Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Wednesday, 29 June 2011

Far Far Away

Assalammualaikum ;)

Sudahlah dengan entri yang menyakitkan hati dan emosional. Bak kata seorang kawan, "Learn how to ignore" ataupun maju ke pelan B = Buat Bodoh.

Entri hari ini agak basi.

Penceritaan tentang Far Far Away.


Perancangan tentang family trip ini telah dibincangkan pada bulan April yang lalu. Seperti dahulu, kami sudah 2 kali membuat family trip. Pertama kalinya adalah ke A Famosa, Melaka. Ketika itu Arwah Nenda masih ada bersama dan ketika itu sy masih belom bertunang, baru berpacaran. Disana juga hasrat husben untuk melamar sy diutarakan bersama family. Kali keduanya adalah ke Port Dickson, Negeri Sembilan sempena Hari Ibu, tidak salah sy dua tahun yang lalu dan pada tahun lalu tiada family trip kerana Arwah tidak sihat. Family trip kami pada tahun ini pun tiada serinya, tempat Arwah digantikan dengan husben. Memori bersama Arwah sangat indah untuk dikenang.

Sudah. Kesat airmata.

Family trip pada tahun ini diketuai oleh Alloy dimana pada awalnya kami merancang untuk bercuti di dalam Malaysia sahaja iaitu Desaru, Johor. Tetapi bila dibicang semula, memandangkan semua sudah punya passport, daripada Desaru lebih baik Kota Singa! Lagipun bulan 6 kan sales ;)

Kata putus diberi, kami ke Kota Singa.

Tujuan utama selain ke Orchard Rd adalah ke Universal Studios Singapore (USS). Tiket dibeli secara online dan voucher boleh ditebus di kaunter tiket di USS. Orang kata, kalau nak ke sana, kena booking tiket awal, kalau datang on the spot, tidak mungkin ada peluang kerana ketika tarikh kami itu, di sana masih cuti sekolah. Kalau di Malaysia cuti 2 minggu, disana 3 minggu.

Padat?

Tak usah cakap.

RAMAI SANGAT.

Seawal 7 pagi kami semua sudah bersiap sedia untuk bersarapan berat dan bertolak masuk ke seberang. Tidaklah jauh mana tetapi untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di Woodlands, hendak membuat autopass lagi, semuanya mengambil masa. Lebih baik awal daripada terlewat.

Bersemangat!
Hati berbunga-bunga melihat.....

Hati bertambah berbunga apabila tiba di hadapan.....

Alhamdulillah, kami selamat tiba di USS seawal jam 10pagi, seperti yang dirancang. Tempat letak kereta pun masih banyak, jadi tidak perlulah terburu-buru. Seharian kami disana, kami dikenakan caj tempat letak kereta sebanyak SGD26 (RM62) menggunakan autopass, lebih kurang macam touch n' go - di Malaysia.

Setibanya di signature Universal Studio iaitu globe tersebut, seperti biasa, kami semua mengambil peluang yang ada ;)

Kalau diikutkan papan di bawah, "No outside food allowed" dan di kaunter masuk selalunya akan di periksa beg, mungkin hari tersebut, orang terlalu ramai jadi kami terlepas. Kami telah membawa biskut, air mineral dan karipap mini untuk mengalas perut. Al-maklumlah, disana semuanya mahal. Aiskrim paddlepop pun SGD1 (RM2.40) HAHA Kalau tidak membawa air mineral sendiri, alamatnya kami akan menghabiskan SGD100 untuk air mineral sahaja. Percayalah!

Bermulalah pengembaraan kami di USS. Dengan adanya peta Studio Guide, kami jelajahi seluruh USS!
Mari kita mulakan!
Madagascar.
Menaiki bot mejelajahi dan berpengalaman bagai didalam cerita Madacasgar, melihat Marty serta rakan-rakannya beraksi. Aksi cemas, apabila air yang kami fikirkan akan membasahi kami, rupanya....... tipu! Beratur selama 30 minit dan menaiki bot selama 5 minit. Bersabar.

The Lost World.
Memang ini yang sy nantikan! Dengat cerita dari kawan-kawan, masuk sini pasti basah, bawa baju lebih, seksited, siap bawa baju lebih! Hampa bila waiting time 90 minit, tidak mengapa, kami teruskan perjalanan dahulu tetapi kami sempat menaiki dino-soarin' bersama si kecil².

