Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Monday, 6 June 2011

Lupa dah kahwin!

Assalammualaikum ;)

Alhamdulillah, sudah 5 bulan 5 hari kami berkahwin dan masih lagi mengamalkan LDR (long distance relationship) Ingat mudah? Bersikap positif, insyaAllah.

5 bulan 5 hari.

Kadang-kala sy terlupa, ada yang mengingatkan seperti,

"Eh, nak ikut kami lepak dah minta izin husben?"
"Nak jadi pengapit ni, dah minta izin Razmie?"
"Klau kau nak ikut kami pergi Pulau Perhentian, pergi tanya Razmie dulu boleh ke tak?"
"Kau dah tak boleh berbikini, pergi mintak izin HAHA"
"Kau dah tanya Razmie pasal girlfriend's day kita tu?"
"Razmie bagi ke tak kau ikut kami?"
"Apa kata Razmie, boleh pergi ke tak?"
"Sekejap, nak makan kat Ayam Penyet, dah mintak kebenaran husben?"

Haiyoh, sampai lokasi makan pun nak minta izin suami? Letih.

Dulu, kemana sy pergi, hanya minta izin pada Bonda. Sejak setahun yang lalu, sejak Arwah Nenda tidak sihat, sy sudah tidak lagi keluar menghiburkan hati sebaliknya duduk di rumah dan menjalankan tanggungjawab sy.

Keadaan berubah, berubah apabila sudah berkahwin.

Diantara kewajipan isteri, dia tidak boleh keluar rumah tanpa izin suami. Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
"Seorang wanita yang keluar dari rumahnya tanpa persetujuan suaminya, akan dilaknat oleh semua malaikat yang ada di langit. Dan semua yang dilaluinya (selain jin dan manusia) akan mengutuknya sehingga dia kembali."

Besar sungguh kuasa veto suami kita ;)

Sejujurnya, adakala apabila temujanji yang dibuat secara tidak sengaja, ketika sedang memandu menuju ke destinasi baru sy hubungi husben, kalau husben tidak izinkan, u-turn ke jalan rumah tapi alhamdulillah husben memahami dan sentiasa memberi izin asalkan kita tahu batas kita sebagai seorang isteri dan tidak mengambil kesempatan di atas pengizinannya sebentar tadi. Ala, setakat lepak di kedai mamak dan bersembang kosong, tidak salah, pasti husben memberi izin, melainkan jika kita meminta kebenaran seperti;

"Awak, sy nak pergi Milk Club dengan Seth (bukan nama sebenar), lepas party sy pulang, janji sebelum Subuh ye?"

Memang hinggap satu tamparan hebat di pipi kita yang seksi ini. Itu sudah keterlaluan. Siapa yang berani? Memang tidak bau syurgalah jawabnya.

Kadang-kala apabila sy hendak kemana-mana, sy hampir terlupa. Disebabkan hubungan LDR dari dahulu sebelum berkahwin hinggalah sudah beberapa bulan berkahwin, keadaan dan suasananya masih sama.

Siapa kata LDR wife itu menyeronokkan?

Melihat cincin dijari, hati terdetik,
"oh suamiku" senyum seperti kambing ;)

Melihat gambar di screen saver, hati terdetik,
"Sudah kahwin kita ni, macam tak percaya!"

Setiap waktu, menadah tangan, berdoa...
"Semoga hubungan kita diberkati dan
berkekalan hingga ke syurga"

Melihat desktop background, hati terdetik lagi,
"Eh, kita ni sama tinggi je kan?
Bila lagi sy nak cantik macam ni?"
Tapi.











Apabila telefon berdering, hati melonjak, rindu pada husben tidak terkata.

