Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Friday, 10 June 2011

Hina ke jadi pendidik?

Assalammualaikum ;)

Penangan Seth terlalu berlebihan semenjak dua menjak ini. Oleh kerana terlalu obses dengan lakonan Aaron Aziz, boleh dikatakan setiap malam sy akan mengulangi episod harian di tonton.com.my.

Gilakan?

Tapi itu bukan persoalannya.

Dipendekkan cerita, sy menjelahi tonton.com.my dan terlintas untuk melihat episod 7 Juvana yang ditayangkan setiap Isnin jam 9 malam. Tiba-tiba hati sy panas mendengar sedutan dimana perbualan antara seorang bapa dan anaknya, Cikgu Zakiah iaitu guru kaunseling di Sekolah Juvana tersebut.

Kata Ayah Zakiah :
"Kan Abah dah cakap, tapi tak, Zak sendiri yang nak jadi cikgu. Abah suruh belajar business, Zak taknak! Tengok Zaidi (Abg kepada Zak), dah jadi engineer. Zamira (kakak kepada Zak), dah ada law firm sendiri dah. Haaaa merekalah manusia yang berjaya!"

Kata Ibu Zakiah :
"Jeff, salah ke Zak pilih jurusan guru ha? Apa, guru kan manusia berjaya."

Kata Ayah Zakiah :
"Boleh kaya ke jadi cikgu? Boleh kaya ke? Kalau zaman Tun Razak tu, logik la jugak. Tapi sekarang ni dah zaman moden... And I want you to choose a better profession! Yang boleh mendatangkan duit! Tapi tak... tengok sekarang, dah kena buang kerja!"

Ulasan Hazlynda :

Secara peribadi, dahulu sy pernah bekerja di dalam industri selama 3 tahun seblum memilih profession pendidik sehingga ke hari ini. Alhamdulillah, profession sebagai seorang pendidik itu tidak semudah yang disangkakan. Kali pertama menjejak kaki dihadapan kelas, hati berdebar, adakala pernah juga pelajar masuk lewat, dlm hati berbisik, "Ah Lynda, dulu kau pun pernah lewat ke kelas dengan pelbagai alasan. Ini balasannya kot?. Ada juga diantara murid yang menolong kawan mereka yang tidak hadir untuk sign kehadiran. Hati terdetik lagi, "Eh, macam aku dulu, suruh Ejan tolong signkan" Kenakalan kita di zaman universiti sama sahaja seperti mereka sekarang. Baru kita sedar bagaimana perasaan pensyarah kita bila kita berkelakuan begini. Rasa nak cubit!

Siapa kata seorang pendidik tidak boleh berjaya?

Sungguh pun kami bukan dari golongan professional seperti doktor, jurutera, peguam tetapi harus diingatkan bahawa sebelum mereka menjadi seorang yang "professional" siapakah yang memberikan ilmu dan tunjuk ajar kepada mereka sebelum bergelar "professional" Beli cemrin dan lihat sendiri. Memang benar, kerjaya professional menjanjikan gaji yang lumayan kepada individu yang berjaya, ini tidak dapat dinafikan. Tapi jika difikirkan dan diselidiki semula, siapa kata gaji pendidik tidak boleh mencapai belasan ribu setiap bulan? Sy ulangi, setiap BULAN. Katakanlah gaji doktor atau jurutera yang mempunyai pengalaman adalah lebih kurang RM12k manakala seorang dekan di sebuah fakulti juga mendapat gaji yang setimpal dengan mereka iaitu RM12k setiap bulan.

Siapa kata seorang pendidik tidak boleh menjana kewangan?

Bak kata Ayah Zakiah, "And I want you to choose a better profession! Yang boleh mendatangkan duit!" Pekerjaan mulia ini juga dapat mendatangkan duit dengan pelbagai cara yang halal, sudah tentu! Salah satunya adalah dengan membuat home tuition. Eh, home tuition juga merupakan punca pencarian lain bagi seorang guru. Seperti sy, kalau sy buka kelas menggunakan illustrator dan photoshop, pasti boleh mendatangkan duit. Sudahlah mendapat rezeki, ilmu yang diberikan dan dikongsikan adalah seperti bersedekah. Sentiasa menyalurkan ilmu kepada mereka yang inginkan ilmu tersebut. Salah ke berbakti kepada masyarat? Ingat, doktor sahaja yang dapat selamatkan nyawa manusia? Pendidik juga dapat menyelamatkan masyarakat untuk lebih berpengetahuan luas di dalam bidang yang diceburi.