Treasure Hunters.
Ok. Jujur. Pada awalnya kami berasa bosan dengan keretapi yang lambat dan barisan panjang yang meletihkan, rasa seperti tidak berbbaloi menunggu lama untuk menaiki keretapi lembab ini. Tetapi apabila tiba di satu pusingan, ada sesuatu yang menarik ;)

.......... yang menariknya ialah pemandangan USS!
Kalau tak naik si lembab ini, pasti tak dapat lihat ;)

PERHATIAN!
Bagi mereka yang membawa stroller, jangan kuatir, kalian juga dapat merasa menaiki semuanya, terdapat tempat letak stroller di setiap stesen dan iainya selamat diletakkan ;)

The Revenge of Mummy.
Ini adalah indoor roller coaster. Ingatkan yang biasa, rupanya...


WARNING!
This is a high speed roller coaster that includes sudden and dramatic acceleration, climbing, tilting, dropping and backwards motion.

Tak berdegup jantung bile baca tu apabila sy sudah pun berada di hadapan barisan!

Lihat saja gambar dibawah. Diambil sewaktu degupan jantung paling laju. Deretan kedua, ketiga dan keempat adalah kami semua. Mujur dah kahwin, taktau nak pegang siapa tetapi agak bahaya, kedudukan ketika itu seharusnya tegak kerana posisi itu sebenarnya kita mudah jatuh. Phew!

Dimana-mana pasti ada tanda tunjuk arah. Maafkan sy, sy sedang mengeja ;)

Di dalam perjalanan ke semua stesen, kami pasti terjumpa karektor-karektor kartun. Seperti gambar dibawah, ibu-ibu yang seksited, anak-anak sudah ketakutan HAHA ;)

Seperti yang sy bilang, air dan makanan ringan boleh didapati di USS. Kononnya kami tidak mahu membeli air, akhirnya tergoda dengan bekas air yang unik dan air yang sedap iaitu SGD6.90. Lihat sahaja Abg Ipar yang bergaya dengan binatang peliharaannya di belakang beg ;)

Sci Fi City.
Seterusnya kami ke Sci Fi City. Disini terletaknya roller coaster outdoor yang sangat ngeri. Trek biru (Cylon) adalah untuk yang duduk tergantung dan trek merah (Human) adalah untuk yang duduk. Pilihan ditangan anda ;)

Nampak sy di bawah?

New York & Hollywood.
Sepanjang berjalan di deretan kedai, seperti di Hollywood.

Lights, Camera & Action!
Disini, kami berkesempatan merasakan bagaimana keadaan di lokasi semasa ribut taufan. Dahulu, sy dan Bonda pernah ke Universal Studio dimana mereka menunjukkan bagaimana king kong difilemkan. Teknologi mereka jauh berbeda dengan kita pada ketika itu. Disini juga, rupanya kapal besar yang kelihatan pada awalnya bergerak adalah untuk kegunaan disini.

Seterusnya kami bergambar disekitar kawasan lawatan ;)

Far Far Away.
Ini adalah diantara kegemaran sy. Kami ke Shrek 4D Adventure! Kalau kita yang tua seronok dan enjoy setiap scene yang ada, inikan pula si kecil² ;)

The Lost World : Rapids Adventure.
Sekali lagi kami ke sini untuk beratur. Tidak mahu ketinggalan dan mahu turut merasakan basah itu tetapi hampa. Kami tidak berpeluang ke sini :( Sedih sangat sbb ini adalah yang terbaik! Waktu menunggu adalah 110 minit, kalau diikutkan adalah pada jam 9.30 malam! USS pun dah tutup :(
Kalau diberi peluang, sy mahu kesini lagi, dan Rapid destinasi pertama yang akan sy tuju!

Universal Studios Store.
Owh, disini bagai nak gila. Semua barang dirasakan murah walhal mahal kalau didarabkan dengan mata wang kita. Tetapi kalau semua benda hendak didarab dengan 2.5 jawabnya tidak perlulah berjalan! Saat itu, pejam mata, tepuk dada, tanya selera. Kalau berkenan, terus grab! Kos hangus disini adalah SGD170 (RM408). Dua bulan makan maggi.

