Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Thursday, 30 June 2011

Jemputan buatan sendiri

Assalammualaikum ;)

Sy menerima beberapa emel tentang cara membuat, mencetak dan persediaan mental untuk menghasilkan kad jemputan.

Masih ingat entri ini?


Di dalam entri tersebut, sy telah menceritakan bahawa sy mendapat inspirasi daripada sebuah kad jemputan daripada US. Kad jemputan yang berlipat-lipat, sy kagum dan jakun! Seperti mana yang semua orang tahu, sy suke design yang simple dan bersih serta kemas. Bagi menghasilkan design di dalam, telah semudah yang disangkakan.

Ayat Mukadimah
Dimana sy telah menggunakan ayat yang ringkas dan diperiksan oleh oleh bahasa melayu di sekolah Bonda, Pn Wan Lai Ling supaya penggunaan bahasa dan tatabahasa yang betul, kalau tidak, memalukan cikgu Maths sahaja! Ayatnya ringkas, tiada doa dan tulisan jawi sebab sy khuatir jika orang akan buang begitu sahaj kad sy termasuk doa-doa dan kalimah suci Allah.

Pelan Lokasi
Bagi pelan lokasi, "kononnya" sy mahukan sesuatu yang berbeda dan lain sedikit dengan tidak meletakkan pelan. Laluan ke KGPA merupakan laluan harian sy ke kantor cuma KGPA ke kiri, kantor ke kanan. Oleh sebab itu semua exit di situ sy hafal beserta nombornya sekali. Ok, alasan sebenarnya asalah kerana sy mahu mengekalkan corak ornament yang sekata di luarnya (seperti gambar dibawah²) Itu alasan sebenarnya.

Aturcara Majlis
Pada awalnya sy meletakkan 7.32, 8.37, 9.13 dan 10.39 tetapi malangnya gagal kerana Bonda bilang, "You bilang formal, macam ni dah tak formal ni.... Tukarlah, Mama tak suka." YES MAM!

Turut Mengundang
Memandangkan sy hanya daripada keluarga sebelah Bonda maka dituliskan bermula dengan nama Arwah Nenda hinggalah ke enam-enam anaknya (kecuali Bonda sebab Bonda di mukadimah) Dulu Arwah Nenda pernah bilang, "Maktok nak jemput xxxx, xxxx, xxxx, xxxx, xxxx dll" Alhamdulillah, Bonda menjemput mereka dan sekaligus mereka yang datang dari jauh, sebelum ke Majlis, singgah ke rumah untuk menjenguk Arwah buat terakhir kalinya :(

RSVP
Bahagian ini adalah bahagian yang paling sukar untuk mereka yang tidak memahami konsep rsvp. Maafkan sy ya, sy turut memikirkan kos untuk membuat kad tersebut. Jika sy buat sampul kecil untuk rsvp, printer akan charge sy lebih kerana sampul itu harus customade. Oleh yang demikian, sy "beranggapan" sahaja semua orang sudah maju dalam bidang ict dengan emel kehadiran atau klik sahaja di facebook event atau mereka boleh sms. Mudah. Tak perlu bazir duit untuk stem dan sampul ;)

Kemudian terhasil-lah kad idaman kalbu sy.

Masih ingat entri ini?


Ya, dalam masa sebulan, sy harus menyiapkan 1000 keping kad jemputan. Untuk pengetahuan, sy telah menghantar printing di Jalan Brunei, mereka cetak dan potong sahaja untuk saya. Selebihnya seperti tampal untuk menghasilkan poket, memasukkan 4 keping surat cinta ke dalam poket, menampal ayat mukadimah, semuanya sendiri. Dengan ini, fizikal dan mental harus kuat. tidor, tak usah cakaplah, sekrang baru dapat tidor 8 jam yang cukop, dulu, tidor sekadar rehatlan mata.

Dan berikut adalah hasilnya ;)


Harga?