Siapa kata seorang pendidik tidak boleh hidup selesa?

Dengan rezeki yang Allah beri, dengan saluran ilmu yang dicurahkan kepada anak bangsa, rezeki halal itu dapat memberi keselesaan hidup kepada pendidik. Tidak dinafikan, gaji seorang pensyarah adalah RM4k sekurang-kurangnya, ditambahkan pula dengan home tuition yang diadakan, dapatlah tambahan RM2k setiap bulan. Jumlah pendapatan itu, insyaAllah dapat memberikan keselesaan kepada pendidik. Walaupun tidak mencecah seperti gaji seorang doktor, sekurangnya kami ada cuti sekolah dan cuti semester! HAHA tidak perlu on-call. Sorry to say ;)

Siapa kata seorang pendidik tidak boleh buka sekolah sendiri?

Boleh, memang boleh tapi bukan sekolah tetapi pusat tuisyen yang boleh membantu anak bangsa untuk terus berjaya, memberi rezeki halal untuk kehidupan dan menyalurkan limu tanpa henti dan jemu. Kalau peguam membuka syarikat guaman, sy nak buka kelas melukis lah ;) Walaupun dari mata kasar orang ramai, kelas melukis itu tidak setaraf darjatnya dengan syarikat guaman, tetap mendapat duit yang halal cuma berlainan bidang. Jangan pandang hina. Allah berfirman;

Ertinya; "Hendaklah orang yang mampu memberikan nafkah menurut kesanggupannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberikan nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan (sekadar) apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan"
(Surah At-Talaq :7)

Bagi saya, sebagai seorang pendidik, ilmu yang diberikan itu adalah seperti sedekah, memberikan anak bangsa yang terbaik dan membantu mereka untuk menghadapai dunia sebenar. Tugas sebagai seorang pendidik itu mulia. Pekerjaan yang professional atau tidak professional itu tidak penting, Kita semua manusia biasa yang ditakdirkan oleh Allah jalan cerita kehidupannya. Tidak ada yang terkecuali. Kita tidak seharusnya berasa riak dengan pangkat atau darjat atau setinggi mana kelulusan yang kita ada, rezeki yang diberikan Allah itu sama rata dan adil. Jangan pertikaikan.

Sudahlah.

Drama sahaja kan?

Gambar kiri, diambil 5 minggu sebelum Hari Besar. Serabai kan?
Gambar kanan, diambil 3 bulan lalu dengan lukisan 1 minit di dalam kelas ;)


Seronok jadi pendidik ni.

Bonda pendidik, sy juga pendidik.

Tak kemana darah yang mengalir ;)

20 komentar:

kaklong says:
at: 10 June 2011 at 08:38 said...

betul tu Lynda..eh, mcm pgil nama sendiri lak..hahaha..tak kesahla, yang nak bgth ni..tak semestinya menjadi seorang guru ni tak boleh menjana pendapatan, tak semstinya kita hanya ingin memperolehi DUIT tapi yang paling penting ilmu yang dicurahkan lagi menjanakan PAHALA utk para pendidik..am i right? hehehe...

mungkin dalam drama tu, hanya skrip n hanya untuk membakar semangat kepada para pendidik utk menghargai segala pengorbanan seorang pendidik itu sendiri..

so, Lynda u jgn patah semngat, seorang pendidik ni merupakan jurusan n bidang yang paling mulia, bukan didunia malah di akhirat jugak..wak...gitu kan kak long ni nak kaborkan..=)

pe2 pun, teruskan perjuangan sebagai pendidik utk anak bangsa kita ini.."terima kasih atas ilmu yang dicurahkan"- (kata2 dari mana-mana murid pun kepada guru nya)

take cre...