Kalian yang merancang untuk berbulan madu, kepada yang tidak meminati pantai romantik seperti sy, Universal Studios Singapore pasti menjanjikan sesuatu indah buat kalian. Sy sendiri seperti mahu ke sana untuk berbulan madu ulangtahun perkahwinan kami nanti. Moga tercapai! Cuaca ketika kami di sana adalah yang terbaik, tidak hujan dan juga tidak panas terik, sedang elok untuk bercuti bersama yang tersayang ;)

18 komentar:

rara pinkmafia says:
at: 29 June 2011 at 09:14 said...

yeay besh2.rara pon dh g jugak

UyaRayza says:
at: 29 June 2011 at 09:46 said...

bestnyeeeee...xpnah p :(...nk bawak adik kecik p sini la hehehe

LisaLisut says:
at: 29 June 2011 at 09:56 said...

best gile weiiiiiiiiiiii.(tp kenapa ade gmbr ular.trus terdiam i ms tgk.allergic hahah)

dlu masa muda suka la main roller coaster dh berusia ni rsnye jantung dh lemah.tp kalau dpt g USS ni mahu la eden toraiii.haha(mcm genting la jugak kene beratur n tgu.nampaknye kene cr timing bukan cuti skolah haha)

Cik Hazz says:
at: 29 June 2011 at 10:44 said...

nice! mahu kesini lagi. sehari suntuk rasa tak puas. tak berani naik all the roller coaster (rugi). paling suka tgk Shrek 4D movie! =))

http://cikhazz-is-writing.blogspot.com/

Jan@Afzan says:
at: 29 June 2011 at 11:20 said...

thanks lynda kerana entry awak.

membuatkan Jan berkobar2 lagi utk pergi dan main..iye kan, boleh celebrate anniversary kat sini..hehe

ok, nak bgtahu en.suami ni...sekrang!


-Jan-

"cikkin" says:
at: 29 June 2011 at 11:42 said...

bestnye!! tak sabar nak pergi n rase sendiri..cousin cikkin ade bg pakej honeymoon pg USS..tp belom berkesempatan nak pegi..tunggu en husband cuti..tak sabar!!

~ NANA ~ says:
at: 29 June 2011 at 11:51 said...

best bestttt!!!

*lynda comel la pakai shawl gitu* hihihi tiba2 je

:)

ElyaElmo says:
at: 29 June 2011 at 12:41 said...

best2 weh..thanks for the entry...ntah bile aku dpt g situ..bz manjang

Aisyalicious says:
at: 29 June 2011 at 12:43 said...

the best ever place to go!!!!! :) i miss singapore!

K.I.N.A says:
at: 29 June 2011 at 12:45 said...

bestnya!!

missbutterfly says:
at: 29 June 2011 at 12:46 said...

best nyee!! nakgii!!

~Ayu BnSyg~ says:
at: 29 June 2011 at 12:54 said...

Actually Ayu pun nk g sana utk honeymoon hr tu tp hubby suka pantai. So ikut jela. Nnti pun nk plan ke sana.

amy fahmi says:
at: 29 June 2011 at 13:00 said...

ala..rasa mcm ngeri je sume game kat situ. da la penakut. huhuu..tapi best!! mmg ade plan nk g. nak g t kite refer sini balik.. :D

miss puteri says:
at: 29 June 2011 at 15:56 said...

terus jatuh cinta nak pi jugak!hee.best2...tergoda dengan gambar2 yang cantk!hee

choclairissa @ intan says:
at: 29 June 2011 at 16:24 said...

selama ni saya pergi spore tak pernah singgah universal studios sbb x siap lg..insyaAllah kalau berkesempatan tgh bln July pergi lagi skali..harap2 sempatla berkunjung :)

zimie says:
at: 29 June 2011 at 16:52 said...

best nye!!haritu i g spore tapi tak kesempatan singgah sini..tsktsk nak jumpa madagascar!!hehe

♥ balkidz_hunny ♥ says:
at: 29 June 2011 at 21:27 said...

aku dah booked flight tiket gi spore tahun depan. bawak baby. tak tahulah menjadi kenyataan ke idak. hehe.

kepingin banget nak ke sana. thanks for the info, at least aku tau mane nak terjah dulu :)


ps: lunda, ko nampak berisi sket. apekah?? ;p

muhammad insanni says:
at: 15 July 2011 at 04:17 said...

macam makin chubby je ko nok ??? hahahaha

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011