Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Wednesday, 15 June 2011

Duit hantaran

Assalammualaikum ;)

Tiba-tiba pagi ni hendak bercerita dengan duit hantaran. Terdetik juga dalam hati, lain orang lain pengurusannya, lain orang lain tangan, lain orang lain cara, lain orang lain simpanan, lain orang lain perbelanjaannya. Semuanya lain, tidak ada yang serupanya, itu pasti.

Zaman sekarang, duit hantaran tidak seperti dulu. Dulu, ratusan atau paling tinggi 5 ribu, itupun sudah dikira mahal dan tinggi nilainya, nanti orang kampung bilang, "Pak Nordin tu terima 50k dari Seth Tan, macam nak jual Si Nora je" Mentaliti melayu, sudah lali telinga ini mendengar. Itu hanya perumpamaan. Kalau di zaman sekarang, duit hantaran yang diterima hanya 5 ribu, nanti orang kampung bilang, "Kedekut betul lah laki si Adila tu, Kau tahu berapa Amir bagi? 5 ribu je Jah oooiii... zaman sekarang 5 ribu apa boleh beli? kerja inspektor polis, takkan 5 ribu je!"

Lihat.

Susahkan? Tinggi salah, rendah pun salah.

Seperti kalian, mantan pengantin, kalian masih punyai duit hantaran? Duit hantaran yang diberi oleh pihak lelaki, apa yang telah kita lakukan? Ada di antara kita menggunakannya untuk menampung perbelajaan rewang dan khemah, ada juga menggunakannya sebagai duit simpanan, ada juga yang memberikannya kepada ibubapa untuk urusan majlis, ada juga yang ibu bapa berikan semula kepada pasangan selepas majlis. Kalian di kategori mana satu?

Secara peribadi, duit hantaran yang sy terima itu, sy gunakan untuk persediaan majlis. Sejumlah wang yang diberi oleh pihak lelaki, disambut oleh Bonda dan urusan pembayaran dilaksanakan oleh sy. Walaupun sy anak perempuan sulung, anak perempuan bongsu, anak tunggal Bonda, tidaklah pula Bonda letak 50 ribu seperti Nora Elena. Cukup sekadar yang pihak lelaki mampu berikan. Siapalah kita untuk meminta dan meletakkan harga? Terpulang kepada pihak lelaki, berapa yang diberi, itu yang diterima.

Duit hantaran sejumlah itu telah sy gunakan untuk persediaan kamar beradu seperti cat semula kamar, membeli perkakas kamar seperti katil, tilam, side table, drawer, chandeliers, langsir, bantal, cadar dan juga permaidani. Semuanya menggunakan duit hantaran. Ada juga yang bertanya kepada sy, mengapa tiada almari baju di dalam kamar? Adakalanya seronok juga menjadi anak tunggal. 3 kamar diatas adalah kamar Bonda, pengantin dan bilik bujang sy. Di bilik bujang sudah ada almari, katil dan drawer, jadi sy tidak perlu membeli yang lain. Mungkin bila kami pindah ke rumah selatan, baru difikirkan tentang built-in wardrobe, itu cita-cita kami. Cermin besar yang ada di kamar pengantin adalah dari bilik bujang. Oleh kerana tiada almari, kamar beradu itu kelihatan luas sedikit ;)

Oh ya, dan hook ini juga, sy dapat 50% dari Fella Design ;)

Selebihnya pula, Bonda bilang, "Takpe, you gunakan nak bayar baju nanti." Tangan menolak, mulut juga menolak tapi dalam hati, "Alhamdulillah, memahami betul Mama ni." Sudah mendapat lampu hijau, duit terus disalurkan ke aliran yang betul supaya tidak berlaku pembaziran atau penyelewengan ke One Utama kendian hari.

Sy tidak seperti yang lain. Bonda seorang yang mengeluarkan belanja untuk persiapan dekorasi dewan dan garden terrace dan juga catering. Selebihnya adalah tanggungjawab kami berdua. Bagaimana kami menyimpan?

Masuklah ASB, masa depan yang terjamin ;)

Kini, merangkak mengumpul semula simpanan kami. Kami tetap bersyukur dengan rezeki yang diberikan dan kehidupan selepas berkahwin yang indah walaupun adakala tidak indah apabila terpaksa berjauhan.

Syukur alhamdulillah.

21 komentar:

♥ balkidz_hunny ♥ says:
at: 15 June 2011 at 08:58 said...

haha.` comel je bagi contoh seth tan :)

yelah mek, duit aku pun aku buat guna utk persiapan majlis. zaman skrg, rendah pun org cakap, tinggi sgt pun org cakap. dulikk ahh, janji bahagia dan majlis selamat, kan??

LisaLisut says:
at: 15 June 2011 at 09:23 said...

tak abis lg dgn seth tan?hahahaha
honestly,duit belanja kawin kenduri kendara mmg i pkai duit yg laki bagi.huhu.yelah.i nk kumpul pun dpt seciput.mak tak kerja niaga nasi lemak(tp mak bole tlg i sikit2 kagum ;p terharu). huhuhu...lucky to those yg semua duit hntrn dpt kat bride trus.wuhuhu... takpela rezki org lain2.

i cant wait to kawin so lps tu bole fokus benda lain and simpan utk next aim/future etc! yay!

choclairissa @ intan says:
at: 15 June 2011 at 09:38 said...

yup..bagi kurang susah..bagi lebih susah..

tapi yang penting untuk apa kite gunakan duit hantaran tu..personal opinion, kebanyakan pengantin guna utk settle hal kahwin..bukan utk bende sia2..