Ayat pertama, "minggu ni balik tak?"


pics credit : Daniel Zain Photography

22 komentar:

kelipkelipchumel says:
at: 6 June 2011 at 09:23 said...

tgk je tajuk entri tu.pantas je jari klik nk tgk.ehehehe..sweett..

shukrin farahdiba @ ceklala says:
at: 6 June 2011 at 09:26 said...

org mmg xkan tau ape yang kite lalui kalo tak masuk dlm situasi tu dan lalui sendiri..sabarla..ade hikmah di sebalik semua ni..ade kegembiraan menanti mungkin :)

bile pulak nk lepak ngn aku nye mek oii?nanti aku sendiri yang mtk izin dgn razmie hahaha

hazlynda kushairi says:
at: 6 June 2011 at 09:30 said...

BAYU :
HAHAHA tipah tertipu ;) kekadang diri sendiri lupa. haish.

LALA :
HAHAHA mintak izin kat razmie, kalau die kate ok boleh, kompem boleh. nanti la babe, tunggu aku setel down byk hal ni, then kite lepak lepas keje ek?

LisaLisut says:
at: 6 June 2011 at 09:34 said...

cantik headerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr :D

hmmmm never been in LDR situation.huhu.tapi from day 1 i couple mmg dh diajar utk bgtau keberadaan i(wahaha ayat ;p) same goes to him lah. smpai la arini.so i dh rasa takde beza.haha.maybe lps kawin satu je tak bole buat lama2 - gaduh ;p nt dosa,hahaha.

masa skrg la nk gaduh lama2.tu org kata.bukan i kata ;p

i love ur gmbr nikahssss

miss puteri says:
at: 6 June 2011 at 09:37 said...

comelnya dia.. sweeett oh! suka suka suka!.hee..

hazlynda kushairi says:
at: 6 June 2011 at 09:48 said...

LISA :
ehem, tengs babe. bestnya u tak pernah LDR, my case, dr berkawan sampai dah berkahwin, best mmg best tapi bila dah kahwin jadi tak best. HAHAHA i pulak alhamdulillah tak reti nak gaduh dgn husben sbb die suke buat cool, yg i ni pulak suke gelak HAHAHA tak tahan tgk die lagak cool ;P

PUT :
tengs Put!

Mrs Azhar says:
at: 6 June 2011 at 09:57 said...

teringt zaman LDR selama 9 bulan. sblm kawin pun dh LDR dari zaman sekolah lg. mmg ye, LDR sblm kawin TAK SAMA LANGSUNG dgn LDR lps kawin. yg melalui shj faham mcmana rasa. Tp alhamdulillah skrg dh stay sama2.. =)

hazlynda kushairi says:
at: 6 June 2011 at 10:01 said...

MRS AZHAR :
Im counting on the days. Tapi entah bila, nak settle down in South tapi masih mencari keperluan asas. Susah kan LDR lepas kahwin? Lain dari zaman sebelum. pfftt!

Jan@Afzan says:
at: 6 June 2011 at 10:11 said...

dear Lynda..

Hehehe..tergelak Jan baca entry Lynda ni..Lagi2 yang mintak kbenaran nak gi Milk Club ngan Seth...hahaha.

Dan senyum juga terukir, bila ayat pertama yg keluar bila husband call, "minggu ni balik tak?"...

Of coz, memang betul pun kan.. kadang2 terlupa dah kawen. Wpun bukan LDR..dok satu tempat keje, lain depart..pun leh lupa..hehe

Bab izin, sama lah mcm Lynda, suami memang sentiasa mengizinkan asalkan tahu batas...Klu pergi mana2 secara tak terancang, sms jek bgtahu.

Sama2 lh kita menjadi isteri solehah..amin..

lara says:
at: 6 June 2011 at 10:12 said...

sama la kite.slalu lupa dah kawin.buat janji ngn org,men buat jek,lupa nk mnta izin dlu,nasib baik husben mmg jnis simple jek,ok je..

Klu i pun,mmg kene penampar gak kot klu lepak tmpat bukan2..hahahaha.

hope lynda bhgia selalu n bsabar menempuhi LDR

* smile*

hana yoriee says:
at: 6 June 2011 at 10:48 said...