choclairissa @ intan says:
at: 10 June 2011 at 08:56 said...

mak saya cikgu..dulu kita semua time kecik2 belajar jadi cikgu...betapa mulianya jasa cikgu sampai ade hari guru..mane ade hari engineer? huhu..

tapi ade org lupe..

farahfatihah says:
at: 10 June 2011 at 09:18 said...

mmg lakonan je, tp penulis skrip tu yg over huhuhu bleh gitu? owhh laki i pun cikgu, sib baik la dia xtgk episod yg tu...kalau tak, jenuh dgr dia membebel huhu

UyaRayza says:
at: 10 June 2011 at 09:48 said...

totally agree hehe

hana yoriee says:
at: 10 June 2011 at 09:52 said...

sokong ngan ulasan lunda..mmg silap la sape yg kata pendidik tak dapat keselesaan dr segi material. lecturer dkt IPTA pon mampu beli banglo, kereta mewah, beg Prada apa..huhu..kalo buat research lagi masyuk! dgn publication aje dah leh kaut beberapa RMXXk..

Salah betul tanggapan penulis skrip tu.

my note says:
at: 10 June 2011 at 10:15 said...

Lynda... saya sokong sgt2 dengan pendapat lynda kerana saya juga seorang pendidik. Mmg benar bebanan kerja sebagai seorang pendidik amat berat di bahu apatah lagi utk mengalasnya, tp dengan kecekalan hati dan ketabahan.. dr yg susah boleh jd senang... yg paling bermakna apabila ilmu yg kita sampaikan akan di sampaikan dr generasi ke generasi..

Mmg tang gaji 2, x sama seperti gaji doc tp dengan kerajinan.. boleh mencecah ribuan ringgit.. dan yg paling best xder ON CALL..

FareeZan says:
at: 10 June 2011 at 12:27 said...

eh eh cikgu tu keje mulia taw walaupon aku 3x dh kene reject kpli dpli.harharharhar. apak aku pulok suh jadi cikgu! keje goment senang! bla bla bla bla!

*kenakalan kita yg dl kunci kepada kau utk kenalpasti ank murid kau yg byk akal,..hahaha. ada yg suh membe sainkan attendence tak? :P

Fiza Amran says:
at: 10 June 2011 at 12:37 said...

i do agree.. sapa ckp jd cikgu x kaya... plus sedar la saper yg pandang rendah pada cikgu nie... ko dulu nak pandai saper aja .. CIKGU jugakkk..

miey anna says:
at: 10 June 2011 at 12:42 said...

SETUJU! sangat sangat setuju 200% dan ke atas..selain gaji..ingat akhirat juga..pahala yang kita dapat bile menerskan sunnah rasul ^_^

saya bangga menjadi guru ^_^

yUmIe says:
at: 10 June 2011 at 12:42 said...

haiiyoo..aku pn berdesing telinga time tgk cite tu.aku pn penah gak jd cikgu sandaran sethn.alhamdulillah dgn duit tu dpt tampung belanja aku smntra nk tgu pnjmn msk time aku wt degree dlu..hangin kn.pdhal guru la profession plg mulia sekali sekiranya dijlnkn dgr amanah dan jujur oleh guru itu sendiri.haih..

Shayraa says:
at: 10 June 2011 at 14:24 said...

masa tgk scene tu, tetiba sy mengamuk sbb ayh zakiyah tu seakan menghina kerja ibu saya! hehe. emosi kan? tergelak besar ibu sy tgk sy baling bantal kt tv sbb geram. dia kata, lakonan pakcik tu berjaya.. :P

Hidayati Farhan says:
at: 10 June 2011 at 14:41 said...

saya seorang pendidik. sume ckp keja pendidik senang, sbb tu gaji murah.

jd pendidik tengok klau org tu layak dan mampu.

some more, pendidik akan dikenang sampai mati dgn gelaran cikgu.

cuti itu sgt menggembirakan :)

serra_my says:
at: 10 June 2011 at 18:02 said...