Jan@Afzan says:
at: 15 June 2011 at 09:39 said...

dear lynda..

best contoh yang lynda bagi...hehe...

Bagi jan pula, duit hantaran sama mcm lynda. Beli utk perabot bilik di rumah..sebab bilik lama memang takde perabot lengkap. So, bilik Jan sekarang ni mcm bilik pengntin..sesape yg kawen guna gak bilik tu. sebab rumah tak banyak bilik..hehe..mak pun taknak duit tu..memahami keadaan anak dia, kekurangan duit.hehe

Dan sebahagian darinya, Jan guna utk buat kabinet dapur..

itulah, tinggi ke rendah hantaran memang menjadi sebutan. Yg penting, akad itu sendiri..dan duit hantaran pun kita tak minta, apa yg suami nak bagi kita terima...

jooleata says:
at: 15 June 2011 at 09:46 said...

incase we're support for it,

nak tanya lah lynda, the cheque tu replika ker original, if replika, mana ye nak cari?

Cik Hazz says:
at: 15 June 2011 at 09:49 said...

i sama dgn Lisa. duit hantaran bg my parents untuk buat kenduri. diorang dah almost 5thn retired and last year byk dah spend untuk kenduri kawen abg i, so pepaham je lah. itu je yg i mampu nak tolong kurangkan beban diorg pun. yang lain kami berdua cuba uruskan sendiri.
true.. zaman moden mcm ni pun org duk sibuk bertanya pasal duit hantaran kann. rendah salah, tinggi pun salah. duit hantaran yg dibg, just between him and my family. pada sedara mara & kengkawan yg bertanya i jawab tak tahu saja. huhu~ ;-)

http://cikhazz-is-writing.blogspot.com/

Fariza says:
at: 15 June 2011 at 10:20 said...

:)
betul. bagi rendah ada je ckp, bagi tinggi, ada je ckp.
manusia..

p/s : check email, sy dh email lama tp x reply pun :(

ederq says:
at: 15 June 2011 at 10:20 said...

macam i dulu lain. tak ada duit hantaran. tapi duit hantaran tu jadikan mas kahwin. so duit tu jadilah milik perantin perempuan untuk buat simpanan. :)
duit belanja majlis belah perempuan semua guna duit parents dan perantin perempuan.

Reen Tart Nenas says:
at: 15 June 2011 at 10:41 said...

lynda tau tak, saye sgt jatuh cinta ngan bedroom set putih itu :)

ElyaElmo says:
at: 15 June 2011 at 10:52 said...

lynda!!ko ni fanatik betol dgn seth tan kan!!grrrr

hana yoriee says:
at: 15 June 2011 at 10:53 said...

lain org lain rezeki kan? kalo mcm hana, mmg hana guna duit hantaran byr pelamin, baju, mekap and kenduri nikah. guna sehabis baik dah duit tu utk berjimat-cermat..hehe..

0sh!Nz d' sen0r!ta says:
at: 15 June 2011 at 11:16 said...

hantaran untuk kaum hawa makin lama makin mahal. pening kaum adam mau kumpul duit. hehehe.

Fiza Amran says:
at: 15 June 2011 at 11:37 said...

hmmm.. saya pun berkira2 utk buat saving duit hantaran duit belanja kahwin kena la usaha sendirikan.... nak guna duit hantarn untuk masuk rumah baru nanti...

K.I.N.A says:
at: 15 June 2011 at 12:29 said...

itu la orang melayu..erm..kadang2 tak suka org tanya berapa hantaran ko? bila jawab berkias, nak jugak tahu nilai sebenar..rasa annoying..yang penting kita gunakan utk majlis bukan utk ke one utama..:P

Mawar misswateva says:
at: 15 June 2011 at 15:40 said...

macam aku, duit hantaran dr lelaki buat blanja preparation kawen.nk tgu aku kompol duit?spoloh tahunlg pn x kawen aku nt..haaiihh.
lpas kawen kne blaja and paksa diri utk mengumpul.tolak gaji siap2 masuk asb adalah yg paling terbaik.

Amanda Eltiqaz says:
at: 16 June 2011 at 09:55 said...

majlis awak sangat cantik dan meriah~!! (^_^)

FIFIEY LYCHEE MARATION says:
at: 18 June 2011 at 20:05 said...

cantik sgt dress itu:)) love it!

adalizee says:
at: 20 June 2011 at 16:38 said...

hye lynda... semuanya sweet sangat.i love your room.mighty white ;))

FareeZan says:
at: 21 June 2011 at 15:41 said...

eh eh lemak awak tekeluar tu tarik korset tarik korset.bahahaha.

Suraya says:
at: 24 February 2012 at 12:59 said...

nak tumpang tanya, akak order replika cek hantara kat ner?:)

hazlynda kushairi says:
at: 28 February 2012 at 23:26 said...

SURAYA :
cheque to real cheque from my aunt kat London.
kalau tak, guna yg sedia ada cheque?

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011