Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Thursday, 23 June 2011

Kerak nasi

Assalammualaikum ;)

Maaflah, pagi ini tidak ada mood untuk kemaskini entri mengenai Far-Fary Away kerana entri tersebut memerlukan masa yang panjang untuk mengarang, pendek kata, sy malas ;)

Sy tergerak hati untuk kemaskini tentang Creative by LYNDA.

Mengapa wujudnya CBL?

Setelah selesai majlis akad, majlis resepsi dan majlis bertandang, perginya seorang Nenda yang sangat dicintai buat selama-lamanya telah membuatkan sy resah, keluh dan tidak tahu untuk berbuat apa.

Dulu, ketika Arwah Nenda ada, pasti ketika ini sy sedang menguruskan dan menjaga Arwah. Jadual sy padat dan aturan makan dan tukar lampin serta mandi Nenda mengikut jadual, dalam selang beberapa jam sahaja. Dalam selang beberapa jam itulah selalunya sy membuat diy atau persediaan untuk majlis. Sy menyelit dan mencuri masa. Kalau dulu, tidur hanya 3-4 jam, sekarang tidur cukup 8 jam.

Sekarang, bila Arwah sudah tiada, majlis pun sudah 6 bulan berlalu, apa yang boleh sy lalukan? Sy rindu waktu-waktu menjaga Arwah, membuat persediaan majlis dan berselerak di ruang tamu rumah. Disebabkan itu, sy mengambil keputusan untuk mewujudkan CBL.

Dengan adanya CBL, masa sy terluang, sy dapat menolong dan membantu mereka di luar sana dengan menghasilkan sesuatu yang indah di Hari Besar mereka. Bagi sy, dengan adanya CBL, sy dapat manfaatkan waktu sy di rumah menyiapkan kerja-kerja CBL dan mengurangkan aktiviti pembaziran duit kerana sy seorang shopaholic! CBL tidak seperti yang sudah punya nama di luar sana. Sy mewujudkan CBL bukan untuk menunjuk kreativiti, mengaut keuntungan besar, meraih populariti atau mencipta nama besar di dalam bidang ini. Satu sahaja tujuan sy iaitu - melakukan sesuatu yang sy suka ;)

Dengan melakukan apa yang sy suka, sy wujudkan CBL dan alhamdulillah CBL mendapat sokongan dikalangan bloggers dan silent reader. Terima kasih kepada kalian semua.

Lihat sahaja mantan pengantin yang lain, mereka melakukan apa yang mereka suka selepas selesainya Hari Besar mereka. Diantara mantan pengantin yang dimaksudkan adalah;

Sarah Abd Rahim - Chenta Weddings
Anil Lutaze - Ren-da Belezza
Ini Perempuan Jujur - FierNawal Studio
Puan Butterfly - Invincible Sweet Tooth
I is ex-miss-bride-to-be - Fabulous Floral
Hana Yoriee - Sedap-sedap Belaka
Nadya Yusof - Nadya Wedding Inspire

Maaf kalau ada yang tertinggal. Ada diantara mantan pengantin yang membuat bisnes sebelum dan selepas Hari Besar mereka. Mereka pasti melakukan apa yang mereka suka dan mempunyai minat yang mendalam di dalam bidang yang diceburi.

Kita semua mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Sy sendiri sedar sy di tahap mana dan tidak pernah pun mengimpikan kedudukan yang setaraf dengan yang sudah punya nama. Bagi sy, rezeki masing-masing, asalkan kita beri yang terbaik pada mereka. Sy tidak mahu bersaing kerana sy percaya rezeki yang Allah berikan.


Tetapi mengapa masih ada yang berkata buruk terhadap rezeki orang lain? Mungkin ini periuk nasi mereka atau mungkin juga kerak nasi mereka. Rezeki masing-masing, biarkan sahajalah.

Kalau tidak suka, jangan ikuti.