Merata sudah sy selidik. Ok, sy tipu. Sy sudah selidik di tiga tempat berlainan kawasan dan daerah. Memandangkan sy mempunnyai masa yang suntuk, sy tidak punya banyak waktu untuk terus selidik dan selidik.

Shah Alam - RM5.50
Damansara - RM3.00
Jalan Brunei - RM1.50

Salah satu sebab mengapa di Jalan Brunei sy mendapat harga yang murah sedikit adalah kerana beliau merupakan kenalan kawan sy. Ketika itu, syukur alhamdulillah. Sy tahu kad seperti apa yang sy idamkan itu pasti akan cost-a-bomb! Memang mahal sebab 6 keping yang harus di print dan selamat apabila menggunakan 2 warna sahaja. Bilang kakak itu kepada sy, "Nasibaik kau kawan Farah, ni paling murah aku boleh bagi, kalau tak memang RM3-5."

Syukur alhamdulillah.


Kepada mereka yang mahu menghasilkan kad jemputan sendiri, sy sarankan buat mock-up design dan tanya pencetak berapa kos cetaknya dahulu. Adakala kita terlebih syok sendiri sehingga tidak tahu berapa kosnya. Selidik seberapa banyak syarikat percetakan yang ada di kawasan kalian kerana kita akan kerap berurusan dengan mereka. Inikan hari Besar kita sekali seumur hidup, tidak salah kita mengeluarkan idea dan kreativiti kita ketika ini ;)

Semoga sukses!

Agak² kalau dah tua nanti, waktu anak-anak nak melangsungkan, tangan ni masih kreatif ke untuk menghasilkan sesuatu lagi? Atau waktu tu design kita pun dah ketinggalan zaman HAHA

p.s. Maaf. Sy masih ingat janji sy kepada kalian yang menghantar alamat untuk kad jemputan sy. Hingga kini sy masih belom tepati janji sy kerana longgakan kerja tetap dan CBL. Maaf sekali lagi. Sy pasti akan tepati. InsyaAllah.

8 komentar:

Hunny Kitty says:
at: 30 June 2011 at 09:55 said...

trimas Puan Cikgu Lynda....heheheheheh..nnt anniversary yg ke 10 tahun leh buat nih

shukrin farahdiba @ ceklala says:
at: 30 June 2011 at 09:58 said...

ye..nasib ko kawan aku..kalo idak memang k.leen tu charge double okeh! eh kad aku sampai sudah tak jumpa yek?hahaha

hazlynda kushairi says:
at: 30 June 2011 at 10:08 said...

RADEN :
10 thn lagi, kite buat utk aqiqah anak la pula HAHA ;P

hazlynda kushairi says:
at: 30 June 2011 at 10:08 said...

LALA :
Aku buat lain lah cume aku tak punya waktu, ngah sebok skit, nak lak semester baru start. Pasti aku bagi jugak...

UyaRayza says:
at: 30 June 2011 at 10:17 said...

terima kasih cikgu linda hehehe..nie try buat sdiri hehe..kot2 ble buat untuk vvip ker kn heheh

Khalisa Ridzuan says:
at: 30 June 2011 at 10:23 said...

b4 nk g kedai buat kad aritu i belek2 dlu entry kad u.but so sad i takde kesabaran dan kekreatifan itu.haha.so i just order je la.haha.

but i love ur card.simple nice n sng faham.

♥ balkidz_hunny ♥ says:
at: 30 June 2011 at 12:57 said...

Kau memang tabah Lunda! aku kagum!
tapi memang cantek kad kau okey,
sayangnya aku tak dapat dtg majlis kau :(

nYomeL says:
at: 1 July 2011 at 09:41 said...

lynda! serius kagum ngan invitation card lynda ni. maseh simpan cantek lagi kat rumah tu. terlalu cantek utk dibuang. xsampai ati. so kene la simpan elok2.. ;)

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011