Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Wednesday, 1 June 2011

Kau rasa kau hebat?

Assalammualaikum ;)

Hazlynda, kau rasa kau hebat?

Kau rasa dah masuk majalah PP berturut-turut, sudah menjadi legend?

Legend bak kata Si Kecil Nasrah, legend sy adalah idola sy, idola sy adalah WLT dan Anil ;)

Sy tidak pernah berasa bangga apabila majlis perkahwinan sy mendapat liputan daripada majalah Pesona Pengantin. Dimana pada bulan Mac 2011 mereka telah mencoret sesuatu indah tentang majlis perkahwinan sy, entrinya ada di sini - Hazlynda Kushairi is BACK! Sila klik untuk kisah selanjutnya.

Dan kemudiannya sy berfikiran bahawa mereka tidak akan mengeluarkan lagi kisah majlis sy kerana mungkin itu sahaja yang dapat dikongsi bersama. Apabila sy mendapat panggilan daripada kawan-kawan, mereka yang bilang kepada sy tentang kemunculan majlis sy di dalam majalah PP masih ada. Pada awalnya sy fikir mereka bercanda, bergurau dan mungkin juga mahu mengenakan sy. Sejujurnya sy sudah tidak membeli majalh PP lagi setelah berkahwin. Inspirasi sy cuma di hujung jari iaitu Martha Stewart Weddings. Dengan perasaan keliru, sy terus ke MPH One Utama untuk mendapatkan senaskah. Setiap bulan kawan sy akan hubungi sy jika ada diantara koleksi gambar sekitar majlis sy. Rupanya dari bulan Mac, April, Mei dan Jun!

Sy akan membuat entri secara pukal ya? Kesuntukkan masa.

April 2011
PP telah menceritakan tentang suasana yang dikatakan elegan dengan sentuhan moden. Sentuhan indah daripada Chenta Weddings. Ada sesuatu yang membuatkan sy tersenyum melihat gambar-gambar yang ada iaitu gambar favors untuk meja beradab dan juga untuk tetamu. Sentuhan daripada hasil titik peluh sendiri, sy tersenyum melihat ;) Rindu tahu waktu kelam kabut menyiapkan favors. Di muka seterusnya didapati wajah kami dan hiasan meja beradab di dalam segmen Persediaan Anda Sebelum Majlis. Ketika itu terasa seperti artis baru naik, belum lagi menjadi legend! Bak kata Si Kecil.


Mei 2011
Dalam edisi bulan ini pula, PP membuat liputan tentang hiasan di majlis akad nikah saya. Apabila sy membuka setiap helaian, sy berasa sangat kecil apabila melihat ke semua di hadapan adalah dekorasi yang gah dan mewah. Kebanyakkannya adalah dekorasi daripada Reka Teemor. Apabila diselak lagi, rupanya terselit pula pentas nikah dan mini pelamin sewaktu akad nikah yang lalu. Tetapi sy agak terkilan kerana.....

...... terkilan kerana di bawah tidak ditulis hasil dekorasi daripada Chenta Weddings. Hanya ditulis oleh Azam Pandan dimana AP hanya menyediakan makanan. Bukan sy hendak menutup periuk nasi orang lain tetapi Chenta Weddings berhak mendapat pujian dan hasil dekorasi mereka makin hari makin menyerlah dan moden.

Jun 2011
Sy pula tahu mengenai ini apabila salah seorang kawan bilang dan sy beranggapan bahawa ini merupakan keluaran terakhir tentang majlis sy kerana semuanya sudah dicoretkan. Untuk edisi bulan Jun, PP membuat coretan menarik tentang bridal suite sy yang sememangnya menjadi pujaan hati sepanjang masa. Sy pernah berkongsi tentang ini di entri the bridal Suite by Tok Johor. Sila klik untuk lebih lanjut ;)



Selesai sudah mengenai entri tumpang glamour edisi berangan seperti artis. Sy tergerak hati untuk kemaskini tentang ini apabila;

Bake With Love said...

lynda, ur bedroom deco masok Magz Pengantin this month (kalau x silap)... jgn lupa check it out :)

30 May 2011 11:17


Sy sendiri sudah membeli satu salinan setiap bulan dan menyimpan sebagai kenangan. Tujuan sy bukan untuk menunjuk, bukannya majlis sy di dalam Ratu Sehari ataupun majalah perkahwinan keluaran luar negara tetapi hanya di dalam Pesona Pengantin iaitu majalah yang berkongsi idea dan memberi inspirasi kepada sy pada suatu ketika dahulu. Sy cuma mahukan kalian diluar sana mendapat idea dan inspirasi daripada apa yang pernah sy lalui. Mungkin juga kalian mendapat sesuatu yang sama atau lebih kurang tetapi dengan harga yang lagi menjimatkan. Siapa tahu?