Kalau suka, sudah tentu meniru idea itu.

Kalau tidak suka, jangan membuat cerita.

Kalau suka, berikan sokongan.

Kalau tak suka CBL, maaf, sy tidak boleh berbuat apa,
melainkan anda tekan alt + f4 ;)

15 komentar:

Hidayati Farhan says:
at: 23 June 2011 at 10:11 said...

saya menyokong. ni berkait dgn kes yanie kena tu ke lynda. all d besh. BTW, I love the idea yg frame2 tu. nnt will get back to u bout that

LisaLisut says:
at: 23 June 2011 at 10:19 said...

i sll kagum dgn ex bride yg buat bisnes ni selepas dorg kawin sbb dah minat mereka kan.so kalau i yg tak creative ni(mmg better jgn involve lah cz i know i'm not creative,tidak ada bakat so serahkan saja pd yg pakar,like you? heheh)

no worries lynda,satu mengeji,ramai lg kat blkg yg support.caiyok!

AnEs says:
at: 23 June 2011 at 10:35 said...

saye sangat sukeee CBL! hihihi..lynda, so far semua idea and hasil CBL sangat best ok..ni bukan nak kipas ke ape..tanya orang len pun orang akan cakap perkara yg same..hihi

Melati says:
at: 23 June 2011 at 10:48 said...

Lyndaa u go girl, biarrla apa orang nak kata, for myself i enjoy tengok what u doing! take caree =)

cik senah says:
at: 23 June 2011 at 11:10 said...

:) tahniah lynda sebab dah ada bisnes lepaih kawen..

apa yg pasti.. serlahkan kekreatifanmu kepada yg mahu.. kepada yg mengeji.. buat tak reti saja.. :)

p.s : berkenan kat gambaq hat last sekali tue.. comey benaq botoi kaca dihias sedemikian rupa.. :)

FareeZan says:
at: 23 June 2011 at 11:42 said...

kalau marah jangan kacau kalau syg tak perlu marah,..lalalala.bahahahaha. go go go betty!

FareeZan says:
at: 23 June 2011 at 11:43 said...

*ok silap lirik,kalau cinta
jangan kacau kalau syg tak perlu marah,.

UyaRayza says:
at: 23 June 2011 at 13:08 said...

keji org yg ckp blkg n salute pd exb2b yg wt bsns..

Cik Hazz says:
at: 23 June 2011 at 14:00 said...

sangat jeless pada mereka2 yg kreatif like you. huhu. wish i pun creative, so boleh jugak wat bisnes kecik-kecik sbb suka ngan weddings. even i jeles tp jeles positively k. support you guys. chaiyok2!! =)

hana yoriee says:
at: 23 June 2011 at 14:08 said...

yeay lynda!! buat yg terbaik kpd org yg menghargai usaha kita. bg yg mencemuh/mengeji/tak suka biarkan aje..doakan suatu hari mereka akan insaf juge..kita hanya mencari rezeki buat keluarga..

cikMayat says:
at: 23 June 2011 at 14:36 said...

sy suka tengok hasil kerja akak.
akak sgt kreatif :)

intan says:
at: 23 June 2011 at 14:49 said...

lynda! i sokong u. btw, u sangat kreatif i like!

lara says:
at: 23 June 2011 at 18:36 said...

abaikan jela lynda.rezeki stiap org tu dah dtentukn Allah...just usaha lg gigih k,gambate.

missbutterfly says:
at: 23 June 2011 at 20:21 said...

well said lunda. aku setuju. org PHD di mana2 pun ada..tak perlu mencemuh atau melenting kalau tak suka..rezeki masing masing..apa yg penting, try to create something new and berusaha..c'mon lynda! insya allah kita akan berjaya. bersemangat ni..

choclairissa @ intan says:
at: 23 June 2011 at 20:39 said...

jangan peduli kan org lynda..the world is for everybody..its free for you to explore..jangan putus asa!

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011