dalam tu :) hehehe

*berangan itu indah. ekekeke

saye dulu pun layan FULLHOUSE hoke masa study. giller betul!

♥♥relyza♥♥ says:
at: 3 June 2011 at 19:59 said...

alamak! ramai kan cair ngan sikap Seth Tan ni especially kaum wanita/para isteri/para ibu (coming soon after they have a baby)
hubby anor tak layan pun cerita ni. hahaha tapi verangan itu memang syiok!
walau apa pun, yang terbaik sure hubby kita kan kan

hazlynda kushairi says:
at: 5 June 2011 at 00:32 said...

LARA :
which is so true. even kite pun tak suke dorang comparekan kita kan? berangan tak salah tapi kadang kala terbawa dlm realiti ;P

MIMIE :
hehe pandai meen zulaikha buat kita semua nangis dan tangkap ke realiti kan? nak dibanding dgn lagenda budak setan, nora elena lebih touching ;)

hazlynda kushairi says:
at: 5 June 2011 at 00:34 said...

HANA :
nak juga satu bonet? sebab tu lah suami² kita malas nak ikut sama cerita macam ni sbb bini suka minta bermacam ;P

AFZAN :
lepas tengok cerita tu, adakala kasihan suami² kalau ade yang isteri minta jadi maca seth tan kan? Watak die mmg buat semua org jatuh cinta tapi dalam malaysia ni, dalam dunia, nan ado. mungkin 1 : berjuta ;)

hazlynda kushairi says:
at: 5 June 2011 at 00:36 said...

REEN :
hehe fullhouse mmg musim hangat time kite study dulu, eh, kite sebaya ek? eceh.

ANOR :
betul babe. kalau seth tan yg dibawa oleh aaron aziz mmg sifat sikap die macam tu, beruntung diyana halik ;)

harzharun says:
at: 5 June 2011 at 09:32 said...

hahaha...xsangka lak ko review sal drama....aku pun tengok x miss..tp aku suke bila tgk dgn hubby...sbb t kalo seth tan usik2 peluk nora elena, aku leh gi peluk hubby..hahahaha!!!...ada la sumtime hubby x tgk..xde la dia nak layan drama cam aku layan kan..ms tgk sorang2 tu, aku sengeh sorang2 je la bila ada scene suwet..gilo!...hahaha...

btw, betul la ckp ko...kita xle banding hubby kita dgn org lain...selalu mau ingat, setiap yg dianugerahkan tuk kita dr Tuhan tu adalah yg tbaik tuk kita...kalo ada gadoh2 tu, aku selalu pujuk diri dgn ingat balik kebaikkan yg pernah dia buat.. :-)

HANIDAH says:
at: 9 June 2011 at 10:28 said...

sgt jatuh cinta dgn seth tan..tp dlm nvl lg tersgt romantik...

hazlynda kushairi says:
at: 9 June 2011 at 23:35 said...

HARZ :
betul, apa yang ditentukan Allah adalah yang terbaik utk kita. Lagipun, dalam dunia mane nak dpt Seth mcm ni HEHE ade? ade? ade? HAHA ;P

HANIDAH :
dalam novel details habes kan? Memang Aaron Aziz layak pegang watak ni ;)

0sh!Nz d' sen0r!ta says:
at: 14 June 2011 at 12:12 said...

watak hero dalam novel sentiasa perfect.. kacak, romantik, blablablabla.... tapi dunia realiti mane ade lelaki yang macam tu. so terima saja pasangan kita seadanya. bersyukur kerana ada orang yang sudi menyayangi kita yang sama juga ketidaksempurnaannya.

tapi rasa watak seth tu memang kena dengan aaron sebab die kan jenis lelaki yang romantik. haha. pernah terbaca kat paper camne cara die propose wife dia. =)

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011