LDR mmg sgt perlukan kesabaran yg tinggi..huhu..dr dulu tahun 2000 sampailah awal bulan mei tahun ni kami LDR. tapi Alhamdulillah sekrg dah sebulan lebih tak LDR..hiks..dulu soalannya mmg sama cam lynda, abg bila nak balik? mggu ni balik? tapi skrg, hari2 plak nk tanya, abg bila nak balik kerja ni? sbb dia habis kerja pukul 7pm..huhu..lain plak pesen bila tak LDR..

Reen Tart Nenas says:
at: 6 June 2011 at 12:20 said...

part minta izin mmg agak susah hoke. macam saye dr mula belajar dulu mmg dah duduk sendiri, so xde minta izin :p hah, hamik skang dh kawen, kenkdg lupa nak tanye eih minta izin :)

rara pinkmafia says:
at: 6 June 2011 at 12:42 said...

hello 1st tyme here.nice lah,dh 5 bulan eh.moga cepat2 dpt baby =)

hazlynda kushairi says:
at: 6 June 2011 at 13:32 said...

JAN :
HAHA perumpamaan nak Seth. Gila betul kan? Amin. Semoga kita semua jadi isteri solehah. Kadang kala bila dah terbiasa, kita jadi lupa :(

LARA :
insyaAllah babe. LDR selepas kahwin berbeza dengan sebelum. Semoga cepat pindah *yeay!*

hazlynda kushairi says:
at: 6 June 2011 at 13:33 said...

HANA :
Sekarang ko dah syok la ek? Patut lah tak tanya aku lagi, "husben ko balik minggu nih?" Rupenya husben die dah back for good. Happy for you babe ;)

REEN :
kan? kadang kala kite terlupa sbb dah terbiasa ;) eh reen, lynda suke entri terbaru reen. gelak sesorang tadi ;P

hazlynda kushairi says:
at: 6 June 2011 at 13:34 said...

RARA :
5 bulan sudah. Cepat kan? Thanks babe. Baby? Belom ada rezeki...

mimie96 says:
at: 6 June 2011 at 14:21 said...

Salam Lynda..
soo sweet la..hehe..tegelak kita baca ntry awk..

...akan tiba masanya nnt k...
tc ^_^

roeza says:
at: 6 June 2011 at 14:27 said...

same here...LDR...hujung minggu itu memang soalan feveret:)

harzharun says:
at: 6 June 2011 at 14:58 said...

wei mek...hahahaha!!!..nape party dgn seth?..ko ni kan, dlm ayat yg mberi nasihat dan ayat yg mengingatkan mesti nak jugak selit sumthing yg wat aku gelak...haha

safiyyah osman says:
at: 6 June 2011 at 20:03 said...

sobs..sobs..nanti piya pun jadi LDR juga...sedih nya...

dura m. says:
at: 6 June 2011 at 20:53 said...

hi lunda,

Been there done that. Phew. Daripada zaman bercinta sampailah da nikah, memang LDR. Banyak keadaannya situasi macam linda..sampaikan kadang-kadang dah memandu lebih 50km baru teringat, 'Alamak. Aku lupa nak inform suami aku!!'

Nanti suami jawab balik, 'Xpela sayang. Dah biasa'

Part ayat pertama tu, memang totally agreed on that sebab kadang-kadang instead of tanya..'abang.minggu ni balik tak..i would say..abang, hari ni balik tak?'

Haha. Harusla si dia patah pinggang memecut sejauh 350km++ utk bertemu isteri tercinta yang diva.

Heeee~

0sh!Nz d' sen0r!ta says:
at: 14 June 2011 at 12:03 said...

bila jauh.. hati tak pernah putus merindu. dan mungkin lebih appreciate pasangan kita kot sis.. haha. be strong sis!!!!

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011