Sy tidak akan pernah jemu berkongsi idea dan memberikan inspirasi kepada kalian semua. Sy tidak mahu menjadi legend, sy tidak layak seperti WLT ataupun Renda Perancis tetapi dengan adanya idea dan sedikit ilmu di dalam bidang seni, apa salahnya jika sy berkongsi bersama kalian?

Semoga kalian tidak jemu ;)

16 komentar:

Bake With Love says:
at: 1 June 2011 at 09:14 said...

hiks.... yaaay! kebetulan, selak2 tgk cam kenal je bedroom deco tu... baca2... betol lah tu... lynda punya...

simple yet stunning! :)

jooleata says:
at: 1 June 2011 at 09:14 said...

tidak jemu.. sukaa :)

elle's laaa~ says:
at: 1 June 2011 at 09:27 said...

Lynda The Best !!!

LisaLisut says:
at: 1 June 2011 at 09:43 said...

nooo i tak jemu!!1 i tak dpt beli yg cover fauziah ghous tu...haish...yg faezah elai i ade..hahaha.siap i koyak page hantaran u dgn razmie sbb nk tampal2 ats kertas kerja.lol.inspired gitu ;p

dr cover irma hasmie keluar aritu pondering nk beli.smpai smlm cek dh abis dh.smlm jmpe tp berbelah bg lg nk beli.ahhh tak kire.lunch karang i beli jugak.muahahahahaha.sbb ade psl bridal suite u.bole tnjuk kt mak i.hahahaha

K.I.N.A says:
at: 1 June 2011 at 09:54 said...

somehow kina rasa sangat bangga..yela..sebelum ni baca PP mesti tak tahu wedding sape..now, bila baca nampak..terus rasa..AKU KENAL DIA! sukeee sgt ..haha..

Mawar misswateva says:
at: 1 June 2011 at 09:55 said...

legend mekkk..haha.
takpe, inspiration utk byk bride ok majlis ko aritu.inspiration utk aku jgkkk..=D

kelipkelipchumel says:
at: 1 June 2011 at 10:22 said...

soookaaaa..mmg u deserve it la bebeh.mmg santek + xlapuk dek masa la ur idea n everything.WHITE kn. haros la.my pebret jua. hikhik.

Reen Tart Nenas says:
at: 1 June 2011 at 10:55 said...

xpe, simpan utk kenang-kenangan di waktu tua nanti :)

ElyaElmo says:
at: 1 June 2011 at 11:16 said...

mek!!bangga tau masuk majalah...(dr takde, ye tak)eheh...
eh, aku lupeee nak ambik autograff ko laa last week :p

miss puteri says:
at: 1 June 2011 at 11:42 said...

lynda!! saya put !haha. dahlah time jumpa kat wed atia, lynda tak kenal put..sob2.. atia pun tak kenal. sebab pakai spek kot.hee.. tapi put balik awal.hee. nak borak sakan segan.hihi... btw, best gile dapat tgok idea lynda masuk PP. eksited beli!hee

anaztasias nora aira says:
at: 1 June 2011 at 13:45 said...

tak pernah jemu linda heheh. saya pelangan setia PP. saya sukaaaaaaaaaaaaaa :)

amani.. says:
at: 1 June 2011 at 14:53 said...

qis takkan pernah jemu plus bgge gle dpt kenal akak tau..

Hidayati Farhan says:
at: 2 June 2011 at 00:20 said...

lynda, suka ur bedroom. hehe, inspiration all white :)

~ Lady D ~ says:
at: 2 June 2011 at 09:11 said...

seriously i tersangatlah suka ur bedroom concept. n everything bout ur weding. inspired me so much! congrates dear lynda!

harzharun says:
at: 2 June 2011 at 23:20 said...

hikksss....ni yg wat aku makin lap2 u neh..haha...sbb ko mmg best wei!

miey anna says:
at: 10 June 2011 at 12:44 said...

okeh..suke jugak..waaaa..cantek la bedroom tu ^_^

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011