cikgu,,ade yg ckp senang..ade yg ckp susah...sy lg la..dpt jdik ckgu pend.khas(bkn option)..lg org ckp senang..dpt elaun...
1st day masuk, takut2, sbb xtau pend khas 2 ape,no idea.yg tau oku...trus kene cubit dgn sorg budak..lg neves..masuk kelas, nk kenal2..ade plk yg xigt name sndiri..owhhhh...sedih btul..
rmi kater snang jdik ckgu pend khas, tp xramai yg tau kite ken mandikan budak, blikan mkanan, pkaikan ubat.2liskan latihan sbb ade yg xreti baca, xpndai ckp, yg suke ngamuk...mcm2
org kater pend khas ade ppm..mmg ade, tp diorg pon ade tugas kjgak..dlm kelas, yg xpandai tulis, kite btkan titik2..diorg ikut..yg nk membuang xreti bukak suar..baru ppm la uruskan.yg nk bsuh sndiri punyer pon xtau..same2 la ckgu n ppm basuhkan..bkn budak kecik lg..umur dh besar 18 thun, 14 thun...bayangkan hasil buangan nyerr. of course x same ngn baby2 kiut miut yerrr..tp dh tugas..bese dh..sy xkwin lg..terpakse la gk..
ckgu bese xrase sume bende 2..2 pon ade yg ckp kami xde keje..mmg la budak2 yg cm2 kitorg sorok..kunci kelas..klu lari 1 sek..sape nk kejar..
pnjang plk...pape pon...tugas guru xla mudah...same2 la menghargai tugas n keje org len..xkisah la profesional o x...msing2 ade kelebihan....linda..sy silent reader awk..bes tol bace blog kamuuuu....

Cik Hazz says:
at: 11 June 2011 at 20:48 said...

mereka yg brpikiran begitu have backwards mentality. ignorekan saja. tp mmg pelik kan pikiran sestgh manusia yg sebegitu. ceteknya minda nak judge ppl by profession. huhu~

http://cikhazz-is-writing.blogspot.com/

harzharun says:
at: 11 June 2011 at 21:48 said...

oncall...menyampah ok!...hahaha...

mek..mn pic bunga manggar??

LisaLisut says:
at: 12 June 2011 at 13:11 said...

hari tu i dh submit komen panjang2.tgk2 tak masuk pulak.ok mls nk tyep lg skali. bile u bertudung trus jd mcm muka arab.ke ade drh arab.heheh

mereka lupa tanpa guru diorg tak keje hebat2 skrg.ngok.

♥ balkidz_hunny ♥ says:
at: 12 June 2011 at 16:49 said...

Huh! Berbisa jugak entry kau ni utk mereka2 yg tak sedar diri.

Aku juga sekufu dgn kau :) Sabar je lah bile tgok student buat perangai same macam perangai aku dulu. HAHA. what u give, u get back!!




ps: Takde ke sesiapa nak declare hari Pensyarah? hehe :)

Hunny Kitty says:
at: 13 June 2011 at 10:49 said...

assalamualaikum cikgu....saaaaayang cikgu!!! (mak ayah saye cikgu..ok je)

Reen Tart Nenas says:
at: 14 June 2011 at 10:18 said...

lynda, tp percayalah, memang ada org beranggapan begitu. kalau x, takkan jadi drama. both my parents juga warga pendidik. tp arwah babah pun pernah cakap, jadi cikgu nie memang takkan kaya sebab makan gaji, tapi apa pun pekerjaan yang kita buat, kalau kite tak pandai jaga duit, sebanyak mana pun kite dapat, tetap akan habis dan tak kaya juga. dengan hasil duit makan gaji sebagai guru tu la saye dapat jayakan majlis kawen saya dengan baik dan boleh dikatakan sempurna :)

walaupun itu drama, tp saye emo jugak. hahaha

dyalycious says:
at: 17 June 2011 at 18:45 said...

sangat seronok ok jadi pendidik. never cross in my mind to be a teacher. tapi rezeki dapat jadi pendidik last year. tapi rezeki tak berpanjangan, habis tahun lepas gak. if i have the chance, i will choose to be a teacher for my career. but like i said, tiada rezeki :(

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011